Hans: Disember 2009

Khamis, 31 Disember 2009

Mau Gunting Rambut Tapi....

Aku nak wat style apa yer?

Adoi!! Tawakkal jer lah.

Doakan hasilnya cantik dan menarik.

Sticky Mode Contest : Scribble's Song



Pencarian lagu untuk blog Scribbles with Style sudah bermula!

Contest ni diadakan bagi mencari lagu baru untuk blog ini!
Lagi pun dulu dah pernah janji nak buat kuiz yang ade hadiah kan...
3 pemenang akan di pilih.
dan 3 juri khas dilantik supaya tak bias k!

Tarikh tutup : 31 Disember 2009


Syarat-syarat :

1. Letak banner kat atas dengan link blog ini.

2. Pilih mana-mana lagu dan nyatakan penyanyi sekali.
Contohnya : Stars are blind by Paris Hilton.


3. Nyatakan sebab lagu ni sesuai untuk blog Scribbles with Style.
Contohnya : Lagu ni sesuai sebab blog ni gedik macam Paris Hilton gak. Sume pon nak warna pink je.

4.Lengkapkan : Scribbleswithstyle best/tidak best kerana....


Task 1 :
Done

Task 2 :
Lirikan Matamu by Hijau

Task 3 :
Lagu ini sesuai dan bertepatan dengan layout blog anda yang ceria dan ia juga sesuai dituju kepada blogger lain atau silent reader yang membaca blog anda. Lagipun, entry blog anda selalunya ceria., lucu serta kurang bermain dengan emosi sedih jadi lagu Lirikan Matamu yang ceria dan funky nih sesuai untuk blog anda

Task 4 :
Scribbleswithsyle best kerana entry - entry anda yang lucu membuatkan hidup saya sedikit ceria dan yang penting blog anda tidak berat dan layout anda memudahkan mata saya membaca entry anda.

Lirikan Matamu Lyrics :

terbit mentari
awan berarak lembut
ku ternanti-nanti
nanti kemunculanmu

dari jauh ku
pasti melihat kamu berjalan di situ
bersama teman
teman yang takkan meninggalkan kamu

lirikan matamu...
membuat diriku serba kekalutan
manis senyummu...
terasa diriku terbang di awangan

ingin ku dekati
dirimu yang tak pernah lebih ku kenali
ku terus mencuba
tak mampu ku tuk berputus asa...

Sesiapa nak join boleh click contest nih.

P/S : Entry Baru Ada Di Bawah!!

Kisah 3 Anak Bersama Ibunya!

Mak Leha mempunyai 3 orang anak. Dua lelaki dan satu perempuan. Mak Leha menatang mereka bagai minyak yang penuh. Jika ada nyamuk mahu menghisap darah mereka pasti Mak Leha akan mencari satu keturunan nyamuk itu dan memusnahkan mereka.

Mereka bertiga diberi pendidikan agama yang cukup oleh Mak Leha. Mak Leha ialah seorang balu kerana si suami mati akibat sakit barah. Lalu, Mak Leha sangat berkerja keras membesarkan anak - anak mereka.

Anak - anak Mak Leha sudah besar. Masing - masing bekerjaya dan berkeluarga. Mak Leha sudah tua dan mula diserang pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung, kolestrol dan gout. Jadi, Mak Leha sekarang memerlukan anak - anaknya untuk menjaganya.

Anak lelaki Mak Leha yang pertama sangat tamak dan tidak mahu menjaganya kerana kononnya sibuk dan cuba melepaskan tanggungjawab pada kedua - kedua adiknya. Si anak perempuan Mak Leha pula jenis tidak mahu ambil kisah. Dia kata dia seorang isteri. Suaminya tidak mahu Mak Leha tinggal bersama mereka. Anak lelaki Mak Leha yang lagi seorang yang bersifat sedikit baik juga sibuk dengan urusan perniagaannya yang memerlukan dia merantau setiap minggu.

Jadi, Mak Leha sangatlah sedih kerana tiada siapa mahu menjaganya sehinggalah Mak Leha dimasukkan ke wad hospital. Ada seorang jururawat bernama Jenab yang sentiasa menjaga dan berbual - bual dengan Mak Leha disitu. Jadi, terpaksalah ketiga - tiga anaknya datang melihatnya hari - hari. Mak Leha tidak dibenarkan makan makanan yang manis kerana kandungan gula di dalam badannya berada pada tahap yang sangat tinggi.

Jadi, pada suatu hari Mak Leha mengidam sangat mahu makan makanan manis dan dia menyuarakan isi hatinya kepada ketiga - tiga anaknya itu. Anak pertama tidak mahu menunaikan hajat itu dan suka sangat bertanya pasal harta yang Mak Leha masih ada. Menangis Mak Leha dalam hati melihat keletah anak sulungnya itu.

Anak perempuan Mak Leha pula buat endah tidak endah. Dia tidak suka masanya dihabiskan di hospital melihat emaknya itu. Dia rasa masanya sangat dibazirkan kerana dia berpegang kepada pepatah masa itu ibarat emas. Mak Leha juga sedih mengenangkan sikap satu - satunya anak perempuannya itu.

Anak lelaki Mak Leha yang ketiga pula tiba - tiba menunaikan permintaan Mak Leha. Mak Leha sangat gembira kerana rupanya masih ada sinar harapan dari salah seorang anaknya. Makanlah Mak Leha sambil disuap anak ketiganya itu dengan penuh gembira sambil menitis air mata. Kemudian, mereka bertiga pun pulang.

Mak Leha berpakat dengan doktor untuk berlakon kononnya dia sudah koma. Lalu, ketiga - tiga anak Mak Leha pun datanglah melihatnya. Mak Leha mencuri dengan setiap perbualan mereka :-

Anak Lelaki 1 : Ini semua kau lah punya pasal. Bagi mak makan makanan manis - manis. Tengok sampai mak dah koma.

Anak Perempuan : Relaks lah Along. Tiba - tiba jer kau ambil berat pasal mak nih. Kenapa?

Anak Lelaki 2 : Bukan kau suka ker Along kalau mak mati? Kau kan cepat dapat harta dia?

Anak Lelaki 1 : Aku tak sejahat kau semata - mata nak harta sanggup bunuh emak sendiri.

Anak Lelaki 2 : Okay! Memang aku mahu mak mati cepat. Aku dah bosan hari - hari datang tengok dia. Sebab tu aku tunaikan jer apa yang dia nak. Mana tahu semua harta dia bagi pada aku. Habislah korang berdua. Putih mata lah lepas nih.

Anak Perempuan : Kau nak harta mak kau ambil lah. Aku nak balik. Malas campur. Bye.

Anak Lelaki 1 : Owh,patutlah kau baik jer dengan mak. Semua kemahuan mak kau ikutkan. Rupanya ada udang di sebalik batu.

Anak Lelaki 2 : Hidup kena bijak lah Along. Pandai makan pandailah simpan. Aku bukan macam kau terlalu tergesa - gesa mahukan kemewahan dari harta mak.

Anak Lelaki 1 : Ahh, blah lah kau! Aku nak tengok siapa yang dapat harta mak.

Anak Lelaki 2 : Kita tengok siapa yang dapat.

Lalu, mereka masing - masing keluar selepas diberitahu doktor bahawa keadaan emak mereka stabil walaupun sebenarnya doktor itu sudah mendapat arahan dari Mak Leha agar berlakon bersamanya.

Mak Leha sangat kecewa dengan sikap anak - anaknya lalu terus menghubungi peguam dan menukar seluruh pemilik hartanya kepada orang lain. Sewaktu Mak Leha sudah meninggal dunia maka peguam memanggil semua anak - anak Mak Leha untuk mendengar wasiatnya dan juga terdapat seorang perempuan yang mereka tidak kenal.

Semua harta Mak Leha jatuh ke tangan perempuan itu dan mereka terkejut. Rupa - rupanya perempuan itu ialah Jenab, si jururawat yang menjaga Mak Leha sewaktu di hospital. Jenab pun tidak menyangka bahawa beliau akan mewarisi seluruh kekayaan Mak Leha.

Anak - anak Mak Leha semua melopong dan masing - masing mula sedar kesilapan sendiri. Namun, apakan daya. Nasi sudah menjadi bubur.

[Sticky] Top Commenter Contest Ummi Hanie

Hahaha!!! Gua sekarang tengah gila join contest - contest nih. Tiba - tiba dapat seruan jadi rajin nak masuk.

Ya , ummi Hanie akhirnya menganjurkan sebuah contest buat julung2 kalinya .
Anda boleh click contest untuk melihat.
Contestnya amatlah mudah .
Anda hanya perlu komen , komen dan komen sebanyak mungkin untuk merangkul kejuaraan pingat Top Commenter blog [Ekspresi] Dot Com bagi bulan Disember '09 .

SYARAT2 ;
  1. Follow ATAU Linkkan blog ini dgn blog anda . (pilih salah satu ye)

  2. Buat entri ringkas tentang contest ni beserta STICKY MODE .

  3. Jika nama anda tersenarai dalam senarai Top 10 Commenter tetapi anda tidak memiliki blog , maka penyertaan anda TIDAK DIKIRA . Harap maaf .

  4. Komen2 berunsur NEGATIF tidak akan diambilkira . Kritikan membina dibenarkan . Sila beri komen dengan sopan .Satu lagi . Ada HADIAH MISTERI bagi TOP REFERRER !
Mula - mula gua tak faham sebenarnya contest ni. Rupa - rupanya hanya komen jer lah. Tapi, gua taknaklah setakat komen seperti Assalammualaikum! Dah makan ker belum? Jadi, gua pun sangatlah rajin membaca satu persatu entry Sis Hanie nih dari yang baru sampai ke lama. Haha.

Gua rasa bagus juga contest macam nih kerana dua sebab iaitu pertama mestilah hadiahkan dan kedua Gua boleh lihat perbezaan gaya penulisan Sis Hanie nih antara dahulu dan sekarang. Secara tak langsung juga gua dapat lebih mengenali blogger bernama Ummi Hanie nih.

Apa - apapun gua harap gua menang!!


P/S : Setiap Entry Baru Ada Di Bawah Ini....Sila Lihat Dan Komen Dibawah Yer!!

Rabu, 30 Disember 2009

Boleh Tak Aku Nak Jadi Macam Hanis Zalikha?

Fuh, penat tu baru balik dari mencari almari pasang siap. Aku ingat nak beli dekat tempat lain. Merata aku tawaf dari CT Plaza, Mydin, Tesco sampai akhirnya aku pergi juga beli dekat Billion. Beli dah satu hal lepas tu nak bawa balik pula....masyaalllah!!!Punyalah payah!

Aku naik pun motosikal jer pastu kotak almari tu panjang dan tinggi lebih kurang sama dengan perut aku pula tu. Adoi, aku try macam - macam posisi sampai akhirnya letak dalam raga motosikal tu dan sandar kan dekat bahu. Fuh, gila tu aku redah jalan tu macam tak ada apa - apa yang berlaku jer. Siap bawa laju lagi. Walaupun bahaya tapi aku rasa macam ramai sangat tengok aku dengan kotak almari yang tinggi tu buat aku agak segan dengan orang. Tahulah aku femes pun tapi janganlah beri perhatian yang lebih. Hahaha.

Waktu dekat City Plaza ingat nak pergi try check duit dekat atm Bank Islam tetapi alih - alih minah perempuan depan aku tu lambat sangat nak kuarkan duit dia. Nak kuar RM500 ker RM50 ker aku tak tahu tapi asyik silap jer. Sikit - sikit tekan sampai jadi RM5000 atau RM50000. Gila betul minah nih. Tak pernah kuar duit dekat ATM ker apa...adoi!

Tersinggah dekat Tesco tadi terbeli pula lah kasut. Cadangnya nak beli tali leher tapi tak jumpa yang berkenan pula. Habis duit aku macam nih. Eh, memang dah habis dah pun. Hahaha.

Owh,berkenaan tajuk di atas tadi aku ada baca surat khabar Kosmo. Selalunya hari Rabu dia akan tunjuk blog - blog yg menarik dekat Malaysia nih. Tiba - tiba kuar pasal blog Hanis Zalikha. Nama dah sama dengan aku. Teruslah tertarik nak baca. Lagipun, memang selalu nampak blog dia dekat setiap blog para blogger ni. Rupanya muda lagi dan cun kan?

Wah, gila hebat dia. Tercalon untuk celebrity blogger nuffnag tu. Lepas nih aku nak jadi macam dia lah. Adakah ini azam tahun baru? Hahaha. Tak adalah tapi macam best pula kan jadi macam dia. Lepas nih nama aku pula la keluar. Kahkahkah. Tahun bilalah nak kuar tu.

Okaylah..malam nih mau kemas barang. Esok nak gunting rambut. Rambut aku dah serupa Sammy Velu Kadawale dah. Ceit, podah!!

Selasa, 29 Disember 2009

Jawapan Teka Teki & Keseronokan Berjumpa Teman Sekerja Lama....

Teka Teki semalam bertanya SIAPAKAH AKU?

Dan jawapan Teka Teki semalam adalah AKU PEMBOHONG.

Jadi, siapa yang jawab PENIPU atau LIAR tu memang betul lah jawapan anda dan tahniah. Hahaha. Tetapi, tak ada hadiah lah sebab ini bukan contest yer.


Owh, hari nih aku telah pergi membeli belah baju di Alor Star Mall. Seperti masuk pertandingan menghabiskan wang yang diberi dalam masa sejam maka aku pun bertawaf lah dibahagian baju tu dan dapatlah membeli 6 item pakaian yang dikehendaki. Lepas tu pergi dekat Watson pula beli apa yang patut.

Tiba - tiba rasa teringin nak jadi orang kaya. Bayangkan dalam tangan ada RM50,000! Fuh, best giler kalau ada betul. Sekarang wang baki yang ada dalam RM100 jer. Sedih tul tapi gembira juga sebab puas dapat beli baju yang diminati. 2 baju tu aku beli yang murah - murah yang ada promotion jer tetapi yang satu lagi tu new item. Hahaha. Sebab takut kempunan aku beli jer lah. Pakai duit aku setengah. Puasss!! Kahkahkah!!

Lepas tu saja pergi Billion dekat Pasar Besar kejap. Pergi jumpa member kerja lama dekat situ. Kalau siapa yang pernah baca blog aku dari mula - mula tahun 2008 tu mesti korang tahu dulu aku kerja dekat Billion area City Plaza tapi tempat situ dah tutup. Baru teringat sekarang ialah waktu yang sibuk untuk buat check stock. Haha. Sembang kejap jer lah pastu aku pun balik.

Kak Yatie kata aku dah gemuk. Wah! Bagai halilintar membelah bulan jer aku rasa macam tu. Hahaha. Sebelum nih mak ipar akak aku kata aku dah kurus. Baru nak gembira dah ada orang kata aku dah gemuk. Hahaha. Ini pun dah turun 3 kg pun masih dikategori gemuk. Kalau kak Yatie tengok aku bulan 11 hari tu lagilah gemuk. Kuikuikui.

Yeah, sekarang ada sikit - sikit kelengkapan lagi yang harus dibeli dan misi untuk membuang lemak - lemak tepu di badan semakin giat dilaksanakan. Doakan aku mencapai target 60kg yeah. Tata!!

P/S : Malam Nih Nak Tengok Ghajini Di RTM 2

Isnin, 28 Disember 2009

Teka Teki Minggu Ini!

Saya mempunyai 5 mata, 8 kaki, 6 tangan, 3 mulut dan 4 telinga.

Apakah saya?

P/S : Kalau Korang Boleh Jawab Dengan Betul Memang Korang Hebat!!

Mana Kau????


Comel Tak??


Semalam gua balik kampung dekat Sungai Dua sebab pergi makan kenduri. Waktu petang tu sedang gua baca surat khabar gua terpandang kelibat Mak Lang, sepupu dengan ayah gua macam mencari sesuatu di sebalik rimbunan pokok bunga – bunga dekat situ. Gua pun pergilah melihat apa yang dicari – cari mereka.

Rupa – rupanya ulat beluncas yang di cari. Sangat banyak juga dan susah jugalah nak dijumpai. Sebab warnanya sama dengan warna daun. Aku pun tumpang sekakilah menjejaki si pemakan daun nih. Hasilnya ada dalam 16 ekor jugalah kami dapat dan kumpulkan dalam tempurung kelapa. 14 ekor berwarna hijau dan 2 ekor berwarna coklat.

Mula – mula ambil seekor dan cuba baling dekat ayam. Ingatkan ayam nak makan tetapi boleh pula dia bersembang – sembang dengan ulat beluncas tu. Jadi, mak lang aku letakkan dekat satu tempat dan aku dengan mak lang aku pun memijak ulat beluncas tu sehingga mati.

Gila kuat ulat beluncas nih makan. Habis pucuk – pucuk daun hilang gara – gara menjadi santapan mereka. Warna ulat nih memang menarik tetapi bila tengok dekat mata ulat beluncas nih…adoi…gerun pun ada dan lucu pun ada. Huhuhu.

Teringat pula kes budak asrama jumpa ulat beluncas nih dalam sayur sawi dekat dewan makan. Terus, aku tolak sayur ke tepi. Hahaha. Apa – apapun mencari dan memusnahkan ulat beluncas semalam adalah pengalaman yang sangat menghiburkan.

Maaf kepada Ulat Beluncas kerana terpaksa menghapuskan kau. Siapa suruh ibumu bertelur di pokok bunga itu. Salahkan ibumu. Hahaha.

P/S : Gambar Tak Cantik. Maklumlah Camera Telefon Zaman Pak Kaduk. Huhuhu!

Sabtu, 26 Disember 2009

Gerun Jer Aku Tengok Kemalangan Bas 2 Tingkat Sani Ekspress Tu!!

Sebagai pengguna setia bas ekspress sebab itu jer pengangkutan awam yang paling cepat dan murah bagi aku sangatlah gerun melihat kemalangan bas itu pagi tadi dekat TV3 sebentar tadi.

Hanya kerana pemandu bas terlelap 10 saat sahaja, 10 orang penumpang kehilangan nyawa pada pagi tadi dan ada penumpang yang terputus badan dan kepala.

Risau betul tengok kemalangan bas ekspress yang tak sudah - sudah nih. Salah siapa sebenarnya? Pemandu? Takdir? Bas?

P/S : Sedih Betul!!

P/S : Titanic Dah Start.....Esok Jalan Ke Penang Makan Kenduri...Tata!!

P/S Lagi : Sumpah Aku Dengki Dengan Budak - Budak Sekolah Sekarang Sebab PM Malaysia Buat Pertandingan Menulis Pasal Apa Entah Dan Hadiah Utama Dia RM25,000. Tapi Hanya Budak - Budak Sekolah Jer Boleh Masuk. Jadi, Kepada Yang Bersekolah Tu Ambil Lah Peluang Nih. Mana Tahu Menang Tak Dapat Kau Minta Duit PTPTN Untuk Sambung Belajar Dekat U Nanti. Borang Penyertaan Leh Download Dekat Laman Web Pos Malaysia.

Titanic Malam Nih!


Walaupun dah berkali - kali tengok tapi aku masih nak tengok filem nih. Percintaan yang sungguh mengasyikkan.

Teringat masa filem ni mula - mula keluar masa aku darjah 4 dan pertama kalinya aku sekeluarga rasmikan vcd player dekat rumah dengan vcd nih. Kan ada satu part yang Kate Winslet bogel sebab nak bagi Leonardo lukis potret dia tu kan? Waktu sampai part tu mak aku cepat - cepat suruh ayah aku lajukan vcd tu. Waktu tu kakak,abang dan aku tak sempat pun tengok. Hahaha.

Mula - mula aku pelik sebab apa di forwardkan tapi baru faham sebab apa. Itupun lepas tengok dekat laptop masa copy film nih. Mat Salleh nih kalau tak ada adegan bogel - bogel mesti ada adegan cium mencium. Mana - mana filem pun mesti macam tu. Nasiblah aku masa kecil berhati mulia lagi. Hahaha.

Malam ni mahu lagi bersedih -sedih tengok manusia menyelamatkan diri dari kematian lagi. Minta - minta RTM2 tak macam 8TV asyik letak iklan dan potong scene - scene filem sampai hilang keaslian jalan cerita. Nih sebab masa aku tengok Lord Of The Ring - Return Of The King tu, 8TV potong banyak gila kut. Nasib aku dah tengok banyak kali jadi tak kisahlah. Kalau siapa - siapa yang tak pernah tengok dekat pawagam atau tak beli DVD memang sah - sah tak faham filem tu masa dekat 8TV Khamis hari tu.

P/S : Mendengar Lagu My Heart Will Go On Untuk Dapat Feel Malam Nih. Hahaha!!!!

Tak Rugi Pun Jadi Pemurah Cuma Berpada - Pada...

Ustazah gua ada berpesan jangan lokek bersedekah atau membantu sesama manusia. Sebagai contoh, jika kau bersedakah RM1 maka di masa hadapan kau mungkin akan mendapat RM7. Itu hanyalah contoh yang paling mudah.

Sebab itu jika kau perasan, peniaga yang menimbang buah dengan jujur atau peniaga makanan yang menjual nasi dengan dengan banyak pada harga yang murah sentiasa diberi kesempatan untuk pergi menunaikan haji atau umrah beberapa kali sedangkan peniaga - peniaga yang menjual dengan harga yang tinggi atau cekik darah semata - mata untuk kaya cepat tidak pula dapat peluang sebegitu. Walaupun jika dikira mereka memperoleh untung yang besar tetapi wang yang diperoleh cepat habis tanpa sedar.

Gua juga selalu perhatikan mak ayah gua suka membantu orang. Kadang - kadang gua merungut juga sebab orang yang dibantu kadang - kadang macam suka ambil kesempatan saja. Tapi, mak gua kata kita bantu untuk benda - benda yang perlu sahaja dan jangan harapkan balasan orang. Maksudnya, berbuat baik dengan ikhlas kerana nanti Allah sendiri yang akan membalas. Jika tidak kepada kita mungkin kepada anak - anak kita atau cucu - cucu kita atau ahli keluarga kita.

Kadang - kadang gua bersetuju tetapi kadang - kadang tidak bila terpengaruh dengan bisikan syaitan. Gua tak nak cerita apa yang gua buat baik hari ni cuma gua memang niat nak buat baik tadi. Tapi, waktu gua nak buat baik tiba - tiba bisikan syaitan datang dan cuba membuat gua lari dari matlamat asal. Gua hampir terpedaya tapi akhirnya gua kuatkan hati dan buat apa yang gua rancang dari asal. Alhamdulillah, gua berjaya tapi tiba - tiba gua terfikir apa yang gua buat tadi. Mula gua rasa menyesal cuma lepas tu gua rasa buat apa nak menyesal dari gua membazir pada tempat lain. Jadi, gua sudah yakin gua sangat - sangat ikhlas selepas tu dan terus terlupa.

Tiba - tiba malam tadi dapat mesej dari kakak gua dan tiba - tiba dia minta nombor akaun bank gua. Gua pelik dan tanya kenapa tiba - tiba jer minta. Rupa - rupanya abang ipar gua nak bagi wang dekat gua sebab dapat bonus besar tahun nih. Wah, gua sangatlah riang dan gembiranya dan tiba - tiba gua teringat apa yang gua buat tadi. Jadi, gua yakin sekarang bahawa tidak perlunya kita terlalu kedekut atau berkira kepada benda - benda yang baik dan hasilnya Allah sudah balas dengan berganda - ganda dari kebaikan kita.

Lagipun, mak gua juga pernah bercerita pada gua sewaktu beliau muda - muda dan merantau dekat Kuala Lumpur. Hidup di sana sangat susah tetapi sesusah mana pun tidak pernah sekali pun lupa untuk mengirim wang kepada ibundanya yakni Tok aku walaupun duit yang ada selepas kiriman itu tak lah cukup sangat. Senang cakap kena pandai - pandailah ikat perut. Tetapi, sekarang Allah sudah kurniakan rezeki yang baik dan anak - anak serta kaum keluarga lain dapat juga menumpang senang sedikit - sedikit.

Jadi, gua rasa janganlah terlalu sayangkan duit kerana Allah itu Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Jangan takut duit anda cepat habis jika duit itu digunakan kepada jalan kebaikan. Kepada kau yang telah bekerja tu, silalah kirimkan wang gaji kau pada ibubapa kau. Bagilah walaupun sedikit asalkan ada. Berbudi dengan ibu bapa besar ganjarannya.

Tetapi, bukan maksud gua untuk menyuruh kau semua berubah menjadi terlalu pemurah. tak tentu pasal. Kerana jika kau terlalu pemurah kepada orang yang tidak perlu maka kau telah membuatkan mereka menjadi semakin malas dan tidak menghargai kurniaan Allah.


Contohnya, derma kepada pengemis. Hati manusia selalunya tidaklah terlalu kering. Sekering mana pun hati kau pasti ada benda yang bakal meruntun juga naluri manusia kau. Tetapi, jika kau lihat pengemis itu sangat kuat, mampu berjalan - jalan di panas yang terik datang dari rumah ke rumah perlukah kau bagi duit pada mereka? Mungkin untuk kali yang pertama masih boleh diterima tetapi jika untuk kali ketiga, keempat dan seterusnya pada orang yang sama pada setiap bulan sedangkan kudrat si pengemis itu sangat kuat untuk bekerja silalah lupakan hajatmu.

Sedekahkanlah duit itu kepada yang lebih memerlukan. Pengemis yang sepatutnya tidak layak mengemis mendapat duit yang sangat mudah hanya bermodalkan wajah yang menyayat hati dan tangan yang masih gagah untuk digerakkan sedangkan yang memberi bertungkus lumus setiap hari semata - mata mendapatkan wang. Adilkah?

Jadi, tak rugi jadi pemurah cuma berpada - padalah sewaktu menderma. Pastikan si penerima memang layak untuk di derma!

P/S : Entry STPM Aku Rasa Panjangnya!

Jumaat, 25 Disember 2009

Hans Berpantun!!!

Seronoknya Disayangi Apabila Mengasihi,
Gembiranya Apabila Ditemani Dan Boleh Berkongsi,
Riang Bergurau Bercanda Sesekali,
Dimanakah Gadis Yang Kucari?


Berdebar - Debar Rasa Dihati,
Apabila Terfikir Bakal Kekasih Ini,
Pabila Bersua Buat Pertama Kali,
Akan Kuingat Sehingga Mati?


Jika Memang Jodoh Ini,
Harapnya Kekal Hingga Kemati,
Minta Serba - Serbi Jadi,
Bolehlah Berkongsi Rahsia Hati?


Dimana Dikau Sang Puteri,
Hajat Dihati Lama Terperi,
Masa Kian Semakin Lari,
Hatiku Sudah Dibuka Kembali.

Cukup Sudah Berhibur Kini,
Rasa Mahu Cuba Lagi,
Buang Semua Yang Menyesatkan Sebelum Ini,
Jadilah Insan Baru Yang Disayangi Dan Menyayangi.

P/S : Aku Tak Percaya Aku Mampu Buat Pantun - Pantun Jiwang Yang Macam Orang Gila Nih. Hahaha! Masa Untuk Berpacaran Dengan Si Gadis Sudah Tiba Cuma Tak Tahu Bila Dan Bila!

Khamis, 24 Disember 2009

Kau Memang Tak Guna!!! Kau Patut Mampus! Pergi Jahanamlah Kau!

Tak guna!!!

Selalu suka menyusahkan aku!!!

Asal dengan kau???

Tak puas hati ker aku ada blog???

Kau dah tak ada blog buatlah cara tak ada blog!!!!

Aku tahulah kau tak reti nak menaip!!!!

Aku tahulah kau buta huruf!!!!

Kerja kau bikin aku marah jer!!!

Asal Kau Tak Puas Hati Sangat Dengan Aku????

Bila Aku Marah Kau Puas Kan???

Lepas tu kau lari dan datang lagi bikin kacau dekat sini!!

Kau Memang JAHANAM lah!!!

Kau pergi mampuslah!!!!

Matilah kau.....................

Nyamuk Penghisap Darah!!!!

Kau ingat aku pembekal darah untuk kau ker???

Tak habis - habis hisap darah kaki aku!!

Matilah Kauuu!!!

P/S : Dengan Kekuatan Orang Kuat Shieldtox Kau Sudah Mati Aku Kerjakan!!

Rabu, 23 Disember 2009

Juri Hans Menyertai Juri GGT Membantu Boneka Memilih Pasangan Couple Beliau!!!

Ini Entry Ke-3 dalam masa sejam kerana 2 entry lain adalah entry untuk contest. Anda boleh melihatnya di entry paling atas dan entry dibawah ini.

Gua terkejut sewaktu menyemak senarai komen - komen pada hari ini.

Gua terbaca komen Ah Fatt :-

"eh pertama: tak sangka ko jadi juri. ko rekrut baru gay ker? hahaha",jerit Ah Fatt dengan gembiranya.

Adakah selama ini Ah Fatt menaruh hati padaku? Owh, dalam diam - diam ko rupanya yer Ah Fatt. Patutlah selama nih aku mengesyaki sesuatu bila Ah Fatt komen blog aku. Hahaha.

Rupa - rupanya Boneka lantik aku jadi juri tambahan untuk contest paling sangap a.k.a desperate dekat blog beliau. Aku macam tak percaya pun ada dan paling terkejut Boneka cakap dia sayang dekat aku dalam diam. Owh, apakah Boneka? Rupa - rupanya Boneka memang bangkai. Hahaha.

Juri - juri lain ialah 2 orang ahli kumpulan setia GGT iaitu Hisham dan Kawie2020 serta bakal ahli kumpulan GGT iaitu Abe Long yang berpotensi menarik rambut bakal pemenang contest Boneka kerana berebutkan Boneka yang bangkai tu. Hahaha.

Cuma sekarang aku tak faham macam mana nak pilih pemenang nih? Cuba Cik Boneka bagitahu langkah - langkah yang perlu dan berapa nama perlu dicalonkan untuk menjadi couple anda. Saya sedia membantu anda. Hahaha.

Juri Hans menilai dari segi :-

1) Originality

2) Lukisan Yang Boleh Buat Aku Gelak Sampai Mak Aku Suruh Diam

3) Tahap Bodekan


P/S : Dah Nampak Dah Beberapa Calon Yang Sesuai Untuk Boneka Melalui Lukisan - Lukisan Unik Mereka.

Pemberitahuan : Jard Cuba Merasuah Aku....Hahahaha! Macam Mana Nih?

Contesto de LOUR




Apa yang anda kene buat ialah upload ape2 gambar yang korang suke, lepas tu tulis caption atas gambar korang upload tu ,(caption adalah bebas ) tak kire gambar korang or orang lain ke, binatang ke,tumbuhan ke, tangkap sendiri ke, cilok dari memane ke,..sukatilah, sebab caption tu lagi penting utk tambah drama dalam gambar tu..chewah !
contoh mcm kat atas tu (kelakar x???) kui kui

then, post ur blog url kat sini.

post the entry as CONTESTO de LOUR
then paste gambar kucing kat atas dalam blog!(linkkan sekali ke blog ni, http://kameraxburuk.blogspot.com/2009/12/giveaway.html selamt mencuba la ye!

What you have to do is...

then, leave your blog link (kalau ada) good luck.
tarikh tutup, 31.12
hadiah pula pertengahan bulan 1 aku kasik, atas sebab2 tertentu...
hadiah2nya ialah

1st .topup rm 50
2nd .topup rm 30
3rd .topup rm 20
saguhati ; topup rm 10 (5 orang)


Jangan Lupa Berus Gigi


Caption :
Cantik Tak Gigi I? Lain Kali You Jangan Lupa Berus Gigi
Dua Hari Sekali Macam I Tau!


Sumber gambar adalah gambar sendiri yang diambil masa aku di semester 5. Tidak ada cilok sama atuk Google atau moyang Yahoo atau mana - mana pun.

P/S : Siapa - siapa yang nak join untuk dapat topup free tu boleh click SINI

Selasa, 22 Disember 2009

Mana Lagi Contest - Contest Lain????

Aku sekarang tengah berhajat nak join contest blog scribbles dgn satu blog lagi...tgh cari idea nak join...dan tengah tunggu Cik eL buat contest dekat blog dia.

Ada lagi tak siapa - siapa nak buat contest? Sila bagitahu dengan segera. Cuti aku sudah mahu tamat dan mungkin selepas nih sangat susah nak online selalu.

Aku habiskan 5 jam untuk blogwalking semua blog. Itu pun ada lagi yang tak sempat nak jenguk sebab blog korang berat sangat.

Apa - apapun aku sangat dahagakan contest. Sila laporkan perkembangan contest - contest terbaru kepada saya.

Peringatan : Jangan minum air pepsi dengan coke atau apa2 yang bergas terlalu kerap kerana air itu sangat berasid. Boleh buat cuci lantai atau cuci jamban. Serta boleh membuat kesuburan anda terjejas.

Info Baru : Ada juga blogger - blogger buat blog seperti nuffnagrangers la apa lah semata - mata nak kumpul orang ramai - ramai dan click nuff..promote dekat blog sudah...adoi...

Berita Semasa : Banyak senjata Malaysia hilang selain enjin jet. Kenapakah?

Harapan : Bila Zizie Ezzete dengan Bung Mokhtar nak mengaku dah kahwin nih?

Impian : Bilalah pendatang haram dekat Malaysia ni nak surut? Aku rindu nak naik bas yang bebas dari penumpang - penumpang luar negara.

Berat : Turun sekilo dan bakal naik 2 kilo. Apakah?

Sukan : Adakah Tony Fernandez bakal menjadi pramugari?

P/S : Barang Baik Mestilah Mahal. Apakah Aku Merepek Ini?

Eh, Tu Ada Tempat Kosong Tu!

Fuh! Gua sudah selesaikan yuran pengajian dan salinan no akaun bank Islam untuk PTPTN. Semua sudah settle cuma tinggal nak bayar duit rumah sewa jer lagi. Tadi gua pergi bank Islam. Gua sangatlah jakun hari ini kerana tempat untuk mengambil no pin angka giliran sudah canggih. Jenis touch screen punya. Kakak dekat kaunter pertanyaan tu suruh gua tekan dekat situ selepas gua tanya mana nak ambil nombor dan ramai tengok dekat gua. Gua kata gua nak isi borang dulu padahal gua segan nak tekan selepas ramai memerhati gua. Hahaha.

Gua tengah confuse sama ada perlu masuk kad pengenalan atau setakat sentuh aja. Rupa – rupanya untuk kes gua hanya sentuh jer. Tak ker pasal gua kena tunggu lama sebab gua lembab mahu ambil nombor dekat situ. Hahaha. Selepas tu gua pun pergilah bersandar dekat dinding. Dekat mana gua duduk mesti dekat situlah manusia nak lalu! Tak faham betul gua. Adakah gua terpakai susuk secara tidak sengaja hingga semuanya tertarik untuk lalu atau merempuh tempat gua berdiri tu?

Ada lagi 70 orang sebelum tiba giliran gua. Gua tengok kerusi ada yang kosong. Ada dua orang Muslimah tepi gua nih asyik bercakap sesama sendiri pasal tempat kosong itu.

Muslimah 1 : Eh, itu ada tempat kosong tu weih!

Muslimah 2 : Mana?

Muslimah 1 : Itu hah. Jom lah duduk dekat situ.

Muslimah 2 : Hang geraklah dulu.

Muslimah 1 : Jom lah pegi sekali.

Tetapi, sampai kesudah diorang tak bergerak hingga tempat tadi dapat pada orang lain. Setiap kali ada tempat kosong mereka berdua akan bercakap benda yang sama. Gua rasa nak duduk tapi bila tengok macam diorang nak pergi duduk gua bersandar jer lah lagi dekat dinding tu sampai gua rasa diorang nih hangat - hangat tahi ayam jer jadi gua pun pergilah duduk dekat kerusi tu.

Gua sangat selesa duduk sambil dihujani deruan angin yang dingin berpunca dari penghawa dingin yang melekat di dinding. Budak perempuan dua orang tu tengok jer gua duduk dekat situ. Gua peduli apa! Kalau gua tak duduk pun bukan lu berdua mau duduk pun. Lepas tu ada pakcik tepi gua asyik hendap - hendap jer borang gua. Gua saja jer sembunyi - sembunyi borang gua kasi dia kesukaran sikit. Hahaha.

Akhirnya, segala urusan gua dekat sana selesai. Jadi, gua sangat gembira sekarang walaupun mood gua agak terganggu pasal rumah sewa. Seronok betul gua memecut motosikal dengan kelajuan 100km seminit tadi. Terasa angin – angin dunia menyentuh tubuh gua.

Selepas nih gua kena sibuk pula uruskan pasal rumah sewa. Fuh! Nasib member – member gua banyak tolong. Thanks pada korang berdua. Rehat kejap! Chow!

P/S : Minggu Depan Mahu Lawan Bowling. Balas Dendam Bakal Berlaku!

P/S Lagi : Sedihnya Duit Nuff Aku Tak Bergerak! Haih!

Isnin, 21 Disember 2009

Harap - Harap Korang Faham....

Pertama sekali aku nak mohon maaf bebanyaklah sangat dekat korang semua kalau ada blog yang aku tak sempat singgah komen - komen tu. Dengan kelajuan internet aku yang memang lembab nih memang aku tak sempat langsung nak komen semua blog. Mungkin suku jer aku sempat komen.

Mungkin kalau ada dah ada broadband sendiri aku akan dapat komen semua blog. Lagipun aku sangat sibuk sekarang. Jadi, kepada sesiapa yang berkenaan jangan terasa hati. Ialah, dekat blog mereka tiada komen dan bila mereka pergi blog orang lain nampak pula komen aku.

Aku juga menghadapi masalah untuk komen blog yang menggunakan disquss ke atau apa - apa yang lebih canggih. Itu bukan salah mereka tapi memang kekuatan internet rumah aku sangat lemah untuk buat aku dapat menaip komen disitu. Sangat mengambil masa.

Lagipun, aku bukannya blogger terkenal atau otai pun. Tak ada apa - apa jadi pun kalau aku tak komen blog korang. Walauapapun kalau ada kelapangan aku cubalah singgah blog korang.

Harapnya fahamlah situasi aku nih.

P/S : Letih Nak Jaga Hati Orang.

X-Ray! Kencing! Tahi! Darah!

Hari ini gua terpaksa korbankan masa tidur gua dengan bangun awal pagi dan bersiap – siap pergi melancong ke hospital untuk buat medical check up. Nasib member gua si Am menemani gua pergi kesana.

Sampai sahaja di sana gua pergi kaunter yang pertama untuk mendaftar. Ada 2 kaunter dekat situ. Yang kaunter pertama ramai orang beratur dan kaunter kedua ada dua orang jer. Jadi, gua yang memang bijak nih mestilah pilih kaunter kedua sebab tak ramai orang. Tetapi, orang depan gua tak bergerak – gerak sedangkan orang sebelah gua asyik bertukar – tukar sahaja. Akhirnya, gua ambil keputusan drastik untuk bertukar kaunter dan sewaktu gua selesai urusan disitu pun budak – budak depan gua sebelum nih masih tak habis – habis. Pelik betul!

Gua pergi X-Ray badan gua dulu. Selalunya tak lama sangat tunggu tapi hari nih sangat lama. Letih berdiri sebab semua kerusi penuh dengan orang. Sampai giliran gua jadi gua cepat – cepatlah masuk. Gua dipaksa doctor membuka baju. Gua tengok depan gua ada dua orang lagi tak buat x-ray so gua malaslah nak buka baju tapi doctor tu asyik paksa gua jer buka. Pelik betul. Akhirnya gua buka jugalah. Sampai giliran gua tiba – tiba ada perempuan nak buat x-ray juga. Wah, malu I tau doctor! Sampai hati U biarkan tubuh I terdedah kepada si wanita itu. Tapi, gua buat biasa jer lah. Budak perempuan tu bukan cun pun tapi kalau buang kepala dia mungkin dia akan menjadi antara makhluk yang seksi di mata gua. Hahaha.

Lepas habis tubuh gua ditatapi oleh doctor wanita itu maka gua pun keluarlah menunggu keputusan. Sekali lagi sangat letih berdiri. Setengah jam baru gua dapat lihat x-ray gua. Akhirnya, pergi buat ujian air kencing pula. Keadaan tandas hospital adalah menyedihkan. Nasib lelaki tidak perlu duduk untuk kencing. Jadi, tiada masalah bagi gua. Pantas jer gua keluar dengan bekas yang berisi bahan mineral daripada badan sendiri. Alih – alih minah yang tak cun tu pun ada dekat belakang gua. Habislah maruah gua tercemar sebab minah tu sudah tengok air kencing gua dekat kaunter urin tu. Apalah minah tu. Air kencing gua pun mau tengok!! Sempatlah gua merepek dengan member gua berkenaan kisah air kencing dan tahi sehingga ruang menunggu itu gamat dengan ketawa kami berdua. Mana tak ketawa bila terbayang jika air kencing di dalam cawan plastic itu tertumpah dan terkena borang medical check up tu. Tapi, urusan di sini sekejap saja sebab tak sampai 5 minit pun dekat kaunter nih.

Selepas tu gua pergi pula kaunter untuk ukur tinggi, berat dan penglihatan. Lama gila gua tunggu. Nasib member gua ada menceriakan keadaan. Kalau tidak gua boleh mati bosan lama – lama tunggu dekat sana. Makcik misi sangat lambat buat kerja. Mana tak lambat. Menulis sepatah perkataan disusuli dengan 12 ayat daripada mulut berborak dengan rakan sebelah. Akhirnya, urusan yang mengambil masa 10 minit dicampur 1 jam menunggu itu selesai tetapi sudah masuk waktu rehat iaitu pukul 1 dan kaunter akan dibuka pukul 2. Jadi, gua pergilah teman member gua makan kejap dekat depan Menara.

Pukul 2 gua dah dekat hospital balik dan gua ambil angka giliran untuk pemeriksaan terahir dengan doctor. Nombor giliran gua 1206 dan nombor sekarang adalah 1108. Gua kena tunggu lagi 90 orang lebih sebelum dapat jumpa doctor. Bermacam – macam yang gua borak sama dengan member gua, si Am sampai naik mengantuk. Dari perkara yang berfaedah sampailah kepada perkara – perkara yang laqa semuanya dibualkan. Perkara lucah juga kerap menjadi perbualan kami untuk memeriahkan suasana. Akhirnya selepas 1 jam lebih gua tunggu, dapat juga gua jumpa doctor dan masa untuk menyelesaikan benda itu hanya 5 minit. Akhirnya, gua pulang ke rumah selepas seharian menghabiskan masa di hospital daripada pukul 10 pagi sehingga 4 petang. Letih betul dan terima kasih kepada member gua iaitu si Am kerana sudi menemani gua ke sana. Nanti gua belanja lu makan burger oblong dekat Gemilang.

P/S : Tak Dapat Pergi Bank Nak Bayar Yuran. Adoi!!

P/S : Click Nuff Gua Selalu Yer!

Ahad, 20 Disember 2009

Kak...RM2 Kak!

Sekarang musim buah cempedak. Aroma buahnya amatlah membangkitkan nafsu makan setiap manusia yang menggemari rasanya yang manis itu. Jiran setaman ada memberi dua buah cempedak yang besar - besar belaka. Maka, dapatlah tadi menikmati berpuluh - puluh biji ulas buahnya yang dicelup tepung dan digoreng di dalam kuali yang berisi minyak masak yang panas.

Cucur cempedak goreng jika di beli di gerai - gerai memang agak mahal berbanding pisang goreng tetapi tidaklah semahal yang aku pernah beli dekat Nilai 3. Waktu tu ada rombongan keluarga ke Nilai 3. Jadi, semuanya berduyun - duyunlah pergi ke sana melihat dan membeli kain - kain yang amatlah murah di sana.

Lalunya aku di sebuah kedai dan tiba - tiba aroma cempedak goreng menusuk hidungku. Lalu, membawa RM2 dan pergilah membeli cempedak goreng di kedai itu. Waktu itu, RM2 untuk cempedak goreng boleh dapat dalam 10 biji jika di Kedah. Lalu, makcik tadi memasukkan lah cempedak goreng ke dalam plastik.

Aku rasa macam makcik tadi ingat aku hanya memesan RM1 untuk cempedak goreng lalu aku membuka helaian duit RM1 itu lebih luas agar makcik tadi perasan yang aku sebenarnya memesan RM2 untuk cempedak goreng. Tetapi, makcik itu seperti tak ada perasaan dan dia memberi bungkusan plastik berisi cempedak goreng kepadaku :-

Makcik : Nah, adik!

Aku : Kak! RM2 lah kak.

Makcik : Yer. RM2 lah tu.

Aku : Owh, okay!

Hanya 3 biji cempedak goreng untuk RM2. Sangatlah mahal! Satu keluarga aku terkejut dengan hal tu. Aku pun makan jer lah sebab dah teringin sangat. Nasib buah cempedak yang digunakan agak sedap. Jika tidak mesti melenting lagi sebab rasa macam tertipu.

Ada juga terfikir mungkin harga di sini memang mahal tetapi sewaktu di Melaka juga aku ada membeli cempedak goreng dengan harga RM2. Aku mendapat lebih daripada 8 biji. Jadi, mungkin makcik di Nilai 3 itu cekik darah atau mengambil kesempatan daripada pelancong - pelancong di situ.

Sewaktu makan cempedak goreng tadi sambil menonton filem Tamil iaitu Manikand lakonan Rajnikand dan juga drama Melayu yang membolot anugerah skrin tempoh hari iaitu Tersasar Di Jalanmu arahan Erma Fatima, mak aku pun berkata dengan nada lucu :-

Mak : Dah berapa ringgit dah tu?

Aku : Tak tau lah dah berapa puluh ringgit dah habis nih. Haha.


P/S : Sedap Betul Ais Krim Dalam Peti Ais Tu. Dah Macam Makan Ice Blended Chocolate Jer. Malam Kang Makan Lagi. Yeahhh!

P/S : Tak Sempat Melawat Blog Korang. Ada Banyak Urusan Perlu Diselesaikan!

Sabtu, 19 Disember 2009

Aku Berjaya Diet 5 Jam! Tahniah!!

Hari nih rezeki sangat murah. Macam - macam mak aku masak kan untuk kami sekeluarga. Aku sudah 6 pinggan membaham bihun goreng yang mewah dengan daging, udang, sayur dan macam - macam lagi. Kemudian, aku membaham buah di dalam peti ais sebanyak 4 biji. Sebelum itu, pagi tadi membaham roti canai sebanyak dua keping bersama gulai ayam yang mak aku buat.

Sekarang masih belum makan nasi sebab fobia melihat angka di penimbang berat. Sangat takut sebab peningkatan yang sangat mendadak. Kalau duit nuff meningkat macam nih aku tak kisah tapi bila berkaitan berat badan itu adalah satu musibah yang perlu di elakkan. Jadi, masih menahan lapar walaupun aku rasa aku akan makan juga lepas tulis entry nih.

Dan tadi aku baru perasan ada ais krim dekat dalam peti ais. Ada dua bekas dan berlainan perisa. Itu semua perisa kegemaran aku. Sekarang aku masih berfikir perlukah aku musnahkan diet 5 jam aku untuk ais krim ini. Nasi pula menjerit - jerit memanggil aku suruh mereka dimakan. Aku serba salah.

Okaylah! Aku diet masa dekat Shah Alam jer lah. Masa tu hari - hari aku makan roti gardenia. Senang! Jadi, aku rasa aku perlu makan sekarang. Selamat tinggal semua! Doakan lemak - lemak aku hilang sekelip mata lepas aku bangun tidur esok yer. Tata!

P/S : Pergi Membaham Lagi!!

Drama Blog Minggu Ini : Persengketaan Antara Pak Yob Catering & Arf Curry Catering Part 2

Tajuk Drama : Persengketaan Antara Pak Yob Catering & Arf Curry Catering

Klasifikasi : PG13

Bahasa : Melayu Rojak

Watak - Watak :-

Yob Sumo = Pak Yob

Arief = Arf

Izzad = Rodrigo Alfonso

Chah = Laura Zo Ho Liau

Afiq = Chef Cik Do

Piqah = Chef Fazura Martinez

Tedi = Kucing

Hans = Tuan Rumah

Akhirnya, keputusan telah dibuat oleh oleh Laura dan Rodrigo selepas berbincang dengan ayah Laura. Mereka telah memilih kedua - duanya sekalinya untuk menyediakan menu kepada tetamu - tetamu majlis perkahwinan mereka. Jadi, setengah daripada senarai menu di berikan kepada Catering Pak Yob dan setengah lagi senarai menu di berikan kepada Catering Arf Curry.

Jadi, Pak Yob dan Arf sekali lagi bersaing untuk menunjukkan makanan yang di masak oleh siapa lagi yang sedap. Pak Yob telah berjanji kepada Chef Cikdo bahawa jika masakan mereka dipuji oleh tetamu maka Pak Yob akan memberi bonus 6 bulan gaji kepada beliau manakala Arf pula telah menawarkan pakej percutian ke seluruh Eropah kepada Chef Fazura Martinez jika makanan yang dimasak beliau akan dipuji lebih sedap oleh para tetamu berbanding makanan daripada Catering Pak Yob.

Tibanya hari perkahwinan Rodrigo Alfonso serta Laura Zo Ho Liau yang penuh meriah dengan lebih 3,000 tetamu. Ini juga hari yang bakal membuktikan makanan siapakah yang paling sedap sekali. Di dalam bangunan kedai yang menempatkan kedua - kedua catering itu, Pak Yob dan Arf telah berpesan kepada chef mereka masing - masing sewaktu pagi yang sangat hening itu.


Di dalam kedai Pak Yob :-

Pak Yob : Aku nak kau masuk dalam kedai diorang senyap - senyap dan masukkan benda nih di dalam periuk makanan diorang. Jangan sampai kantoi!

Chef Cikdo : Pak Yob biar betul....serius kah?

Pak Yob : Aku seriuslah! Kau nak bonus 6 bulan gaji ker tak nak nih?

Chef Cikdo : Baik - baiklah.

Pak Yob : Ingat! Masukkan benda nih dalam satu periuk diorang jer tau!

Che Cikdo : Okay!


Di dalam kedai Arf :-

Arf : Fazura! Aku nak kau masuk senyap - senyap dalam bahagian dapur diorang. Lepas tu kau buang benda nih dalam salah satu periuk diorang.

Fazura Martinez : Besar sangat nih bos. Kalau kantoi macam mana?

Arf : Itu pandai - pandai kau lah. Kau nak pergi melancong ke Eropah ker tak nak?

Fazura Martinez : Yer lah. Saya buat. Tapi kalau kantoi saya tak bertanggungjawab.

Arf : Okay!


Pak Yob dan Arf pun cuba berlakon baik dan konon - konon masing - masing keluar pergi minum teh tarik dahulu bagi memudahkan chef mereka menjalankan tugas yang diamanahkan. Lalu, chef masing - masing mengambil peluang untuk menjalankan misi mereka sewaktu bahagian dapur masing - masing menjadi sunyi selepas makanan sudah siap sedia dimasukkan di dalam periuk besar sebelum di angkat ke dalam van masing - masing. Mereka cepat - cepat memasukkan barang - barang yang di suruh oleh bos masing - masing ke dalam periuk makanan itu dan cepat - cepat menutup serta memastikan misi mereka berjaya.

Setibanya makanan - makanan itu di majlis perkahwinan Rodrigo dan Laura, pada pukul 10.30 pagi maka ayah si Laura iaitu tuan rumah mahulah juga melihat rupa menu mereka pada hari itu. Dia menuju ke periuk - periuk besar milik Catering Arf Curry dulu dan tiba - tiba tuan rumah menjerit besar apabila melihat beberapa ekor lipas yang sudah mati terapung - apung di dalam sebuah periuk yang berisi gulai daging itu. Arf serta Chef Fazura sangat terkejut besar dan mereka melihat Pak Yob tersenyum sinis tanda puas. Arf mula panas hati.

Tuan Rumah : Nih pasai apa ada lipas nih? Hang pa semua buat keja macam mana? Nih majlis dah nak mula dah nih? Takkan aku nak bagi depa semua makan lipas kut?

Arf : Maaf encik. Saya rasa ada orang cuba buat khianat nih.

Tuan Rumah : Sapa yang nak buat khianat dekat hang?Aku marah nih. Hangpa punya katering pengotoq.

Pak Yob : Betul tu encik. Katering diorang memang kotor. Sampai berbelas lipas dalam tu. Tapi, saya punya menu Encik jangan bimbang. Pasti bersih punya.

Tuan Rumah : Nasiblah aku ada buat back up suruh Si Laura tu ambik dua katering. Kalau tak musnah majlis hari nih.


Tuan rumah pun melihat - lihat pula periuk - periuk besar milik Pak Yob dan tiba - tiba :-

Tuan Rumah : Ya Allah! Hang masak apa nih?

Pak Yob : Ayam lah encik. Kan tu ayam masak merah tu.

Tuan Rumah : Nih ayam apa ada bulu, ada ekoq dengan ada 4 kaki nih?

Pak Yob : Eh? Macam mana leh ada binatang nih?

Tuan Rumah : Hang nak bunuh tetamu aku kah masak benda nih? Hang ingat keturunan aku makan kucing ka?

Pak Yob : Eh, nih salah faham nih encik! Pasti ada orang yang aniaya saya.

Chef Cikdo : Eh, ini si Tedi kucing Pak Yob lah kan?

Tuan Rumah : Ya Allah! Sampai kucing sendiri pun jadi ayam masak merah? Asal lah anak aku ambik katering - katering pengotoq nih?????????Tidakkkkkkkkkkkkkkkk...........(pengsan serta merta).


Pak Yob memandang Arf yang ketawa puas hati. Di dalam hati masing - masing :-

Pak Yob : Celaka! Aku letak lipas jer kut. Dia letak kucing. Dah lah kucing tu Si Tedi aku. Kucing Parsi tu. Jahanam!!

Arf : Hahaha. Padan muka kau. Letak lagi dekat aku lipas. Bukan setakat makanan kau jer aku musnahkan. Kucing kau pun aku musnahkan.

Akibat peristiwa itu, kedua - dua syarikat katering ini di saman malu oleh Tuan Rumah dan di dakwa di mahkamah akibat kecuaian dan tahap kebersihan yang tidak memuaskan. Selepas itu, kedua - dua syarikat di tutup kerana hal berkenaan lipas dan kucing yang ditemui di dalam periuk makanan mereka sudah heboh di semua daerah - daerah kawasan itu dan mereka langsung tidak menerima sebarang tempahan dari sesiapapun.

Kini, Pak Yob dan Arf hidup merempat!!

Tamat!!

P/S : Itulah! Lain Kali Jangan Dengki Pada Orang!

P/S Lagi : Nantikan Drama Blog Yang Baru Pula Nanti!

Jumaat, 18 Disember 2009

Sedapnya Ayam Nih! Ayam Apa Nih Dik?

Selepas membaca entry terbaru dekat blog Pakcik Razman jadi baru teringat kisah yang pernah diceritakan oleh emak aku kepadaku.

Rakan emak ku mengikuti rombangan pejabat beramai - ramai ke Thailand. Aku kurang pasti dimana tempat itu sama ada di Phuket atau Bangkok tetapi yang pasti memang di Thailand. Aku namakan rakan emak aku nih sebagai Mak Leha lah. Eh, asal aku suka sangat guna nama Leha nih? Hahaha.

Mak Leha nih singgah sekejap bersama keluarga untuk makan dekat sebuah restoran nih. Pelayan datang membawa menu untuk dipesan. Mak Leha dan keluarga pun sudah memastikan kedai tu tak ada jual 'kerbau pendek' jadi mulalah melihat menu. Melihat senarai makanan bertulisan English dan terpandang perkataan Chicken. Jadi, mereka pun memesanlah menu ayam tersebut.

Makan sudah sampai dan bau aromanya amat memikat hati. Mak Leha merasa sedikit dan mula terpesona dengan kesedapan daging ayam itu. Lembut katanya. Rasanya pun manis. Satu keluarga Mak Leha menghadap makanan itu sehingga licin. Kerana perasaan ingin tahu yang cukup tinggi maka Mak Leha pun memanggil pelayan dan bertanyakan pasal ayam itu.

Dialog di terjemah dalam bahasa Melayu :-


Mak Leha : Adik, mau tanya sikit.

Pelayan : Yer akak! Tanya jer lah. I suka jawab soalan nih.

Mak Leha : Ayam nih sedaplah adik. Kedai nih masak guna ayam apa?

Pelayan : Owh, memanglah sedap. Masakan istimewa dekat sini. Itu dia ayam tu. Dalam aquarium tu..(sambil menunjukkan jari pada akuarium yang mengandungi katak hidup yang besar).

Mak Leha : .........(berasa pening dan terus ke tandas memuntahkan semua yang ada di dalam perut)

Jadi, Mak Leha sangat trauma pada kata hari itu dan berjanji pada dirinya bahawa dia tidak akan terpengaruh atau terpedaya dengan perkataan yang berbunyi 'CHICKEN' lagi selepas ini. Bayangkan kalau Mak Leha tidak bertanyakan pasal menu tu mesti sampai ke mati dia tak tahu bahawa dia pernah merasa daging katak. Hahaha!

P/S : Teringin Mahu Makan Zirafah!!Hahaha!

P/S : Aku Ingat Aku Menang Contest Nih Tapi Rupa - Rupa Nama Sahaja Yang Sama. Hahaha!

Khamis, 17 Disember 2009

Review Film : Avatar Filem 2009 Paling Hebat.

Sebelum itu penulis ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya merangkul pingat emas Sukan Sea selepas berjaya menewaskan Vietnam dengan jaringan dramatik 1-0. Permainan pada separuh masa kedua sangat menarik dan penuh mendebarkan. Sepatutnya, Malaysia masih mampu menjaringkan lebih dari satu gol namun bersyukurlah kerana kemenangan berpihak kepada Malaysia.

Kembali kepada tajuk asal, filem Avatar yang bergenre aksi, pengembaraan serta sains fiksyen arahan pengarah filem Titanic, James Cameron yang berdurasi sekitar 2 jam 30 minit ini penuh dengan aksi dan kesan khas yang sangat mengagumkan. Filem berbahasa Inggeris yang menampilkan pelakon – pelakon hebat seperti Michelle Rodriguez, Sam Eorthington, Sgourney Weaver serta Stephen Lang berjaya menjalankan tugas mereka dengan baik dalam menjayakan watak – watak yang diberi dengan penuh penghayatan.

Avatar mengisahkan seorang bekas tentera laut, Jake Sully yang cedera dan lumpuh dari pinggang hingga ke bawah. Beliau dipilih untuk menyertai program Avatar bagi menggantikan kembarnya yang terbunuh. Mereka mengembara ke Pandora, sebuah planet hutan yang dipenuhi dengan pelbagai makhluk yang aneh dan pelik, ada yang cantik dan ada juga yang menakutkan serta bengis. Planet Pandora ini merupakan sebuah kediaman untuk makhluk bernama Na’vi iaitu golongan primitif planet itu yang lebih bijak dari manusia.

Program Avatar adalah program yang dicipta pihak manusia iaitu dengan mereka cipta sebuah makhluk yang sama seperti Na’vi dengan mencampurkan sel manusia dan sel puak Na’vi tetapi mengikut sel – sel manusia yang terpilih dan hanya manusia yang terpilih itu sahaja boleh mengawal makhluk itu melalui otak di dalam sebuah bekas yang ditutup. Jadi, ini memberikan Jake peluang untuk berjalan semula kerana dia dijanjikan jika program ini berjaya pihak program Avatar akan menanggung segala kos pembedahan kakinya. Jake Sully diarahkan supaya menemui puak Na’vi dan cuba berunding untuk berdamai dengan pihak manusia dan cuba memaksa mereka berpindah ketempat baru.

Dengan ketinggian puak Na’vi adalah tiga meter serta mempunyai ekor dan berkulit biru bersinar, puak ini hidup dengan aman dalam dunia mereka yang dianggap suci dan tidak tercemar itu. Namun, apabila pihak manusia dari program Avatar meneroka lebih dalam sehingga mengganggu serta sanggup memusnahkan tempat tinggal mereka semata – mata untuk merampas bahan mineral dan sumber galian yang bernilai tinggi jika di jual di Bumi, maka pihak Na’vi mula mengamuk dan cuba mempertahankan hak mereka.

Di sini Jake Sully terpaksa memilih sama ada untuk mengkhianati bangsa manusia atau terpaksa berjuang bersama puak Na’vi untuk menyerang manusia. Untuk lebih lanjut, sila menonton di pawagam berhampiran anda.

Bagi penulis, jalan ceritanya sangat menarik. Adegan cinta yang datang secara tiba – tiba di antara Jake Sully dan gadis Na’vi itu sangat mengujakan walaupun mereka berwajah unik kebiru - biruan. Aksi gadis itu mengajar Jake Sully tentang budaya mereka dalam adegan – adegan tertentu juga sangat menarik.

Kesan khas filem ini amatlah mengagumkan penulis. Dari rekaan set hutan yang sungguh hebat, wajah – wajah haiwan yang pelik serta struktur fizikal puak Na’vi yang unik adalah amat membanggakan. Tidak seperti kesan khas dalam filem G.I.Joe ataupun Final Destination 4 yang kurang menarik, Avatar merupakan filem yang mampu menunjukkan kesan khas yang hidup dan seolah – olah benda itu wujud. Penulis sangat teruja dan teringin mahu bertemu dengan hutan yang indah seperti di dalam filem ini.

Dari segi politik, cerita ini mungkin boleh di samakan seperti Palestin(puak Na’vi) serta Israel(manusia) di mana puak Na’vi yang ditindas terpaksa berperang menggunakan akal tanpa ada alat – alat teknologi canggih seperti puak manusia. Bahasa yang direka khas untuk puak Na’vi juga sangat sedap di dengar. Elemen kasih sayang dan kesetiaan sangat di tekankan dalam filem ini. Ini menjadikan Avatar bukannya sebuah filem kosong yang hanya mempertaruhkan kesan khas yang canggih sahaja tapi penuh dengan elemen – elemen kasih sayang dan kesetiaan kepada pihak yang benar.

Imaginasi yang tinggi yang di ilhamkan dari setiap orang yang terlibat dalam filem Avatar adalah amat tinggi dan mengagumkan. Malaysia masih tidak mampu menghasilkan filem seperti ini lagi kerana masih banyak yang perlu negara ini pelajari.

Apa – apapun tidak salah jika penulis katakan bahawa filem Avatar lebih baik dan bagus dari filem 2012. Pengarahnya juga menjanjikan jika filem ini box office maka akan ada sekuel ke-2 untuk filem ini.

Penulis tidak sabar menanti sekuel filem seterusnya.


Dari skala 5 bintang, penulis memberi 5 bintang.

Dari skala 10 bintang, penulis memberi 9.99 bintang.

P/S : Yang Pasti Anda Tidak Akan Merasa Rugi Melaburkan Wang Saku Pada Filem Hebat Seperti Ini. Selamat Menonton!

Alhamdulillah!!Syukur Sangat - Sangat!!

Aku gembira sangat - sangat hari nih sebab pertama Filem Avatar memang best giler. Tak sia - sia aku orang kedua beli tiket pagi tu. Hahaha. Itu tanda aku excited nak tgok film tu dan aku memang letakkan harapan yang besar pada filem nih. Tak sangka memang best. Malam nih aku cuba buat review untuk film Avatar.

Kedua ialah aku ditawarkan sambung degree dkt uitm shah alam dalam bidang yang aku minta. Alhamdulillah. Kawan baik aku si Yatie juga dapat sama course dengan aku. Syukur ada geng. Si Hafiz a.k.a Sather pun dapat cuma dia minta course lain. Alhamdulillah sebab masing - masing berjaya. Lepas nih terpaksalah menunggu lama pula nak buat medical check up.

Cuma sekarang ada masalah pasal rumah sewa sebab ada budak - budak rumah yang tak dapat course masscom. Ramai yang tercampak ke course marketing dan pejabat. Kesian juga dekat member - member aku dan kesian dekat aku juga sebab tak tahu lagi macam mana status rumah sewa nih.

Tadi baru nak order pizza tapi alih - alih pizza untuk promotion dah sold out. Kempunan la pula mak aku dan aku. Haih..nak buat macam mana!!

Apapun, thanks semua! Berkat doa keluarga, rakan2 dan korang semua maka dapatlah impian aku dimakbulkan!! Nak ber facebook kejap! Tatata!!

P/S : Senyum Sentiasa Hari Nih!

Apa Kejadahnya Mesej – Mesej Peminat Idola Kecil 2 Nih?

Bagi sesiapa yang sentiasa menonton Idola Kecil 2 yang bersiaran langsung pada pukul 9.30 malam hari Sabtu di TV9 dan siaran ulangan pada hari Rabu pukul 10.30 malam pasti mengenali nama bakat – bakat cilik seperti Dayana, Azam, Maulud , Syafienaz, Sam, Ain dan ramai lagi yang comel – comel belaka serta berbakat besar.

Aku sudah tengok siaran langsungnya pada hari Sabtu lepas dan sebentar tadi ada siaran ulangan dan aku ternampak footnote dibawah yang menunjukkan mesej – mesej sms dari peminat Idola Kecil 2. Macam – macam yang aku baca dan aku rasa sangat terkejut dengan komen – komen negatif dari mereka.

Kebanyakkan mesej ditujukan kepada adik Azam yang berbunyi seperti ini,”Adik nih cutelah. Boleh tak jadi adik angkat akak/abang?Plzzzzzzzzz.” Si Azam nih tak dinafikan memang comel dan bila besar nanti memang ada rupa cuma yang aku pelik dengan manusia – manusia yang hantar sms macam nih. Budak tu masih kecil lagi kut. Lebih baik korang bagi kata – kata semangat dari nak buat adik angkat la berangkat – angkatlah. Ada juga sms yang berbaur lucah semacam jer aku tengok. Diorang nih fidofilia(tak tahu eja macam mana) ker apa?

Kemudian, banyak mesej yang mempertikaikan adik Syafienaz diundi keluar dan minta dia di masukkan balik. Aku pun terkejut hari tu dia disingkirkan sebab suara dia memang merdu juga tetapi adab pertandinganlah ada menang dan kalah. Patutnya masing – masing terimalah keputusan juri. Pasal adik Sam keluar pula tu juga menjadi isu. Kata mereka kenapa pihak Idola Kecil tidak menolak permintaan Sam tu. Nak buat macam mana dah dia nak keluar. Bukan dipaksa jadi terima jer lah keputusan Sam sebab dia tahu apa yang dia buat. Tetapi, suara Sam memang power lah sebagai seorang yang bukannya Melayu. Kagum juga aku dengan dia.

Kemudian banyak mesej yang mengesyorkan sepatutnya adik Maulud atau adik Nurul di buang kerana kononnya si Maulud tu over dan si Nurul pula suara tak sedap. Apa salahnya Maulud over. Lagipun, dia kan masih kanak – kanak lagi. Aku tengok dia berbakat jer. Dia sangat pandai menari dan gayanya memang semulajadi dalam lakonan. Okay jer. Pasal si Nurul pula, kalau betul suara dia tak sedap takkan juri pilih dia masuk pertandingan itu. Lagipun, belum tentu suara korang sedap berbanding dengan dia.

Paling aku tersentuh dengan satu sms yang menyuruh Maulud dengan Nurul disingkirkan. Punyalah tak ada hati perut dan busuk hatinya dia hantar sms macam nih,”Kenapa Fienaz yang keluar? Patutnya Maulud yang over tu dengan Nurul yang suara tak sedap tu keluar. Dahlah mata Nurul tu juling”.

WTF kau suka – suka jer nak hina ciptaan Allah!!

Memanglah dia juling tetapi bukan dia yang minta. Cuba bayangkan kalau kau juling pastu orang yang kau tak kenal kutuk – kutuk kau sedangkan kau langsung tak kenal dia. Tak ker sakit hati kalau dapat tahu. Lagipun, kalau mata juling tu boleh dibawa berubat menjadi elok sudah lama mak bapak si Nurul tu dah ubatkan bagi elok. Sumpah aku rasa sangat terkejut dan kecewa dengan sms tu. Tak sangka ada manusia yang sanggup kata macam tu dekat budak Nurul tu. Kalau budak Nurul tu tergedik sana ker terhegeh – hegeh ker atau dia ada maki mak ayah kau ker tak kisahlah kau nak kata macam tu tapi dia baik jer dalam rancangan tu. Apalah dosa dia pada kau sampai kau tergamak kata macam tu dekat dia. Serius aku sangat sedih baca.

Tolonglah manusia – manusia yang menghabiskan duit sms yang bukan – bukan atau menghina sebentar tadi. Mereka semua tu berbakat dan ada kelebihan masing – masing. Bab suara sedap ker tak itu ditentukan juri. Juri yang pilih mereka masuk dan mereka cuma bertanding secara sihat. Korang boleh nak sokong atau minat siapa – siapa pun korang nak tapi janganlah kutuk, hina atau cuba menghakimi budak – budak yang korang tak minat atau gemar.

Cuma lihat persembahan dan kalau suka beri tepukan atau doakan kejayaan. Kalau tak suka diam sudah. Jangan sokong kerana mereka cute atau comel sahaja. Lihatlah pada bakat mereka dan jangan sesekali menghina kekurangan yang ada pada mereka. Mungkin kau yang sms tidak juling tetapi belum tentu anak – anak kau atau cucu – cucu kau akan mempunyai mata secantik kau juga. Fikirlah dulu sebelum menghina!

Mungkin korang nampak macam aku nih peminat fanatik si adik Nurul tu tetapi sebetulnya aku sangat menyokong si adik Dayana. Bagi aku semua bagus – bagus dan bagilah sokongan pada semua. Jangan menghina tak tentu pasal.

Apa – apapun, selamat berjuang pada semua adik – adik cilik Idola Kecil 2.

P/S : Lepas Tengok Sms Biadap Tu Terus Aku Tutup TV….Kurang Ajar Betul Orang Yang Hantar Sms Macam Tu!

Pertanyaan : Dengar Katanya Cik Zatil Nak Bertunang Esok? Betul Ker?