Selasa, 20 April 2010

Mari Pergi Ke Arah Pelangi Itu

Assalammualaikum. Semalam adalah hari yang betul - betul mencabar dari segi fizikal dan emosi. Serangan resdung memang meletihkan. Kesilapan melayan emosi membuatkan segala - galanya kacau bilau. Banyak hati yang terluka semalam. Apabila aku sedar kesilapan diri, sekali lagi aku susah nak tidur. Dalam mimpi pun masih terbawa - bawa penyesalan di dalam hati.

Aku bangun pagi tadi..erk..sebenarnya taklah pagi sangat....dengan satu harapan. Mahu mulakan hari ini dengan penuh ceria. Aku mahu orang sekelilingku juga turut merasa tempias sikapku itu. Aku sedar satu perkara. Jangan melayan emosi sewaktu anda dilanda sakit. Nasib ramai orang memahami aku semalam. Apa - apapun rasa bersalahku tetap juga mekar.

Aku cuba untuk menggembirakan hati semua orang yang rapat denganku. Akan aku cuba hingga berjaya. Aku harap kalian semua senyum kepadaku. Tolonglah buangkan sikap kecewa atau marah kalian terhadap aku. Aku tekad mahu kita semua gembira menghadapi hari - hari hidup kita. Sekali lagi aku harap salah dan silap aku dimafkan.

Mari kita menuju ke pelangi itu agar kita seceria seperti warna - warnanya.

P/S : Mahu Pegang Jari Kamu Dan Tunjuk Ke Arah Pelangi.

5 Orang Yang Rajin Komen:

mR.sYaH berkata...

resdung mmg menyusahkan..

hmm..bersabarlah..

embun d tengah malam berkata...

pelangi..warna warni memang suka ku tuju

AyanaAsham berkata...

dah lame tak nampak pelangi.rindu!

Hizami Rahim berkata...

hohO~
pelangi mmg cumel~
lol~

Shukri Mohd Ali berkata...

saya suka pelangi!