Selasa, 4 Ogos 2009

Film THE PROPOSAL Sangat Kelakar

Yeah, tadi aku berkesempatan sekali lagi menghabiskan duit untuk menonton wayang dan filem yang dipilih ialah seperti poster di bawah :-




Filem lakonan Sandra Bullock dan Ryan Reynolds nih sangat - sangat menghiburkan aku sehingga aku terlupa seketika tentang ruang tempat duduk yang agak sempit di TGV serta gangguan dari penonton di hadapan aku yang menganggap kaki aku adalah bantal untuk tempat beliau bersandar. Lakonan mantap mereka memang menjadi dan setiap adegan digunakan sebaik mungkin oleh mereka. Tahniah!

Filem ini mengisahkan mengenai Margaret, seorang wanita rakyat Kanada yang bakal diusir dari Amerika dan kehilangan pekerjaan kerana menghadapi masalah berkenaan visa. Untuk menyelamatkan keadaan, beliau harus berkahwin dengan setiausaha beliau(lakonan Ryan) untuk membolehkan beliau mendapat taraf warganegara Amerika.

Disini berlakunya pelbagai konflik yang amat melucukan dengan lakonan mereka yang bersahaja ditambah dengan watak nenek Ryan yang sangat menghiburkan. Kepada sesiapa yang inginkan filem komedi atau memang bertujuan menghiburkan diri, ini adalah filem yang sesuai untuk anda.

Selamat Menonton!!

P/S: Mahu Menonton Filem GHOSTS OF GIRLFRIENDS PAST Lakonan Matthew McConaughey & Jennifer Garner Selepas Ini!!

6 Orang Yang Rajin Komen:

Anuar Manshor berkata...

Dua perkara menarik perhatian saya dalam filem itu; dunia penerbitan di sana sangat dipandang tinggi, dan aplikasi IM dimaksimumkan penggunaannya di pejabat.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

nk try tengok ceta ni plak la..

Pikato ezorA berkata...

tgk wyg ja keja ank. (-.-")

I - s Y a berkata...

aa kena tengok nih~ cam best je review kamu

[z@ck] berkata...

two movies in a row this weekend..
SETEM and THE PROPOSAL

hans berkata...

Anuar Manshor : haha..aplikasi IM tu tersangat maksimum penggunaannya...

Gadis kampung Bandar : pegi jer lah tgok..tgh cuti2 h1n1 nih...haha

Pikato Ezora : biasalah tu..hobi..

I-Sya : haha..dah tgok bagitahu den

Zack : maybe it will be three...haha