Khamis, 16 Disember 2010

Kenapa Nama Awak Macam Nama Perempuan?

Bila korang masuk H.P.B Blog hari nih apa yang korang nampak lain? Korang tak perasan ker? Hah? Tak perasan apa - apapun? Sama jer ker? Okay! Semestinya korang salah! Jom kita tengok apa perbezaannya sebelum dan selepas di bawah nih!


Sebelum



Selepas


Taraaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!


Hahahaaha! Terima kasih yang tak terhingga dan sangat - sangat berterima kasih kepada blogger yang seorang nih kerana tanpa jemu, tanpa bosan dan ikhlas membantu aku yang buta IT nih tapi demand nak lebih. Kehkehkeh! Dan paling best tu tanpa diminta beliau siap tolong aku pasang iklan nuffnang di tempat yang betul lagi! Memang super duper terima kasih untuk beliau! Nak tahu blogger mana yang baik hati dan kacak tu? Usha bawah nih!

Sila Klik Banner Untuk Ke Blog Mr Dark Half


Yang bestnya kali nih sebab banner H.P.B Blog jenis flash! Maksudnya adalah benda yang bergerak - gerak! Hehehehe! Melihat kepada 2 banner tu memang cukup berbeza dari segi pengisian gambar di dalamnya. Banner flash nih kebanyakkan kalau korang boleh lihat ada banyak gambar makanan ditambah dengan gambar buku, pen, cermin mata, kapal terbang dan juga tak boleh tinggal gambar SRK. Hahahaha! Jadi, meh kita tengok simbolik semua benda alah tu.

  1. Makanan :- bermaksudn tuan punya blog seorang yang suka makan dan makan! Hehehe!

  2. Buku & Pen :- bermaksud 'Life is a novel...We write everyday'

  3. Cermin Mata :- bermaksud mata tuan punya blog rabun! Hahaha!

  4. Kapal Terbang :- bermaksud suka berjalan - jalan atau mengembara

  5. Gambar SRK :- bermaksud saja mengekalkan identiti tu pada blog nih

Hahahahaha! Jadi, selepas melihat banner flash nih aku dah terbayang dah kalau bulan Ramadhan nanti mesti blog nih diboikot pada waktu siang. Hahahahaha! Okay! Berbalik kepada tajuk entry maka aku pun nak ulas lah sikit kenapa dekat dialog tu tertaip 'Lelaki Yang Berbangga Dengan Nama Hanis' yer?

Jawapannya sebab aku suka dengan nama Hanis tu sebab itu nama yang telah ditakdirkan untuk aku di dunia nih dan nama tu memang bermakna. Dulu waktu aku kecil bila tiba sesi memperkenalkan diri pasti soalan yang sampai sekarang orang masih bertanya dan membuat kadang - kadang aku rasa jelak apabila mood aku tiada dikala soalan itu diajukan kepadaku pada waktu itu,"Kenapa nama awak macam nama perempuan?"

Dan soalan yang kedua yang lebih kurang sama dengan soalan pertama pula berbunyi,"Kenapa nama awak Hanis?" Hah! Macam mana nak jawab tu? Senang jer tetapi aku selalunya jawab elok - elok jer lah. Cuma aku rasa pernah sekali ker dua belas kali aku balas dengan jawapan yang mungkin agak kurang ajar tetapi aku rasa memang patut pun aku jawab macam nih berdasarkan situasi tertentu jugalah :-


"Tanyalah mak ayah saya! Mereka yang beri! Kalau waktu saya baru dilahirkan saya sudah boleh bercakap terus mungkin saya boleh pilih nama  yang saya sendiri mahukan! Macam kamu juga dulu! Adakah nama kamu ini memang kamu yang pilih dan mahukan selepas kamu lahir dimuka bumi ini? Mesti mak ayah kamu juga kan yang pilih dan namakan kamu dengan nama kamu sekarang bukan?"


Dulu waktu kecil zaman bodoh - bodoh jahiliah tu memang kadang - kadang tu tekanan juga bila ada manusia yang entah kenapa tiba - tiba mengejek - ngejek nama aku yang indah nih. Adakalanya menyakitkan hati  juga bila ada sesetengah guru pun yang mempersoalkan berkenaan nama aku. Tetapi, ada satu kes yang memang aku sakit hati! Hahaha! Tapi, itu hal zaman kanak - kanak sugus lah! Yang bestnya nama Hanis bila masa bermain chatting di MIRC. Hahaha! Zaman dulu kan orang gila chatting nih. Jadi, nak menyamar jadi perempuan tak payah fikir nama apa pun! Pakai nama sendiri sudah! Hahahaha!

Paling best bila dah menginjak remaja nih. Bermula dengan seorang ustazah yang mengajar aku sewaktu di tingkatan 5. Dialah orang luar yang satu - satunya bergelar guru yang membuatkan aku merasa bangga dengan nama aku sendiri. Apabila aku memperkenalkan nama jer tiada langsung reaksi pelik daripada dia seperti guru - guru yang lain tetapi siap dipuji dan diberi makna lagi nama aku. Terima kasih ustazah!

Orang luar kedua juga seorang Ustazah yang mengajar aku CTU sewaktu diploma semester ke-3 yang membuatkan aku berasa sangat bangga dan gembira juga apabila bernama Hanis. Orang luar disini bermaksud yang bukan ahli keluarga dan bangga disini bukannya bermaksud untuk bermegah - megah kerana tidak ada apa yang perlu dimegahkan dengan nama cuma sudah tidak ada lagi perasaan malu apabila memberitahu apakah nama yang empunya diri.

Tambah seronok tu apabila ada pelakon yang bernama Mohamad Hanis Kamal kalau tak silap yang berwajah iras - iras Chinese sikit yang selalu berlakon drama Melayu. Mungkin ada yang mengenalinya! Dan mungkin kerana aku selalu ditebak dengan soalan - soalan yang tak membina tu maka apabila aku berjumpa nama yang betul - betul aneh dan kelihatan ramai orang yang mengutuk maka seboleh - bolehnya aku cuba mendiamkan diri atau lebih tepat mungkin aku tersenyum tetapi aku tidak ikut campur sama dalam mempertikaikan nama mereka yang dikatakan aneh itu.

Memang apabila aku berjumpa dengan manusia yang berjantina lelaki yang bernama Hanis maka soalan pertama yang aku tanya adalah soalan yang sama seperti yang selalu ditanya oleh aku,"Kenapa Nama Awak Macam Nama Perempuan?" dan adakalanya aku dimarahi dan ada juga yang bersifat selamba jer. Heheheh! Kemudian apabila aku memberitahu tentang nama aku yang serupa dengan mereka maka terus yang marah menjadi cool dan gembira dan yang tidak marah merasa lebih gembira. Memang pengalaman manusia berjantina lelaki yang bernama Hanis lebih kurang sama jer iaitu berasa rendah diri pada peringkat awal namun akhirnya bangga dengan nama tersebut. Setujukah wahai jejaka - jejaka yang bernama Hanis dengan apa yang saya tulis?

Nama Hanis terdapat di dalam buku Nama Bayi - Bayi dan nama Hanis itu berada di dalam kumpulan bayi lelaki. Itu adalah bukti yang paling bernas yang pernah aku tunjukkan pada rakan aku sehingga mereka terdiam dan memberikan aku sebungkus jajan Mr.Potato tanda kalah. Hahahaha! Dan dikala umur ku sekarang baru menginjak '19 tahun' nih, aku masih lagi ditebak dengan soalan yang sama. Hahahaha! Jadi, jawapan untuk soalan itu sekarang ialah,"Tanya Mak Ayah Saya!" dan jika ditanya apa perasaan bernama Hanis maka dengan gembira dan sukanya aku menjawab,"Saya Berbangga Bernama Hanis!"

Jadi, itulah mukadimahnya...hah?Mukadimah? Hahahah! Tak adalah! Jadi itulah serba sedikit repekan saya berkenaan banner terbaru H.P.B Blog dan simbolik setiap objek dan perkataan di dalam banner tersebut.

Jadi, kepada pembaca - pembaca diluar sana tidak kira nama anda apapun sama ada pelik atau ganjil atau selalu menjadi pertikaian orang namun selagi maksud nama anda itu baik dan sempurna maka hormatilah nama anda sendiri.

Jangan rasa rendah diri dan apabila ditanya pandanglah tepat pada wajah orang itu dan sebutlah nama anda dengan yakin dan gembira sambil memberi senyuman yang penuh makna. Sekian!


Terima Kasih Sekali Lagi Kepada
Blogger Dark Half


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!


92 Orang Yang Rajin Komen:

NICK IRFAN berkata...

eh! nama ko hanis ke? atau muhamad hanis?? atau ahmad ke?

hans berkata...

nick irfan : hah! Nih sorang lagi! Penat aku menaip di atas tu lagi mau tanya! Baca ker tak nih? Hahahaha!

Asam Makruh berkata...

Seriously, saya ada kawan lelaki yang bernama Mohd Anis! Rileks saja dia.

hans berkata...

Asam : lain orang lain ragamnya...kalau semua tempat sama memang xbestlah...hohoho...ku pun rileks juga...kalau kata tak rileks memang dah bergaduh sudah pasal nama nih...hahaha

mR.sYaH berkata...

sokong kau hans.. mmg masa kecik jadi tekanan.. bila dah besar bleh pk sendiri..
klu ada yg tanya lg jawab jer.. "ADA AKU KISAH!"

kwn aku ada sorg nama betul2 mcm perempuan.. tp dia buat relax.. mmg baguslah..

hans berkata...

syah : hahaha...apa nama kawan ko tu weih syah?

dabuldahi berkata...

woi! awat nama hang hanis??
masa kat skolah aku tak sempat jumpa hang.. tapi aku sempat jumpa masa kat u..

hang tak rasa kita ni dah dijodohkan ka???? hahaa

hans berkata...

dabuldahi : hahahaha..tu maksudnya memang ada jodoh la tu kut! Hahahaha! Mood dah okay ka nih?

zikeryhassan berkata...

apa maksud nama kau tu ea?

hans berkata...

zikery : pergi cari sendiri...hahaha...tapi yang pasti makna baik dan bermakna

Afendi Othman berkata...

anyway nice header..teringin gak buat header flash...huhu

hans berkata...

Afendi : Buat jangan tak buat...

Yatre Hayati berkata...

hanis...comel. weh aku ingat lagi dulu masuk blog kau tak secantik ni. sekarang header dah flash2. cayalah

hans berkata...

Kak Long : owh,kiranya ko nak cakap blog aku sebelum nih buruk lah?haahha

ARieF berkata...

dulu sek rendah ada sorang kawan nme dia hanis gk..
ok je..
xdee pon aku rase pelik..
hanis bkan anis..
haha

hans berkata...

arief : bagus2 ko tak rasa pelik...hohoho

Naufalaqli berkata...

rileks ah bro..
aku pun da kawan nama Muhammad Anis Ridzuan,lebih kurang je cuma takde H

hans berkata...

Naufalaqli : rileks la nih derr...hahaha...nampak gua macam tak relaks ker?

Mohammednajib berkata...

alah kalau ditanya soalan itu lagi ckplah,sekurangnya namaku menimbulkan pertanyaan serta unik daripada nama korang hahaah

hans berkata...

Mohamednajib : hohoho..jawapan ker tu bro? sempoi juga tu

Tanpa Nama berkata...

saya pun ada sepupu nama Hanis..rilek jer dia kalau org kata nama dia macam perempuan..
~Iqah Irah

hans berkata...

Iqah Irah : kadang2 ada juga anginnya tu

zEri sAfEerA berkata...

hahaha :)) tibe2 rs teruje.

kes sy plak,, org tnye knape nm mcm llaki? hehe :D

yup. zmn jahiliah dulu, mmg x suke dgn nm sdiri smpaila ade cikgu kaunseling puji. hahaha :))

Azri plak ade dlm kumpulan bayi2 ppuan. hehe :D

sorry, komen pjg :)

Hasrol Nizam berkata...

masa ko ckp flash tu, aku igt kapal terbang tu duk terbang2 ke.. hehe.. papepun semart gak ah.. :D

Mra Mastura berkata...

baru tahu name ko hanis. hehe. leks aje xkesah. sebab ade je name kawan laki hanis lah, nur lah. ade siap name full memang ingat girl, skali lelaki. ala, mak ayah letak name sebab makne name tu utk anak2 dye kan. :) so ok aje. xtertulis pn hanis tu state utk girls saje aku rase.. hehe..sebab majority kot name hanis tu org gune utk girls, sebab tu lah kan. hoho..

chill geng ^___^

hasmida berkata...

adik akak nama hanis umur pun lebih kurang sama ja...hehehe

Azam Shah berkata...

hanis ok what..
member aku laki tp nama dia nur nabila huda. x ke ladies sgt namanya.

btw. nice new header ko.. ske3..

erniemusliana berkata...

tak laa pelik pon. ok jep....haha mereka dgki name anda cun melecun...:DDDD

Lelaki Ini berkata...

abg sy hensem wlpun nama die perempuan!!!
betul tak hans???

Lelaki Ini berkata...

abg sy hensem wlpun nama die perempuan!!!
betul tak hans???

Suara Kalbu berkata...

Unik dan tersendiri nama awak. Bangga sebab nama tu mak ayah kita yang beri.

Yang suka kepoh-kepoh tu suruh duduk kat tepi je

Ciki berkata...

hoho.. macam2..

azie berkata...

Baru la unik skit nama mcm tu xramai org ade nma mcm tu hehe :)... ade juga mber sek dlu gurl tp nma depan mcm laki.. nama die azrul aisyah :)

Ujang9897 berkata...

yezza...haruslah bgga dgn nama sendiri..hehe

kinsyakrn berkata...

Hai Hans..lama akak tak melawat rupanya dah makin berseri blog ni. SRK ttp ada..suke. Abis tu, dh tanya mak bapak..diaorg kata apa bg nama Hanis? Biar akak jawab sebab akak mmg suka nama Hanis, xpayah tgk org lagi kita dah imagine orgnya lembut, hensem..baik..sesuai utk bwk nama Hanis. Sebab tu akak bukak buku nama dalam Islam dan akak bilih nama Wan Hanis Syafiqie utk anak lelaki akak. Muka Hanis dah macam perempuan bila dgr kita panggil nama Hanis lagilah diaorg ingat perempuan. Tapi bila akak beritau Hanis tu lelaki, diaorg kata ingat perempuan sb airmuka. Akak xkisah malahan berbangga. Harap Hanis pun bangga dgn nama tu bila dia besar nanti.

Daniela berkata...

senior saya pun nama hanis...heheh so tak kesa...ada juga perempuan nama macam lelaki..mak ayah bagi nama mesti ada sebab kan =)

alien berkata...

nama aku annas, kawan sek rendah aku nama anis .. dua2 laki
hehehe
kire orait la tu

yangbaik berkata...

baca separuh jer... lain2 tu pakai jeling2... panjang sangat la... males akak nak baca coz takder moodnih...

nama saya ... memang saya perempuan.. kalau lelaki nama perempuan pun okey juga, jangan perangai jer macam perempuan... adios... :-)

::FAIZ FARISH:: berkata...

yela 19 kan? haha

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

masa sekolah dulu aku rasa tercabar sebab nama hang sama dengan aku hahaha

Aizuddin Hanis berkata...

haha~~ hanis bermaksud yang bertaqwa.. so far xpnh y kata name aku ni mcm name pmpuan..biasa name pmpuan hanisah atau pun anis..tp bak kt ko..aku ske name ni...

Izzat Aziz berkata...

Takpelah kita nama apa, asalkan ia membawa maksud yang baik, orang duk sebut jadikan satu doa.

Faarihin berkata...

memang menarik lah hans..

tertarik dgn header hang yang power tu...

SyedGraphiX berkata...

nasib baek aku tanye ko ..
ko ni m ke F
hahaha. XD

Mr.Clive berkata...

tapi gambar shah rukh khan masih ada gak eh?haha

mie berkata...

nama ni gue dah biasa dengar..
perempuan mahupun lelaki...
tapi mungkin desebabkan pic yg de tanda soal di kepala menjadi kontroversi

Hanif berkata...

alamak..Han's nama manja aku Hanif... Dan Hanis nama anak pompuan aku..pehhhh

eqbalzack berkata...

abg eq pernah btertipu juga hans...
'noorhan'...ingat pompuan...rupanya lelaki...hehe

Fitrihadi berkata...

rilex ar bro.. aku nama fitri pun nama perempuan gak.. banyak drama aku jumpa guna nama fitri untuk perempuan.. perempuan yang lemah lembut dan sopan lak tu.. adehhh

btw nice header!! memang masuk dengan blog ni :)

man yusoef berkata...

time kecik2 memang segala nama kat penduduk bumi nak jadi bahan ejek...ayah aku yg asyik tgh baca paper kat rumah pon silap2 boleh jadi bahan ejek...ape salah beliau??...huhuhu

noname berkata...

entri ko geng, nampak baik ari nie..tak jadi aku rosakkan mood baik ko..

heee:)

hans berkata...

zeri : hahaha...xada apa lah..okay jer komen kamu..wah,cikgu kaunseling puji ker?hehehe...ok lah tu

nizam : haha..ikut hati nak suruh buat terbang..tapi segan lah..orang dah buat pun aku dah cukup syukur dah..hehehehe

mra mastura : hohoo..den chill jer...don worry..hehehe

hasmida : kimsalam dkt dia...gtau dia saya dengan dia geng...hehehe

azam : amboi...nur nabila huda? macam nama anak amy search tu..abis korang panggil dia apa?nabil?

ernie : maybe...hahaha

lelaki ini : nama lelaki lah!! pukul kang!! hahahaha

suara kalbu : dah suruh tapi diorang xnak..hehehe...

ciki : macam2 kan

azie : hohoho...dia senasib dengan den la tu

ujang : I'm totally agree with u..

kinsyakrn : owh,tanya...diorang kata diaorang suka nama tu..lagipun makna nya baik..hohoho...insyaallah dia akan berbangga dengan nama yg diberi tu

daniela : betul2

alies : hahaha..orait..

yang baik : hahaha...memang terpanjang..seronok plak menaip

faiz farish : jangan dengki lah pakcik! ahahahaha

Wan : hahaha..aku lagi tercabar sebab ramai sangat nama hanis

Hanis : hahaha...yups...banyak maksud dia tapi memang makna2 yang baik..yehaa...kembar nama ku dah ada...hohoho

izzat : betul2..

farihin : thanks pada bro Dark Half

Syed : itu soalan ke-3 yang selalu ditanya dkt aku..hahaha

clive : hahhaah..trademark...

mie : hahaha....pic tanda soal tu baru letak jer lah Mie

hanif : okay lah tu..orang nama hanis mesti hensem dan jelita..jgn risau bro..hehe

abang norman hakim : owh...noorhan tu den selalu dengar nama perempuan...ada nama lelaki juga ekk

fitri : eh,fitri nama perempuan ker?kawan2 aku selalunya fitri nama lelaki..haha..pening sudah aku

man yusoef : hahaha...zaman sekolah diorang suka ejek nama mak bapa kan? eh,kenapa nama ayah ko jadi bahan ejekan plak?

noname : hahaha...bagus!

mier@merr berkata...

mmbe aku ade jek nama hanis....ai oke je...nama aku yang amira ni pun ramai pggil mir je..

missamy berkata...

cntik header bru tuhh .
btw , rmai jugakk yg nme hanis tapi laki kan ?
bese klau pmpuan dye akan eja anis .
ase yee la ;))

nama.aku.lynn berkata...

mari berbangga dengan nama sendiri..pedulikan aje org nak cakap ape..yg penting nama kita sedap!cewah!hahah

p/s:suka jwpn kau!hahahha..tnya mak ayah la apasal kasik nama cmtu..

pss: dah bca jgk entri+tgok gmbr klas kau dgn anis!hahha..teknik arau yee..^_^

Ainismaira berkata...

tak ada la macam pempuan sgt.. boleh diterima lagi..ade yg masuk dlm paper tu nama dia mmg nama pempuan.. Asyikin kalau tak silap.. pun dia xmalu.. malah bangga.. Nama sedap pn tp kita xbawa ciri2 yg ada dlm mksud nama tu xguna juga kan :)

Asam Makruh berkata...

nama apa pun, janji bahagia sudah :D

Kie-yu berkata...

hye hanis!
cantik header :)

sI tEDI berkata...

ehemm! adik Hanis!!

Dearie Pearls berkata...

gua suka 'hans'

rasa nama tu ada aura jek.
hehehe..

*semalam gua perasan gak flash kat header tu..
kagum seketika....

sangat menarik....

hans berkata...

mier : hahaha...biasa jer

missamy : ada perempuan nama anis,hanis dan hanisah..hehehe

nama aku lynn : kami berdua dari teknik kangar tapi sekolah tu dah tak wujud...hohoho

Ainis : hehehe...ada blogger femes nama hanis - hanis zalikha..hehe

Asam : alhamdulillah

Kie-Yu : Terima kasih pada pembuat header iaitu Mr. Dark Half...

Si Tedi : Hai akak tedi..hoho

Pearls : hahaha..bro Dark Half yang rajin tolong buatkan..kalu tak memang tak merasa den nak tgok header blog ni ada gerak2...hehehe

NICK IRFAN berkata...

sory hans bodo plak aku ni? ops! haha aku baca sekerat je ari tu x sampai hbis pun td bru tgk balik bru perasan.... sory2

Hazzy Ishak berkata...

ada sangkut paut dengan hanis zalikha tak?

hehe

aYu berkata...

ada mohammad kan..so..ok kot.. xkeliru pun.
kalo nur hanis may be laaa aku keliru..

::wan fadhilah:: berkata...

nama cm tu memang selalu kena salah tafsirkan.. tpi nama sya ni pun, Wan Fadhilah pun boleh di salah tafsirkan jugak.. ari tu time nk chck in hostel, nama xde dlm senarai... ari tu orang HEP cakap, xde nama dalam list sbb nama ada kat blok lelaki.. aish. gila kentang.. aku rasa nama aku xde la cam laki sangat.. huhu

azi nur berkata...

awl2 lagi da tau lelaki lorh...hihi

EmanCloud berkata...

hai hanis..

alkisah69 berkata...

Unik dan tersendiri nama awak

xkane berkata...

Ok apa nama Hanis...kalau nama ko NurHanis mmg aku heran sikit...hehehe

Ery Farieha berkata...

hahaa penat kan nak jawab bila orang tanya "kenapa?"

AMir Izzat berkata...

ala..relaks ar cam aku..aku pun ada gak sipi sipi nama perempuan.. Nama Nor didepan..hehe.. Mohammad Nor.. tapi tak pa..kita amik yg positif..ala..nanti allah panggil kita dgn nama ni juga kan? nama yg elok..contoh makna nama aku..

"yang terpuji cahaya pemimpim mulia"

cantikkan nama makna aku? hehe.. ops! apsal ak pi promote nama ak nie??

lastly, senyum..jangan kata apa-apa..senyum...

KITA(kesejahteraan insan tanah air) serupa.. hehe

Burp berkata...

hahaha! jgn malu dengan nama~ penat-penat mak ayah bagi.. :)

eiysya zasya's berkata...

nama hanis lawa.. tak kesah laa lelaki ke perempuan.. asalkan maksud elok.. =)

tp dulu2, pelik jugak bila kawan lelaki nama nurul.. hehe~

syahrilhafiz berkata...

alamak! ko perempuan..ahaha
biasa la, hanis..
pastu sapa pulak hans danial
hans bla3..hehe

hans berkata...

nick : owh...aku ingatkan sorry apa tadi...xada apa2 lah..mana marah pun..kalau marah tak ada -> hahhaha

hazzy : sangkut dekat nama jer lah kut...hahaha

ayu : kalau siti cam ner?hehehe

wan : hahaha..entah...rasa biasa jer kan?

azi : bagus..hoho

eman : hai aiman

alkisah : tq... :)

xkane : nasib bukan siti hanis..hehe

ery : betul2..sokong ko..penat kut jawab benda yang sama

amir : aku relaks jer nih

burp : xmalu meh...bangga kut :)

eiysya : hehehe...

syahril : kerat ko 18 mahu x?hahahaha

akubiomed berkata...

Hebat logo pun ada penceritaan tentu pecah kepala nak fikir tema logo dan susun atur. Congrats

Sharinginfoz berkata...

hanis pun hanis le

penaberkala berkata...

respect sama lu bro
so cool :)

virulent lolita tan benihime berkata...

da terang2 lg bersuluh awk tu lelaki..ble lak diorg tnye cmtu ek??nth ape2..hahaha

Wan Gerrard berkata...

terbaik la bro..jgn malu ngan nama sendiri ^_^

Syipak Bonkers berkata...

first. sorry to be honest. HAHA . mula-mula tadi ingat blog india sebab ada gamba SRK . baru nak excited gila sebab baru 1st time jumpa blog india. rupa-rupanya malay daa. hik3

anyway, bestlah ! double thumbs up. nak malu apa nama hanis. my mom selalu cakap. berbanggalah dengan apa yang diberi tuhan kepada kita. HAHA

Lia3003 berkata...

wah, panjang giler n3.. means, nama hanis ada tak dalam senarai nama perempuan.. saya x heran nama pompuan macam nama laki.. sepupu saya nama Nurul lagi tau, tp dia lelaki..

patut lah awak komen kat saya suka tgk cite tamil/bollywood... suka SRK rupanya..

NICK IRFAN berkata...

ape2pun nama ko mmg unik! hehe

Eazy Izzuddin berkata...

hanis kamal!
my fwen
hehe

Layans~
Terlalu Istimewa

eVy-D-YaNa berkata...

hye...saja singgah cni..

nice blog~

hehe..eh, sy suka dgn pelakon hanis kamal tu..
suka tengok cara dia berlakon..
dia berlakon dari kecik sampai besar..cute!~

hehe~

btw, slmt berkenalan~ :)

Talk of A Soul

cik.shabah berkata...

best kot nama hanis tuuu ;)

Aretikz berkata...

Hehe.. Nama tu ok apa.. Nama saya firdaus pun ada kat perempuan.. yang penting kita mendalami maksud di sebaliknya.. kan3x? hehe..

miss nina berkata...

takpe hans, janji nama tu bawa maksud yang elok.

sw33tdarling.com berkata...

chanteeekkk....!
Inviting You To Join Give Away PILIH THEME BLOG

ciK mOt ©™ berkata...

aler, nama dak opis saya pun AHMAD HANIS...dia ok jek...rasanya nama tu unisex la...berbangga kan dengan nama sendiri...

fitri berkata...

mak ayah dah bagi nama yang terbaik da..ingat senang nak pilih nama..susa tu..

ade member gak nama hanis..org igt perempuan..sekali tgk tuan punye badan kus semangat..badan macam pemain ragbi..haha

be proud of our name :)

Ardzham berkata...

Sebelum lahir lagi mak dan ayah dahpun fikirkan nama apa nak bagi bila baby lahir nanti.

Jadi nama Hanis adalah nama pilihan yang tepat bagi mak ayah. "Nama Hanis terdapat di dalam buku Nama Bayi - Bayi dan nama Hanis itu berada di dalam kumpulan bayi lelaki."

Itupun satu bukti mak ayah bukan pilih nama sembarangan saja kan. Cuma mungkin sedikit pelik bagi orang lain sebab nama tu selalunya perempuan yang guna.

Tu jer masalahnya kan...