Sabtu, 5 Disember 2009

Anugerah Skrin 2009 Hikayat 1001 Malam


Gua baru habis menonton Anugerah Skrin 2009 sebentar tadi di stesen swasta nombor satu negara tak lain tak bukan TV3. Anugerah yang di hoskan oleh Afdlin Shauki dan Fara Fauzana berlangsung dengan begitu meriah sekali.

Gua suka dengan konsep dan lagu latar kali ini yang lebih menjurus kepada bunyi muzik arab. Sangat sedap di halwa telinga penulis. Persembahan – persembahan juga agak mantap daripada One Nation Emcees, Aizad, Jac, Lan dan tentunya persembahan yang begitu menghiburkan dari Dato Siti Nurhaliza. Gua perhatikan beliau kembali langsing dan menawan sebentar tadi.

Pemenang – pemenang juga sudah diketahui walaupun kebanyakkan pemenangnya bukanlah berdasarkan populariti dan gua yakin dengan kredibiliti juri masing – masing. Gua belum tengok filem Wayang tetapi gua nak ucapkan tahniahlah terutama kepada Hatta Azad Khan serta Uitm sendiri yang terlibat di dalam filem ini. Walaupun filem Talentime tidak berjaya mengungguli apa – apa anugerah pada malam ini tetapi bagi gua filem arahan arwah Yasmin Ahmad itu tetap menang di hati gua. Ramai pemenang tidak hadir pada malam ini dan ini sebanyak mengurangkan rasa ghairah di hati gua.

Walaubagaimanapun, fokus gua agak terganggu dengan iklan yang maha panjang dan banyak. Gua sangat faham waktu inilah adalah waktu membuat duit bagi stesen swasta ini kerana permintaan dan harga secara automatik akan melambung tinggi kerana semua sudah sedia maklum rating penonton akan meningkat secara mendadak pada malam ini. Jadi, akibat iklan yang terlalu banyak gua terasa seperti agak lama menunggu dan mood gua juga agak lari. Tetapi, nasib celoteh dari Afdlin dan Fara Fauzana sedikit sebanyak menyelamatkan keadaan.

Persembahan dari Hattan dan Jinbara juga agak kurang menyengat dan penyampai – penyampai anugerah ada yang seakan – akan belum bersedia atau sangat gemuruh seperti waktu Rozita Che Wan dan Nasir Bilal Khan berucap kerana gua perasan mereka seperti sangat takut – takut. Ada juga yang over excited seperti Liyana Jasmay pada permulaan anugerah.

Dari segi pakaian pula, mungkin nama Rozita Che Wan akan sekali lagi menjadi kontroversi kerana pakaiannya menutup kepala tetapi mendedahkan pahanya yang putih gebu itu. Gua pasti ramai akan mempersoalkan perkara ini tetapi dari segi kecantikan gua memang puji beliau. Gua juga suka lihat muka Liyana Jasmay dan waktu beliau berlakon kerana bakat beliau hebat walaupun gua tak suka lihat cara beliau berjalan. Gua perhatikan beliau tersangat kurus seperti rangka sahaja. Kenapa mahu terlalu kurus? Sila gemuk kan sedikit badan anda agar anda nampak lebih ayu dan tulang – tulang anda tidak timbul dari badan. Gua juga sangat menyampah melihat Azwan Ali. Katanya sudah insaf tetapi gua tengok masih lagi berpakaian dan berperawakan seperti wanita. Entah, itu dari segi pandangan gua selama beberapa saat. Mungkin beliau betul - betul sudah berubah ataupun tekaan gua betul. Allah sahaja yang maha mengetahui kebenarannya.

Apa – apapun iklan yang terlampau banyak amat mengganggu Anugerah Skrin kali ini. Mungkin pihak TV3 boleh berbuat sesuatu agar tidak ramai yang berfikiran seperti gua yang sangat bosan menonton ASK 2009 pada malam ini. Moga tahun hadapan lebih meriah dan menarik.

P/S : Gua Rindukan Karya Allahyarham Yasmin Ahmad.

P/S Lagi : Gua Tengok Nuff Dan Gua Tak Faham. Apa Beza Views Dan Uniques? Gua Tengok Graf Dia Dah Macam Saham Plak.

51 Orang Yang Rajin Komen:

Kuwe berkata...

ces.

gua pun ada tertengok tadi.
tp pakai kilas kilas tepi mata saja.

aci?

GhOsToNe berkata...

siti perform????

besh x?????

ak xcted!!!!

Anak Rashid Kacak berkata...

aku x minat farah fauzana.
afdlin pun kurang lawak tadi.
so, aku pun join kak aku tgk sekar.
hahahaha.

hans berkata...

Kuwe : hahhaha...tahu xper

Ghostone : yups..dia perform..ok lah sebab dia dah kurus

Piqah : ang memang..haha

afiqnhashim. berkata...

farah dan afdlin sengat meleret.
ask sangat bosan. haha

afiqnhashim. berkata...

haha. rosnah mat aris menang!
lihat lah dunia!

hans berkata...

afiq : at least kalau diorang xdak lagi bosan...

afiq : hahaha..rosnah menang..cam haram jer..rezeki dia

penaberkala berkata...

ak intai2 kejap je td
layan cite kat axn lg bagus
tunggu Nur kasih dan Papadom dicalonkan utk next year!

Noorlaila Mohamed Nor berkata...

nak tengok tp kt tv3 xuplod pun lagi
bengang tol!

Edriena Hazelina berkata...

saye xpasan iklan tu meleret sebab kalau iklan je saye layan tenet. hehe...

eKyN berkata...

oh rugi x tgk rozita tu pka cmne..
adesss

mnat die tp.......besh oo lkonanapepon ct nyanyi td pendek je kan, kureng r d situ

♥chentatiku♥ berkata...

anugerah skrin 2009?
aku tengok suku jalan
membosankan
sampai rasa mual

aminah berkata...

tgok azwan ali rasa nk lmpg laju2 je muke dia..meluat gile babi.......oh..part rozita gua xdpt tgok pon..hhuuh

miSs s!v berkata...

aku tak tgk.
duduk melepek dlam bilek.
ekekeke.

aku pon tak suke tgk LJ jalan.

chokio_nia berkata...

hoho..byk tol org review sal menda ne..nak tgk ah jap agi..huhu

aku ske one nation emceees..=)

i'msosupernotcool berkata...

aku x tgok..
kerja..
tpi aku dapat rasa kehambaran nye..
kn? kn?

thx visit blog aku..
cantik blog kau..

FaizalSulaiman berkata...

erm aku rasa kan bro, ASK cam kureng ar.But performance jac-black-lan mang best kan?

p/s--)mang banyak kejutan (gimik) kot and adik tom2 bak for best supporting actor nominee?the best shock ever!

[z@ck] berkata...

aku setuju sgt ngn ang..
iklan pnjang berjela smpi boleh buka channel lain..buka blik chanel tv3 pn duk iklan lagi..
ak x suka liyana jasmay smlm..getik smacam..

Siti @ nurie berkata...

hmmm akak pun tgok separuh je...boring tang iklan yg panjang...he he

Anuar Manshor berkata...

Mungkin tahun hadapan perlu ada kategori filem/drama berunsur dakwah terbaik. Fenomenanya sudah ada kini.

FAIZ FARISH berkata...

Hans, better ko jadik wartawan hiburan jelah kalau macam ni. Alamat wartawan hiburan lain takleh cari makanla lepas ni....

Brahim Nyior berkata...

Salam Hans,

Sebenarnya drama "Tersasar Di Jalanmu" telah saya jadikan Bahan Bantu Mengajar untuk menimbulkan kesedaran kepada pelajar.

Memang drama ni best, layak dpt anugerah.

Ttg Rozita Che Wan, dalam selak-selak tu, sempat juga kena sindir dgn Afdlin, hahaha... baju tajaan kan, Rozita kena biar selak atas lagi kot?
(bahasa sindir daa..)

:-)

mamamin berkata...

overall, anugerah skrin malam tadi ok gak laaa...

esok malam me gi tengok teater natrah... ehehee..

aZizoL berkata...

aku xtgk pon..isk isk

Kejora =) berkata...

lepas aizad nyanyi aku masuk bilik tido..hahahaha

Tanpa Nama berkata...

eh tu gmbr tok ti eh kt latar belakang anurgerah skrin?? perghhh.. hebat gile tok ti.. sampai dipilih jd bakground utl poster anugerah skrin...

el berkata...

daku gelak berdekah3 tgk adflin
dia kalo ketawa sure ngan perut2 henjut sekali..muahahahaha..siap perli psl rozita lg...perghhhh
a'ah sure kecoh la nti media2...atas tutup bwh bukak..apakAHHHHHHH

[s][u][e][h][a][n][n] berkata...

kita pon tgk...time iklan yang panjang tu sempat tido..hohoho :)

ASYIQ berkata...

Akak tunggu nama ko diumumkan....

Tak nampak la pulak.

Ko yg kat belakang pentas tu ke hans. Lain kali angkat2lah tangan skit bila nmpk kamera.

p/s semlm akak mkn mlm di luar....hihi.

|arieza| berkata...

tak sbr nk mendonlot anugerah skrin ni.. hehe :P apakan daya kami jauh di mata dekat di hati & di alam maya :P

Nur Amira berkata...

aku suke tema kali ni..semue nampak cantik2..huhu..baju fara cantik sgt

pakcik kordi berkata...

rozita che wan my love!(gila la pakcik!)

pakcik kordi tk tgk pun.mls..pakcik kordi g menebang pokok balak mlm td.ha...jahanam kn perangai pakcik menebang mlm2?shilabatttt la aiiii......

h.a.n berkata...

hahahhaahaa...
sy tgk sy tgk...
tapi just nak tgk lan je...;))

saya budak uitm...;))

tengku_fir21 berkata...

hahaha
tak buhsan kerrr

LORD ZARA 札拉 berkata...

hahaha~

aku benci ASK tahun ni sebab sumpah sangat bosan bila Afdlin dengan FF cakap~

**aku sangat suka dorang berdua tapi malam tadi sangat2 meleret, dan gaya cakap cam terikat sangat dengan skrip~ WTH?!**

persembahan best~
aku walaupun tak minat sangat Siti, sudah gilosk suka dengan lagu dia~


Sedih gak Talentime kalah~
sedih sungguh~

Cik Cookie berkata...

Bosan ngn Farah
nape bukan adibah noor?

... berkata...

Salam Bakal Jutawan. Industri hiburan Malaysia nampak jelas dimonopoli bangsa Melayu, sedangkan ekonomi negara nampak jelas dimonopoli bangsa lain. Tengok sahaja realiti show, Melayu sapu perabih. Adakah setakat itu sahaja kemampuan Melayu? Apa pendapat Bakal Juwatan?

hans berkata...

Pena Berkala : yups..tahun depan aku rasa best kut...

Norlaila : haha..ada ek diorang upload?

Edriena : hahaha...nasib ekau baik

Ekyn : itula..pendek sikit...

Chentatiku : hahahah...banyak berceloteh

Aminah : haha..sila tampar dia laju2

Miss Siv : hahahah...rugi2..

hans berkata...

Chokio_Nia : hahhaa..banyak ekk?ingat aku sorang je..haha

I'msosupernotcool : haha..tq2..rajin2 singgah yer

Faizal Sulaiman : hahahah...iakah? xperasan

Zack : tahu xper...over kut dia..haha

Siti @ Nurie : hahaha...itula pasal..satu rumah bising2

Faiz Farish : hahahha...aku nak jadi broadcast journalist...

Anuar Manshor : yups..skrg genre dia more to islamic, love story dan comedy

Brahim Nyior : yups..drama tu memang ok..nama pun erma fatima yg arahkan..citer dia bagus..haha..ada rozita kena sindir tu..haha

hans berkata...

Mamamin : wow, leh tgok gua(remy ishak) dengan maya karin ari ni..haha..nak tgok tapi jauh..haih

Azizol : hahah..gud

Kejora : hahaha...sedih la tu dgr aizad nyanyi

Anynomous : tok ti la tu...

El : hahaha..afdlin asyik ketawa je kan? pastu perut dia jadi ombak..haha

Suehann : hahaha..aku siap leh jalan2 lagi

Asyiq : haha..dicalonkan tapi xmenang..next year gua menang..haha

hans berkata...

Arieza : hahaha..aku memahami nasib ko..haha

Nur Amira : yups..baju cun..kira kurang sikitlah baju terdedah2 kali nih..kalau tak masing2 nak berkemban jer

Pakcik Kordi : ahahaha...angan - angan tinggi yer pakcik kordi..menebang balak?haha

H.A.N : owh, gua pun Uitm juga cik Han...

Tengku_Fir21 : sedikit bosan la..60% gua bosan

Lord Zara : itulah..banyak sangat celoteh dan iklan

Cik Cookie : entah..bukan rezeki adibah kut

... : hurm...Alhamdulillah dari segi hiburan melayu kuasai..dari sudut lain pun sebenarnya ramai juga melayu yang kaya tapi untuk bilangan jutawan atau billionaire tu sangat kurang orang melayu..melayu semua sedang berusaha

chah~ berkata...

time lagu sempurna semalam cam tak kena je.. siap ade sarkis.. hahahha

hans berkata...

Chah : ntah..aku dgr diorang nyanyi..malas tgok penari latar..haha

iyllienaz berkata...

wey..jgn la kutuk org kurus..aku ni makan banyak2 pon mmg xleh nk gemok..nk wat camne kan..

btw, xtgok tv lagi keadaan xmengizinkan..

f.a.r.a.h berkata...

x best la ASK tuh.
tah ape2 je.
lagu Sempurna je best.

hans berkata...

Iylienaz : asyik orang gemuk je dikutuk..apa salah kutuk orang kurus..haha

Farah : lagu tu best tapi persembahan latar dia memang lawak

izzad b* berkata...

sangt x best..

hans berkata...

Izzad : haha..sah ko tidur nih

amfit berkata...

memalukan tol che ta 2..pakain xckup kain pe?agama n bangsa len lg sopan dari die.tgk jack 2.tutup habis. xmalu ke nagn kaum lain?? xdak akai ka?? baju di taja pun, pe slhnya mintk yg berlebih kain.huhuhu

hans berkata...

Amfit : ntahlah..salah penaja tu reka baju singkat2..haha

Lina berkata...

tengok sekejap je tapi tak berapa suka pulak fara fauzana mlm tu sbb mcam control ayu jer suara dia