Isnin, 22 Mac 2010

Bersama Dr. Hans Kamsah Siri

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

Kadang – kadang kita meragui setiap perbuatan atau tindakan seseorang kepada kita. Kita selalu merpersoalkan adakah mereka melakukan semua itu dengan ikhlas atau sebaliknya. Hakikatnya, keikhlasan itu memang sukar untuk ditemui kerana bila kita bersangka baik tetapi sebaliknya ia bertentangan dengan apa yang kita fikirkan dan begitulah juga jika kita bersangka buruk. Walaupun keikhlasan itu wujud namun ia amat sukar untuk dijumpai.

Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.

Manusia akan kagum kepada orang yang boleh dikatakan bodoh yang tiba – tiba mampu berkata – kata berkenaan ilmu dan ideanya diterima ramai. Namun sebaliknya kepada manusia yang pada permulaan dikenali sebagai bijak tetapi tiba – tiba melakukan perbuatan bodoh atau bercakap tanpa isi. Jadi, sulamilah setiap kata – kata anda dengan penuh makna agar anda sentiasa dihormati oleh orang lain.

Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

Kaya atau cantik bukanlah satu dosa kepada sesiapa yang bertuah memilikinya. Cuma hargailah kelebihan yang anda miliki dan gunakanlah sebaik – baiknya tanpa melupakan si pencipta anda iaitu Allah.

Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

Jadilah sahabat yang jujur jika anda menyayangi rakan anda dan berhati – hatilah memilih manusia yang boleh dibuat kawan kerana kejahatan atau keburukan mereka jika tidak ditangani dengan baik mampu member sedikit kesan kepada kita.

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

Jangan memandang rendah kepada manusia lain kerana melihat tidak bererti mereka nampak apakah di hadapan mereka dan jika mata terpejam tidak bererti mereka tidak tahu apa yang menanti mereka di hadapan sana.

Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

Jangan anda ingat yang kecil itu lemah dan yang besar itu kuat. Dan jangan anda ingat yang si bodoh itu tidak bijak dan si bijak itu tidak bodoh. Masing – masing mempunyai kelebihan dan kelemahan masing – masing.

Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.

Kehidupan itu sangat indah jika kita tahu menghargai dan menghidupkannya. Jadi, nikmatilah segala suka duka dan dugaan dalam kehidupan anda kerana memang itulah kehidupan. Disebalik kedukaan ada kegembiraan. Nikmatilah hidup yang singkat ini dengan gembira dan penuh syukur.

P/S : Hah, Jangan Lupa Click Nuff Gua. Berapa Kali Gua Mau Paksa Nih? Hahaha.

25 Orang Yang Rajin Komen:

aZizoL berkata...

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

Mimpi berkata...

Kehidupan itu sangat indah bila MU menang.

deus X machina berkata...

entry pasal game tadi mana weh

azzaliena suziantie berkata...

pergghhh...
berfalsafah ;p

chokio_nia berkata...

bes lah kate2 nasihat dr ko..siyes wat aku terpikir banyak menda..tapi takkan nak tulis kat cni plak..huhu

|arieza| berkata...

yg last tu aku suke. hidup mcm eskrem. nikmati sblm cair. lg2 musim 'panas'.. baik cpt2 sblm menangis kempunan,, so mkn cone tu je la.. eskrem dh cair amat..

Redz da Tsar berkata...

Haha...

Ikhlaskan diri, maka buleh menang... haha...

Syabas Liverpool!!

embun d tengah malam berkata...

good

penaberkala berkata...

nice entri bro
falsafah dari mana nih?
Dr Hans Kamsah Siri tak tahannya,hak3

faiq berkata...

aku nk ais krim bole?

|| nemo mimosh || berkata...

hamboi..buley curik tak kate pujangge ni?? haha..den dah klik dah..:)

~yna_kawaii~ berkata...

wahhh...
nice!
bole dah ni....ganti dr fadzilah kamsah...heheh...:))

nadirah_nor berkata...

byk kali paksa bru masuk otak yg bebal nih
=DD

Pais Chaos berkata...

hidup umpama cendol!!! yeahh..hahah

♠ayuzdeathwish♠ berkata...

sila folo blo0g baru aku ni~
blog lama dah kne hack~

Adit's Blog berkata...

wah...artikel yang bagus nich...buat nambah motivasi. bagus sob..
trims

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

btul3x..sgt suke ngan semua kata2 nih..

>> dh click2 ur nuff.. :)

E.d.Y berkata...

renung2kan..dan selamat beramal..haha

iqbalsyarie berkata...

wah...suka!best la..banyak pengajaran dan banyak gak yg coincide dgn hadis-hadis Nabi..great job dude

miss nina berkata...

positifnya entri kali ni.
tabiklah hans :)

Ms.Independant berkata...

Aku ske eskem!!!

:)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

kata2 tu aku simpan dlm ingatan...

izzad b* berkata...

suke hidup seperti ais krim, kalau terlalai n terbanyak boleh mengemukan~

ezam berkata...

barang yang lepas jangan dikenang.
barang baekkkk punyerr tak ape!

Firol berkata...

ayat best2 tu nanti gua nak pinjam...