Jumaat, 18 Februari 2011

5 Perbezaan Antara Kedai Gunting Rambut Mamak Dan Salon Mengikut Teori Hans

Yeahhhhhhhhh!!! Rambut gua dah pendek dan gua memang betul - betul kelihatan seperti budak 15 tahun sekarang! Hahahahaha! Gua tadi pergi gunting dekat kedai mamak depan Vichuda area seksyen 7 tadi. Member gua cakap gunting dekat situ best. Gua pun try lah dah memang betul - betul layan bebbbb!! Hahahaha!

Baiklah! Jadi pada entry kali nih gua nak menyenaraikanlah beberapa perbezaan apabila rambut anda digunting di Kedai Mamak atau di salon.


1. Harga

Kan Gua Kata Murah!


Macam biasalah! Bagi sesiapa yang mementingkan penjimatan wang atau pun budget untuk menggunting rambut anda telah dicatu maka Kedai Gunting Rambut Mamak adalah pilihan yang bijak berbanding dengan salon. Hanya dengan RM8 sahaja rambut anda akan digunting kemas sedangkan jika di salon pula jika gunting rambut biasa - biasa pun mahu tak mahu kena keluarkan RM10. Jadi, dari segi harga memang memihak kepada Kedai Gunting Rambut Mamak.


2. Si Tukang Gunting Rambut

Godaan Matanya Memukau Kalbu Kut! Hahaha!


Hah! Dari segi nih pula gua lebih prefer kepada salon lah! Sebab tukang gunting rambutnya comel - comel dan ramah - ramah. Hohoho! Ada jer yang diorang nak berborak dengan gua. Kalau dekat Kedai Gunting Rambut Mamak pula memang harapan lah kau nak rambut kau digunting oleh seorang gadis yang comel. Hahaha! Paling best dekat salon masa nak basuh rambut. Seronok betul waktu tu! Hahaha! Jadi, dari segi tukang gunting rambut memang memihat kepada Salon.


3. Style Rambut

Lama Sudah Gua Tak Pergi Salon Buat Rambut Macam Nih!!

Wah! Tengok nih jer pun dah tahu memang Salon lah yang menang. Sebab diaorang ada macam - macam alat dan macam - macam bahan untuk rambut. Dibandingkan dengan Kedai Gunting Rambut Mamak yang hanya mempunyai beberapa alat asas jer maka memang style rambut yang dapat dihasilkan adalah terhad berbanding dengan apa yang mampu dilakukan oleh Salon. Jadi, dari segi style rambut memang memihak kepada Salon.


4. Servis Urutan

  Seronok Gila Weihhhh! Gua Rasa Macam Nak Tidur Jer Tadi!!


Hah! Ini memang gua cakap servis baik punya lepas gunting rambut. Salon tak ada benda - benda nih(setakat aku pergi beberapa salon tak ada pula lah). Tapi kalau dekat Kedai Gunting Rambut Mamak memang dia punya urut tahap terbaik punya. Tadi pun selepas dah settle rambut  dikerjakan lepas tu diurut - urut kepala dengan belakang badan gua. Walaweh! Rasa macam nak bayar RM100 lepas tu nak suruh dia urut kepala dengan belakang badan gua selama sejam. Memang layan beb! Rasa macam semua stress dalam diri nih hilang masa tu. Memang terbaiklah! Jadi, dari segi servis urutan memang memihak kepada Kedai Gunting Rambut Mamak.


5. Masa



Hah! Mestilah korang tahu kan bahawa Kedai Gunting Rambut Mamak dan Salon mempunyai gaya gunting yang berbeza dan semestinya masa yang diambil untuk menggunting rambut setiap pelanggan juga berlainan. Hal ini bergantung kepada kepuasan pelanggan. Selalunya, pelanggan memilih Kedai Gunting Rambut Mamak kerana kadar masa yang digunakan untuk menggunting rambut adalah cepat dan pantas. Berbanding dengan salon yang mengambil masa agak lama sebelum rambut anda disiapkan tetapi hasilnya mampu membuat anda teruja. Jadi, dari segi ini ia adalah 50 - 50. Bergantung kepada pelanggan itu sendiri.


Jadi, selesai sudah entry '5 Perbezaan Antara Kedai Gunting Rambut Mamak Dan Salon Mengikut Teori Hans'. Bagaimana pula dengan anda? Lebih gemar rambut anda digunting di Kedai Gunting Rambut Mamak atau Salon? Sila kongsikan pandangan anda dengan gua di ruangan komen entry ini yer.

Jom Join Contest Pertama Blog Hans

18 Orang Yang Rajin Komen:

enyheartsdiamond berkata...

saya suka lelaki yang syampukan rambut saya :))

hans berkata...

eny : hohoho...saya suka gadis yang syampukan rambut saya :))

alien berkata...

saya suka syampoo sndiri
hahaha

Lelaki Ini berkata...

errr!
gunting ghambut ngn kawan..
means dia tolong gntingkan!

IeDa berkata...

selalu je kene urut time cuci rmbut kt salon.. habes ilang sume pening2 kpala..hehe

Khai berkata...

ak penah sekali mamak tu gunting rambung aku senget. terus aku tak pegi kedai mamak, takut banana fruit two times. =_='

tomato berkata...

hoho,, p saloon lah terbaik ! :D

Hasrol Nizam berkata...

aku tak pernah pegi saloon.heh

Anip berkata...

suke g gunting rmbut kt pompuan, hahahah. lemah lembut.hahha

BLOG GEMPAKZ SIOT

CintaZulaikha berkata...

akak prefer salon la sb akak pompuan...huhu, krg klu minta mamak krg, yg panjang jd askar plak..no no no...kihkih

azi nur berkata...

yep p saloon....terbaik..hehe

http://azisweetness.blogspot.com/2011/02/kasut-tumit-size-enam-6.html

rossoneri berkata...

sy pilih kedai amoi...ngeeeeee

Miss Ran berkata...

salon besh
sbb orgnye wnita islam...

mamak kompom indian or lelaki..
mane leeeeyyy

shamsiah shamsuddin berkata...

tak tau nak g salon ke kedai mamak..
sebab spjg hidup ni rambut saya n, abg ngn abah saya yang potong ke, kasi trim ke..

gigiAriEma berkata...

msti la salon ok lagi an...
penah teman gigi susu g guntuing rmbot..tp laki yg gntingkan..hahaha..pdn muka..

Ummi Hanie berkata...

sis pun baru skali seumo idup dah tua bangka ni baru merasa gi salon...hahahh

AmirFX berkata...

Macam takder beza sgt jer bro.. haha...

GaDis eQa berkata...

salonnn laaa.mmg tak penah g mamak nih.ade ke mamak gunting rmbt pompuan??hehe