Hans: Januari 2009

Jumaat, 23 Januari 2009

Biar Botul Ekau Nih!!!

Post entry kedua hari nih lepas entry dekat bawah tu. Hari nih aku terpaksa bangun awal pagi kerana ada kuliah(musnah mimpiku yang indah). Hasil kerjasama rakan – rakan sekelas yang budiman iaitu Kodik dan Daydek ditambah ringtone Christmas hp aku yang maha bising nih maka berjayalah aku bangun dengan jayanya untuk ke kelas. Alhamdulillah tak jadi macam kelmarin(tidur mati).

Tapi aku dengan classmate aku si Kodik nih memang dah merancang nak pergi kelas lewat jadi tak kisahlah sangatkan. Sempatlah menggelamun 3-4 jam sebelum mandi. Mengambil tema Tahun Baru Cina sebagai alasan untuk aku memakai baju ala – ala cheong sam menggantikan baju melayu, kiranya aku redah jer lah ke kelas. Menjadi tumpuanlah sekejap baju tu dalam kelas. Hahaha(gelak riak lagi angkuh).

Tak ramai yang datang kelas sebab dah ramai yang balik ke kampung halaman masing – masing. Aku rasa macam nak balik plak tapi itulah pasal. Keinginan nak balik tu wujud sewaktu tiket – tiket semua sudah sold out. Adess!! Jadinya, kelas hari tu habis tersangat awal(sebenarnya tak belajar apapun tadi..haha) dan yang paling best tu adalah pensyarah aku tu belanja kami semua satu kelas makan dekat café blok Y(macam tahu – tahu jer semua budak – budak tengah save budget).

Ooooo Mai God……hari ini dalam sejarah. Sejarah dalam ini hari. Pertama kali nih situasi macam nih berlaku dari aku part 1 sampai part 5. Dari mata sesepet Rain(mengantuk lah tu) menjadi sebulat mata Shah Rukh Khan(aku la tu..hahaha)..tunggu lagi..segeralah menyerbu dengan pantas tahap wali – wali kan ke cafe. Ditambah perut aku sudah menyanyikan lagu black metal menandakan tahap kelaparan adalah setinggi atmosfera bumi.

Aku telah menjadi rambang mata apabila tiba di café terbabit dan perasaan malu aku telah hilang sama sekali apabila aku terpandang aneka makanan yang terdampar di setiap meja dan rak – rak roti dekat café tu. Aku pun mengambil nasi lemak sebungkus dengan roti hot dog tu sebiji di campur dengan teh ais. Wah, ikut hati macam nak tapau jer tapi sebab perasaan malu tu sedih sangat nak tinggalkan aku maka aku pun bersyukur sajalah dengan apa yang ada. Gagagagaga!!

Kami satu kelas menyambung semua meja dalam café tu dan makan sekali dengan pensyarah yang bermurah hati tu. Panjanglah kami semua berborak dengan beliau. Tengah pensyarah nih rancak berkata – kata dengan suaranya yang merdu tu tetiba aku terlihat sesuatu jatuh dari mulutnya. Owhhh!! Kami semua terdiam seribu bahasa. Ada yang menekup mulut dengan tangan. Ada yang tersenyum. Aku sedikit tersenyum tapi kasihan juga pada beliau.

Gigi palsunya tertanggal sewaktu beliau tengah berborak. Owh, aku memahami perasaan beliau. MALU!!! Haih, haruslah kekantoian beliau ini tidak dapat diselindung lagi mahupun dihapuskan dari memori kami semua. Dari rancak berborak beliau terus berkata,”Class Dismiss”. Yeahhh!! I like it!!

Apa-apapun trimas yang tak terhingga pada beliau atas kesanggupan membuat amal jariah kepada kami semua dan diharap pada minggu – minggu akan datang pun beliau akan melakukan rutin yang sama macam hari nih. HAHAHAHA(gelak Oggy & Cockroach)

P/S : Wajiblah Setiap Jumaat Aku Pergi Kelas Beliau Dengan Penuh Bersemangat Waja.

Sehari Bersama PD

Hari Rabu ari tu aku dah janji dengan group classmate aku nak pergi survey chalet dekat Melaka atau PD untuk projek video clip(Dato bakal jadi pelakon nih..kahkahkah). Cadangnya pukul 1 tengahari tetapi tiba – tiba bertukar ke pukul 11 pagi. Maklumlah aku nih penat shooting filem lalu macam biasalah(tidur mati selalu). Jadi, berkejar – kejarlah aku mandi dan menyiapkan diri dengan pantas dan tangkas tahap dewa – dewa berjogging.

Yang mengujakan hatiku ini ialah apabila mereka berkata bahawasanya bawalah baju lebih sekali sebab nak pergi mandi laut. Wah, dah lama gua tak mandi laut nih beb . Bolehlah jumpa Squidword dengan Patrick. Yes!! Segeralah mencari baju dan seluar dengan kelajuan tahap anaconda membaham lembu Pak Ali. Adoi, beg aku nih macam sedikit besar dan aku malas nak pergi blok member – member aku ni. Tapi sebab junior aku puji beg tu cantik kiranya lepas nih aku lebih yakinlah dengan imej beg tu. Hahaha(gelak riak). Nasib diorang datang ambil aku dekat depan blok(aku kan Dato mesti mahu berjemput..gagagaga).

Tiba – tiba group assignment aku yang lain mesej nak buat meeting tapi nasib diorang faham situasi aku nih. Kiranya aku pergi dengan hati yang tenanglah(wah, ayat macam dah arwah plak aku nih). Destinasi pertama kami semua pergi ialah Tanjung Bidara. Waktu nak masuk tu ada seorang guard nih jaga pagar. Kami bagitahu dia kata kami nak survey chalet dekat situ. Dia kata boleh. Jadi, kami semua pun pergilah meronda dengan hati yang gembira berbunga - bunga. Ewahhhh!

Tengah kagum melihat keindahan chalet yang mengadap pantai tu tiba – tiba guard nih datang dengan motosikal dia dan dengan tiba – tibanya marah – marah kami semua. Dia kata kami tak boleh masuk padahal tadi dia yang kata boleh. Nih buat aku tetiba rasa nak gergaji kepala guard nih. Apahal plak orang tua nih? Adakah guard a.k.a pegawai keselamatan semua perangai macam nih??? Seorang ahli kumpulan aku nih jenis baran so terus dia minta no ic guard tu. Tahu plak cuak guard tu.

Lepas tu kami pergi dekat receptionist chalet tu. Kami semua pun meluahkanlah pasal hal nih dekat makcik sorang tu. Ingat kami semua takder duit ker nak pergi rompak barang – barang dekat chalet tu. Makcik tu kata kami boleh tengok chalet. Tak ada masalah. Dah lah tetiba macam mana entah aku terlepas beg aku. Terkeluar perfume mahal. Tunggu lagi. Aku cakap lah kuat – kuatkan harga perfume tu depan makcik tu. Hahahaha(gelak riak + angkuh tahap wali – wali). Jadi, dia pun minta maaf lah pasal masalah tu dan chalet dekat situ semua dah habis ditempah dalam 3 bulan. Hilang mood kami semua.

Jadi, kami terus pergi PD. Dalam perjalanan tu jumpa lah bebudak sekolah lah kerbau lah. Yang best tu jumpa askar dengan kereta kebal. Sampai dekat PD singgah dekat umah makcik member aku nih. Wah, makcik dia masak sedap – sedap(macam tahu – tahu jer Dato nak datang). Kahkahkahkah(gelak bersyukur). Aku makan ikan dengan sambal tu memang terangkatlah beb. Cuma ketam jer aku tak sentuh(aku sayang Mr Crab). Member aku yang lain dah macam Israel dengan Palestin jer berperang melahap ketam. Lepas tu aku tengok rancangan kartun kegemaran aku tahun nih Wonderpet(telefon berbunyiiii…ada haiwan dalam kesusahannnn…apa yang penting kerjasamaaa…mari kita selamatkan anak unicorn). Wah, memang bestlah tahap dewi - dewi!!

Kami teruskan perjalanan dan cari punya cari akhirnya jumpa chalet – chalet yang sesuai untuk projek nih. Lepas tu apa lagi…mandilah dekat Teluk Kemang. Semangat aku beli seluar pendek untuk mandi. Adalah dekat 2 jam lebih mandi sambil main macam – macam permainan dalam air tu. Memang memenatkan tapi bestttttttt. Lepas tu makan Ice-Cream apa entah yang mahal – mahal tu kalau tak silap aku sambil memandang matahari jatuh. Trimas pada member – member yang belanja ice – cream nih dan apa – apa yang berkaitan. Enjoy beb. Tak sia – sia ponteng kelas petang tu. Hahaha(gelak bersyukur lagi).

Singgah dekat surau sekejap(Dato menjadi baik seketika). Orang – orang kampong dalam surau tu semua tegur – tegur aku(minat aku lah tu tapi taknak mengaku). Hahahahaha(gelak perasan). Lepas tu balik ke Melaka balik.

P/S : Keesokannya, aku terponteng satu kelas sebab bangun lambat. Hahahaha(gembira bukan kepalang)

Khamis, 22 Januari 2009

Fireworks


When I was young, I honestly didn't get why so many people gathered to see fireworks which disappeared right away. I don't actually remember which one were pretty or which ones were amazing.

However, even if I don't remember the colors and shapes of the fireworks, I can still exactly remember the people I was with on that day. Because it is the time you spend with someone important to you, that day becomes an unforgettable memory.

This year, I have someone I want to see the fireworks with. There is someone I want to stand next to while watching the fireworks. The sound of the fireworks and the sound of my voice did no reach her ears. I thought it would be great if at least these fireworks lasted forever.

I wanted the fireworks to light up the night sky until the day the pain in my heart disappears and I am able to smile about this.

P/S : ............................

Jumaat, 16 Januari 2009

Suara Siapa Tu Wehhhhhh???

Minggu nih memang aku sibuk tahap wali - wali lah dengan assignment lah discussion lah ditambah dengan dengan junior - junior yang minta signature lagi(untung diorang dapat signature Dato..haha). Tidur pun tak cukup sebab kesian dekat bebudak nih(korang percaya ker?). Aku pun terpaksa lupakan hasrat nak minta choki - choki dekat diorang atas sebab - sebab tertentu.aku sebenarnya baiklah..puji diri sendirilah). Bak kata cikgu gangster, sangat mudah masuk dalam bakul dan angkat bakul sendiri. Gagaga(gelak manja-manja sikit). Tak kisahlah. Dapat aku maintain berat badan(nanti bila Dato shooting filem aksi senanglah nak lompat - lompat..hahahaha).

Apa yang terjadi hari Rabu hari tu secara tak langsung agak merisaukan aku lepas aku mendengar kisah sebenarnya. Lepas budak - budak junior yang terakhir datang minta signature dalam pukul 3 pagi lebih macam tu(tak reti tidur betul junior - junior nih) aku sambunglah menjenguk blog tersayang aku nih. Masa tu dah pukul 4 pagi lebih(sejuk ditambah angin sepoi - sepoi manja). Ramai yang dah tidur(ada pertandingan lawan dengkur antara badak dan gajah). Level bilik aku memang dah sunyi. Tiba - tiba aku dengar bunyi suara. Ada suara orang menyanyi. Haih, sapalah yang pasang lagu kuat - kuat pepagi buta nih. Gilakah??? Lantaklah janji hidup aku dapat diteruskan dengan aman dan gembira. Pukul 5 baru aku tidur tapi bulu roma tetiba meremang. Aku pelik juga tapi aku tidur jer lah(aku mimpi ada orang ajak aku gi AJL...aku ingat betul..cess).

Esoknya, budak level aku meeting cakap ada tiga orang dengar ada orang nyanyi lagu Aizat(yang masuk juara lagu tahun nih kut) dalam tandas. Suara yang menyanyi tu sangat sedap.(tak dengar aku nyanyi lagi..haha) Diorang pun masuk dalam tandas nak tengok siapakah si empunya suara. Alih - alih tak ada siapa-siapa pun dalam tu. Apalagi yang ditunggu. Bulu roma dah meremang. Masing - masing takutlah. Haih, aku rasa makhluk tu dulu nak masuk AF ker OIAM ker tapi kena reject kut dengan Paul Moss. Haha. Lepas tu ada pula nampak makhluk kecil ker berbogel entah dekat tepi bilik suis elektrik(lucah - lucah).

Diorang nampak tu dalam waktu pukul 4 dan ke atas. Dalam masa yang sama aku pun dengar orang menyanyi. Adoi, sah - sahlah aku agak cuak mendengar perkara - perkara macam nih ditambah kes histeria dekat blok perempuan lagi. Aku rasa mungkin Puaka Niyang Rapik dalam tv3 tu dah mengganas dekat hostel aku sebab bengang aku asyik kutuk dia jer dalam blog aku nih. Habislah aku. Macam mana nih???

P/S : Tetiba Aku Terasa Macam Rajin Nak Membaca Yassin Setiap Hari


Boikot Barang Amerika & Israel........

Ini cuma pandangan aku jer lah. Mungkin ramai yang tak setuju dan aku harap janganlah marah - marah atau emosional pula kan bila baca pendapat aku nih berkenaan memboikot barang - barang yang dikatakan memberikan sumbangan kepada Israel untuk membunuh rakyat Palestin.

Idea yang dicadangkan nih memang mempunyai kesan - kesan yang walaupun tak besar tapi mampu jugalah melemahkan sedikit kekuatan ekonomi negara - negara syaitan(israel & us) tu tapi benda nih sebenarnya berbalik kepada negara - negara Tanah Arab sendiri. Mereka sendiri tidak bersatu sebenarnya. Negara - negara Arab nih kaya dengan hasil bumi(mestilah minyak hitam tu) yang bila diproses dipanggil petroleum dan diesel tapi akibat masing - masing tidak sehaluan atau bersepekat maka hasilnya negara - negara yang bukan sekutu US dan yang mampu memberi ancaman kepada Israel tu menjadi mangsa. Dan ada sesetengah negara Arab itu sendiri yang menjadi sekutu kuat US seperti Arab Saudi dan Kuwait. Keamanan sebuah rantau bergantung kepada negara - negara yang mewakilinya. Mereka semua tidak sepakat dan mementingkan negara mereka saja. Dalam Palestin itu sendiri ada dua puak yang bertelagah iaitu Hamas dan Fatah. Selagi mereka tak bersatu benda nih tak akan selesai.

Memboikot barang - barang seperti Mcd, Garnier dan sebagainya. Aku menyokonglah saranan Tun Mahathir tu suruh boikot tapi berapa ramai dari kita yang boikot. Contoh terdekat orang - orang sekeliling kita sendiri. Berapi - api nak boikot. Baru 2-3 minit cakap alih - alih dekat tangan ada plastik Mcd. Aku rasa kita jangan cakap banyak atau panjang berjela - jela kalau alih - alih benda yang dia suruh boikot tu dia beli. Aku rasa lebih baik cakap cuma sekali dan lepas tu buat. Senang dan mudah.

Lagi satu ada benda - benda yang disuruh boikot tu memang ramai yang guna. Janganlah suruh memboikot membuta tuli tanpa memberi contoh barang yang sama yang berkualiti yang patut kita beli. Maksud aku, contohlah kita disuruh memboikot roti jenama Bedah, jadi masukkan roti jenama lain yang kita boleh beli untuk menggantikan roti jenama Bedah yang kita selalu beli. Ini suruh boikot saja. Siapalah yang nak ikut sangat. Tambah - tambah yang berduit.

Dan lagi satu aku harap kalau betul umat - umat dekat Malaysia nih betul-betul nak boikot biarlah dengan kadar masa yang lama. Kalau setakat seminggu dua baik lupakanlah. Apa-apapun aku sentiasa mendoakan Palestin tu aman bahagia selepas nih dan Israel serta US tu diazab Allah. Amin!!

P/S : Jangan Tahu Bercakap Tapi Langsung Tak Buat..

Khamis, 15 Januari 2009

Festival Filem & Video Pelajar Ke-6













P/S : Aku Datang Sekadar Penyokong Sahaja. Insyaallah Ada Rezeki Nanti Mungkin Aku Datang Sebagai Peserta. Amin!!

Jumaat, 9 Januari 2009

Aznil Nawawi Pun Kalah!! Gila Hebat!!

Hari nih jadual memang padat gila wa cakap lu. Tetiba Dato jadi rock plak. Ehh!! Dato memang rock pun. HAHAHA(gelak Bandi Amuk). Kena plak kuliah waktu pepagi buta selepas solat sunat dhuha(betul ker aku eja nih??) memanglah amat memeritkan mata aku nih yang bagai dipaku serta disimen sekali. Tahap mengantuk memang setaraf Agong. Memang mengantuk gilalah. Gila punya mengantuk. Punya mengantuk gila. Sudahhh!! Apa aku meraban nih???


Nasib kuliah yang dari petang ke malam tu habis awal. Syukur pada Allah kerana membuatkan kesihatan pensyarah aku agak kurang sihat hari nih(Ya Allah, asal Dato maha kejam nih??). Bukanlah. aku mana boleh sekejam macam tu. Aku agak simpati tapi dalam masa yang sama sangat suka hati sebab kelas habis awal. Hahaha(gelak malu – malu manja sikit). Aku dengan 4 orang classmate aku yang rock lagi ganas pun pergilah melepak dekat kedai mamak depan kampus nih. Lama tak mengketedarah nan cheese yang enak lagi empuk ditambah dengan kejunya yang memang marvellous(telan air liur lah korang kan?).


Sampai jer dekat kedai tu datanglah Mat Bangla sorang nih nak mengambil pesanan dari kami semua yang kaya – kaya belaka buat masa nih lah sebab hujung semester karang tak tahu lah kan. Tengok!! Dato dah menjalankan tanggungjawab Dato dah bawa pelancong asing datang melawat Melaka. Asal korang tak puas hati aku dapat gelaran Dato?? Haha(gelak riak lagi angkuh beserta bongkak tahap Haji Bakhil + Rika Sumanto). Boleh pula Mat Bangla nih tanya macam – macam dekat classmate aku. Mahu menggatal lah tu. Nasib aku tak belajar ilmu hitam Long Khong. Kalau tak lagi hangus Mat Bangla tu terbakar dek kesan voodoo aku. Hahahaha(gelak Degawan dalam drama Susuk).


Roti Nan Cheese takder!!!!!! Hatiiiiiii iniiiii.....hancurrr dan luluhhhh keranamu...hati iniiiiii(tetiba plak Dato ternyanyi lagu Ella). Alangkah sedih dan luluhnya hati aku beserta dua lagi classmate tersayang kerana hajat tidak kesampaian bak debu- debu berterbangan ditiup sang bayu ditemani angin sepoi – sepoi bahasa. Wah! Tetiba plak aku jiwang nih. Apa kes??? Buang tebiat??? Gagagagaga(gelak gangster). Jadi, kami pun makan roti pisang dengan roti telur jer lah(asal ada nama roti pun jadilah).


Dekat situ ada satu skrin besar. Waktu tu ada rancangan Macam – Macam Aznil. Seronok kami semua bergelak ketawa bagai nak gila(aku lagi sikit nak gila rasanya) tengok nenek – nenek tua yang mempunyai kekuatan serta stamina yang sangat tinggi tahap jula juli bintang tujuh menari(nih sah minum Tongkat Ali nih) ditambah dengan kelucuan Aznil yang memang gila – gila. Tiba – tiba ada satu aksi yang menganggu tumpuan kami semua.. Baiikkkkkkk punya aksi.


Berani betul dua makhluk Allah nih bercengkerama di hadapan kami semua. Siap peluk – peluk cium lagi. Dah berapa kali si jantan celaka tu buat love bite dekat si betina gatal tu pun aku tak tahulah. Memang sial punya perangai dua ekor tu. Tumpuan kami semua beralih kepada mereka. Dah lama sangat dah diorang nih duduk berhampiran skrin tv tu. Kami semua dah gelak – gelak dah. Mata dah tak melihat dah dekat skrin tv si nenek – nenek dengan si Aznil tu..Tetapi aku selang seli jugalah tengok pasangan couple tu. Bak kata Juhi Chawla,”mera tera zindagi hair, karan putu nara pyar” atau dalam bahasa melayunya alang – alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Hahahaha(gelak sopan)


Alih – alih Mat Bangla yang gatal tadi tu lalu dekat tempat couple yang tak senonoh tu buat projek. Tahu pula diorang takut. Siap lari lagi. Dalam 5 minit macam tu diorang datang balik tapi tengah mencari – cari port lain. Yang pelik tu datang lagi satu couple siap berkejar – kejar manja lagi dekat situ(hanjeng sangat perangai diorang nih..dah tak tahu malu kut). Classmate aku yang sorang nih ajak kami semua balik. Kata dia,”kalau lama – lama sangat dekat sini kang macam – macam lagi aksi diorang buat”. Kami pun mengambil keputusan blah dari situ(lepas bayar lah..takkan makan tak nak bayar kan?).


Kami semua pun pulang kembali ke kampus yang dekat di hati dengan gembira melihat perkara yang lucu tetapi agak mengjengkelkan itu(asal ayat terakhir nih aku tengok macam karangan aku waktu darjah 4 masa fanatik dengan buku Sang Kancil jer nih??)


P/S : Jahanam betul perangai kucing – kucing dekat situ. Nak jer aku baling batu dekat diorang. Ada ker buat projek masa orang tengah makan. Sangat cilaka punya perangai.



Isnin, 5 Januari 2009

Khas Untuk Peminat - Peminat Dato Hans SRK..Hahaha

Sorrylah kepada semua yang menunggu - nunggu entry baru Dato. Dato bukan malas nak menghupdate(matilah MUET aku semester nih) blog Dato nih tapi sebab Dato tak sempat nak menulis akibat selalu memboroskan duit PTPTN Dato untuk bershopping dengan menggunakan duit PTPTN Dato tu. Itulah pasal.

Dato akan cubalah mengepost(jahanam lagi English Word nih) entry - entry terbaru dato. Lagi pun sepanjang seminggu dua dekat Bumi Hang Jebat(Dato tak suka Hang Tuah yer..haha) ada banyak jugalah pengalaman yang Dato kutip dan sedut selama Dato mengembara dekat sini.

Okay..Dato nak makan dulu..pasnih nak kena gi shooting(kelas lah tuh)...apa - apahal nanti Dato datang menyemak lagi...lalalala(diiringi pemuzik latar dengan nada yang sedih)...hahahha(gelak puaka niyang rapik)

P/S : Dato Dah Tengok Histeria...Walaupun Dah Ramai Umat - Umat Dah Tengok Tapi Dato Tetap Nak Bagitahu Juga..Hahaha