Selasa, 21 Disember 2010

Oh Mak Limah! Bilalah Aku Dapat Tengok Kau Beraksi Di Hadapanku?

Aku bangun hari nih dengan misi nak membeli tiket bas untuk pulang ke Shah Alam dan lepas tu bolehlah terus pergi tengok filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Pagi tadi hujan dan alhamdulillah waktu perjalanan aku tadi pergi membeli tiket tak pula hujan cuma mendung jer. Aku macam biasa memilih bas Sani Ekspress sebab aku suka ruang bas tu yang selesa. Ada juga yang pernah tanya aku,"Kau tak takut ker naik Bas Sani?" tetapi aku cakap jer lah,"Kau rasa bas mana yang paling selamat dekat Malaysia nih yang boleh jamin aku mesti hidup punya. Tahu?"

Bagi aku ajal maut tu di tangan Allah. Kalau dah ditakdirkan kalau bas kita naik tu nak jadi sesuatu yang buruk apa kita boleh buat kan? Tetapi, waktu bas Sani kemalangan dulu pun sebab salah pemandu bukannya bas dan selama aku naik nih alhamdulillah perkhidmatan memuaskan dan ada bacaan doa. Alhamdulillah! Akak kaunter tadi pun cun jer. Hohohoho! Apa - apapun, hanya ada lagi beberapa hari sahaja lagi dekat Alor Setar nih sebelum berangkat ke Shah Alam bandaraya yang penuh dengan bulatan jalan raya. Haih! Malasnya nak balik!




Waktu nak balik tiba - tiba hujan turun rintik - rintik tetapi lebat. Haih! Punah harapan nak pergi tengok wayang tadi. Jadi balik jer lah! Sepanjang balik tu aku menyanyi jer sepanjang jalan tu kuat - kuat. Bukan ada orang dengar pun. Hahahaha! Entah macam - macam lagu aku menyanyi dan suka hati aku jer tukar. Macam contoh tadi aku nyanyi lagu yang P.Ramlee dengan Saloma nyanyi dalam Ragam P.Ramlee tu dan memang aku suka hati jer ubah lirik :-


(Hans jadi Saloma)
Wahai Cik Ramlee,
Saya nak tanya,
Bila negara kita merdeka,
Wahai Cik Ramlee,
Saya nak tanya,
Hari apa kita merdeka,
Wahai cik Ramlee bijak sekali,
Kenapa cik Ramlee sorang saja yang tahu,
Wahai cik Ramlee bijak lah sungguh,
Kenapa cik Ramlee sorang saja yang tahu,
Hohoho Malaysia hohoho Malaysia.




(Hans jadi P.Ramlee)
Wahai Cik Saloma,
Ini jawabnya,
71 Ogos merdeka,
Wahai Cik Saloma,
Ini  jawabnya,
51 Ogos merdeka,
Memang saya tahu jawapannya,
Sebab saya pergi sekolah,
Memanglah saya tahu jawapannya,
Sebab saya bijak bestari,
Hohoho Malaysia hohoho Malaysia.


Yeah! Itu ialah lirik yang telah diubah sewaktu berada di atas motosikal tadi. Hohoho! Kadang - kadang tengah best - best nyanyi tadi tiba - tiba jalan berlubang dan kemudian melatah lah kejap konon - konon terkejut. Entah, rasa macam dah tak betul jer tadi! Mungkin sebab teruja kut dapat bermain hujan tadi. Tapi kalau sesiapa kawan - kawan aku yang rapat dengan aku memang diorang tahu aku suka ubah lirik lagu. Hahahaha! Apa - apapun, aku kempunan lagi mahu menonton Kak Limah! Haih! Malas sudah mahu pergi tengok!




Semalam aku tengok filem 4 Madu yang aku download. Aku tak tahu nak cakap apa. Aku rasa bosan gila. Entah! Siapa yang pernah tengok filem tu? Korang setuju tak perasaan aku terhadap filem tu > BOSAN! Ker korang rasa kelakar? Entahlah! Okaylah! Nak pergi makan kejap! Terima kasihlah membaca entry yang tak ada manfaat nih. Saja nak berkongsi perasaan gembira aku bermain hujan di atas motosikal tadi. Hehehehe!


Kepada blogger - blogger, kalau nak menang iPad jom join contest dekat bawah nih




Nak Laptop Percuma?
Click Gambar Dibawah Untuk Ke Link Contest!


20 Orang Yang Rajin Komen:

Gadis~Gula~Gula berkata...

beli cd je~

Mohamad Amzar berkata...

4 Madu ? dah tengok . tapi tak menarik hati langsung !
tak ada simpan niat pun nak tengok lg . hehe !

azi nur berkata...

4 madu ade bosan sikit la....tp kalau dah xde cerita layan kan aje la hehe

n3 update : http://azisweetness.blogspot.com/2010/12/salam-otak-kau.html

aizura berkata...

hahaha... awl kau blek der...

aizura berkata...

awl blek der..

NuR si CiKGu RiBeNa berkata...

4 madu tu..
okla.. nak kata lawak sgt tu idak ler sgt
tapi ada memori tgk citer nih
tetiba mamat sblh tmpt duduk tu hentak2 kaki
konon lawak giler

ish..dah la lupa ko hentak kaki tu bergegar kerusi kat sblh nih.
huhuu

cikpepel berkata...

pekan loqstaq rini sesak u!

Izzat Aziz berkata...

cam tak best je 4 madu.. btw yang Allah saja menentu.. aku rasa kita pun kena usaha cari yang paling selamat :)

Ali ridha berkata...

ambil kat internet.percuma tak payah bayar.

MR Bang Miji berkata...

antu kak limah memang klaka..pecah perut..hehe

chentaMAYA berkata...

gua dapat bayangkan! grr haha!

sw33tdarling.com berkata...

oohh baru beli CD 4madu... heeee belum sempat nak layan lagi
Inviting You To Join Give Away PILIH THEME BLOG

Anwar Naim berkata...

haha..mmg bez buat gila time nek moto..

Rara Nasiha berkata...

shah alam memang banyak roundabout, tapi lama2 mesti kau biasa jugak. eh, betul ke eja roundabout tu entah. haha :)

mR.sYaH berkata...

bestkn dpt tukar lirik lagu.. 4madu? xprnh tgk..

Hasrol Nizam berkata...

aku kadang2 suka nyanyi lagu atas motor..tp make sure tempat tu tak ada org sangat la.hehe

Pendapat anda?
Saya Menang Domain Giveaway dari Yanmieonline.com,Ihosterz.com dan Cikmin.com

penaberkala berkata...

ak pun suka nyanyi gak time bawa motor,haha

hantu mak limah baik rumah?
ni la kot muvie yg awie duk promote time konsert malam tuh

ProfHariz berkata...

Injit injit semut sapa sakit naik atas!!!!!!!!!!!!!!!!!

hahahah~

zahra pazim berkata...

haha. agak kesian disitu. tu lah. nyanyi lagi kuat2. lagi galak hujan tu nak turun. :D

missamy berkata...

4 madu agak bosan laa .
btw , teringin gak nak tgk cte hantu mak limah balik rumah tuhh .
cam best je ;)