Isnin, 15 Februari 2010

Kan Bagus Kalau Pakcik Buka Tingkap Tu...

Kisah nih terjadi pada tahun lepas sewaktu aku di semester akhir diploma. Waktu itu aku dan 2 orang ahli kumpulan bergegas menaiki teksi pergi ke Media Prima untuk berjumpa dengan orang - orang yang terlibat di sebalik Buletin Utama.

Kami bertiga menaiki teksi yang di bawa oleh seorang lelaki melayu berusia di dalam lingkungan 40-an. Harga teksi agak mahal jika dibandingkan dengan teksi yang kami naiki sebelum ini tetapi kerana mengejar masa maka kami tiada pilihan. Tidak kisahlah jika terpaksa membayar lebih namun masa perjumpaan harus ditepati untuk menjaga imej diri sendiri juga.

Aku berada di bahagian depan bersebelahan dengan pemandu teksi tersebut manakala dua orang rakan perempuan aku berada di belakang. Sewaktu di dalam teksi, aku merasakan seperti sedang dibakar hidup - hidup. Penghawa dingin yang dibuka langsung tidak terasa oleh kulitku yang halus mulus seperti bayi ini. Dengan berkemeja membuatkan aku kurang selesa. Aku melihat rakan - rakanku dibelakang melalui cermin sisi dan kelihatan mereka juga menghadapi kepanasan yang melampau.

Pakcik Teksi : Haih, baru hantar pergi mekanik hari tu. Benda nih buat pula.(sambil mengetuk - ngetuk)

Aku : .......(ialah tu kau baru hantar)

Pakcik Teksi : Pelik - pelik. Diorang nih buat kerja apa nih. Bukannya murah. Minggu lepas dah kasi RM100. Minggu nih rosak pula.

Aku : .......(dah lah pakcik...dah memang lama rosak dah nih...berlakon pulak kau)

Kereta dibawa terus menuju ke Media Prima. Aku ternanti - nanti bila pakcik teksi nih mahu membuka tingkap. Sehinggalah kami bertiga tiba di hadapan pagar bangunan Media Prima.

Aku : Wah, sejuknya dekat luar nih.

Pakcik Teksi : .....(tak ada perasaan)

Rakan - rakan aku juga mengeluh kepada aku tetapi apakan daya kerana masing - masing saling mengharapkan agar pakcik teksi membuka tingkap kereta untuk membenarkan angin masuk ke dalam menyejukkan kami bertiga. Atau mungkin pakcik teksi menanti kami bertiga menyuruh dia membuka tingkap?

Tidak perlu masuk Biggest Loser untuk kurus sebenarnya. Cuma peruntukkan 2 jam untuk naik kereta pakcik teksi tersebut. Mesti berat badan anda menyusut dengan lancar.

P/S : Dah Tahu Kereta Tu Rosak Ngaku Jer Lah...Kan Senang Pakcik Teksi!!

Perhatian : Sesiapa Yang Tahu Link Blog Cik Bun Bun Ker Apa Yang Anjurkan Contest Yang Hadiahnya Ialah Camera Tu....Sila Bagi Pada Saya...Member Saya Nak Join Contest Tu...Thanks!

43 Orang Yang Rajin Komen:

Moon Death Spell berkata...

pakcik tu nak cover malu tu...
hehehehe..
tak bley blah la kau punye perli "sejuk la kat luar ni"

hehehehehe...
anyway bape no flat kete pakcik tu..tak payah susah moon masuk the biggest looser

humaira hadzarami berkata...

hahahaha. cube kalau ade orang kentut. gile masyukkk la an.
pakcik pakcik, baik punye cover.

miloicekaw1119 berkata...

asal ko xbukak je tingkap tu??

dila berkata...

ahahaha..
aku tak reti nak komen apa..

tp memang lawak lah..
sengal la pakcik tu..
letih aku ketawa.

Ery Farieha berkata...

hahahaha.

agak r.

cover baik punya :P

redNing berkata...

ntah2 tingkap pon rosak gak kot xbleh bukak.

Uruchimaru @ kf berkata...

kenapa ko tak kiaps2 dgn newpaper lol!

mas berkata...

hahaha...cover la tu...apa la pakcik tu..sengal

tengku_fir21 berkata...

hahahaha
tk per larr ala-ala ge sauna kan..

GhOsToNe berkata...

ala..

ko maintain beso jgk!

ahaks!!!

nape kowg x buka tgkap sndiri???

sharamli berkata...

sure ke leh kurus?
nak la kal0 camni...hak3

sharamli berkata...

sure ke leh kurus?
nak la kal0 camni...hak3

sharamli berkata...

sure ke leh kurus?
nak la kal0 camni...hak3

Mr-Zam berkata...

haha~ cumey cite ni :)

Cik Biol berkata...

pakcik tu nk kurus kot ekekeke

LORD ZARA 札拉 berkata...

huwaa~

hans marah~

ngee~

yayaa berkata...

patowt soh pakcik tuh bg discount. ahahaha

al-mankaraqi berkata...

semoga pakcik2 teksi yang berada dalam keadaan yg sama, mengambil iktibar dari kisah ini.......hehehehe

Fza.ithu.Zazha berkata...

hahaha..
cilakak toi.
kalo aku mmg da lame aku soh bukak tingkap.
gila weh!! HAHAHA.

afiqnhashim. berkata...

haha.
pakcik tu ptt kurang kan tambang.
sevis ampeh! adooo!!

FarhanaDr berkata...

Erkkkk.. Betul ke leh kurus camtu??? Hahahaha.. Aku wat betul2 kang.. Kalau tak jadi aku carik ko ek.. ;p

iyllienaz berkata...

hahaha..klakar wey pakcik tu..xnk bg korang sedut asap2 kereta kat luar..

seroja jingga berkata...

mungkin dia nk transform jadi sauna beegerak hahaha

taman langit berzikir berkata...

salam sejahtera
huach..ha..ha..
lucu nian
menarik

Cik Akma berkata...

mauhahaha kete saunaa okay! :D

Redz da Tsar berkata...

Haha...

Itu taktik pakcik tue nak pau duit lebih...

Fakhrur Razi berkata...

sian dier kan antar rugi jer bayar RM100 nk baiki air cond tuh..
ahahahaha

i'm shin... i'm inesen berkata...

ek eleh.. ckp ler hans yg nak masuk contest tu.. siap guna member lak....

pakcik tu saje kedekut minyak.. tu pun x tau ker??? tu pasal x bukak ekon huhuhu

alvin takda rumah harga 8juta story.... berkata...

kau rasa pakcik tu ada anak perempuan cun tak??

-li.zue- berkata...

baik sangka sikit..
entah2 pak cik tu.
xde ong.xdpt byk penumpang..

takde duit nk g betukan aircond.
pastu.. xbukak tingkap..sbb tingkap pun rosak! AHAHAHA
xpun.xnk bukak tingkap..kl kan byk habuk.huahua

*pssttt.lu tak timbang berat lepas keluar teksi tu? gerenti turun mendadak kan. =))

Atan Athen berkata...

baru la sauna...hahahaha

hariz berkata...

haha nasib baik dah pak cik nak kasi siku pun tk sampai hati

Felicia F. Ramzi berkata...

tingkap korang memasing rosak ke??
hahaha.. sauna free

meo188 berkata...

hahahahahaha... gelak aku pagi2 buta nie

enyheartsdiamond berkata...

berterus terang ja la ngn pakcik tuuuu...

E.d.Y berkata...

haha..lawak2...

adiakbar berkata...

yang pelik pak cik tu cool je ke?

FaizalSulaiman berkata...

hahaha..amek kau hans..sauna free;)
habis la "kulit ko yg halus mulus spt bayi tuh"hahahaha

pakcik tu kete auto ke?kejam ye pakcik tu.psiko tol;)

jalak lenteng berkata...

ler..kalu aku die tak bukak tingkap..aku paksa diri kentut bagi buyik paling kuat..nak tak nak kalu die nak umur panjang..kene gak bukak..kalu mase tu ko baru lepas makan petai lagi baik..agagagaga..

sian ko..

Lala berkata...

huhuhu....mmg xde peri kemanusiaan langsung pkcik tu...ade ke biarkan penumpang berpanas...ish..pelik..

HafizChan berkata...

macam masuk sauna

♥ Miss Tating berkata...

hahahahahha.. ;)

kinsyakrn berkata...

yg xgi bukak tingkap tu apasal.... dh wangi2 duduk dlm sauna.. rasanya ada kat sini cuba bukak http://malaysiagiveaway.blogspot.com