Sabtu, 15 Januari 2011

Seronoknya Melantak Burger Kemewahan @ Prosperity Burger


Tadi gua layan filem Aku Masih Dara dengan Damping Malam sambil menunggu 'delivery' dari 'pekerja Mcd' yang gua bagi pesanan gua dekat dia tu. Memang 'delivery' kali nih agak lambat jugalah sampai ke rumah. Sambil lapar - lapar tu gua melayan lah dua filem nih.




Filem Aku Masih Dara tu bagi aku agak 'slow' sikit. Ini pandangan aku jer lah! Lain orang lain pandangan kan? Hehehe! Isi filem tu ada tapi plot dia kurang kuat sikit. Ending dia pun tak best sangat bagi aku. Dan Asyraf Muslim(betul ker ejaan nama dia nih?) bagi aku macam kurang best sikit dari segi suara. Nada suara tu dah okay tapi aku rasa dia cakap lambat sangat nak habis. Entahlah! Tapi watak Diana Amir tu sumpah aku menyampah gila. Hahaha! Jadi, bermakna memang dia berjayalah bawa watak dia tu. Apa - apapun, bagi aku bolehlah layan filem Aku Masih Dara tu tapi aku rasa filem tu kurang sesuai untuk budak - budak.




Filem Damping Malam pula aku rasa sangat - sangat biasa. Maaflah Ahmad Idham. Saya tahu buat filem tu mencabar. Saya pula hanya tahu kritik jer. Hahahaha! Cuma memang bagi saya biasa - biasa sangat filem nih. Nak kata seram pun tak lah seram sangat. Entah! Saya rasa filem nih biasa - biasa jer. Watak Amy Mastura dalam filem nih paling saya tak berkenan dari segi pengungkapan dialog sebab saya rasa seperti Amy Mastura sedang menghafal dan mengingat setiap dialog di dalam skrip. Tapi, lakonan Amy Mastura dalam filem Aku Tak Bodoh saya suka sebab nampak cool. Masing - masing ada pendapat sendiri. Anda tonton dan rasailah sendiri yer.




Nampaknya segmen JJMM agak memberi kesan kepada sesetengah rakan blog gua. Hehehehe! Untuk episod ke-4 tak tahulah dekat mana kan dan tak tahu juga bila sebab bergantung pada takdir jer lah. Apa - apapun, prosperity burger tadi memang menyelerakan dan tak rasa pun pedas ker apa. Maybe sebab gua suka makan pedas jadi tak rasa pedas langsung. Tak dapat snap gambar kerana gua memang fokus nak makan jer sebab lapar gila! Hohoho! Okaylah! Selamat bergembira di hari minggu yer! Assalammualaikum dan salam sejahtera.

P/S : Seronoknya Bilik Berbau Prosperity Burger. Hahahaaha!

'Pekerja Mcd' = Budak Rumah Gua

24 Orang Yang Rajin Komen:

Fiqah Alias berkata...

waaahhh...sedaaapnyer berger tu..fiqah nk jugak...huhu..=)

TunTeja berkata...

damping malam tu biase je ea...hehe.cm2 tunggu kuar kat tv jela.malas p wayang.hahaha

asybedazzle berkata...

ceyt, pnggil housemate pekerja mcd. haha mmg la lmbt smpai. bru nk tgk cerita aku msih dara, tp ckp xsesuai utk budak2, tak jd tgk. eh budak2 ke? hahaha.

hans berkata...

fiqah : gi beli...haha

tun teja : ikut orang la...mungkin ada kata best ada kata tak..tapi jiwa aku macam xberapa layan sangat filem tu..hehehe

asybezzle : rumah ada cermin x?hahahaha

bukankosong berkata...

aku dah mula tak percaya cerita Ahmad Idham lama dah...

Nur berkata...

memang snegaja kan nak letak mcd..which is one of my fav...haish..awatla sini x de mcd

Dark Half berkata...

xleh komen byk. 2-2 x tengok
aku pun melantak prosperity gak dinner td..hehe

senydream berkata...

besh ker burger ni??..kne cube la,hehe2!...

susu berkata...

dua2 biasa je kan..xnk la tgk, mbazir masa =)

anith chan berkata...

sampai hati kaw pos pasal burger prosperity tuh..
aku teringin da nie.. huhu

Wen berkata...

tak tengok lagi ceta Tu Hans tapi tak tau akan tengok ke tak.. lagi2 bla da ckp ceta tu Biasa sja. hahahha bek ku tengok History Channel yg memang laur biasa

De Mois berkata...

Dapat yang daging bertimpa3 tu memang puas hati.

Eyh..sama le. Aku pun baru lepas tengok Aku masih dara ni tadi. Haah le..slow

Terbaru di SuaraSendiri
Utama : Once broken..considered sold
Segmen Santai : Hilangkan rasa bosan ketika di bilik termenung

syarifah radiah ibrahim berkata...

prosperity burger?
nakkk!!
haha

mie berkata...

damping malam, tidak menakutkan...
tapi properity burger..
memang menghairahkan..
eheheee

Miecyber berkata...

Besornyer burger...


Indonesia haramkan BlackBerry sekiranya tidak menyekat akses web lucah

RedVixen berkata...

kalau burger prosperity pun berlapis2 cam burger atas sekali tu kan best....

Dearie Pearls berkata...

hans dah nengok khurafat..
nnt buat review tau. hahaha..

kalau berkesempatan, gua nk nengok filem jejaka hencem tu. harhar.

nza berkata...

burger prosperity idaman kalbu......

Laman Teman berkata...

huhu..semua filem tu x penah tgk lg....bile la dpt tgk...kih3....:)

Laman Teman berkata...

huhu..semua filem tu x penah tgk lg....bile la dpt tgk...kih3....:)

analia buyani berkata...

sedapnyerrrr...nyum3~

amry berkata...

berkenan aku kat burger tu hanssssss.....lapar niii

Amir Izzat berkata...

dari apa yg aku baca...macam tak best... jadi, aku takmo dah tengok citer nie..sekarang ni tengah tunggu citer lain keluar..hehe.. aku tak bodoh dia punya dvd belum keluar lagi..huhu

Mra Mastura berkata...

aku baru tengok Aku Masih Dara semalam.. suara masing2..agak cam x real sket.. and yes, diana amir memang jadi ah bawak character,sbb aku trase ayoo sumpah hampeh minah ni.. ok ok la cite dye.. =)

damping malam.. *ak tak akan tgok cite hantu.. =___=

prosperity x pedas ea? >.< *aku tak makan pedas..so ade la pedas sket aritu kot.. XP