Jumaat, 14 Mei 2010

Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 1

Di suatu petang yang hening muncul kelibat si Danish memerhatikan si Elmyra sedang bermain kejar - kejar dengan rakan - rakannya. Si Elmyra perasan kelibat Danish namun dia buat tak tahu sahaja sehingga ditegur rakannya Siti Nurbaiyah.

Siti Nurbaiyah : Oit, Myra! Kau tengok budak tu. Ajaklah dia main dengan kita. Kesian plak aku tengok dia sorang - sorang dekat situ.

Elmyra : Eh, nak ker dia main dengan kita? Dia kan budak laki. Kita nih budak perempuan.

Siti Nurbaiyah : Tanyalah dia tengok. Belum cuba belum tahu. Lagi pun macam comel - comel jer budak tu.

Elmyra : Gatal juga kau nih rupanya Baiyah.Woi,budak! Kau buat apa tengok - tengok? Ada hutang ker?

Siti Nurbaiyah : Woit, apa daaa kau ajak macam tu. Itu macam nak cari gaduh jer.

Elmyra : Loh, habis tu nak buat macam mana lagi?

Siti Nurbaiyah : Ajaklah dia elok - elok. Apa ker benda lah kau ajak dia main macam tu? Kalau aku pun aku takut.

Elmyra : Owh,okay! Eh, saudara yang baru kena marah dengan saya tadi. Marilah join kitaorang main kejar - kejar.

Danish : Erk, tak apalah! Saya tak main dengan perempuan.

Elmyra : Kau tengok tu Baiyah. Sikit punya berlagak ker budak lelaki tu. Haih, panas betul aku. Kang ada juga orang kena belasah dengan aku nih.

Siti Nurbaiyah : Ish, aku rasa dia kenakan kau sebab tadi kau cakap kasar dengan dia kut.

Elmyra : Lantak dialah. Malas layan. Jom sambung main kejar - kejar  balik.

Petang itu berlalu begitu sahaja. Keesokan harinya, sekali lagi Danish pergi melihat Elmyra bermain kejar - kejar bersama rakan - rakannya.

Siti Nurbaiyah : Eh, Myra! Mamat semalam tu datang lagilah. Tengok tu.

Elmyra : Ish, tak boleh jadi nih.

Siti Nurbaiyah : Kau nak buat apa Myra?

Elmyra : Hoi, budak! Kau pehal asyik tengok kitaorang main jer. Kau nak kena belasah ker??

Danish : Erkkk.......

To Be Continue..........

P/S
Aku Memang Dah Lama Nak Buat
Drama Blog Versi Cinta Kanak - Kanak
Aku Bukanlah Pengarang Hebat. 
Cuma Aku Minat. 
Jadi, Bagi Anda Yang Mungkin Suka Dengan Cerita Ini.....
Nantikan Episod 2 Siri Antara Dia, Kau Dan Aku 
Dalam Waktu Terdekat.

Episod 2 Akan Dipublish Tepat Pukul 8.30 Malam Ini.
Nantikan!!

Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.

15 Orang Yang Rajin Komen:

hanie@nisya berkata...

suka sangat bersambung2 heheee

neyra shazeyra berkata...

NiCE!

MR Bang Miji berkata...

wah..bestnye jalan cite nih..
sngat dramatik & mendebarkan. especially scene mencemaskan. terkejut aku.hehehe

Fatin Aliyya berkata...

comey nya citer neyh.aku x sangka hang neyh berbakat songgoh.keep it up!!!=D

doakan aku.nk exam isnin ni.huhu..

Jantan Keparat berkata...

hukhuk..
chaiyok2!
ak support ko..
jgn hangat2 tahik kucing sudeyh..k!

ARC™ berkata...

kanak-kanak ke ni? xsangatlahh haagaga

yg aku xleh blah banner atas tu..sarok hans kunun...blah la wey ahha

Ummi Hanie berkata...

heh...
sis baca ni dah mule tersenyum2..
ade je la karangan dlm kpale awak ni hans
jom jadi writer pro
akk pun minat gak tp karangan bentuk lain la..haha

miMiE aZiMaSK ^V^ berkata...

suker jek kau ekkhh nak soh org tetunggu.. cepat update citer habis... hehehehehe

maka dengan ini terpaksa la saya tiap hari klik klik sini utk mendapatkan citer baru best kanak kanak bercinta oleh shah rukh hans...

kawie2020 berkata...

aku pun suka gak citer kanak2 nih... hehehhehehhee...

teruskan bersambung yer...:)

annfrendly berkata...

good.. best untuk di baca...
kuarkan segala bakat terpendam tu.. biar kami semua nilai :)

chokio_nia berkata...

cewah2..nati tanak la ending danish ngan elmyra..biar die ngan bayah..haha

TUKANG KATA berkata...

sambung2..

teruskan menulis!!

:)

embun d tengah malam berkata...

aku tak leh concentrate baca..mengigil tgk badminton

NICK IRFAN berkata...

hebat jgk cte ko ni bro? ape2pun aku respek la ko! cte aku pun x sehebat cte ko serius ni bro!!!! teruskan aku ikut jgk cte ko ni sbb ko kan dulu ikut cte aku? hehe

LotsOfLove-Pearls berkata...

..telah dibaca oleh Pearls.
akan meneruskan pembacaan ke ep-2

hehehe..