Sabtu, 13 Jun 2009

Surat Khabar Lama!!! Apa Khabar!!!!

Stesen Tv Malaysia kini tidak kira milik kerajaan ataupun swasta kebanyakkannya sudah dipenuhi oleh iklan - iklan yang berbentuk P.S.A(Public Service Announcement).

Salah satu yang menarik perhatian penulis ialah salah satu iklan yang memaparkan 3 bangsa di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.

Iklan bermula apabila seorang lelaki melayu mengangkat surat khabar lama dan diletakkan di hadapan rumah. Kemudian kedengaran dari jauh suara seorang cina melalui pembesar suara dari van beliau yang berbunyi,"Surat khabar lama".

Kemudian datang pula seorang India ke rumah si lelaki Melayu nih. Mereka menahan lori lelaki cina tersebut. Mereka berkata,"Apa Khabar?" tetapi dibalas oleh lelaki Cina itu,"Surat Khabar Lama".

Selepas lelaki Cina itu dinasihati maka beliau tidak menyebut,"Surat khabar lama" tetapi dengan perkataan baru,"Apa Khabar" berulang kali.

Penulis sebenarnya faham apa yang cuba disampaikan oleh orang yang mengarahkan iklan ini tetapi caranya sangat tidak kena atau lebih senang penulis katakan sebagai iklan yang tidak menunjukkan ciri - ciri profesional langsung.

Terlalu cetek sangatkah idea mereka hingga menggambarkan pengutip surat khabar lama itu sangat bodoh?

Adakah mereka sangat - sangat kekontangan idea??

Bagaimana pandangan anda yang pernah melihat iklan ini?

P/S : Bosan Dimomokkan Dengan Iklan Sebegini.

9 Orang Yang Rajin Komen:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

hans...

amik award kat blog aku..

aYuNi berkata...

pengarah ketandusan idea..
ape kate penulis jadi pengarah iklan..ngee~ (:

Pikato ezorA berkata...

1st: aku xpna tgk iklan ni.
2nd: iklan ni kt tb mana?
3rd: apakah Public Service Announcement?
4th: dari cta ank, aku pn rasa iklan 2 bodoh! xda idea! amek aku lh weh wt iklan! aku tadak keja la ni!!!

hans berkata...

Gadis Kmpung Bandar : owh..tq2...

Ayuni : insyaallah kalau ada kesempatan....

Pikato ezora : semua tv ada tapi dia xtunjuk selalu...yups..PSA advertisement..haha tunggu aku jadi pengarah..

sHaH berkata...

iklan katne ni ek?

hans berkata...

shah : dkt tv lah adik oit...haha

.fatin nabila. berkata...

hye..!
xsmpt nk jumpa lg kot iklan ni.
tp, prasan jgk, lately, byk iklan gabung 3 bangsa.
tp, if iklan mcmtu, ada jgk pandangan -ve org.
tp, jrg org prasan, sbb, yg utama, 3 bangsa ada kt situ.
+ve dia, 3 bangsa boleh borak skali. gitu kot?

Tanpa Nama berkata...

alahai hans kalo nak naikkan undi ko kat peraduan kuat berlakon tu pon kena la gi forum besar besar...cam lowyat ke, cari ke...sekadar dlm blog org...hampeh

hans berkata...

fatin nabila : itulah pasalnya

anonymous : adess...aku malas amik tahu dah..tawakkal jer..menang alhamdulillah kalah aku redha..haha