Selasa, 9 Februari 2010

Ekspresi Muka. Macam Mana?

Aku menghadapi masalah dalam menunjukkan emosi sebenar dalam diri aku melalui beberapa situasi. Bukannya selalu terjadi tetapi kadang - kadang ia berlaku dalam waktu yang kerap.

Situasi 1 / Selamba

Human X : Relakslah weih! Takkan itu pun nak marah. Aku gurau jer lah.

Aku : Bila pula aku marah? Aku relaks jer kut.

Human X : Muka tension jer.

Aku : Erk?

Situasi 2 / Fokus

Human X : Semangat giler kau dalam kelas tadi.

Aku : Semangat?

Human X : Ialah. Fokus jer aku tengok kau tadi.

Aku : Aku berangan kut.

Human X : Iaker?

Aku : Adoi!

Situasi 3 / Marah

Human X : Hahahaha. Nasib kau relax jer kan. Selalu orang marah.

Aku : Bukankah aku tengah marah nih?

Human X : Eh, aku tengok macam biasa jer pun.

Aku : Ini tak nampak macam marah ker?

Human X : Mana ada. Kau nih buat lawak boleh.

Aku : Adess!!

Situasi 4 / Tak Buat Lawak

Human X : Hahaha. Kelakar lah ko nih kadang - kadang. Sakit perut aku ketawa.

Aku : Bila pula aku buat lawak?

Human X : Yang tadi tu apa?

Aku : Bila?

Human X : Tadi tu.....

Aku : Haihhhh!

Situasi 5 / Gurauan

Human X : Kau nih.....aku gurau jer maaa.

Aku : Aku pun gurau . Adess.

Human X : Yer ker?

Aku : Ialah.

Human X : Betul ker ko bergurau?

Aku : Sukati kau lah.

Situasi 6 / Takut

Human X : Weih, gila relaks jer kau kan buat benda nih. Berani betul.

Aku : Kau tak nampak ker muka aku takut?

Human X : Mana ada pun. Dan dan nak kata takut plak.

Aku : Adoi!!!

Situasi 7 / Cool

Human X : Hahaha..kawan - kawan. Jangan risau. Dia nih cool jer. Tengok! Dia tak melenting pun.

Aku : Muka aku tengah cool ker? ( dalam hati,"budak nih nak makan pinggan ker kuali?")

Human X : Yups.

Aku : Mak aih. Macam nih pun di kata cool.

Entah, kadang - kadang ekspresi muka kita tidak menunjukkan apa yang kita rasa. Mungkin kena memperbanyakkan latihan untuk menunjukkan riak wajah yang bertepatan dengan situasi yang sedang dihadapi.

P/S : Muka Senyum Tak Bermakna Sedang Gembira Dan Begitulah Sebaliknya.

37 Orang Yang Rajin Komen:

sharamli berkata...

kan?
muka je senyum
hati masam nak mamp0s...

Billet-DOux berkata...

Salam

di hati sapa yang tahu kan? kan?

-li.zue- berkata...

ehehehe.

setuju dengan ayat yang last.

tapikan.tapikan...

wa rasa.lu patot dijatuhkan hukuman memakai topeng secara mandatori.HEHEHE

Cik Biol berkata...

tu la muka senyum
tp dlm huhu

izzad b* berkata...

mempunyai masalah yg same, aku rase kene suntik vitamin c.tetibe

izzad b* berkata...

mempunyai masalah yg same, aku rase kene suntik vitamin c.tetibe

Ery Farieha berkata...

beselaa tuu
tp aku x reti sorok ekspresi muke
lg2 kalo tgh marah/x ske kt sum1, fuhh mmg aku x ckp ngn die.hohoh

.millalara. berkata...

haiyok2.. jom esok ikot g class pengurusan emosi.. huuu :)

Hami Asraff berkata...

weh lawak gak entri hang kali ni. tapi betoi gak tu. kadang-kadang ekspresi muka kita ni tak menggambarkan situasi yang sedang dialami.

|arieza| berkata...

hahah ni ko describe muka ko la kan? nmpk sgt muka ko krg memainkan peranan dlm facial expression. rugi weh! hahaha baik prektis! :p

master teddy berkata...

aku tekan like kt ko byk333!!

sokong ko.cam sme je aku ngn n3 ko tu

deus X machina berkata...

aku sedang menaip dalam keadaan tersenyum
agak2 ko hans, apa perasaan aku sebenarnya skang
erk888

FaizalSulaiman berkata...

betol bro.org kdg2 salah mentafsir.huhu

FaizalSulaiman berkata...

betol bro.org kdg2 salah mentafsir.huhu

Jawa a.k.a USERMODE berkata...

pakai paper bag lah pasnih... hu hu hu~!!! so org tak nampak muke. hanya bergantung pada intonasi suare pulak :P

Felicia F. Ramzi berkata...

kadang2 demi nak jaga hati orang, atau untuk tak merosakkan suasana..senyum je laaa bang

.sHaZa. berkata...

haha..sumpah lawak la entry neh.
ades ai..
yups2x..
stuju2x..
lua senyum..dalm..
hny Allah je yg tao..:))

crazy_labelle berkata...

ak dah terlalu biasa sgt chatting... smpai ade ketika tu ak ter- ckap : dan D
iaitu emoticon fav ak dlm ym utk menunjukkan emosi gembira...

~ sigh

::FAIZ FARISH:: berkata...

hahaha, aku teringat muka Felix af3 bila baca entri kau... muke takde prasaan... hahaha. Oh so kau takleh la jadik pelakon hebat...... hihi, jangan marah.

[s][u][e][h][a][n][n] berkata...

yessss...riak muka kadang x sama apa yang ada kat dalam hati heeeeeeeeeeeee

Natasha berkata...

ha!! anda gagal menjadi seorang pelakun

Vee Violet berkata...

hihihi...
TERBAIK HANS...
Vee suke sangat entry nie...
=)

chokio_nia berkata...

hahaha..adoiii hans..tape2..dorg kot salah tgk mke ko tym tu..n tak reti tafsir..lol

syaf berkata...

ow nampaknye kite berade dlm situasi yg same

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

hg dok depan cermin,

praktis byk2 riak muka tu...

**aku pandai sembunyikan riak muka n slalu xsma pa yg d rasa dlm ati

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

cuba hg praktis d depan cermin wat memek muka ikut jns perasaan...


**aku salah seorg yg pandai sembunyikan riak muka yg kdg2 mmg xsma lngsung dgn pa yg ada d dlm ati

relevan berkata...

Ekspresi muka dikala kepokaian macam mana pulak yer..?

shakinah berkata...

hahaha.
riak muka aku selalu overdose.

Hazzy Ishak berkata...

yoyo...
so trueee...
hati sapa yang tahu..

Hazzy Ishak berkata...

kena belajar tunjuk ekspresi muka ni...

nand nasyari berkata...

haha..wayar slh smbung tu.. otak ngh marah..tp muke kewl..bek p cek cpt..lala~

ooppss~ blogwalking..lalala~ ;D

pakcik kordi berkata...

pakcik kordi klu mrh..buat2 cool ajer..padahal..rasa nk lmpang sorg2....

PenuliS berkata...

senyum yg mgkn mcm2 makna..

Ain Sharafuddin berkata...

typical. ppl like to judge a book by it's cover. nak buat camne dah. ;P

Ah Fatt berkata...

aku rasa motor muka ko ada problem
haha

Razman berkata...

macam muka aku, sentiasa tunjukkan ekspresi kacak. cmne ek?

miss nina berkata...

leh jadi artis ni
try pergi audition ye, pichting mungkin dah ok, ekspresi muka kena polish skit :)