Isnin, 28 Disember 2009

Mana Kau????


Comel Tak??


Semalam gua balik kampung dekat Sungai Dua sebab pergi makan kenduri. Waktu petang tu sedang gua baca surat khabar gua terpandang kelibat Mak Lang, sepupu dengan ayah gua macam mencari sesuatu di sebalik rimbunan pokok bunga – bunga dekat situ. Gua pun pergilah melihat apa yang dicari – cari mereka.

Rupa – rupanya ulat beluncas yang di cari. Sangat banyak juga dan susah jugalah nak dijumpai. Sebab warnanya sama dengan warna daun. Aku pun tumpang sekakilah menjejaki si pemakan daun nih. Hasilnya ada dalam 16 ekor jugalah kami dapat dan kumpulkan dalam tempurung kelapa. 14 ekor berwarna hijau dan 2 ekor berwarna coklat.

Mula – mula ambil seekor dan cuba baling dekat ayam. Ingatkan ayam nak makan tetapi boleh pula dia bersembang – sembang dengan ulat beluncas tu. Jadi, mak lang aku letakkan dekat satu tempat dan aku dengan mak lang aku pun memijak ulat beluncas tu sehingga mati.

Gila kuat ulat beluncas nih makan. Habis pucuk – pucuk daun hilang gara – gara menjadi santapan mereka. Warna ulat nih memang menarik tetapi bila tengok dekat mata ulat beluncas nih…adoi…gerun pun ada dan lucu pun ada. Huhuhu.

Teringat pula kes budak asrama jumpa ulat beluncas nih dalam sayur sawi dekat dewan makan. Terus, aku tolak sayur ke tepi. Hahaha. Apa – apapun mencari dan memusnahkan ulat beluncas semalam adalah pengalaman yang sangat menghiburkan.

Maaf kepada Ulat Beluncas kerana terpaksa menghapuskan kau. Siapa suruh ibumu bertelur di pokok bunga itu. Salahkan ibumu. Hahaha.

P/S : Gambar Tak Cantik. Maklumlah Camera Telefon Zaman Pak Kaduk. Huhuhu!

40 Orang Yang Rajin Komen:

enyheartsdiamond berkata...

sian Pak Kaduk dipersalahkan..haha

beluncas busuk!

fitriah berkata...

besarnye??

notso_violet : seindah bunga seri pagi berkata...

zaman pak kaduk tuh zaman bila eh?

miss izan berkata...

COMEL?
gile ape?
geli kotttttttt...

abe long berkata...

eh.. apo ke bondo tuh...
cun lak nmpka.. wana wani

Uruchimaru @ kf berkata...

ko ni penternak ulat bulu ke?

fathiahRAIHANA berkata...

kat asrama sayee pon
slalu je ade ulat lam sayur
so kt asrama ktowg mmg jrg sentuh
yucksss !

miloicekaw1119 berkata...

comelnye...ble kene gtl2 x???

hans berkata...

enyheartsdiamond : hahah..sonok weih pijak dia..kuar jus hijau

fitriah : yups..besar2 kut

notso : ntah...haha

miss izan : kehkehkeh

abe long : rabun ke?haha

uruchimaru : aiyo..kan aku cakap ni dkt kampung..baca ke tak entry nih?

fathiah raihana : hahaha..pakai plastik ler sentuh dia

Aminah berkata...

geli gile tgok beluncas

husna hadzarami berkata...

huhu.. meremang bulu roma tengok ulat beluncas...

nadirah_nor berkata...

ukh salahkn ibu yg bertelur...

hurm..patotkah???
=)

Nakamura Kazuki berkata...

hengat mak lang ko buat beluncas goreng..hehehehe

NOOR FATIN berkata...

comelnyeee..hakhak

azrin yusuf berkata...

gmuk nye ulat bluncas!!!
pandai mak ye bg mkn.
hihi

cikTi berkata...

aku geli segala jenis keturunan ulat,.,

FAIZ FARISH berkata...

Try ko goreng pastu bagi kat kucing.... kucing makan tak? haha

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

hg ni hans ska buat aku terkenang pada zaman sek teknik dlu..

sentiasa jumpa ulat selalunya dlm sayur kacang pnjang la smpai aku kompius ni kcg pnjng ka ulat? kui3...

cj'alhafiz berkata...

hahaha.....
best siot..cari ulat bluncas..
x ramai org buat neyh....

Vee Violet berkata...

comel? gelilah hans...
boleh pulak beluncas tue berbual dengan ayam...
hihihi

relevan berkata...

Ulat beluncas ni boleh makan tau..

Wan SheVa berkata...

gilos besaq ulat tuh mkn..
kompem mampos pokok itew2..
heh

cikmemy berkata...

geli.sangat~

pakcik kordi berkata...

sedap tu buat lauk mkn malam.mesti kite akan muntah2 dan cirit2 kecil pastu..haA...

NaGih@ berkata...

masak sambal tumis sedap nih..buang perut kepala tinggal..

peh ngam.

mamma mia! berkata...

dgn ulat bulu pun ko blh lyn yeee

Farhana berkata...

Ulat beluncas mcm ulat sagu tak? Boley goreng2 makan? Ahaks.. ;p

Pikaliciou5 berkata...

dasat!
tp ank klu skali pijak dh mampuih dh. haha.

MiSs TOrA berkata...

hehehe..ciannye ulat beluncan kena pijak..=p ntah tegelak lak bace kt part maklang awk tu tepijak ulat beluncas tu hikhikk..

Syida Shukor berkata...

1st time tengok beluncas . hahaha :D

Cik Biol berkata...

beluncas masak kari best ni wakaka

eLLa berkata...

eeee...
geli jer..
ingtkan nak mkn tdi..hehe

♥chentatiku♥ berkata...

gelimat!!!

nuraimyasmin berkata...

huuu aku fobia dgn benda2 macam tuh. ular, ulat, cacing.. erk.

penaberkala berkata...

ulat beluncas ke ulat bulu?
geli semacam aku nengok

Razman berkata...

beluncas tu apa?

|arieza| berkata...

wah pembunuh beluncah! hehehe

Wanny berkata...

comel ja ulat beluncas tu .haha

.millalara. berkata...

yeah! suka kutip si comel ini kat sekeliling umah nenda,, pastu buh dalam balang,, then tutup.. tu la cara pembasmian paling berperikemanusiaam.. huuu~

Ieda the Rainbow Princess berkata...

Kg dt Sg 2 ke??
Dekat la dgn rmh Sis..