Isnin, 21 Disember 2009

X-Ray! Kencing! Tahi! Darah!

Hari ini gua terpaksa korbankan masa tidur gua dengan bangun awal pagi dan bersiap – siap pergi melancong ke hospital untuk buat medical check up. Nasib member gua si Am menemani gua pergi kesana.

Sampai sahaja di sana gua pergi kaunter yang pertama untuk mendaftar. Ada 2 kaunter dekat situ. Yang kaunter pertama ramai orang beratur dan kaunter kedua ada dua orang jer. Jadi, gua yang memang bijak nih mestilah pilih kaunter kedua sebab tak ramai orang. Tetapi, orang depan gua tak bergerak – gerak sedangkan orang sebelah gua asyik bertukar – tukar sahaja. Akhirnya, gua ambil keputusan drastik untuk bertukar kaunter dan sewaktu gua selesai urusan disitu pun budak – budak depan gua sebelum nih masih tak habis – habis. Pelik betul!

Gua pergi X-Ray badan gua dulu. Selalunya tak lama sangat tunggu tapi hari nih sangat lama. Letih berdiri sebab semua kerusi penuh dengan orang. Sampai giliran gua jadi gua cepat – cepatlah masuk. Gua dipaksa doctor membuka baju. Gua tengok depan gua ada dua orang lagi tak buat x-ray so gua malaslah nak buka baju tapi doctor tu asyik paksa gua jer buka. Pelik betul. Akhirnya gua buka jugalah. Sampai giliran gua tiba – tiba ada perempuan nak buat x-ray juga. Wah, malu I tau doctor! Sampai hati U biarkan tubuh I terdedah kepada si wanita itu. Tapi, gua buat biasa jer lah. Budak perempuan tu bukan cun pun tapi kalau buang kepala dia mungkin dia akan menjadi antara makhluk yang seksi di mata gua. Hahaha.

Lepas habis tubuh gua ditatapi oleh doctor wanita itu maka gua pun keluarlah menunggu keputusan. Sekali lagi sangat letih berdiri. Setengah jam baru gua dapat lihat x-ray gua. Akhirnya, pergi buat ujian air kencing pula. Keadaan tandas hospital adalah menyedihkan. Nasib lelaki tidak perlu duduk untuk kencing. Jadi, tiada masalah bagi gua. Pantas jer gua keluar dengan bekas yang berisi bahan mineral daripada badan sendiri. Alih – alih minah yang tak cun tu pun ada dekat belakang gua. Habislah maruah gua tercemar sebab minah tu sudah tengok air kencing gua dekat kaunter urin tu. Apalah minah tu. Air kencing gua pun mau tengok!! Sempatlah gua merepek dengan member gua berkenaan kisah air kencing dan tahi sehingga ruang menunggu itu gamat dengan ketawa kami berdua. Mana tak ketawa bila terbayang jika air kencing di dalam cawan plastic itu tertumpah dan terkena borang medical check up tu. Tapi, urusan di sini sekejap saja sebab tak sampai 5 minit pun dekat kaunter nih.

Selepas tu gua pergi pula kaunter untuk ukur tinggi, berat dan penglihatan. Lama gila gua tunggu. Nasib member gua ada menceriakan keadaan. Kalau tidak gua boleh mati bosan lama – lama tunggu dekat sana. Makcik misi sangat lambat buat kerja. Mana tak lambat. Menulis sepatah perkataan disusuli dengan 12 ayat daripada mulut berborak dengan rakan sebelah. Akhirnya, urusan yang mengambil masa 10 minit dicampur 1 jam menunggu itu selesai tetapi sudah masuk waktu rehat iaitu pukul 1 dan kaunter akan dibuka pukul 2. Jadi, gua pergilah teman member gua makan kejap dekat depan Menara.

Pukul 2 gua dah dekat hospital balik dan gua ambil angka giliran untuk pemeriksaan terahir dengan doctor. Nombor giliran gua 1206 dan nombor sekarang adalah 1108. Gua kena tunggu lagi 90 orang lebih sebelum dapat jumpa doctor. Bermacam – macam yang gua borak sama dengan member gua, si Am sampai naik mengantuk. Dari perkara yang berfaedah sampailah kepada perkara – perkara yang laqa semuanya dibualkan. Perkara lucah juga kerap menjadi perbualan kami untuk memeriahkan suasana. Akhirnya selepas 1 jam lebih gua tunggu, dapat juga gua jumpa doctor dan masa untuk menyelesaikan benda itu hanya 5 minit. Akhirnya, gua pulang ke rumah selepas seharian menghabiskan masa di hospital daripada pukul 10 pagi sehingga 4 petang. Letih betul dan terima kasih kepada member gua iaitu si Am kerana sudi menemani gua ke sana. Nanti gua belanja lu makan burger oblong dekat Gemilang.

P/S : Tak Dapat Pergi Bank Nak Bayar Yuran. Adoi!!

P/S : Click Nuff Gua Selalu Yer!

40 Orang Yang Rajin Komen:

BuLaN iTu aKu berkata...

perkara lucah pun dibualkan??
hehehehehe

Zuewairy berkata...

i hope everything ok~

*skrip tuh xde lam simpanan.. juz taip n serah dkt RTM jer kat tmpt praktikal..;) sowy eh~

enyheartsdiamond berkata...

esh..kotoq la borang tuh dgn najis kau..haha ;)

kawie2020 berkata...

hehehehehe.. naper x ajak aku sekalu sembang2 perkara lushah tuu.. hahahahaahahaha

LORD ZARA 札拉 berkata...

hehehe~

err...

aku paling suka tengok lab assistant susun air kencing dalam botol2 tu~

macam2 kaler~

err..bau nasib baik takde~

if tak, mau mati~~

sharamli berkata...

cis..x cun sgt ke bdk tu...sian dy wei...ha3

iyllienaz berkata...

haha..bagus la arini dok 1hari kat hospital..mesti perempuan tu bersyukur dpt jmpe kau..hehe..mana tau dye jodoh kau kan..

miloicekaw1119 berkata...

ui...kalo urine tu tertumph kat kertas medical checkup tu..hbisla...

pengalaman: pernah cuci bagi "bekas" untuk pt "kencing"

Zarpeno berkata...

gemilang beger ka

mamma mia! berkata...

bgus la am tu. he3 klu aku, aku tinggl je ko.. ha3

hans berkata...

Bulan Itu Aku : Tahap lucah yg dibenarkan...

Zuewairy : owh,xper2...nanti gua try cari

enyheartsdiamond : owh,memanglah...xkan bersih plak kalau kena..aiyak

Kawie : xbaik ajak orang buat jahat..hjaha

zara : kalau bau semburlah febreeze

sharamli : entah...dkt mata aku n member aku tak

iylienaz : owh,suruh pompuan tu wat operation muka dlu..haha

miloicekaw : nasib xtumpah..haha

zarpeno : yups..situlah...dkt depan kilang ais tu

mamma mia : buat baik dibalas baik..itula yg aku dapat...alhamdulillah

Aminah berkata...

siot je nk cut kpla dia...ko ble imgine ke gadis tnp kpla:?plik..

FaizalSulaiman berkata...

warghhh..kau mesti rasa violated masa misi tu wat x ray kat ko kan?hehehe.

wish u goodluck in ur new life kat Uni nanti.

sI tEDI berkata...

asal baris satu lagi tu x gerak?

asal asik bertembung minah tu ke? ada jodoh kot?

asal urin tu x tumpah?

asal ko asyik bual benda2 lucah je?

okey!

sekian!

afiqnhashim. berkata...

weh, leceh nye, nak medikel chek ap bhagai! adess..

beger gemilang best. hahaha

miSs s!v berkata...

kau dapat sambung study ke?
kat mane?

mier@merr berkata...

hahaha...xsaba sgt ko ni...

sume lain ko nak konker...


cian dak tu ko cakap dia x cun..haha

dilot berkata...

gadis tanpa kepale..jangan ko pengsan dulu dahla nnt..tak smpt ko nak gelak..

hans berkata...

Aminah : aiyo..ko gila?aku imagine ada kepala la..tapi kepala taylor swift ke..angeline jolie ke..haha

Faizal : owh.insyaallah

Si Tedi : soalan ko xder jawapan..sila fikir sendiri..haha

Afiq : tahu xper..leceh...haha..sedapkan sana

Miss Siv : shah alam

Mier@Meer : hahaha..biasalah tu

Dilot : adess...kepala mesti la mau ada...gua edit la kasi kepala dia cun..haha

Farhana berkata...

Aiseyyyman.. Apa pasal ko nak buang kpale budak pompuan tu? Dasat arr ko, dh mcm zaman jepun dah ni.. ;p

Wanie-san berkata...

leh mereng dowh tunggu lame2 kat hospital
smata2 nak wat medical checkup..rela daku g klini jew...huhu

el berkata...

noti n gatai la kamooo
hahahahaha

naz ilyn berkata...

salam...hehehe...akak ingat pompuan tak cun tu pun nak termuntah tengok ko punya badan...pasal air kencing tu akak buat selamber jer seingat akak dah banyak kali test urin sebab nak tahu mengandung ke tak..:D

cikmemy berkata...

lame nye kat kerajaan...
dulu tyme aku keje kt klinik,sejam leh dapat 5 patient...

hafizshinchan berkata...

Lancau

Tu perkataan gua dekat hospital gomen. Bukan marah, tapi realiti.

Rakyat kena perabis masa sehari untuk buat medical check up. Gila...

Ahaha, sori teremo pulak...

Bro nak masuk kerja? Ke nak sambung blaja ni?

hans berkata...

Farhana : masa bila plak aku kata nak buang?aku hanya nak tukar jadi kepala orang lain jer

Wanie San : kalau banyak duit dah lama aku gi klinik

El : gatai?mana ada...biasa jer

Naz Ilyn : kalau nak muntah asal tgok lama2?sah lah dia tergoda dgn gua...haha

Cik Memy : uish...lambat tu

SuRayA^i. berkata...

heh!part urine test tu adelah yg plg memalukan. dlu pergi dgn mak so lps bekas urine tu 'berisi' stret bg kat mak suh mak bwk kn -_-"

izzad b* berkata...

time bukak baju 2 bru kiter sedarn "mak ai, buncitnyer perut aku!"hahaha

avid gunner berkata...

good luck belajar nanti, no?

acap berkata...

apsal sume org sebok buat MC?

miss lolly berkata...

afekah?


MIAAHHAHAHAHHAHAHA.

Koyuki berkata...

heh~
nakal kau ek kutuk awek tu tak cun
padahal kau mesti nak trai intip beliau jgk kan kan?
:P

Pikaliciou5 berkata...

tayah banja dia.
ank dh teman dia wt medikal cekap sem lps.
kira dia bls budi lh tu.

hans berkata...

Hafizshinchan : hahaha..aku faham..sambung belajar la bro..

Suraya : hahaha...teruk weih ko..kesian mak ko.

Izzad : hahaha...agaklah...malu I tau...haha

Avid : thanks

Acap : dah syarat2 kena buat MC..haha

Miss Lolly : afekah?

Koyuki : sumpah tak...dah tak cun..pastu gedik semacam jer..buat apa ku nak intip dia...buang masa jer

.millalara. berkata...

xsuka bau spital ohh~

btw,, berger oblong sungguh shedap ;)

Dak Wan berkata...

Kira ok lagi tu, kat hospital besar teluk intan kena datang lagi 3 hari untuk ambil keputusan. Soyat tak?

imam berkata...

popular gak burger oblong nie yek..aku baru je sebulan tahu pasal oblong nie..cam prosperity burger yek..

H Δ J i M e™ berkata...

Haish! nasib bek tak mention name spital tu. karang kena saman plak macam yang kat indonesia tu. huhu.

Fatt Chin Choy berkata...

len kali ajak awek
baru syok

hans berkata...

Pikah : hahahaha...ingat ang noh..aku tak jadi la belanja dia..haha

Mililara : haha..sedap2

Dak Wan : hahaha..xbau apa pun

Imam : burger dia besar...lebih kurang tapi xleh lawan prosperity lah..haha

Hajime : loh..berani dia nak saman aku

Fatt Chin Choy : hahaha...awek semua busy la ah fatt