Isnin, 7 Disember 2009

Korang Berkawan Demi Kelebihan Atau Tidak?

Aku terfikir mahu menaip entry ini selepas melihat status salah seorang rakan universitiku di mukabuku beliau. "Korang Berkawan Dengan Orang Sebab Mahu Kelebihan Dia Atau Tidak?". Aku pun terfikir juga sebab apa aku kawan dengan orang. Sama ada suka - suka atau sebab apa?

Jadi, aku mahu bertanya adakah kamu semua berkawan semata - mata mahu berkawan? Ikhlaskah korang semua dalam berkawan? Korang berkawan hanya kerana jujur semata - mata atau ada udang di sebalik batu? Aku sudah jumpa ramai orang dan ada yang kawan kerana ikhlas dan ada yang tidak. Kita ketepikan dulu orang yang berkawan kerana tidak ikhlas dan mari kita lihat kepada kawan yang kononnya ikhlas berkawan dengan kita.

Betulkah mereka ikhlas? Adakah mereka berkawan dengan kita bukan kerana kelebihan kita? Bagi aku jika mereka berkawan dengan kita kerana mahu mengelakkan mereka dari sunyi, itu pun salah satu kelebihan yang mereka peroleh juga. Jika mereka meluahkan masalah mereka kepada kita, itu juga satu kelebihan yang mereka dapat daripada kita. Mereka belajar bersama kita, jadi itu juga satu kelebihan yang mereka dapat dari kita. Mereka bergaduh dengan kita, itu juga satu kelebihan yang mereka peroleh dari kita. Mereka meminjam duit dari kita kerana mereka tiada wang yang cukup untuk membeli sesuatu benda, itu juga satu kelebihan kita. Mereka makan bersama kita dan merasa makanan - makanan kita. Mereka mengutuk kita di belakang, itu juga satu kelebihan kita.

Kenapa aku cakap begitu? Sebagai contoh, kawan kau mengutuk kau dari belakang dan sebab - sebab kau dikutuk itu mungkin berpunca dari diri kau. Mereka puas dapat mengutuk kau. Bukankah kau telah memberi mereka satu kepuasan dunia walaupun perkara itu memang memberi dosa kepada mereka. Contoh yang lain, mereka meminjam wang kepada kita dan kita memberi. Mereka dapat membeli barang yang mereka kehendaki. Waktu itu wujud satu nikmat kepuasan kerana dapat memegang barang yang sudah lama diidamkan. Kau telah memberi mereka perasaan itu dan itulah kelebihan kau.

Contoh lagi, kau keseorangan di dalam kelas yang baru di tempat belajar yang baru. Kawan - kawan kau semua telah terpisah dengan kau. Dan kau mencari kawan - kawan baru. Kerana apa? Kerana tidak mahu sunyi? Kerana mahu mencari rakan - rakan untuk dibuat sebagai group assignment? Kadang - kadang ada juga yang kau kenal dulu yang kau mungkin kutuk mereka tetapi akhirnya kau menjadi rakan juga? Kenapa? Kerana kita manusia. Kita tidak mampu hidup kesunyian. Akhirnya, kita berkawan untuk mendapat kelebihan daripada rakan - rakan engkau. Kelebihan mereka ialah mereka mampu mengisi kesunyian kau.

Jadi, jika ada kawan yang berkata berkawan bukan kerana kelebihan kita adakah patut kita katakan mereka menipu? Atau mungkin mereka tidak sedar kelebihan - kelebihan yang seolah - olah kecil tetapi sebenarnya memberi impak pada kehidupan mereka seharian?

Bagi aku, tak salah jika kita berkawan kerana kelebihan yang mereka ada. Tak salah mengaku kau berkawan kerana kelebihan kawan kau. Sebagai contoh, Si A pandai matematik dan engkau pula buta nombor. Mungkin sewaktu itu nombor 7 engkau katakan itu sebagai nombor 4. Lalu, engkau merapatkan diri engkau untuk menuntut ilmu matematik sehingga engkau lebih hebat dari Si A. Itu bukan salah tetapi itu namanya bijak mengambil peluang. Cuma yang salahnya engkau jika selepas engkau mengikis segala kelebihan - kelebihan rakan engkau dan tiba - tiba engkau pergi begitu sahaja atau tidak cuba berkongsi ilmu baru dengan mereka - mereka yang selama ini membantu engkau. Itulah kesilapan yang patutnya kau boleh elak tetapi engkau tidak cuba elakkan.

Berkawanlah selagi mampu dan engkau sendiri juga tahu bukan semua boleh dibuat kawan. Bezanya kawan, rakan, sahabat dan pelbagai lagi gelaran yang dicipta manusia. Adakalanya, jika engkau dan kawan engkau tidak rapat secara tiba - tiba bukannya bererti kawan engkau itu tidak mahu berkawan lagi dari kau. Cubalah berfikiran positif dan cubalah rendahkan ego anda masing - masing jika mampu.

Sebenarnya, kita berkawan memang sebab kelebihan - kelebihan tertentu. Memang kita ikhlas berkawan tetapi ikhlasnya berkawan kita mesti bersebab dengan kelebihan kawan - kawan kita. Jadi, berkawan demi kelebihan tidak salah tetapi janganlah melupakan jasa mereka yang membantu engkau.

P/S : Aku Tak Tahu Apa Aku Tulis. Jadi, Kalau Korang Pening Jangan Salahkan Aku! Hahaha!

53 Orang Yang Rajin Komen:

pakcik kordi berkata...

kawan tu kawan la...jgn nk amik kesempatan terhadap beliau.tk gitu hans?tp pakcik tau,hans tk gitu...hans baik...tp pakcik kordi lg baik..kah kaH KAH!!!!!

Firol berkata...

nak kawan kawan betul-betul..nak makan kawan buat apa..makanlah nasi. nak tikam kawan buat pe..main tikam untung-unung dapat brick game

Boneka tak sakit berkata...

ala kawan2 hanya pemuas nafus berahi sahaja!! merujuk pada persabahatan antara ah fat dan kawie..

huhuhu asik sham je kena..
tapi yg penting ah fat harus kena hahaha

aminah berkata...

kawan gua pndai gile addmath..ko cmpk je soklan pe..mesti dia le jawab....aku mmg bek ngn dia..dari aku fai addmath..smpi aku dpt A....memang dia sgt berjasa bg aku...now dia junior aku...kt kolej..gliran aku lak bg ilmu kat dia..

miSs s!v berkata...

aku suka kawan dgn ko.
sbb kelebihan nama ko.
hans.
lebih kurg same dgn hans isaac.
hahahaa

LyaElyza berkata...

ahahah
hanss
aku suke dan ikhlas kawan ngan kau
ngeehe
tp ayat kau td bebelit
memang pening
aku buat buat paham je
'oke. aku paham.'
hahah

iyllienaz berkata...

aku kawan je ngan smua org..cume org je xnk kawan ngan aku..ceh..wat cite sedih lak kat sini kan..apa2 pon, my gfs always da best..they really know me well..and of course i do love them..titans especially..

hans berkata...

Pakcik Kordi : haha..kita dua baik

Firol : tikam ko bleh tak?ekekek

Boneka : kesian kawie jadi mangsa keadaan..haha

Miss Siv : hahaha...

Aminah : bagus ko nih

LyaElyza : hahaha..aku taip terus je tadi...malas nak edit2

Iylienaz : hurm...ntah..aku xleh cakap apa..hargailah kawan2 ko

FaizalSulaiman berkata...

nice entry!

sangat bersetuju dgn ko, hans. memang semua ada sebab. ada ulterior motive to get something nice. Keikhlasan akan muncul bila kita sudah serasi dgn org tu.

Hisham berkata...

pepatah uganda ade mengatakan..kita makan berkawan,bukan makan kawan....

xiiinam berkata...

kalau cklah berkawan dengan kau...kita boleh jadi model iklan "ubat batuk cap ibu dan anak..."




:)

ckLah jadi mokcik kau ajelah!

Lala berkata...

hurm...aku xsuke kwn yg bila time kite susah die lesap mcm asap je..time kite ngah senang mak oiii...
cepat je ade depan mata kite nih...

aku ade sekor kwn yg aku rs die amek kesempatan terhadap aku...sampai sekarang aku rs kalo jumpe die aku nk tumbuk 20 kali...heheheheh

eLLa berkata...

yer ..
agak pening..
ak kawan ..
sbb ...
die kawan ngn ak..

xthu apsl ak kawan ngn org..
juz mmg ckit jer kawan rpt..
im not ..cm sombong...
jjuz mls nak ambik thu..
t bile kwn kne amik thu..
so cm i nie cm xeclass kwn ..gtu??
or i memilih kwan??
i think ..xder r plih..spe nk kwn ..kwn jer..
adess penning2..thanz 4 tis entry..
but i luv my frenz..

Cik LeYha~~~ berkata...

kawan...

no comment la.

mcm2 perangai ade...huhuhu...

adaNiff berkata...

berkawan biar seribu. sebab ape? masing-masing ada kelebihan & dpt saling bantu-membantu antara satu sama lain. itu la gunanya kawan.

berkawan dgn org bijak saja & org bodoh pulak dipulaukan? mane boleh camtu. mungkin kite x nmpak kelebihan dia skrg. sok luse sape tau...

Wan SheVa berkata...

sy syg kwn sy..
kalo diorg jnis x hargai jgn pedulik..
kite kwn ngan sume org..
buat baik d balas baek!

mier@merr berkata...

aku taktau sebab aku nak kawan ko..leh tak gitu...ahaha...eh..tk...tak...aku rs pnulisan ko n beberapa bloggers len menceriakan idup aku...jadi kenapa tidak aku kawan ngn ko untuk jadi si ceria.....hehe...

aku cuma nak cakap...


aku paham..walopon tebelit..hehe

sI tEDI berkata...

kalau kawan aku jahat pun aku terima seadanya.

tapi kalau dia dah ada kelebihan itu satu bonus..

Redz da Tsar berkata...

ye... Kita berkawan kerana kelebihan... Fitrah manusia melakukan apa-apa sahaja kerana kelebihan... Hatta solat sekalipun kita mahukan kelebihan (keredaan Allah)...

Cuma jangan kita berkawan tue, semata-mata untuk kelebihan kita sendiri sahaja, maksud aku, selfish la... Kena take and balance sket...

Barulah persahabatan itu ikhlas dan murni...

Betul sangat ape ko tulis walaupun pening sket aku bace

Nakamura Kazuki berkata...

hans..first time tinggalkan komen sini..hahaha...ambe tak kisah..kawan je dengan sesiapa pun yang penting sekepala dan bleh masuk...

penaberkala berkata...

cabaran bila berkawan tu lah
kalau kita disakiti pun pedih,
menyakiti pun pedih gak kpd org lain
apepun,cuba menjadi yg terbaik

aku suka entri ni
ak pernah gak wak dulu entri camni
http://penaberkala.blogspot.com/2009/09/kawan-vs-sahabat.html

Ery Farieha berkata...

jwb soalan entry ni : tahhh.
aku ni kwn lbh kpd suka2 kot. yg blh ngam ngn aku. kalo dia ade kelebihan tu, kelebihan utk aku gk la. hehehe

LORD ZARA 札拉 berkata...

hehhe~

itu yang membezakan antara kawan dengan teman, sahabat semua~

=]

aku kawan dengan semua orang~
tak kisah~

h.a.n berkata...

saya sayang kawan kawan saya
ku kawan sampai mati ;)

alvin takda rumah harga 8juta story.... berkata...

aku berkawan sbb aku nak depa blanja aku makan..dan kalau boleh aku nak depa blnja aku tawen..kan bagus camtu..

GhOsToNe berkata...

hhmmm...

kdg2 ak pn xsedar..

ape tujuan ak kawan ngn owg...

sedar2 dah berkawan....

ak pn x tau nape owg kawan ngn ak...

mybe sebab ak hensem, baek, pndai, maju jaya, berdaya saing, cemerlang, gemilang, terbilang, satu malaysia...bla..bla..bla...

betul,kan hans????hahahahahahahahaha

jope ak dapat kawan ngn ko seikhlasnyew!!!
time kasih!!!

afiqnhashim. berkata...

aha. agak pening!

aku akan berusaha lagi baca bagi paham.

Pikaliciou5 berkata...

macam situasi aku saja. hahaha.
aku berkawan salah satu sebab untuk bercakap.
kalau sorang-sorang, macam mana maw cakap?
gila cakap sorang-sorang!

hans berkata...

Hisham : haih..pepatah melayu nya apa?haha

Faizal Sulaiman : haha..ko tak pening ke baca?ramai mengadu kata pening lepas baca entry nih..haha

Xiinam : hahaha...xder orang offerlah kak ck..cam ner?hehe

Lala : hahaha...gila ganas...

Ella : haha..sorry memeningkan kepala ko baca entry nih..hehe

Cik Leyha : yups...manusia tu lain2

Adanif : betul3

Mier@Meer : hahah..nasib ko faham..ekekeke

Wan Sheva : haha..bagus

Si Tedi : baiknya ko...

Redz Da Tzar : hahaha..sorry2..ramai tul ngadu pening baca entry nih

hans berkata...

Nakamura : 1st time?thanks..hehe

Penaberkala : owh..nanti aku try tgok

Ery Farieha : macam tu plak?haha

Lord Zara : bagus2

Han : uish..iakah?

Alvin : gila amik kesempatan..haha..gold diggest version lelaki

Afiq : haha..sediakan panadol sepapan sewaktu membaca kembali

Ghostone : mula dah perasan dia..

Pikalicious : haha..betul2..cakap dengan dinding kang orang kata tak betul lak

[z@ck] berkata...

aku kawan dengan ko ikhlas weyh..
=)

Farhana berkata...

Hahaha.. Agak pening tapi tak pengsan lagi kot.. Hahaha.. ;p

Kawan.. Aku kawan sebab kawan laa.. Aku perlukan kawan dalam hidup.. Untuk saling melengkapi.. Mcm suami isteri gak laa.. Hehehe.. ;)

Aku dh nengok MySpy.. Hahahahaha.. Giler lawak pecah perot.. Tapi lawak lucah seh.. Hahaha.. ;p

Ries Lee berkata...

aku kawan sbb nak kawen.
boleh macam tu?

izzad b* berkata...

kawan makan kawan dah beselah, nama pon manusia, time kite naik, ramai yg nak sangkut same2, time jatuh ramai lak pijak kiter(kata kwn aku pijak berkumpulan n beirama)

xsalah nak berkawan atas dasar kelebihan just kalau dah sampai work kene curi, memeburukan dpn lectr, work kite katanyer work die, its too much... (n menyakitkan!)

aku lebih suke org anggap aku miskin, blur coz dari situ kiter leh kenal sape lkwan dgn kiter atas dasr ape.right?

hans berkata...

zack : alhamdulillah

farhana : hah..betul kan my spy best..aku tak tipu

ries lee : haah..boleh juga tu

izzad sengkul wook : hahaha...aku memahami nasib ko...haha..budak curi work ko..suruh mengaku dkt pak guard..sadis weih idup ko..nasib wook ada..ekeke

♥chentatiku♥ berkata...

ada apa dengan kawan mawan?
haha.aku baru je buat entry pasal ni.*baru ke?haha*

aku berkawan untuk memberi, tapi kalau balasannya tahi.aku tak peduli.aku baek2 sahaja di sini
(^__^)

untuk hans::selamat mengumpul manusia sampah
(^__~)

izzad b* berkata...

gok!2lah, idup penh dgn drama!len masuk reality show nie:izzad, true story!wakakaka

hans berkata...

Chentatiku : haha..selamat mengumpul too

Izzah : ahhaha..susah nak wat story ko..mana nak cari perempuan umur 100 lebih..haha

i'msosupernotcool berkata...

xnak kawan ngan aku?
ape dehal?
lantak ko la..

ni bukan aku tujukan kt ko..
ni tuk orang yg xnak kwan aku..
xcool kan aku??

izzad b* berkata...

bru mencabar wei!wakakaka!btw izzah?

seroja jingga berkata...

kecoh tul lah pakcik kordi ni.perasan baik lak

setiap orang ade kelebihan dan kekurangan.perhubungan kawan tu kekadang ujud sevara tak sengaja..tak ade kawan yang perfect pun..

i can make frens with anyone..tapi sekali ko dah back stabbing aku..aku boleh maafkan.tapi pastu babai!

hans berkata...

I'msosupernotcool : hahaha...xcool la..haha..entah

Izzad : hahaha...typing error maaa

Seroja Jingga : pakcik kordi tu memang..kekekeke...betul2..tapi kadang2 gua terbagi juga peluang kedua

.millalara. berkata...

hidup kita ni perlu saling melengkapkan.. apa yg kurang ditambah,, apa yg lebih dikurang.. so,, kalau idup sorg2 tanpa kwn,, xcukup la manis+masam+masin+kelat+pedas+payau kehidupan ;)

cik haA ™ berkata...

daa nme nye manusia...
secara xlngsung kita berkawan..
;))

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ berkata...

kita kawan kan hans.....

hehhehe......

Fatt Chin Choy berkata...

matured ler abang ni
ada nyonya sebelah rumah aku nak jodohkan dengan ko

nak? haha

LotsOfLove-Pearls berkata...

Gua berkawan untuk berkawan..
Hehe..
Gua tak suka kawan makan kawan dan kawan yang suka tuduh tak usul periksa..


Kwn yang baik utk kwn yg baik juga..
Hhee..

Gua berkawan kerana gua suka berkawan..

*Pilih kawan tu kira oklah kan..?
Hehe..

YobSumo berkata...

aku rasa kelebihan dia satu bonus.

tapi.
kawan kena ikhlas. itulah yang penting. kalau tak ikhlas kejap je la kawan tu pastu terus lost contact.

Ieda the Rainbow Princess berkata...

Pnjg gileeee n3..Bc ape yg termampu jea..Bg Sis,kalo nk berkawan biar ikhlas tanpa mengira darjat,pangkat,bangsa,kaum,agama skali pun..IKHLAS ADALAH DARI HATI YG SUCI,TANPA PRASANGKA,TANPA NIAT BURUK..& seelok2nya berkawan lah dgn org yg boleh m'bawa kita ke jalan kebaikan..Betul x,Hans.. :)

p/s: Kwn dgn semua org

yul berkata...

wlpn da lmbt.
nk gak komen.
haha..

bkwn xkesa ngn sape..
tp kdng2 kna cri y skepala..
huhu..
t nk giler2 pon xley.
xkan mau skema tiap mase uh.
tp bkwn xley la memilih ngat..
sume org ade lbh n krng gak.
so trime seadenyer..
(;

azmir abdullah berkata...

panjang la entry ang. nanti aku rajin aku baca.

hans berkata...

Milalara : betul2

Cik Haa : yups...betullah tu

Yanie : ??..haha

Ah Fatt : nak..haha

Pearls : betul tu

Yob Sumo : tahu xper...

Kak Ieda : bagus2

Yul : bukan maksud gua memilih maa..just nak cerita pasal keikhlasan jer

Azmir : haha..wokay2

~batrish♥~ berkata...

berkawan dgn org yg blh membawa kta ke arah kebaikan itu pnting...berkwan dgn org yg dpat bt hati kta senang n dpt berkongsi sgalanya...itu satu kelebihan yg ada pd seorg kawan yg baik...bukan bermaksud kta kwan kerana nak amik kesempatan tp berkawan kerana kta ikhlas nk menjadi sahabat dia slamanya...=)