Hans: April 2010

Khamis, 29 April 2010

Contest Empayar Poyos : 10 Sebab Menggunakan Internet

Aku terjumpa contest nih dekat Blog Empayar Poyos dan aku membuat keputusan untuk join.

Jadi aku nak bagi tahu 10 sebab kenapa aku gunakan internet :-

1. Update Blog Sendiri

    Aku rasa mesti sesiapa yang selalu mengunjungi blog ini tahu yang aku sangat addicted pada blog sendiri. Sehari update nak 3-4 entry padahal tak tahu ada orang baca ker tak. Tapi dah memang aku suka menulis dan menaip. Hahaha. Jadi, itu sebab pertama aku menggunakan internet iaitu untuk berblog. Kalau tak update kang ada pula blogger tak tidur lena sebab tak dapat tahu kisah pasal Shah Rukh Hans Cougar. Hahaha.

    2. Facebook

    Kebanyakan pelayar internet sekarang sangat teruja dengan laman sosial facebook. Aku teruja bukan kerana game ataupun kuiz di dalam facebook. Tetapi, kerana aku terlibat dalam menubuhkan sebuah group khas untuk kelas aku. Group kelas aku tu bertujuan untuk mencatat kesalahan bercakap serta kesalahan menaip. Sebagai contoh, rakan aku tersilap menaip,"Aku guirau saja". Sebenarnya ialah "Aku gurau saja". Jadi, kesalahan mereka harus dicatat di wall group itu dan aku bertindak sebagai pengerusi group itu. Jadi, amat penting internet bagi aku untuk mencatatkan kesalahan mereka. Haha.


    3. Download Lagu MP3

    Penting kerana aku boleh download sebarang lagu yang aku nak dengan percuma dan pantas. Paling best dapat download lagu Gila Judi dendangan M.Daud Kilau hari tu.Lepas download boleh dengar sambil nyanyi depan laptop kuat - kuat hingga buat rakan - rakan rumah aku rasa macam nak bunuh diri ataupun letupkan rumah sebab suara aku sedap.


    4. Baca Surat Khabat

    Betapa interaktifnya aku nih sehingga menggunakan internet untuk baca surat khabar. Member aku bertanya,"Oit, tengah wat apa tu? Dari tadi aku tengok kau asyik tengok skrin jer tapi tangan tak bergerak".
    Aku hanya jawab,"Baca suratkhabar nih. Aku kan interaktif orangnya".
    Wah, rasa diri sangat terpelajar jer waktu tu. Haha.


    5. Cari Maklumat Untuk Assignment

    Penting untuk cari sebarang journal atau artikel untuk assignment - assignment aku. Kalau tak guna internet memang matilah. Macam mana nak siapkan. Dahlah sumber rujukan dekat library tak cukup. Padahal aku tak suka pergi library. Hahaha.

    6. Menjimatkan Tenaga Aku

    Aku tidak perlu membazir tenaga aku untuk bercakap atau menjerit untuk meminta tolong atau menyuruh rakan - rakan rumah aku memulangkan barang aku. Hanya setakat  mesej di ruangan chat facebook atau di YM sahaja dan barang - barang aku atau apa - apa sahaja akan sampai selepas itu. Sangat pantas mengalahkan servis pizza hut. Hahaha.


    7. Tengok Video Dekat Youtube

    Bila bosan akan usha video - video lucu dekat youtube. Antara video yang aku suka tengok ialah video animation ANNOYING ORANGE. Aku gelak macam nak mati jer tengok siri tu sampai ramai cakap aku nih dah serupa kena rasuk. Hahaha.


    8. Bergossip Dan Baca Gossip Artis

    Ini penting untuk mengetahui info - info terbaru berkenaan dunia artis tambah - tambah kalau gossip pasal Lisa Surihani. Hahaha. Seronok baca benda nih. Hahaha.


    9. Tengok Tiket Wayang

    Aku nih kaki wayang so sebelum pergi serbu panggung TGV atau GSC aku mesti usha dulu dekat internet. Nak tengok tiket pukul berapa dan filem apa yang sedang ditayangkan. Jadi, selalu pergi wayang  mesti sempat beli tiket punya.


    10. Tambah Kawan

    Internet buat aku bertemu ramai orang yang aku hanya kenal melalui dunia maya nih jer. Namun, alhamdulillah setakat nih banyak juga rakan - rakan baru yang aku jumpa di internet yang menjadi kawan aku. 


    Jadi, inilah sebab - sebab aku menggunakan internet.

    Kepada sesiapa yang nak join contest nih sila click blog EMPAYAR POYOS

    Hadiah lumayan menanti anda.

    P/S : Aku Dah Terbau - Bau Kemenangan Aku. Hahaha.

    Jangan Terlalu Membenci....Jangan Terlalu Taksub...Kerana Jika Tidak Otak Kamu Akan Berada Lebih Bawah Dari Kaki

    Tajuk macam biasa panjang gila.....Tajuk kali nih berbunyi agak kasar....Tapi entry ini Tiada ayat maki - maki atau carutan apa pun...Cuma mahu berkongsi pendapat dan pandangan sahaja.

    Semakin meningkat usia kita bukan bermaksud kita semakin hebat atau semakin pandai. Ini kerana setiap hari dan setiap masa kita akan belajar benda yang baru. Dunia sekarang semakin pantas berubah dari segi peradaban ataupun teknologi. Tidak bermaksud jika manusia itu tua maka dia lebih bijak dari yang muda kerana dunia sekarang menunjukkan manusia yang berumur juga belajar dengan manusia yang muda cara - cara menggunakan teknologi. Jadi, ini membuktikan setiap hari kita belajar atau terpaksa belajar benda yang baru.

    Jadi, didalam hidup ini kita tidak boleh terlampau taksub pada sesuatu perkara atau benda. Kita juga tidak boleh terlampau membenci seseorang. Maksud aku disini, jika kita terlalu berfikiran sebegitu maka tanpa kita sedar pemikiran kita berada jauh lebih rendah dari tapak kaki kita. Cuba kita letakkan situasi kita pada pihak yang kita cuba salahkan dan pada pihak yang kita rasa teraniaya. Jika kita berada ditempat itu apa yang kita fikir kita akan buat?

    Apabila kita terlalu taksub pada sesuatu perkara maka kita akan sentiasa fikir benda itu betul. Dan kita mahu apa yang kita fikir betul itu menjadi betul walaupun hakikatnya kita salah. Apabila ada orang menentang maka kita rasa tercabar. Kita tetap mahu apa yang kita fikir betul itu betul. Kita sentiasa mahu dengar apa yang kita nak dengar. Hakikatnya, perkara yang salah yang kita tetap mahu tegakkan itu telah menjadikan akal kita lebih rendah daripada tapak kaki.

    Cubalah berfikir secara positif dan menjadi neutral. Kurangkan sikap bias kita. Kerana apa yang kita benci itu lambat laun tanpa kita sedar akan berlaku kepada diri kita dimana kita sendiri yang melakonkan watak itu dan paling tragis apabila diwaktu itu kita membela diri kita pula mengatakan perkara itu betul walaupun sebelum ini kitalah orang pertama yang ke hadapan menyuarakan kebencian kita pada benda itu.

    Marilah berfikir secara kreatif dan neutral tanpa terlalu taksub membabi buta terhadap kepercayaan kita yang kosong itu.

    Jadikan akal anda setinggi langit dan bukannya serendah tapak kaki.

    P/S : Walaupun Entry Ini Tiada Warna Warni Seperti Warna Sugus Namun Emosi Aku Baik - Baik Sahaja. Cuma Aku Tak Mahu Entry Ini Menganggu Mata Pembaca Kerana Aku Mahu Mereka Menyelami Apa Yang Aku Cuba Sampaikan. Insyaallah, Kalian Semua Akan Faham.

    Rabu, 28 April 2010

    3 Orang? Sorang Lelaki Ker? Diskriminasi Betul...

    Semalam waktu gua dengan 2 orang member perempuan gua tengah berurusan dengan penjual tiket wayang di kaunter dan tiba - tiba dialog yang ajaib ini pun berlaku :-

    Member Aku 1 : Tiket untuk film The Loser. 3 orang.

    Penjual Tiket : Berapa orang?

    Aku : 3 orang. Film The Loser.

    Penjual Tiket : Owh, Okay! Semua perempuan kan?

    Aku : Erk? Habis aku nih?? (Sambil Memandang Member Aku)

    Member Aku 1 : Ada lelaki sorang lah abang.

    Penjual Tiket : Owh, sorang lelaki. Tunggu kejap yer. Semua RM23.

    Aku : Eh, ada diskaun ker hari nih? Gila bertuah aku datang tengok wayang malam nih (sambil tengok member aku)

    Penjual tiket : Diskaun nih untuk budak perempuan jer abang.

    Aku : Owh, yer ker? Adoi!!

    Member Aku 2 : Hahaha. Lain kali hang pakai tudung. Baru dapat diskaun. Hahaha.

    Aku : Cess...Diskriminasi punya tempat. Asal pompuan jer dapat diskaun. Paling aku tak puas hati...

    Member Aku 1 : Awat hang tak puas hati plak?

    Aku : Dia tak dapat beza ker aku nih laki ker perempuan? Rambut dah pendek. Janggut ada. Panas betul!!!

    Member Aku 2 : Rabunlah tu.

    Aku : Kira aku dah boleh kerja dengan FBI lah jadi perisik. Menyamar jadi perempuan. Hahaha.

    Member Aku 1 Dan Member 2 : Gila!!!

    Kemudian, masa membeli popcorn dan Ice Lemon Tea yang sedap. Sambil makan popcorn sementara menunggu masuk kedalam panggung :-

    Aku : Eh, tadi orang yang aku beli popcorn tadi tu laki ker pompuan?

    Member Aku 2 : Tu pompuan lah...adoi...takkan hang xperasan kut?

    Aku : Awat aku tengok macam laki jer tadi?

    Member Aku 2 : Gila dah hang nih...

    Aku : Hahaha......janji aku tak rabun macam member hang lagi sorang tu.

    Member Aku 2 : Awat dengan dia?

    Aku : Nyah yang kerja dekat Mcd tu pun dia boleh kata perempuan. Terang - terang nampak laki kut.

    Member Aku 2 : Hahahaha.

    P/S : Macam - Macam Gelagat Manusia Dekat Dunia Nih.

    JANGAN LUPA VOTE UNTUK HANS

    Review Film : The Losers Terbaik....Cougar Ada Style...



    Film The Losers arahan Sylvain White bergenre aksi ini memang membuat aku teruja melalui review rakan - rakan aku yang juga penggemar menonton film di wayang. Filem ini membariskan pelakon - pelakon yang hebat dan berbakat seperti :-

    Jeffrey Dean Morgan(Clay)

    Zoe Saldana(Aisha)

    Chris Evans(Jensen)

    Oscar Jaenada(Cougar)
    Colombus Short(Pooch)
     
    dan ramai lagilah

    Sebelum tu nak bagitahu popcorn yang kitaorang beli habis dulu sebelum filem bermula sebab tiga - tiga orang(aku dengan 2 member aku) tengah lapar sangat - sangat. Haha.

    Film nih mengisahkan 5 sekawan iaitu Clay, Roque, Cougar, Pooch dan Jensen yang terlibat dalam satu operasi untuk menghapuskan satu kumpulan dimana ketua kumpulan itu ialah Fadhil. Sewaktu mereka hendak menyerang markas kumpulan itu yang berpusat di Bolivia, tiba - tiba mereka terlihat sekumpulan kanak - kanak yang berjumlah dalam 25 orang berada disitu. Jadi mereka mengubah strategi untuk menyelamatkan budak - budak itu.

    Clay membunuh Fadhil dan kelima - lima mereka membawa budak - budak itu keluar daripada markas itu sebelum dibom. Kemudian, sebuah helikopter datang menjemput mereka berlima tetapi kerana terdapat 25 orang kanak - kanak tadi maka mereka menyuruh kanak - kanak itu dibawa terlebih dahulu ke markas tentera. Tiba - tiba helikopter itu diserang oleh sebuah lagi helikopter dan kesemua 25 kanak - kanak itu mati di depan mata kelima - lima mereka. Jadi, baru mereka berlima sedar sebenarnya merekalah yang patut mati kerana tembakan itu sebenarnya disasarkan untuk membunuh mereka berlima. Mereka berlima disahkan mati di Amerika walaupun hakikatnya mereka hidup.

    Tiada sesiapa pun yang tahu mereka masih hidup kecuali Aisha. Aisha memujuk mereka berlima membantunya membunuh Max(Jason Patric) kerana Max orang yang bertanggungjawab dalam pembunuhan itu. Jadi, persoalannya disini ialah siapakah Max? Siapakah Aisha? Adakah mereka berlima akan bersetuju bekerjasama dengan Aisha yang mempunyai agenda tersendiri? 

    Pergilah menonton sendiri di pawagam berhampiran anda.

    Pada pandangan aku sebagai penonton nih, film ini menarik dan bagus. Filem ini sebenarnya banyak dibantu oleh watak - watak utama di dalam filem ini. Aku sangat suka dengan gaya pelakon Oscar Jaenada yang memegang watak sebagai Cougar. Dia memang ada style yang unik. Serius sangat cool dan hebat. Teringin mahu jadi seperti watak beliau dalam filem tu. Hahaha. Pelakon Chris Evans yang memegang watak sebagai Jensen juga memang lucu habis. Serius memang dia berjaya membawa watak nih dengan jayanya.





    Watak Jensen berjaya menghidupkan suasana lucu dalam filem ini. Watak Pooch sewaktu kakinya ditembak juga agak menarik. Aku suka ayat beliau,"Soalan Bodoh Untuk Hari Ini". Hahaha..Scene tu memang menarik. 

    Apa - apapun, aku sangat meminati watak Cougar

    Sebab Cougar ada style.





    Apa - apapun film ini menarik dan hebat

    Selamat Menonton!!

    Daripada 5 bintang, aku bagi 4.5 bintang.

    P/S : Please Call Me Shah Rukh Hans Cougar 
    Hahahaha!!!!


    JANGAN LUPA VOTE UNTUK HANS


    CLICK DISINI DAN VOTE HANS

    Alhamdulillah Emo Aku Dah Semakin Hilang....Lagu Blog Sudah Bertukar...Baru Feeling Sikit....Hahahahaha


    Alhamdulillah
    Aku Dapat Perkhabaran Baik Tadi
    Insyaallah Aku Rasa Aku Boleh
    Doakan Aku Dapat Markah Yang Baik
    Dan Lulus Semua Subject
    Nanti Aku Update Blog
    Nak Sambung Tidur Kejap

    P/S :
    Sesiapa Belum Vote Hans
    Bolehlah Vote Di

    Click Di Bawah Ini


    ENTRY INI 




    Suruh Atau Paksa
    Member - Member Korang
    Vote Hans Tau.
    Kalau Boleh
    Promote Dekat Blog Sekali
    Hahaha.

    Bulls**t ............. D*mn.......B*B*............Sh*t........Aku Bukan Sampah.....

    Tadi aku dengan member - member baik aku pergi tengok wayang. Film LOSERS. Sumpah memang best gila. Mood aku memang happy. Tapi apabila sampai dirumah dan mendapat beberapa berita.......SH*T!!!!! Mood aku hilang terus.

    Aku tak dapat terimalah apa yang aku dengar. Aku penat - penat buat benda yang wajib aku buat tetapi alih - alih tak setimpal dengan apa yang aku dapat. Bagaimana penat lelah aku boleh disamakan dengan orang lain yang langsung tak berusaha. Serius, ini buat aku terpaksa memaki hamun walaupun dalam hati.

    Dunia tak kejam tetapi manusia yang memainkan peranan dan watak masing - masing yang berlaku kejam. Hal aku nih ibarat dua orang pekerja yang bersawah di sawah padi. Seorang bertungkus lumus membanting tulang membuat kerja manakala seorang lagi hanya duduk - duduk di pondok rehat memerhatikan dunia sekeliling. Apabila pokok padi berbuah dan dua - dua mendapat hasil yang sama banyak.

    Owh, FU*K!!!! Betul - betul BULLS**T!!!! Aku memang dah tak ada hati nak update blog atau blogwalking malam nih. Sumpah mood hilang. Susah sangat ker nak berlaku adil? Pergi matilah kau!!!

    P/S : Nak Menangis Air Mata Tak Keluar....Nak Menjerit Suara Tak Ada...Nak Bertumbuk Bertendang Dinding Nih Keras.....Tidurlah....Chow!!!

    P/S : Tak Ada Colour Untuk Entry Nih....Aku Tak Ceria Langsung Sekarang...

    P/S : Dah Lah Aku Tengah Panas Hati...Ada Pula Nyamuk Durjana Sekor Nih Asyik Hisap Darah Dengan Tangan Aku Jer,....B*B* Betul...

    P/S : Siapa - Siapa Yang Belum Vote Hans Bolehlah Vote Dekat SINI

    Selasa, 27 April 2010

    Please Vote Gua Untuk Kategori Penyertaan Popular.....


    Gua ada join 
    Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.comorange4k.comariffshah.com. Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.commrs.kay.mymyliriklagu.com & denaihati.com




    Jadi, gua mintalah korang tolong vote kan entry gua dekat poll yang disediakan
    CLICK SINI

    Kalau korang rasa korang sudi nak vote gua, itu amatlah dialu - alukan.
    Entry gua boleh dibaca di blog itu dengan click nama gua yer.

    Kepada sesiapa yang undi gua tu....
    Gua memang berterima kasih banyak - banyak...
    Hopefully Gua Menang Kali Nih.

    PERHATIAN :
    VOTE HANYA DI POLL....BUKAN DI KOMEN...JIKA TAK JUMPA POLL...ANDA KENA CLEANKAN HISTORY MODZILLA,CHROME,I.E ATAU APA2 YANG ANDA SEDANG GUNA....HANYA BOLEH VOTE DEKAT POLL JER TAU


    PESANAN :
    AKU DAH MACAM AHLI POLITIK BERTANDING KAWASAN PARLIMEN PLAK...
    HAHAHA

    Contest Review Blog Zon Bebas (Sticky Mode)



     Pengenalan
    Blog Zon Bebas ni baru sahaja diwujudkan jadi mereka sangat memerlukan pandangan daripada kita semua mengenai Blog ZB ni. Ianya bertujuan untuk melihat dimana kelebihan dan kekurang ZB sekaligus membantu mereka memperbaiki segala kelemahan yang ada demi kepuasan semua. Maka dengan itu, mereka memutuskan untuk menganjurkan contest review blog Zon Bebas dan dengan ini gua sangat berminat untuk menyertainya.


    Apa Yang Menarik Dengan Zon Bebas
    Bagi gua yang menariknya tentang Zon Bebas nih pastilah pasal berita atau gossip terbaru celebrity tak kira di Malaysia atau di luar negara. Sebab gua boleh baca dan tahu tentang gossip - gossip baru artis Malaysia kita. Kalau nak tunggu surat khabar memang tertinggallah gua di belakang. Lagipun banyak juga entry - entry yang tajuknya menarik dan isinya juga turut menarik. Dari segi traffik juga blog ini mampu membantu meningkatkan traffic blogger - blogger yang aktif berkomen di dalamnya. Apa - apapun Blog Zon Bebas nih memang hebatlah dalam menyampaikan info - info baru pasal artis atau berita - berita panas yang sedang berlaku sekarang nih.

    Apa Yang Anda Tidak Berkenan Dengan Zon Bebas
    Gua kurang berkenan kerana kebanyakan entry - entry  di blog ZB ini menggunakan tajuk yang lebih kepada unsur - unsur seks. Mungkin ini strategi untuk menarik para blogger atau sesiapa sahaja untuk membaca tajuk itu tapi bagi gua, gua memang kurang berkenanlah. Gua juga rasa blog Zon Bebas ini seolah - olah seperti cuba menjadi laman - laman gossip artis yang lain kerana gaya dan isi entry - entry yang lebih kurang sama. Itu sahaja kut yang gua tidak berkenan dengan blog ZB ini.


    Cadangan/Pandangan/Teguran 
    Pada pandangan gua tak salah jika kita menyiarkan entry - entry yang ada unsur - unsur seksual tetapi biarkan orang yang membacanya mendapat manfaat dari entry itu. Maksud gua, mungkin ada pengajaran yang boleh mereka belajar untuk elakkan agar tidak sia - sia mereka menghabiskan masa membaca entry kisah - kisah itu. Cadangan gua agar diseimbangkan antara gossip artis, berita terkini dan apa - apa info baru yang berguna agar blog ZB ini mampu memberikan ilmu atau pengajaran yang berguna kepada pembaca dan bukan setakat info berkenaan artis atau berita - berita panas sahaja. Dan gua juga berharap akan blog ZB tidak terlalu terikut - ikut dengan gaya laman - laman web gossip artis yang lain. Mungkin boleh cuba untuk tampil dengan identiti sendiri yang lebih menarik. Apa - apapun moga berjaya menjadi blog yang hebat di Malaysia.


    Kepada sesiapa yang berminat untuk join contest yang menawarkan hadiah yang lumayan ini, anda semua boleh click dekat SINI dan kepada sesiapa yang nak membaca entry - entry yang menarik dan panas boleh click dekat LAMAN UTAMA BLOG ZB


    Hadiah - Hadiah ditaja oleh AZIZWAN serta ZON ARTIS dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 Mei 2010.


    P/S : Nih Sah Aku Menang Lagi Nih. Gila Perasan. Hahaha.


    P/S : Entry Baru Ada Dibawah. Sila Baca.

    Isnin, 26 April 2010

    Melihat Hadiah - Hadiahnya Dan Tiba - Tiba Terasa Hadiahku Yang Kerdil Semakin Kerdil...Hahahaha

    Tengoklah Tajuk Entry Nih....

    Nak Panjang Berjela - Jela Jer...

    Hahahaha...

    Aku Letihlah Study....

    Aku Tak Rasa Macam Esok Aku Exam...

    Padahal Memang Pagi Esok Aku Exam...

    Rehat Kejap Before Buat Revision....

    Doakanlah Esok Aku Ingat Balik Apa Yang Aku Baca...

    Senang Sikit Nak Menggoreng Waktu Menulis Tu....

    Owh, Pasal Tajuk Nih.....

    Bila Aku Tengok Hadiah Yang Dia Dapat....

    Aku Rasa Hadiah Aku Yang Kerdil Tu...

    Semakin Kerdil Pula Aku Rasa.....

    Hahaha....

    Harap - Harap Keikhlasan Mampu Membantu...

    Menjadikan Hadiah Itu Mahal....

    Okay, Masa Untuk Study Balik....

    Chalo Beteh.....

    Bye - Bye (^_^)Y

    Malam Nih Ada Kejutan Istimewakah??

     
    Masih memikirkan 
    Apa yang perlu dibuat
    Untuk memberi kejutan
    Pada hari istimewa
    Seorang insan ini.

    Aku ada idea
    Tetapi aku rasa
    Taklah istimewa mana pun.

    Tak apalah
    Yang penting
    Keikhlasan hati.

    Korang mesti pelik
    Apalah yang aku merepek nih kan?
    Korang tengok sendirilah nanti.

    P/S
    Aku Semakin Suka Menjadikan
    Entry - Entry Aku
    Berwarna - Warni Seperti
    Kanak - Kanak Sugus.
    Hahaha.

    Owh Damn.....Aku Demam

    Dah lah esok exam.....

    Tiba - tiba rasa hari nih tak sihat.....

    Tension gila....

    Doakan aku mampu study dan cepat sembuh yer...

    Risaunya esok exam....

    Takutnya kalau kena denggi......

    P/S : Doakan Aku Selalu Yer.

    Dengar Lagu Si Tilu Nih Teringat Kisah Cinta Lama.....Hahaha! - Siri Akhir

    Sambungan dari entry lepas....
    Mesti korang semua tak sabar nak tahukan...
    Siapa wanita yang dimaksudkan?

    Bagi aku, dia nih biasa - biasa jer lah.
    Sedap mata memandang.
    Berbudi bahasa dan bersopan santun.
    Dia wanita yang baik.
    Memahami aku dan paling penting 
    Tak kuat cemburu.

    Kira aku bahagialah setakat nih 
    Bercouple dengan dia.
    Sebab dia lain daripada yang lain.
    Korang nak tahu ker siapa wanita tu?

    Nih gambar dia......


    Korang kenal tak dia? 
    Mana lah tahu saudara dia ker apa ker?
    Nama dia nih Lisa
    Cantik kan dia.

    Apa - apapun doakan perhubungan kami nih berjaya
    dan berakhir di jinjang pelamin yer.
    Thanks semua yang sudi membaca
    Dari awal hingga akhir
    Tamatlah sudah entry 
    Untuk kisah cinta monyet ini. 

    Salam hari Isnin.

    P/S
    Hahahahaha!!!
    Aku Faham Mesti Korang Terasa 
    Macam Nak Gigit - Gigit Laptop 
    Atau Hempuk - Hempuk PC Korang Kan Sekarang? 
    Aku Dah Biasa Dah Tengok Keadaan Macam Nih 
    Gara - Gara Dengkikan Aku. 
    Hahaha.

    P/S
    Thanks Pada Yang Click Nuff Aku
    Minggu Lepas. 
    Rajin - Rajinlah Click Yer. 
    Hehehe.

    Akhirnya Aku Berjaya.....Akhirnya Aku Kembali...

    Aku tension lah baca buku 
    yang subjectnya membosankan!!

    Adoi~!!!
    Sumpah Aku ngantuk gila!!!

    So, aku pun rajin - rajinkan diri siapkan 
    banner Aku Shah Rukh Khan nih. 
    Aku ubah sikit jer pun. 
    Hahaha.

    Akhirnya identiti blog dapat dikekalkan
    dan yang menariknya di sini 
    gambar Aku Shah Rukh Khan nih 
    semakin kacak dan berkeyakinan.

    Hahaha
    Aku nak sambung study balik.
    Akhirnya blog nih kembali mempunyai
    identiti dan trademarknya.

    P/S : Tengah Menanti Duit Nuffnang Minggu Nih Dapat Berapa Juta. Hahaha.

    Ahad, 25 April 2010

    Penat Gua Edit Banner Shah Rukh Khan....Last - Last Jadi......

    Last - Last Jadi Pic Profile Blog Gua......Hahahahaha.....

    Gua dah resize tapi memang tak masuklah......

    Adoi, nak buat macam mana kan?

    Gua nak kena study....lusa dah paper com research pula....

    Gua dah lah bosan dengan subject nih...

    Nak kena baca pula.....

    Satu haram pun tak baca lagi....

    Doakan gua ada mood nak study yer....

    Assalammualaikum.....

    P/S : 
    Owh, Blog Gua Ceria Betul Dengan
    Kaler - Kaler Yang Penuh Warna - Warni...
    Jiwa Gua Sekarang Jiwa Shah Rukh Khan 
    Sewaktu Tadika...
    Hahahaha.

    Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!Gambar Shah Rukh Khan Sudah Hilanggggggggggggggg!!!!

    Sob Sob Sob T_T.........Sedih siyot pic AKU Shah Rukh Khan dah hilang daripada blog nih. Untuk pengetahuan am korang semua dari permulaan aku blog setahun yang sudah dulu aku asyik pakai layout yang sama jer cuma aku tukar warna layout jer.

    Tapi sebab ramai sangat kasi cadangan serta paksa aku suruh tukar dan sememangnya aku nak tukar pun...Hahahaha...Dah lama dah nak tukar tapi tak berapa reti lah...Lagipun busy sikit...Dah tadi semangat aku membuak - buak sangat nak tukar...Aku paksa orang suruh ajar aku..Hahaha...Thanks pada Fq Afiq yang sudi membantu saya yang buta IT nih serta juga terima kasih kepada Ah Fatt yang belum sempat menolong tetapi mempunyai niat murni untuk membantu aku.

    Walaupun pic AKU Shah Rukh Khan sudah hilang namun aku tetap akan meminati DIRI SENDIRI lakonan beliau dan filem - filem beliau. So, aku nak tanya apa pandangan korang tentang wajah baru blog nih? Misi aku nak menjadikan blog ini ceria sebab aku rasa lagu dia pun macam ceria - ceria jiwang jer. Korang rasa misi aku tercapai ker tak?

    P/S : Sila Beri Pandangan Ada. Lepas Baca Drop Komen Yer Sebab Aku Nak Tahu Blog Aku Nih Okay Ker Tak Lepas Letak Layout Baru Nih. Thanks Semua.

    P/S : Ramai Komen Kata Macam Perempuan...Ramai Komen Sebab Comel...Aku Pilih Sebab Kartun Diatas Tu Kiut...Hahaha

    Dengar Lagu Si Tilu Nih Teringat Kisah Cinta Lama.....Hahaha! - Part 4

    Sambungan dari kisah semalam yer......

    Kenapa aku kata aku kejam? Selalunya, aku kejam terhadap semut - semut jer dengan mengumpan mereka dengan gula lalu menyembur mereka dengan racun serangga apabila mereka sudah terpedaya. Baiklah, aku mengimbas kembali kenangan lalu. Sudah berbelas - belas kali kami berutus surat dan dalam waktu yang sama berchatting di MIRC. Si Amy nih memang seorang yang cantik jika nak dibandingkan aku yang hanya kacak persis Johnny Depp sahaja ketika itu. Jadi, apabila berchatting dengan beliau pasti beliau akan memberitahu bekas kekasihnya sering mengganggu beliau. Memang saja bikin aku jealous. Hahaha.
    Tapi, bukan itu sebabnya aku minta putus. Aku minta putus dengan beralaskan result exam yang teruk. Padahal, aku yang bermasalah sendiri waktu tu. Yang buat aku rasa kejam tu ialah aku minta putus sewaktu aku membalas suratnya yang cukup bermakna. Pada hari lahir aku ketika itu, maka sampailah surat daripada si Amy nih yang ucap selamat hari lahir siap ada Bitrhday Card yang memang comel habislah. Bayangkan pasti dia mengharapkan surat balasan yang buat dia teruja tetapi surat yang dia dapat ialah surat minta putus.

    Memang dia sedih gila waktu tu. Aku pun sedih jugalah. Mula - mula dia kata dia tak dapat terima. Dia kata aku jahatlah apalah. Aku tegur dekat email (Kisah cinta aku semakin interaktif tau..haha) pun dia tak balas. Agak lama juga dia menyepi dari aku walaupun aku selalu tegur dia dekat MIRC yang berakhir dengan tiada jawapan balas.  Jadi, sebab aku rasa seolah - olah aku bercakap dengan cermin jadi aku dah tak tegur dia lagilah.

    Tiba - tiba tak semena - mena waktu cuti sekolah maka berhentilah seorang posmen berbaju biru dengan motosikal besarnya depan pagar rumah aku. Aku berjalan macam biasalah sehingga terpandang sampul surat bersetem ganjil. Owh, surat dari Brunei lagi. Sedikit teruja.

    Aku pun bacalah surat tu. Agak sedih jugalah sebab dia luahkan perasaan dia. Dia kata dia tak sangka aku minta putus sebab dia pun tak buat salah dan dia kata dia sangat sayangkan aku. Yups, dia tak buat salah apapun dekat aku. Dia kata family dia dah tahu hubungan kitaorang dan bila jadi macam nih family dia marah jugalah tambah - tambah kakak dia. Wah, aku dah rasa macam aku baru lepas putus tunang pun ada waktu tu. Haih. Tapi, dia kata dia redha dan dia pun tak nak salahkan aku walaupun dia sedih dan kecewa dengan keputusan dan tindakan aku tu.

    Seminggu lepas tu dia email aku dan dia kata dia dah couple balik dengan couple lama dia. Dia kata janganlah balas email atau tegur dia dekat MIRC lagi sebab dia nak lupakan aku. Okaylah, aku pun ikutlah apa yang dia nak. Nak buat macam manakan. Semua tu sejarah lama. Beberapa  bulan kemudian muncul bulan Ramadhan. Seminggu sebelum raya tiba - tiba datang sebuah kad raya daripada Brunei. Memanglah aku tahu itu dia. Takkan tiba - tiba Sultan Halsanal Bolkiah nak hantar kad raya dekat aku pula. Memang mustahil. Hahaha.

    Dalam kad raya tu ada sekeping surat yang dia tulis dalam bahasa Brunei. Dia suruhlah aku pandai - pandailah cari orang untuk translate. Memang bertahun jugalah aku cari orang tapi tak jumpa pun siapa - siapa yang tahu bahasa Brunei. So, tahun lepas aku pindah rumah. Aku kemas barang - barang aku dan jumpa surat - surat lama tu. Sebelum nih fikir nak simpan jer sebab nanti boleh tunjuk dekat anak cucu sambil cakap,"Grandpa kamu yang hensem nih dulu sebelum kahwin dengan Grandma kamu yang tua kerepot tu, ada awek dekat Brunei sana tu yang minat Grandpa tapi Grandma kamu tu memang bertuah sebab dapat suami yang kacak dan baik macam Grandpa nih". Hahahaha. Tapi, hari tu rasa macam nak buang sebab itu semua kisah lama. Aku kumpul semua dan aku masukkan dalam karung guni berisi surat khabar untuk dijual sebagai bahan kitar semula.

    Aku terbuang sekali dengan  kertas yang tertulis bahasa Brunei tu. Bila dah lama sikit baru aku teringat pasal kertas tu. Nak cari balik pun dah tak sempat. So, sampai sekarang aku masih tertanya - tanya apa sebenarnya yang dia tulis dalam kertas tu. Apa - apapun itu hanyalah kisah monyet aku yang berdurasi sekitar setahun. Haih, kan best kalau otak aku waktu tu bijak. Sah - sah sekarang dah kahwin dah aku rasa kalau aku tak minta putus sebab lagipun kalau tidak dia nak pindah KL dengan family dia tapi sebab dah putus dengan aku so dia tak jadi pindah. Hahaha.

    Itulah cinta monyet aku yang paling indah pernah aku rasa. Selepas tu, aku dah rasa macam kena badi sebab orang yang aku suka mesti dah berpunya. Cuma nasib sekarang aku dah jumpa pengganti beliau yang lebih baik aku rasa. Kami memang bahagia sekarang. Tak sangka aku bertuah sebab dipilih oleh gadis nih untuk dijadikan sebagai teman lelaki beliau. Owh, aku ada temujanji dengan dia petang nih. Korang nak tahu tak orang tu siapa? Macam biasalah......
    To Be Continue.....

    P/S : Harap Bersabar Jika Mahu Tahu Gadis Yang Bertuah Memiliki Aku Tu Yer Kerana Siri Selepas Ini Adalah Siri Terakhir 'Kisah Cinta Monyet'.

    Contest Baca London : Menang London




    Komen Aku : Aku memang suka baca entry nih sebab citarasa ko terhadap drama Korea atau Jepun lebih kurang aku. Dan aku suka entry nih sebab ko buat pengakuan berani mati ko menangis bila tengok drama A Little Of Tears dan terpaksa stop kejap untuk tengok drama nih sebab kau menangis. Walaupun aku taklah seteruk ko sampai perlu stop untuk menangis tetapi aku mengaku air mata aku pun mengalir juga sebab cerita nih memang bapak sedih gila. Cerita Hanakimi dan GTO juga aku suka sebab menarik dan kreatif. Dan aku tergelak - gelak baca kau tak minat drama Sembilu dan Gerak Khas. Memang lucu habis. Bagi aku, entry nih memang aku suka bacalah kerana sebab utamanya ada review pasal A Little Of Tears.

    Referral Contest : Long Haffiz Long Hassan

    Pastikan korang semua tidak ketinggalan untuk join kontest ini memandangkan hadiahnya memang menarik dan berbaloi-baloi. Memang untung yang melampau-lampau kalau dapat hadiah daripada London kan.

    Barang sesiapa yang mahu join contest ini, jangan lupa untuk rujuk entri beliau yang bertajuk Contest Baca London : Menang London di sini. Tapi korang kena ingat yang nama referral tu mestilah korang kena letak nama Hans. Hehehe.

    P/S : Selamat Join Contest.

    Dengar Lagu Si Tilu Nih Teringat Kisah Cinta Lama.....Hahaha! - Part 3

    Aku terkantoi dengan family aku lepas surat seterusnya yang dibalas oleh si Amy tu dibaca oleh mak aku. Mak aku memang suka curi - curi baca surat aku tu. Mentang - mentanglah aku duduk dekat hostel. Malu tau I mak sebab U baca surat I tanpa izin. Hahaha. Tapi, tak pula aku kena marah cuma kena sakat jer lah selalu. Haih, tak suka...tak suka...tak suka....hahaha.

    Serius gua cakap sama lu tahap angau gua waktu tu paling lalok punya. Gilalah aku curi - curi tulis surat dekat koridor depan bilik tu waktu malam buta tapi sebab ramai sangat manusia yang menyibuk nak tahu apa aku tulis so terpaksalah aku curi - curi tulis dekat tempat lain. Akhirnya, jalan paling mudah ialah taip terus dekat Microsoft Word bila balik rumah waktu cuti dan suruh mak ayah aku pos. Hahaha.

    Sebab waktu tu gua gemuk gila, rambut pun terpaksa kena botak, seluar pun atas pusat, tangan pun berkudis jer so memanglah ramai orang tuduh gua penipu kata gua ada awek. Nak pula awek gua tu dari Brunei pula. Hahaha. Bila gua fikir balik pun siapa nak percaya kan dengan gua waktu tu yang nerd habis...mana mungkin mampu ada awek hingga jauh di Brunei sana.  Gua pun tak percaya. Hahaha. Tapi, peduli apa gua. Janji memang betul gua couple dengan gadis Brunei.

    Member - member baik jer gua tunjuk surat yang kitaorang selalu berutus - utusan tu. Paling gua ingat si Amy nih hantar surat berpantun - pantun cintan dekat gua. Waktu tu pun gua dah geli baca apatah lagi sekarang kalau gua baca. Memang lawak. Hahaha. Tapi waktu tu angau punya pasal memang indah gila dunia. Tiba - tiba result exam gua merudum dengan teruknya. Family gua bising - bising juga sebab result gua teruk. Gua pun fikir mungkin sebab gua cintan - cintan la jadi macam nih. Padahal gua banyak masalah masa gua form 2 dengan form 3 dulu. So, gua ambil keputusan berani mati minta putus.

    Waktu tu gua rasa gua lebih kejam daripada firaun. Memang gua rasa bersalah gilalah. Korang rasa sebab apa gua kata gua kejam?? Hahaha....macam biasalah......

    To Be Continue........

    P/S : Cerita Nih Kalau Buat Drama Memang Sah Rating Setaraf Drama Sembilu...Hahahaha.