Isnin, 18 Januari 2010

Kegilaan Menonton Wayang Vs Kasih Balqis Episod Akhir Hari Ini!!

Sejak menonton filem Paranormal Activity hari itu membuatkan semangat dan ketagihan menonton wayang kembali memuncak. Lupakan pasal pop corn kerana ketiadaan duit membataskan nafsu makan aku terhadap pop corn.

Esok sahabat aku si Pikah ajak pergi tengok Adnan Sempit pada tengahari. Sayangnya kelas aku tamat pukul 12 tengahari jadi memang tak sempat. Malamnya pula dia ajak pergi tengok film Lu Fikir Sendiri dekat Dewan Seri Budiman. Aku rasa aku mahu pergi. Walaupun aku tak suka tengok Mila tapi aku mengakui aku suka dengar lagunya jika aku tidak nampak dia menyanyi. Mungkin aku akan pergi. Insyaallah.

Tambahan pula esok adalah episod akhir untuk drama Kasihnya Balqis dekat TV3. Walaupun sudah lama tidak menonton tetapi aku masih teruja mahu melihat episod akhir kerana aku mengikutinya dari episod pertama lagi. Tambahan pula, budak rumah aku yang seorang nih pun beriya - iya mahu menonton drama nih.

Jadi, esok nampaknya aku kena pandailah membahagikan masa. Banyak betul hiburan yang mahu ditonton sedangkan duit aku juga ibarat pop corn. Sedap digunakan tetapi sedar - sedar sudah habis. Mahu minta duit pada mak ayah? Sekarang aku sangat - sangatlah malu mahu minta duit. Tak tahu sebab apa. Tapi, mungkin awal bulan 2 aku akan minta. Duit yang ada nih aku rancang akan digunakan sehingga awal bulan 2.

Insyaallah!

29 Orang Yang Rajin Komen:

nursarah berkata...

jimat cermat amalan mulia..heheh

blueCITY berkata...

nak tengok cinta balqis la petang ni

hasan mati kena tembak dgn ray?
mar dan mukhriz anak kepada isteri tuan baharom?

ezany memilih balqis dan ceraikan mar?

jommmmmmm kita tgk siapa yg kenaaaaaaaaaa

heeeeeeeeee

eya berkata...

out of topic ->
hahaha..dik,len kali langkah knn ye.. td lngkh kiri,tu yg dpt jamu mate je tgk mknn

.siv. berkata...

jd jgn tgk muvee dah!

touyakaruma berkata...

Orang lain rancang masa untuk study dia rancang masa untuk tengok TV ???

sya mansor berkata...

movie leh donlod je...

xyncaholic berkata...

adnan sempit best bro..
jgn tak tengok..hakhak

[s][u][e][h][a][n][n] berkata...

pandai2 la kamu bahagikan masa...mmg syok menonton hiburan2 nih :p

hans berkata...

nursarah : haha..betul2

Blue city : haha..jom

eya : hahaha...pasnih langkah kanan la sis

siv : owh tidak..itu hobi gua la siv..

touya : of course la kena pandai merancang..gua bukan jenis study 24jam maaa

sya mansor : laju la plak tenet nih..haha

xyncaholic : best ke?

suehann : haha...insyallah

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ berkata...

selamat menonton

=}

hasni berkata...

jom tgk episod akhir cinta balqis
seronok2

Mr feckry berkata...

setakat tengok wayang..sesah je

CAHAYA berkata...

best eh paranormal activity?

Ena Qalinsya berkata...

hahaha minat beno tgk wyg ek.. den dh lama tak tgk wyg huhuhu

Ery Farieha berkata...

sejak bile cinta tuka jd kasih?
heee cinta balqis laa.

ohh maw tgk adnan sempit juge~

Uruchimaru @ kf berkata...

ketagih lah nie!

::FAIZ FARISH:: berkata...

Berjimatlah kau. takyah pegi tgk wayang. Duk rumah lg bagus. Tgk tv je...

Vee Violet berkata...

tak pernah tgk drama tue tp suka lakonan eira syazira...
=)

FarhanaDr berkata...

Jom layan episod akhir ptang ni.. Aku tak sabar dah ni.. Hehehehe.. 2 jam lagik..

GhOsToNe berkata...

hahahaha..

bagus giler ko plan pasai hburan semuanya!

stdy nyew mane??????

LotsOfLove-Pearls berkata...

..banyak plan. duit pun turut berkurang. tunggu loan jak ar.
huhu.

Frodo Baggins berkata...

chenta balqis??
mende tuh?
hohohohohoho ~
jommm main bola!!!!


>>________<<

enyheartsdiamond berkata...

lama x tgok muvy mahupun tv :(

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

woit beringat sama psl duit tu..

black_mel berkata...

Adnan Sempit aku dh tengok...terbaik...best2....
balqis nak abis dh?wahh...aku dh tinggal 3 minggu...mls nak ikut..

::[si putihpurple]:: berkata...

da episod akhir ke??
sjak dtg cni aku xpnah tgk lagi weh..
time kt umah dlu aku beriya tgk..
sbb akak aku gedik2 sepak aku kalo xtgk balqis..haha....
rase nk tgk plak..haha:D

Farid Fernandez berkata...

bai.. bukan cinta balqis.. AIRMATA balqis dowh... cite paranormal aktivitycite seram terbaik penah aku tgk... 5star

Rara berkata...

xsgke akhir citer blqis cmtu..tp mg beshh.. :)

sI tEDI berkata...

cint abalqish untuk sampai ke akhir.. belit2 gak.. ekekekeke..