Sabtu, 24 April 2010

Jenis - Jenis Cinta

1. Cinta Sejati

Lisa Surihani sedia menunggu Hans yang jauh di perantauan dengan sabar dan percayakan Hans. Hans pula sentiasa setia pada Lisa Surihani walaupun ramai gadis yang menggodanya. Ini adalah cinta yang terbaik.


2. Cinta Pandang Pertama
Sewaktu Preity Zinta terpandang Hans yang kacak sedang makan ayam di KFC, si Preity Zinta terus jatuh cinta pada Hans. Cinta jenis ini selalunya diingati oleh sang pencinta.


3. Cinta Monyet

Hans dan Keira Knightley bercinta di usia yang mentah sewaktu di sekolah rendah atau menengah. Selalunya cinta jenis ini jarang bertahan lama kerana masing - masing masih mentah dalam mengharungi cabaran percintaan.


4. Cinta SS(Syok Sendiri)

Angelina Jolie menghantar surat cinta serta sms kepada Hans dengan menamakan dirinya sebagai A.J namun Hans tidak melayan semua itu. Ini dinamakan Cinta Syok Sendiri. Si pencinta kurang keyakinan diri untuk berterus - terang.


5. Cinta terlarang

Hans dan Orlando Bloom saling cinta mencintai antara satu sama lain namun percintaan mereka ditentang oleh masyarakat kerana bertentangan dengan nilai agama. Cinta jenis ini dilarang keras oleh mana - mana agama kerana banyak kesan buruk kepada si pelakunya.


6. Cinta luar biasa

Kristine Hermosa mencintai Hans sepenuh hati walaupun perbezaan usia sangat besar. Cinta ini luar biasa berlandaskan kepada umur, status atau kematangan.


7.  Cinta 3 Segi

Emma Watson dan Nia Ramadhani berebutkan si Hans. Mereka memaksa Hans memilih siapa yang Hans paling sukai. Cinta jenis ini selalunya sangat sadis kerana Si A menyukai Si B namun Si B menyukai Si C tetapi Si C pula menyukai Si A.

8. Cinta 1 Malaysia

Seorang Amoi cantik bercinta dengan Hans. Cinta ini menunjukkan percintaan tidak mengira sesama kaum. Selalunya cinta jenis ini agak sukar di permulaan namun bahagia di penghujung.

P/S : Anda Tergolong Di Dalam Cinta Yang Mana?

P/S : Entry Sambungan Kisah Cinta Monyetku Akan Tiba Dalam Masa Terdekat. Insyaallah.

41 Orang Yang Rajin Komen:

LUKISAN PENA berkata...

rasanya tak ada dlm ketegori nih...
sebab aku lah Arjuna yang mencari cinta..hehhe

hanie@nisya berkata...

tergolong dalam tiada lagi cinta di hati kepada manusia wat mase nie hahahaaa hans..hans..

Jaja berkata...

cinta gila.. :p

sebelas berkata...

cinta sejati no1 tak leh tahann.lisa gak yang ko pilih erk :D

http://nomborsebelas.blogspot.com/

sya ar berkata...

contoh yg baik, hans!
haha xD

miloicekaw1119 berkata...

hans sedang berperasaan..
huhhhuhuhu..

H@n$ Xy berkata...

ho6..sori ek..takde dlm mane2 glgn tu..he4...artis2 jugak hans kebas..one malaysia~i like~~

enyheartsdiamond berkata...

eny tak pasti.. jenis dilamun CINTA agaknya..

putra berkata...

c.i.n.t.a

Armyrule berkata...

mmg xbuleh blah bila minah2 dia atas dikaitkan dgn diri ko...muahahhaa

ayisy berkata...

Aku tergolong di dalam cinta terlarang. Aku menyukai Hans tetapi kami sama jantina. Ekekekeke! Gurau jek. :)

nuraimyasmin berkata...

taley bla contoh2 sedemikian. haha

mashur-i berkata...

mampos perasan.....

╚► capital S hana ◄╗ berkata...

cinta makhluk asing h0h0

hakimfaridzul berkata...

wah!!!
ni memang kes SS!!!
syok sendiri!!!
agagagaga

sHaFAa berkata...

tergolong dlm tiada cinta.. boleh hurai x?hehe

rizputra7 berkata...

haha..nom5 tak boleh blah bro...hehehe

budak hitam berkata...

ade tmbhan.. cinta yg 1 (cinta pada Maha Esa)

FarhanaDr berkata...

Cinta tu best tak hans? Hehehe.. ;p

Mr feckry berkata...

lu ni dr love ek

TUKANG KATA berkata...

haah..yg jenis cinta ni la..HAHA

tergelak2 aku baca cth..sume nama kau hans..HAHAHA

GhOsToNe berkata...

cita terlarang...
antara ko dan ak!
hakhak!

Syafiq Kadiran berkata...

aku cinta diri sendiri...
xd plak dalam list ko...

miMiE aZiMaSK ^V^ berkata...

aaaddduuusssssssss..... ramainyer aweks yg mencitaii kau ek hans.. siap semua jenis perchintaan.. syaabass shaaabasss.... hihihihihihi lawak lakau nie han

annfrendly berkata...

hahhaha..
wadeh..
kelakarnye...
pandai buat orang ketawa di hari minggu nih...

eerrr.. Ann sangat cintakan duit.. tetapi duit tidak cintakan ann...
hehehehhahhaa...

shilang00 berkata...

zaman dulu... terlibat dalam cinta monyet, cinta 3 segi, cinta pandang pertama, cinta syok sendiri... haha

sekarang ni single je.
tengah cari yang sopan cikit.. nak tunjuk kat mak terus

Nurul Harun berkata...

apa ni..hahaha..hans asyik bercinta dgn org popular je. habis org yg x popular cm nurul ni mcmana? :( sungguh x adil!

embun d tengah malam berkata...

cinta pada tuhan dan diri sendiri..hehehehe

have a nice day beb..hujan pulak syah alam ni..best btul bantai tidur..hahaha

aisyah ^^ berkata...

hahahaha..gelak guling2 bace ni~~

ehem..kembali serius=.=
aku dlm kategori cinta pd ilahi~
cinta dgn manusia belum jumpa lagi~
lalala~

|arieza| berkata...

hoh ko mmg suke yg no 5 kan! mmg mmg!!!

mr katok berkata...

giler kentang hans...cintamu keterlaluan...hahahaha...mmg x ley blah...tp mmg smart r ko punyer contoh...ley r aku pinjam pasni...hehehe...whee~

Nurain Ali berkata...

Orlondo Bloom. HAHA. Tak pernah dengar berita sensasi bahawa kau orang gay?

AyanaAsham berkata...

lisa surihani lagi, xpe aku doakan dari jauh.....
lalalallala

[z@ck] berkata...

perah santan la hang ni..
hahahaa

Wan Perlis berkata...

9. Cinta Jarak Jauh

cik bunbun berkata...

hahahaha!
lawak!
enjoy je bace:DD

MiSs TOrA berkata...

haha..tora dtg gelak je ;p
btol2 ilangkan stress tora..tq

shazika berkata...

cinta kpd hans :P

nur kasih berkata...

hehe,,ade 1 lgi jenis,saling mencintai walaupun xpenah jumpe,siyes,:)

iqbalsyarie berkata...

Perghh....tak boleh blah betul aku baca cinta 1 malaysia tu.hahaha


erm,aku tak abes lagi cerita pasal cinta kat blog aku.Dah masuk episod ke 5 dah ni..hehe...kalo ada masa bukak lah blog aku ya~ http://iqbalsyarie.blogspot.com/

♥CiK YaNNa♥ berkata...

xde 1 pn yg kna ngn aku..kui3x