Pada suatu hari, ada seorang nenek tu buat pertama kali keluar daripada kampung menuju ke bandar. Dalam sejarah hidupnya tidak pernah lagi di keluar dari kampung halaman beliau dan meneroka dunia luar.
Sampai sahaja di bandar, beliau berasa sangat kagum dengan bangunan yang tinggi - tinggi dan kereta - kereta yang bergerak dengan lajunya.
Beliau masuk ke dalam sebuah bangunan dan menuju ke lif untuk naik ke atas. Kerana beliau tidak tahu menggunakannya maka beliau memerhatikan sahaja dari jauh. Beliau lihat seorang wanita dalam lingkungan 40-an masuk ke dalam lif dan pintu lif tertutup. Tidak berapa lama kemudian pintu lif terbuka dan keluar seorang wanita seksi dalam lingkungan umur 20-an.
Nenek tadi tiba - tiba teruja. Beliau tidak sabar untuk masuk ke dalam dan berubah menjadi muda. Beliau pun masuk ke dalam lif tersebut dan selepas penat menekan butang - butang di dalam akhirnya pintu lif berjaya ditutup. Sedang nenek tadi sibuk memikirkan tentang hal tadi tiba - tiba pintu lif terbuka dan masuklah seorang lelaki dan seorang wanita.
Nenek itu pun terus bertanya kepada lelaki tersebut,"Adakah awak ini orang yang bertanggungjawab membuatkan wanita tua tadi menjadi muda?"
Kemudian nenek itu bertanya pula kepada wanita yang baru masuk tadi,"Pasti awak orang yang bertanggungjawab menghilangkan kedut di muka dan leher wanita tadi kan?"
Selepas itu nenek itu merayu kepada mereka,"Tolonglah mudakan saya. Saya tidak mahu jadi tua. Apabila tua terasa sangat sunyi. Saya merayu kembalikan kemudaan saya."
Lelaki dan wanita tadi hanya melakukan satu tindakan,"Security, kami mengalami masalah di dalam lif. Sila bantu kami segera."
Akhirnya nenek tadi dihantar ke hospital untuk diperiksa kesihatannya.
Tweet

20 Orang Yang Rajin Komen:
siot...huhu...over je nk muda..beria
hahahh!! xley blah la lu nenek~
kesian nenek tue
huhuuu..
ingatlah sume.. kita pun akan tua nanti.. kalau umur panjanglah..
bila hg dh tua nti apa kata hg try buat cm nenek tu buat??
Hans..
Hahaha..
Cian nenek itu..
nenek nk muda..mcm2 hal..hehhehe
vouge!haaha
hans, carikanlah nenek tu suami.
kalau dia ada anak2, suh anak2 dia balik kg jenguk dia.
ish..anak2 zaman sekarang ~
adeh
nenek2
yelaaa. sape nak tua kan?
hhuhuh
hahaahak . lawal siut . hahahak
hahaha... kurang ckit stress duk study ni.. :)
lol.
nenek yg sengal.
heh..sian nenek tu... :p
haha..sia2 kena masuk hospital sakit jiwa..
err..
nenek nak cucuk botox kat malaysia ataupon london..??
hahaha
hahaha diri ku begitu berharga
kelakar betul.. hahah..
sian nenek tu.. kempunan..
hahaha..kesian nenek itu..
salam hans
sian nenek tu..
ni kisah benar ke? heheh
Catat Ulasan