Selasa, 19 Mei 2009

Siapa Kata Kau Bodoh?

Bodoh boleh diklasifikasikan sebagai sesuatu sifat yang amat mengaibkan serta memalukan yang ada pada diri seseorang individu itu. Bodoh itu bukan sesuatu sifat yang diwarisi. Ia datang melalui sikap seseorang manusia itu sendiri.

Ada yang berkata orang miskin itu bodoh disebabkan kerana kebodohan merekalah menyebabkan keadaan itu berlaku. Tetapi, manusia yang menjadi kaya kebanyakkannya datang dari keluarga yang miskin.

Ada yang berkata pelajar yang tidak mendapat A dalam peperiksaan besar sebagai manusia yang bodoh. Tetapi, pelajar ini jugalah akhirnya yang mencipta berbagai – bagai alat berteknologi tinggi yang kadang – kadang tidak pernah terfikir dek akal.

Ada yang berkata tindakan manusia menyelesaikan sesuatu masalah dengan sesuatu cara sebagai bodoh. Tetapi, kadang – kadang manusia itu tetap berjaya menyelesaikan masalah itu walaupun dengan cara yang bodoh.

Ada orang yang kelihatan sangat bodoh melalui pembawaan fizikal atau riak wajah. Tetapi, hakikatnya orang itu sebenarnya seorang yang bijak.

Sebenarnya, manusia ini tidaklah bodoh seperti yang disangka. Jadi, siapa kata kau bodoh???

P/S : Yakinlah Pada Diri Anda Bahawa Anda Sebenarnya Seorang Yang Bijak. Entry Ini Bukan Untuk Penulis Tapi Untuk Orang Yang Terlalu Rendah Diri.

11 Orang Yang Rajin Komen:

Princess Liyana berkata...

btol tu!kita mestilah yakin yg kita ni bijak pandai..brla confident dlm mgharungi hari2 mdatang..chewah ckp mcm pkr motivasi;)

and one more thing, kpandaian seseorang bkn skdr bgantung pd grades yg dia dpt..mgkin ada byk lg skills tpendam dia;)

John Micheal Takie Lewis berkata...

yes. kadang2 aku rasa aku bodoh. bodoh di kalangan orang2 bijak. so xrasa down sgt. hahah

mamma mia! berkata...

cop2!! aku x kate kau bodoh ea.. har3 =p

Bunga Binti Nordin berkata...

aku tau.
kau dan aku.
bukan bodoh.

;)

isya berkata...

huhu betol2. best entry nih. *besemangat dah nak hidup..* hahah

Pikato ezorA berkata...

er.
juga bkn utk aku.
hahaha!

pstt.. tingin jd kaunselor kah? XP

chocolate berkata...

btol2..msing2 de klbhn sndirik..cme kdg2 xnmpk n dye dikatekan bodoh..uiks..cam berbelit2 lak ayt..haha..

neway,nice entry..=)

e-zul Iswhat berkata...

bodoh tu mesti ada.

tapi on certain aspect. :)

hans berkata...

Princess Liyana : betul2...
saya buat entry nih bagi sokongan pada orang yg rasa diri macam tu..

John Takie Leweh : tu lain cerita lah...aku bagi dorongan jer...haha

Mamma Mia! : bila plak aku tuduh ko...haha

Bunga Binti Nordin : Yups...

Isya : semangat tu perlu

Pikato Ezora : layakkah aku?haha

Chocolate : thanks choco..huhu

Izul ; xder2...ko tipu..haha

dabuldahi berkata...

bodoh memang menguntungkan

aku bodoh jenayah..
aku tak reti buat jenayah..
jadi aku sangat untung..
yeay..

hans berkata...

dabuldahi : iaker bodoh jenayah??bleh percaya ker??