Gambar Hiasan
Aku merangkak - rangkak sewaktu terbitnya fajar,
Aku berjalan - jalan melepasi sekawan burung,
Aku berlari - lari ketika megahnya sang matahari,
Aku tersungkur apabila awan hitam melindungi cahayanya,
Aku bangun dengan perlahan - lahan,
Aku berlari semula mencari jalan penamat,
Aku teruskan walaupun bebola cahaya hilang di celahan bukit.
Kadang - kadang aku terpijak kaca di dalam kegelapan,
Kadang - kadang aku terkena duri di dalam kesamaran,
Kadang - kadang aku terhiris pisau di dalam kealpaan,
Kadang - kadang aku berulang melakukan kesalahan,
Kadang - kadang aku tersalah membuat percaturan,
Kadang - kadang aku lemah mendengar rayuan,
Kadang - kadang aku mahu menyerah di sebuah perhentian.
Itulah sebenarnya halangan,
Itulah sebenarnya cabaran,
Itulah sebenarnya dugaan,
Itulah sebenarnya saingan,
Itulah sebenarnya permainan,
Itulah sebenarnya ketetapan.
Jangan takut untuk kecewa,
Jangan takut untuk gagal,
Jangan takut untuk berlawan,
Hanya satu yang penting,
Jangan sesekali berputus asa,
Kerana sememangnya kita ini sama,
Cuma perjalanan kita sahaja yang berbeza.
P/S : Kemana Arah Tujunya Masa Depan Kamu?
Tweet



6 Orang Yang Rajin Komen:
best puisi.. byk memberi motivasi pada aku..
Jangan takut untuk kecewa,
Jangan takut untuk gagal,
Jangan takut untuk berlawan,
Hanya satu yang penting,
Jangan sesekali berputus asa,
Kerana sememangnya kita ini sama,
Cuma perjalanan kita sahaja yang berbeza.
aku suka ini..
best la... buatkan org laen terfikir mana arah tujuan hdp nih..
perghh abang puitis la sekarang..
ahahahah
best ayat2 dalam puisi nie.
suka.
pandai berpuisi ye Hans...hehehehe
huh mmg puisi ni kena ngan kehidupan.. kalau la kite thu kemane arah tuju mase depan...ermmm...
Catat Ulasan