Sabtu, 1 Januari 2011

Yehaaaa! Sasaran Telah Mengena! Pewittttt!

Hari ini tiba - tiba rasa kurang sihat! Nak kata tidur lewat tetapi selalu jer aku tidur lewat! Mungkin semalam terkena hujan jadi macam ada tanda - tanda aku nak demam! Haih! Kalau tidak tadi keluarga kakak aku singgah sebab diorang makan kenduri dekat Jitra tapi sebab kepala aku pening gila aku sempat duduk sekejap jer lepas tu masuk bilik dan tidur. Sedar - sedar diorang dah balik. Haih!


Click Untuk Tumbesaran Yang Nyata


Hahahahaha! Akhirnya objektif aku untuk menang kategori cerpen sengal tu berjaya juga. Nak tahu sengal ker tidak cerpen aku untuk contest tu boleh CLICK SINI. Memang masa mula - mula aku jumpa contest nih dan bila aku tengok kategori - kategori dia aku dah target nak menang kategori tu walaupun hadiah dia tak sebanyak cerpen terbaik yang dimenangi oleh sahabat blog aku Pena Berkala tapi memang aku dah target dah nak menang kategori tu. Hohoho!

Aku nih selalunya akan join contest tu bila masa aku tengok dan idea tu ada maka terus aku join! Alhamdulillah lah menang juga contest untuk kali kedua selepas Contest Menang Buku pada minggu lepas. Terima kasih kepada saudari Blogger Ain Zulaikha kerana menganjurkan contest dan memilih aku sebagai pemenang untuk kategori nih. Hehehehe!

Minta - minta lepas nih aku masih ada tuah untuk menang beberapa lagi contest yang aku sertai sebelum nih! Insyaallah! Doa - doakan lah yer! Dan tadi aku lihat ramai blogger membuat entry pasal pemergian pelakon Faizal Yusof. Memang terkejut gila aku baca sebab lihat dia sihat dan masih muda lagi namun ajal pertemuan semua Allah dah tentukan! Al-fatihah untuk Allahyarham Faizal Yusof!

Esok dah nak balik Shah Alam! Rasa malas sangat - sangat sebab cuti lama sangat maka memang malaslah buat permulaan tu. Hohoho! Apa - apapun, perjalanan blog nih sepanjang tahun lepas memang menarik dan menyeronokkan. Banyak betul orang yang baik yang aku kenal yang kini dah jadi kawan walaupun belum pernah berjumpa.

Jadi, andai kata ada salah dan silap atau buat anda semua berkecil hati maka saya dengan ini memohon kemaafan lah dengan seikhlas hati. Doakan kejayaan saya yer pada tahun 2011 ini! Assalammualaikum dan salam sejahtera.

18 Orang Yang Rajin Komen:

mR.sYaH berkata...

tahniah hans sebab menang.. aku dh baca mmg sengal pun.. kah3..

takziah buat keluarga faizal yusof..

mls plak rasa nak balik u.. kah3..

zEri sAfEerA berkata...

hakhak ^^ tahniah :)

eqbalzack berkata...

selamat tahun baru 2011 hans...

TunTeja berkata...

ye..saya maafkan :p hahahah.tetibah!!

hm.tulah..terkejut denga berita tu.alfatihah buat beliau.

ape pun..congrates ar menang! nak share hadiah jom? hahahah

selamat balik :) cuti saya pun dah habis.nak balik maktan jugak dah esok.wuwuwuwu

Izan Ishak berkata...

tahniah hans...tahniah...

mmg terkejut bila tau faizal yusof meninggal tu..

*skrg ni mmg musim demam kot~

pipoq berkata...

memang sengal tul la..

mmmm..camtu la bila ajal dah tiba tak kira tua atau muda sihat atau sakit..
moga kita yang masih hidup ni sentiasa beringat pada Nya..

bukankosong berkata...

waa...congrats beb!!!!

areripe berkata...

tahniah, carpen boleh letak dalam sastera tingkatan 4 apa?
haha

Amirez berkata...

oho..congrates. berbaloi usaha buat cerpen tu. tapi kalau ada contest lagi ajaklah join sama :P

shera haifa berkata...

tahniah..aku ada gak baca crte tu sebelum nie,.mmg sengal pun..moga terus mendapat kejayaan dlm apa jua..

azi nur berkata...

wahh congrest!!

MuNsYi SaMa berkata...

congrats hans. ok bile nk blanje ak?hee

~qiFFara~ berkata...

wah3..tahniah..
dpt adiah ape ek??

Amir Izzat berkata...

salam. tahniah untuk saudara. Hehe.. rezeki datang bergolek. alhamdulillah.

zuar berkata...

memang sengal..haha..tahniah hans^_^

nUmara... berkata...

haha! tahniah hans!

ASaDa RyutaRo berkata...

menang lak ko???

congrats! adiah kongsi... hahaha

piNky LuCiA berkata...

tahniah.