Sabtu, 3 April 2010

Aku Peliklah Apabila Melihat Gadis Dan Wanita Terlalu Lambat Berurusan Dengan Mesin ATM

Aku tak tahulah apa yang silapnya tapi ternyata kehidupan aku selalunya akan bertembung dengan situasi seperti tajuk di atas apabila aku beratur panjang di mesin ATM. Selalunya yang akan menyebabkan kes beratur panjang ini terjadi selain daripada warga asing yang tak tahu macam mana nak guna mesin ATM mestilah kaum wanita. Mungkin lelaki juga ada tetapi barangkali jodoh aku menghadapi situasi ini yang mana pelaku situasi adalah wanita.

Tadi aku berhenti kejap di depan BSN dimana terdapt satu mesin ATM di bahagian luar bank. Seperti tadi aku mahu melihat baki wang aku di dalam akaun BSN dan di hadapan aku terdapat 2 orang wanita yang bersahabat baik barangkali serta seorang lelaki di belakang mereka. Melihatkan orang yang sedikit maka tidak kisahlah jikalau beratur seketika tetapi makin lama aku terasa makin panas. Matahari pula tanpa segan silu memancarkan cahayanya yang sangat terik pada hari ini.

Aku sudah dapat mengagak pasti situasi kali ini ibarat 10 orang beratur untuk mengeluarkan wang walaupun hakikatnya cuma 3 orang jer yang terbabit dimana dua orang menunggu dan seorang mengeluarkan duit. Agak lama si wanita tadi bertenggek di situ menggeleng - geleng topi keledar yang dipakai olehnhya sehinggalah datang kawannya seorang lagi membantu. 2 x 5 sahaja kawannya kerana tiada apa - apapun perkembangan disitu.

Sehinggalah tiba - tiba mereka bertanya kepada lelaki dihadapan aku,"Abang, tumpang tanya. Mesin nih boleh masukkan duit tak?" Sejurus selepas kata - kata itu, kelihatan hari menjadi gelap secara tiba - tiba dan petir muncul bertalu - talu menyambar di belakang aku(hiperbola). Adakah ini pertama kali kau keluarkan duit? Atau adakah ini pertama kali kau mahu masukkan duit? Tidakkah kau dapat membezakan yang mana mesin ATM dan yang mana mesin deposit? Haih, sudahlah hari panas dan bertambah panas lagi aku mengenangkan 'kecerdikan' mereka berdua nih.

Lelaki yang di depan aku juga menunjukkan riak wajah yang kurang berpuas hati kerana mereka secara tanpa sedar telah melambatkan urusan sehariannya. Mereka berdua pun berlalu pergi sambil bertengkar sesama sendiri menuduh KAU YANG SALAH DAN KAU YANG BETUL. Sungguh memalukan.

Kenapalah aku selalu berhadapan dengan situasi seperti ini?

P/S : Pernah Ada Perempuan Yang Mahu Mengeluarkan Duit RM55.55 Di Mesin ATM Sambil Menadah Tangan Dengan Membayangkan Duit Syiling Akan Keluar Di Tempat Pengeluaran Resit. Apabila Tersedar Beliau Tersilap Dengan Cepat - Cepat Berjalan Keluar Dengan Pantas Dan Hilang Dalam Kegelapan Malam.

19 Orang Yang Rajin Komen:

nur 'adli azhari berkata...

pompuan tetap pompuannnnnnnnnnnnn

Farid Fernandez berkata...

weh.. tol ker???? xpernah dengar aku cerita cam 2.. kelakar dowh.. adehhh..... kenapa mereka jadi begitu??? persoalan

cik EPAL berkata...

biasala perempuan :D

aNiSa hANg tUaH berkata...

hm
kite pon pelik gak..
ade jgk org cmtu
ade skali tuh sorg pmpuan kat mesin ATM nk tukar nmber pin depan kite..walhal,kat belakang ade barisan yg pjg
haih2

kendian2 la tukar nmber pin tuh
heheh

norfaridahanum berkata...

yang P/S tuh paling kasihan ah.

eyh tapi nih bukan kaum hawa secara general kan.uuuuuuuu..diorang x tau kot deposit machine cmne rupa.toink

sophie berkata...

ada ke nak keluar duit syiling?hahaha..lawak giler..tapi x semua pompuan cmtu kay!

miss nina berkata...

isy..isy..kasihan kamu hans!
hehehe..maybe mereka ingat mesin atm tu disetakan cdm juga :)

yangbaik berkata...

Salam, terguris juga hati aka ni hah.... gadis dan wanita itu adakalanya sebahagian dari hidupmu... bantulah ia kala ia memerlukan bantuan... wanita itu asalnya dari tulung rusuk yang bengkok...
cuma itu masa dia tak paham... esok2... tak mau sebutlah...

fndrocka berkata...

aku tak sangka orang yg tadah tgn nak amik duit syiling tu btul2 boleh wujud

nursarah berkata...

aku pernah alami, tapi yg lembab begitu sama saja lelaki perempuan. dua2 pun wujud. anggap ja mereka biasanya dapat duit cash dari parents. baru 1st time jumpa mesin atm..

Aus MeLankoLik berkata...

hahahaak , kepala sudha weng..
ingat mesin AUTOPAY ke ade syiling..
hahaha..

yoro okino berkata...

pompun tu dri mn weh??asal jakun sngt..=_=

syarifah radiah ibrahim berkata...

dorang tak penah guna atm kot.
saba jek aa~~

TUKANG KATA berkata...

mungkin wanita itu nyanyuk..

lelaki pun pasti ade masalah alzhaiemer juga..

jadi 0-0 ea,,

HAHA

min berkata...

erm macam2 hal
hehee

sI tEDI berkata...

maafkanlah dia.. dia baru keluar dr pertapaan kot!

Syafiq Kadiran berkata...

wakakaka....
macam2 pesen manusia ni...
wakakaka

Siti Nur Aminah berkata...

tak pernh lak aku tgok org tadah tgn untuk kutip syiling..aku xske org tgok baki akaun aku ada bp..hahahah

touyakaruma berkata...

memang tak dinafikan sesetengah perempuan akan mengambil sedikit masa dari lelaki .

Bertuah ko Hans ! Apasal tak tolong ?