Ahad, 24 Januari 2010

Kenapa Perlu Nak Adakan Apa Yang Tak Ada?

Aku pernah jumpa sesetengah orang yang berperangai seperti tajuk di atas. Korang pernah jumpa tak dengan orang macam tu? Tak rasa pelik ker bila ada manusia berperangai macam nih?

Sebagai contoh kau bercerita berkenaan kau pernah bekerja sebagai P.A artis misalnya dan tiba - tiba seorang budak menyampuk mengatakan kakaknya juga bekerja sebagai P.A artis sedangkan realitinya dia tidak mempunyai kakak.

Contoh kedua, kau bercerita mengenai perniagaan bapa kau yang maju dan tiba - tiba seorang budak menyampuk memberitahu bapa dia juga mempunyai bisness yang sama. Tetapi, hakikatnya bapaknya bekerja sebagai guru atau kerani.

Contoh ketiga, kau bercerita berkenaan perkhemahan PBSM misalnya kepada teman - teman. Tiba - tiba budak ini menyampuk mengatakan dia dahulu pun ahli PBSM dan bercerita dengan bersungguh - sungguh berkenaan perkhemahan PBSM yang disertainya. Hakikatnya, dia ahli Puteri Islam.

Contoh ke empat, ada budak yang berkata dia tidak makan kedai - kedai tepi jalan kerana kotor dan membangga diri mengatakan tempat makan paling lekeh pernah dia makan pun hanyalah KFC atau Pizza Hut sedangkan kebenarannya dia makan jer di gerai.

Contoh ke lima, ada budak yang sebenarnya tidak kaya tetapi cuba berlagak sebagai anak orang kaya dengan hanya berkawan dengan manusia yang berada dan menghina manusia yang tidak ada duit. Sebetulnya, dia pun miskin.

Sebenarnya, aku tak suka sikit pada manusia macam ini sebab mereka cuba mengadakan benda yang tidak pernah ada. Semata - mata untuk nampak hebat atau dikagumi orang ataupun untuk mencari kawan yang berperawakan menarik bukanlah alasan untuk membuat segala jenis penipuan macam nih.

Tolonglah ubah sikap yang buruk lagi memualkan ini kerana sedar tak sedar masa yang semakin pantas berlalu akan membuatkan anda sendiri nampak bodoh sedikit demi sedikit akibat pembohongan anda.

P/S : Buat Selambakan Senang. Kalau Tak Tahu Tanya. Kalau Tak Faham Suruh Orang Ajar. Walaupun Mungkin Kadang - Kadang Perkara Itu Akan Memalukan Kita Tetapi Kita Juga Peroleh Manfaat Daripada Tak Tahu Apa - Apa Tapi Buat Tahu. Sudahlah Tak Dapat Apa - Apa. Selepas Itu Dicop Pula Sebagai Penipu. Sendiri Fikirlah Senang!

17 Orang Yang Rajin Komen:

[z@ck] berkata...

maybe bg setengah org, itulah caranya untuk tarik perhatian org lain..dgn mengadakan apa yang sebenarnya tidak ada..

lagi satu nak bg impress org..

psikologi semua ni..cewah

.siv. berkata...

1 2 3 contoh tu mcm kau kene main je.
hahaha

yg ke 4 n 5 tuh, kau kasi penampar jepun je.

kawie2020 berkata...

huh... itulah perangai manusia yg x sedarkan diri.. nak berkawan pun bukan begitu caranya kan...

sya mansor berkata...

alaaaa baru nak cakap aku pon pernah jumpa spesies cam ni.. tapi nanti kan mesti ko cakap aku mengada-adakan cerita so tak jadi ah

FaizalSulaiman berkata...

ada..jangan cakap ar hans.masa aku blaja dulu, ramai ada perangai camni. bajet bagus la. cit! ckp besar,habuk tarak!

sharamli berkata...

eh jap..ni c0nt0h je kan?xde kaitan hidup dan mati kan...
xsuka jgk kadang2 0rg cmni..tp hak di0rang..bia la di0rang dgn dunia fantasi..hak3

sharamli berkata...

eh jap..ni c0nt0h je kan?xde kaitan hidup dan mati kan...
xsuka jgk kadang2 0rg cmni..tp hak di0rang..bia la di0rang dgn dunia fantasi..hak3

sharamli berkata...

eh jap..ni c0nt0h je kan?xde kaitan hidup dan mati kan...
xsuka jgk kadang2 0rg cmni..tp hak di0rang..bia la di0rang dgn dunia fantasi..hak3

sharamli berkata...

eh jap..ni c0nt0h je kan?xde kaitan hidup dan mati kan...
xsuka jgk kadang2 0rg cmni..tp hak di0rang..bia la di0rang dgn dunia fantasi..hak3

piNky LuCiA berkata...

kesimpulannya... jadilah diri sendiri.. tak yah menipu.. hehehe

rizputra7 berkata...

Kita biasa mendengar seruan dan dorongan supaya kita menjadi diri sendiri. Bertindak dengan keberanian, dengan keaslian, dan percaya kepada kemampuan diri sendiri. Tidak perlu meniru orang lain, atau cuba menjadi seorang lain yang kita kagumi atau yang kita yakini lebih baik dari diri kita. Kerana sesungguhnya, diri kita adalah yang terbaik yang Allah telah kurniakan, yang wajar kita syukuri.

jadi renung-renunglah...dan selamat beramal..

hans berkata...

zack : hahaha...tapi macam melebih2 jer...bosan aku dgr penipuan yg aku dah tahu tipu..haha

siv : gila ko..itu contoh jer lah...bila plak aku kena tipu...

kawie : betul2

sya mansor : loh,aku tak kata apa2 pun

faizal : haha...

sharamli : ntah..aku xsuka

pinky : haha..betul2

izzad b* berkata...

dri sendiri, nanti susah di lain hari!

touyakaruma berkata...

Hahaha sokong-sokong

Member camnie rasa nak wat Flying Kick !

miloicekaw1119 berkata...

ade jgk manusia cm ni kat dunia ek..
yg penting ko xjd cm dieorg dahla..

|arieza| berkata...

haha i ada byk jugak la kwn sebegitu rupa. katanye beli wallet Gucci je, pakai belt Fendi je, pakai kasut Versace je,, hoho hakikatnye? huh sanggup tahan perut demi berlagak.. tgk rumah, tgk makayah, erm,, mungkin patut ingat pada latar blkg. mudah sungguh lupa diri berangan2.. huhuhu

Leana berkata...

aku ade jumpa makhluk sperti ni.. lagik dasyat hans, maha dewa pnyer penipu..
siap bole create drama tamil 6 ratus juta episode la..
aku pn tak tau la hakikat tujuan sebenar org yg suka jadik penipu ni..
tak dapat ape pn..
kesian aku tgok..
nk perhatian pn tak beragak..