Rabu, 12 Mei 2010

Apa Yang Tak Kena Lagi Wahai Hafiz Hashim?????


Semalam Malaysia dikejutkan dengan kekalahan 2-3 kepada Jepun dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Thomas. Apabila aku dapat tahu Hafiz Hashim punca kekalahan daripada keputusan 2-2 menjadi 2-3 maka aku sangat kecewa. 

Mungkin ini adalah strategi atau memang mungkin pasukan piala Thomas Malaysia sudah boleh melupakan angan - angan mahu mengulangi sejarah seperti pada tahun 1992 yang mana menyaksikan Malaysia memenangi Piala Thomas buat kali terakhir.

Memang kita tak boleh meletakkan kesalahan terhadap Hafiz sahaja kerana Malaysia tewas bukan hanya 1 game tetapi 3 game. Namun, aku rasa Hafiz patut menang. Prestasinya merudum selepas memenangi kejuaraan All England dan tak pernah meningkat langsung selepas itu. Aku pun pelik dengan Hafiz nih.

Memang adat pertandingan ada kalah menang tetapi orang kata biar kalah tu bermakna. Ini aku tengok dia main macam tak makan nasi 6 hari. Semangat tak nampak langsung. Haih, aku bukannya nak menghukum cuma prestasi dia nih bukannya baru sebulan dua macam nih tapi dah bertahun - tahun. Serius, menyakitkan hati kalau tahu dia yang akan bermain mewakili negara dalam kejohanan - kejohanan jenis berpasukan nih.

Mungkin beliau patut bersara atau bagi peluang pada anak muda lain pula lepas nih. Mungkin!!!


Pasal beregu No 2 tu agak memalukan juga emosi tak pasal - pasal. Mungkin lepas nih boleh belajar cara - cara mengawal emosi.

P/S : Dengan Jepun Pun Kalah....Macam Mana Nak Lawan China, Indonesia atau Denmark???

21 Orang Yang Rajin Komen:

miey berkata...

Aku rasa yang lebih bersalah dalam game semalam adalah pemain beregu kedua...Langsung tak boleh control emosi...

Ko tgk tak game semalam? Aduhai...

hans berkata...

miey : aku tetap kecewa dgn hafiz hashim...sebab prestasi dia sama jer..tak pernah berubah

♥ Vee Violet ♥ berkata...

hans, hans kena tag dgn vee...
terjah blog vee ok?
:)

LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN berkata...

mmg punca tol mamat nie,,,

miMiE aZiMaSK ^V^ berkata...

mimie sakit jantung kalau tgk game mcm nie.. so smalam lepak bilik ..hubby yg riuh kat depan... kalah dah tetap kalah.. kiter tgu malam nie lawan denmark plak..

Kniedaz berkata...

ya betul tu..semalam akak plak jadi hangin tengok diorang main..siap suruh hubby tukar channel tgk movie ke apa..bukan tak mau support tp diorang main mcm kureng semangat je..

fndrocka berkata...

oh my god

Miecyber berkata...

Berikanlah pendedahan lebih banyak kepada pemain-pemain pelapis...Kalau Datuk Lee Chong Wei pencen siapakah yang setanding untung menggantikan beliau...

Miecyber berkata...

*untuk bukan untung (maaf silap taip, emosi terganggu sebab Malaysia kalah ngan Jepun semalam)

cintahati berkata...

tumpang komen...
ceeh...!! aku slh seorang peminat hafiz..

aku rasalah...
permainan ini adalah adalah yg terbaik...
rezeki x dek tu...

chong han tu ha...kalah mengejut...
zakruz tu pehal ntah..
aku tak kisah sgt..
diorg pun krg pengalamaaaaan..

Hafiz lak bertungkus lumus gak sbnrnya...
die kalah rubber game lg..
jgn kutuk je...puji ah jugak...

*emo ah...x kisah..janji semi ade lg...

relevan berkata...

Sila percaya Malaysia akan menjuarai piala Thomas pada tahun ini..Tuan rumah selalu bagi air dulu..

embun d tengah malam berkata...

dia pemalas smash..bila smash out

aduka berkata...

ku kecewa..
=(

Ms.Independant berkata...

mmg keciwa sgt!

Siti @ nurie berkata...

akak tgok ckt je masa hafiz ni lawan...bila tgok beregu ke dua kalah, dan hafiz penentu segalanya, buat akak cnfirm dia akan kalah...bila set ke 3 dia dah ketinggalan, akak terus channel lain..peh....hampeh sungguhlah...si single ke dua tu pun, alahi.....tensennyer tgok....mcmnalah nak lawan Lin Dan yg smash dia laju giler tu...

Jantan Keparat berkata...

betoi2!!!|
smlam ak tg care diew maen..
giler ape??
antar ak pn wlpn kalah xde lew kalah teruk mcm diew!!!!

mR.sYaH berkata...

beria-ria ayah dgb abg aku dok sorak dpn tv.. last2 kalah.. aku plak trus masuk tdo..

kena wat sesuatu kat hafiz hashim ni..

al-mankaraqi berkata...

nak kena hamun la tu bro.......

Manager Tandas KLCC, Takamine Kiyomaro berkata...

hans jom men badminton petang neh

Atan Athen berkata...

ak kecewa sungguh dgn team badminton malaysia

norfaridahanum berkata...

no no..bukan salah hafiz lah! pemain no 3 selalu ada stress tambahan.n satu lagi,bleyh kata hafiz n player jepun tuh dua2 bukan pemain kelompok elit dah..

yg fairuz-zakry punya kekalahan la pucuk pangkalnya.