Sabtu, 22 Mei 2010

Novel Diari Mat Despatch - Kenapa Anda Perlu Beli Dan Baca?


Tak silap aku ini adalah entry aku yang pertama yang mengulas tentang buku atau novel yang aku baca. Sebelum nih aku ada beritahu aku beli 6 novel dan salah satu darinya ialah Diari Mat Despatch karya Bahruddin Bekri.  Aku beli dekat MPH sebelum tengok wayang Iron Man 2. Harga dia tak silap aku tak mahal pun. Dalam RM9 ker RM10 jer kut. Aku lupa sebab novel nih ada dekat rumah sewa dekat Shah Alam.

Aku sebenarnya beli novel nih sebab nak memanfaatkan MPH Member Card yang aku buat dengan harga RM20 kalau tak silap aku. Hahaha. Jadi, memang sakanlah aku borong. Lagipun dekat Alor Setar nih tak ada MPH. Ada Popular jer. Bosan betul. Baiklah. Aku nak cerita bagaimana aku tertarik nak beli novel nih.

Sebenarnya dah lama aku tak baca novel. Kali terakhir aku baca novel ialah novel Lagenda Budak Setan waktu Ahadiat Akashah datang ker Uitm Melaka sempena seminar penerbitan. Sebelum novel LBS, aku suka baca novel siri Yoyo karya Liena Afiera Malik dan novel - novel karya Ramlee Awang Murshid. Jadi, hari tu memang target nak beli novel. Saja usha - usha dan terpandang 1 rak nih. Ada satu sahaja lagi novel yang tinggal dekat rak tu.

Diari Mat Despatch? Macam comel - comel jer kulit buku novel nih. Sebab novel tu berbalut so tak dapatlah nak buka baca. Aku lihat di bahagian belakang. "Jika Anda Terjumpa Buku Ini, Sila Jangan Baca Kerana Ia Akan Memalukan Penulis...." Ada lagi tapi aku lupa. Sebab benda tu lah buat aku senyum sorang - sorang depan rak tu dan aku terus beli. Sampai rumah aku buka dan sekali lagi aku ketawa.  Ketawa besar! Setiap helaian dia memang macam buku laporan sains. Ada garis - garis. Hahaha.

Aku baca helaian pertama dimana si Mat Despatch atau namanya Idlan Rayyan(bukan nama sebenar) nih kata dia tak mampu nak beli diari untuk dibuat diari. So, dia beli buku laporan sains yang panjang tu untuk dijadikan diari. Sumpah aku gelak baca. Dan memang bestlah. Aku habiskan novel nih tak sampai sehari. Lagipun novel nih taklah tebal macam novel - novel lain.

Aku bagi sinopsis novel Diari Mat Despatch nih. Novel ini mengisahkan Idlan Rayyan (bukan nama sebenar) yang berhadapan dengan kesukaran hidup sebagai mat despatch yang mencuba nasib menjadi editor freelance di sebuah syarikat penerbitan. Selain mengisahkan kisah hidup Idlan, ada juga diselitkan tip-tip Bahasa Melayu Tinggi.

Bagi aku ini pertama kali aku jumpa novel yang unik, kreatif, sempoi dan sangat jujur. Hahaha. Aku harap pihak penerbitan novel ini menerbitkan siri sambungannya dan aku pasti akan beli

Serius, sangat kelakar.

P/S : Hanya Orang Skema Yang Baju Di Dalam Seluar Beserta Rambut Disikat Tepi Saja Yang Ada Diari = Salah Satu Ayat Dalam Novel Nih Yang Buat Aku Gelak Besar. Hahaha.

30 Orang Yang Rajin Komen:

SuFy berkata...

kalau hans terbitkan novel, bagitau sufy..org pertama baca nih..ahaha

rossoneri berkata...

ehhhhhh baru hari tu g kinokuniya jumpa buku tuh, tertarik tgk buku tu sbb comel gila...tgk cover buku tu pun dah gelak..macam best je nak beli..rm9 je kan..

LORD ZARA 札拉 berkata...

hehehe~

dah baca dah~

^^

╚► Scya Lollita◄╗ berkata...

haha~
terbitkan cerita antara dia , kau dan aku .
>.<

NUke_Rude berkata...

haha. cambest jer.
tgk cover pun da bole gelak.
haha..

penaberkala berkata...

bila ko nak buat novel bro?

Mr.Homosapiensz berkata...

aku baca ulasan ko pun dah tersenyum kambing...hahahha

hakimfaridzul berkata...

hans : like juga la ayat tu, ada lagi ke buku tu???

aduka berkata...

x stuju!
sbb aku sikat tepi...
xde pn diari!
haha..

nazreenhashim berkata...

rambut aku pacak2 ade je diari...
hahahaha~~

shazika berkata...

aku nak cari lah nnt buku nih
mcm best jek
tengkiu hans gitau
muah!


jgn segan ke laman sy yek
Awek kesepian, kamu sudi teman?

Siti Nur Aminah berkata...

aku nk cri la novel ni..tp tnggu aku ada duit

h.a.n berkata...

nak pinjam !!

fndrocka berkata...

next time aku kluar aku nak beli..sepatutnya buku2 camni harus dijual di pos ofis.barulah stylo.posmen pun boleh jual time nak hantar urat rumah ke rumah,

Latest Entri : Peristiwa Subuh

whitedaisy berkata...

hahaha....nk g cri lah...meksh3...

whitedaisy berkata...

hahaha....nk g cri lah...meksh3...

Nurul Harun berkata...

cumel la hai kulit buku dia. hahaha.. mesti lelaki tulis ni kan.. sempoi..

Ummi Hanie berkata...

sungguh menarik nmpknye buku laporan sains itu ! :)

iqbalsyarie berkata...

aku dah tertarik dah!heeehe..nanti aku nak cari gak!

hanie@nisya berkata...

dah lame aku tak bace novel. Ko wat aku tertarik utk beli buku nih :)

Hasrol Nizam berkata...

aku bukan seorg pembaca novel..tp cam menarik je review ko ni..haish

rizputra7 berkata...

kasi aku pinjam ler...hehehe

Hafiz Ismi berkata...

Pergh..mamam best jek.. MEsti Cari nih~

iyllienaz berkata...

nak baca..ko xnak bagi aku pinjam ke??

hans berkata...

Thanks semua sudi komen dekat entry nih.
Pada pandangan den, buku nih sangat menarik.
Cubalah beli. Tak mahal pun. Insyaallah anda semua terhibur.

Jericho berkata...

Novel ker tu hans? Unik sangat cover dier tu.. Baru cover dah unik, apa lagi isi kandungan tu.. hehe

piNky LuCiA berkata...

waahh.. macam best je.. nak pinjam.. boleh?

pZah berkata...

Mmg klakar novel ni. skali tgk trus tertarik nak beli.Ckp kt kwn nak beli kt adik, pdahal kakak yg syok lebih nak baca buku ni. heheh

pZah berkata...

Mmg klakar novel ni. skali tgk trus tertarik nak beli.Ckp kt kwn nak beli kt adik, pdahal kakak yg syok lebih nak baca buku ni. heheh

manggosteen berkata...

tengah baca buku ni..tapi tak abes lagi sbb pinjam buku org..kah kah kah..