Jumaat, 3 Disember 2010

Lu Langsi Lu Mati

Entry sebelum ini aku ada bertanya sama ada korang tahu ker tak filem apa yang menggunakan tagline 'Lu Langsi Lu Mati' kan? Hah! Kalau nak tahu itu sebenarnya adalah tagline untuk filem terbaru iaitu filem Kongsi yang akan ditayangkan pada tahun hadapan! Aku yang boleh tahu pun sebab tengok trailer dia dekat dalama panggung wayang tadi sebelum tayangan filem Ngangkung bermula.



Pelakon:

Shaheizy Sam :- Tumulak
Norliana Samsudin :- Detektif Maya
Fizo Omar :-  ASP Shariff
Azad Jazmin :- Mikail
Putri Mardiana :- Yati
Fida :- Maria
Zul Handy Black :- Kimpedu
Shafie Jaafar :- Tok Malik
Pooniah :- Victor
Chew Kin Wah :- Jimmy


Sinopsis:

Filem aksi komedi dengan tagline Lu Langsi Lu Mati mengisahkan penyiasatan ASP Shariff (Fizo Omar) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur. Kumpulan daripada pelbagai bangsa itu menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan, Tumulak (Shaheizy Sam) yang melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian. Segala ancaman dilakukan Tumulak sebenarnya didalangi Kimpedu (Zul Handyblack) yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana ingin menakluk kawasan Kuala Lumpur.Pada masa sama, Tumulak mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff. ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik tetapi ia tidak mematahkan semangatnya menjalankan tugas.Apakah kesudahan filem kongsi ini?sama-sama kita nantikan...

Sumber Info:
  Disini

Belakang Tabir:
RUJUK SINI


Berdasarkan kepada trailer nih memang menarik perhatian aku sebab bagi aku filem ini bercorak aksi komedi. Hahaha! Walaupun nampak agak ganas tapi lucunya masih ada! Memang pilihan yang tepat aku rasa apabila memilih Shaheizy Sam dan Azad Jasmin menjadi pelakon utama di dalam filem ini.

Memang daripada trailer kita tidak boleh terus berkata filem ini bagus tetapi paling tidak ia juga penting sebagai pintu pertama untuk menarik perhatian penonton dan aku secara jujurnya memang tertarik dan tak sabar menonton filem nih. Heheheh! Jadi, layan trailer jer lah dulu yer! Hohoho!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

34 Orang Yang Rajin Komen:

Hasrol Nizam berkata...

ada sstgh cerita, trailer bukan main gempak. tapi cerita.adeh..hampa..

selalu cerita aksi2 la mcm ni. trailer penuh aksi. dlm cerita, aksi sikit je. semua dalam trailer tu, haa, tu la dlm filem.

eh, lari topik lak.hehe

Pendapat anda?
Rambling on early December-jangan malu bertanya, nanti sesat jalan

..hizamirahim.. berkata...

hehe.
pantas lagi advance.
XB
tp cambest ah.
sbb suka tgk komedi aksi ni.

penaberkala berkata...

dh tgk trailer dia bulan lps
nmpk cam best, ak tak sabar gak nk tgk
ngangkung pun agk best, br je balik tgk ni
xsmpt nk bloging mlm ni

sam mmg ada aura sendirik la
dh 2 filem dia bawa menjadi
harap2 kongsi pun okla nnt

mR.sYaH berkata...

rasa cm k tgk tp sempat ke tdk r...

taufiq helios berkata...

macam menarik..tapi ak xbape yakin nk g tgk cite melayu kat pawagam..haha...tah..takot hampeh :D

shera haifa berkata...

perghh cm manrik je..

nama.aku.lynn berkata...

ape2 yg shaheizy sam blakon mmg akan dtonton!=)

taufiq helios berkata...

haha..bkn mindset la bo..tp tah..ak dari dulu pom mmg tak png tgk cite melayu kt pawagam kecuali cite magik jek...tuh pm sebab ada diva ziana...result : cite tuh menarik..hehe...no offense la..

cikgu isza berkata...

lama dah tak tengok wayang ni.. nak pilih cerita mesti sesuai dengan anak-anak yang ada ni.. diaorang pun nak berhibur juga..

karl berkata...

kalau dibikin secara serius, rasanya lagi best nak tengok. takpela, wait n see first

taufiq helios berkata...

ilek ar bro..lu xbole nak hukum org berdasarkan ape yang lu nak..kalau lu makan oren tuh rasa masam.tak semestinya orang lain pon akan rasa benda yang sama. kalau lu rasa benda tuh mindset orang tu..u wil never really know wether is it true or not till u really know that person personally :D peace bro

princeduyong berkata...

tajuk pun dah nampak best..

hans berkata...

nizam : hahaha..tu la pasal..minta2 aksi dia banyak lah

zami : tak tahu lah lagi..tgok trailer okay dah..filem tak tahu lah

pena : sam memang pelakon serba boleh kan?

syah : uish..kenapa cakap macam tu? ada rezeki sempat punya...

taufiq helios : dah sampai 3 komen ko nih kenapa?hahaha...aku kata benda lain ko pula fikir bukan2..relax dowh..

shera haifa : kan?

lynn : wah,nih sah minat sam nih

cikgu isza : budak2 rasa xsesuai filem cam nih kan cikgu?

karl : maybe orang Malaysia suka komedi la kut

princeduyung : tajuk dia kongsi jer pun..yg lu langsi apa nih tagline jer...hohoho

♥ ♥ ♥ ctiey ♥ ♥ ♥ berkata...

ops!
aku da taw lame tagline ni utk muvi neyh sbb aku bace lam blog farid kamil!
hehe...

nk tengok jugak!
2nd filem farid kamil arah ney...=)

Aduka berkata...

gile lama x tgk wayang wehh..
tau cite pn dr blog2 je..
tu mujur ko ade buat sinopsis sikit2..
kalu x haram xtau pa2..

kAziShA berkata...

shaheizy sam sangat jahat dalam cerita ni =.="

mie berkata...

gue pun baru perasan tadi....
boleh tahan gak..

kai azmier berkata...

yeah.. cerita ini yang ditunggu2 sejak dari set penggamabaran lagi.. =)

ProfHariz berkata...

Lu Langsi Lu Mati! Hahaha kena tengok ini filem.. InsyaAllah :)

http://profhariz.com

Boloque berkata...

macam best jer citer nih

TERBARU: Rusia dan Qatar Tuan Rumah Piala Dunia 2018 dan 2022

lalink7 berkata...

suka gile ngan shaheizy samm..pandai la pengarah sume amek dia mentang2 dia tgh up skang kan..nasib die ensem dan berbakat besar..hahaha

cite ade polis2 lemahh laa klau cite melayu..hadoyaii..

AdiaLuze berkata...

Lu langsi lu mati yeee...Tau langsi tu apa??

Lama tak dngr perkataan ni.. Dulu ms keje jual langsir, slalu jmpa customer langsi ni...MAsa tu darah mendidih jeee...Pakkal la ingat lg tagline 'customer always right'...Hampeh... :P

- zuriey - berkata...

pe maksug langsi tu eh..

Dearie Pearls berkata...

gua tak yah tengok citer2 tu pun dah boleh tau dengan adanya review daripada blog hans ni.
tQ!

piNky LuCiA berkata...

hehehehe.. kekadang ade filem dia nya trailer je gempak. haha.

RedVixen berkata...

Temulak? cam nama brand bedak je... huhuhu :P

♥ Juliana Violet ♥ berkata...

Auuwww... minat Shaheizy Sam...
:)

Fyzal berkata...

kalau shaheizy sam.. memang aku akan tengok arr nanti. :D

shaffique berkata...

kalau sam shaheizy berlakon, konpem box office la. haha.


My latest entry : Pick Up Line Versi Harry Potter

♥ηαβειια♥ berkata...

shaheizy sam again hahaha.

Dyna Yvonne berkata...

woooo...shaheizy sam....musti ku tonton...keh3

Atif Hafiz berkata...

ooo...pi tgk wayang x ajak aku..bes x ngangkung?

noname berkata...

ohh yer...huhuuhu, tak pernah perasan lak citer nie..thanks for info

jap g nak g tengok warrior's way. jom kawan angkat sambil say ollloolllooollooo hai..hak hak hak

ARieF berkata...

aku sgt suke kalau cite mlayu wet psal samseng..
n paling penting ada syeezy sam ..
pasti kelakar..
haha