Jumaat, 11 Februari 2011

Aku Sedang Mencari Semangat Yang Hilang

Tak tahulah! Semenjak dua menjak nih semangat untuk menghabiskan baki setahun lagi dalam dunia pelajar menghilang secara tiba - tiba. Risau betul sebab ia melarikan diri dikala aku sangat memerlukan semangat tu sebagai satu kekuatan untuk diri aku.

Aku memang tak boleh berhenti separuh jalan macam mana beberapa orang kawan aku pernah lakukan. Sebabnya aku tak mampu untuk kecewakan diri aku sendiri dan tentunya keluarga aku. Haih! Memang derita bila semangat nih hilang. Aku perlu kejar! Aku perlu gali! Aku perlu cari! Bila jumpa aku perlu tangkap! Aku tak boleh biarkan semangat itu terus - terusan meninggalkan aku terkontang - kanting seperti tunggul yang mampu bernafas.




Aku sangat takut sekarang! Takut yang bukannya sedikit - sedikit. Ketakutan aku yang paling besar ialah apabila aku takut aku yang akan mengecewakan diri aku sendiri. Aku cuba untuk mengelakkannya agar pada suatu hari nanti aku tak akan menyalahkan diri aku sendiri atas apa yang aku pernah lakukan sebelum nih. Moga aku kembali seperti asal.

P/S : Mencari Disana Sini! Mana Pergi Dikau Wahai Semangatku?

27 Orang Yang Rajin Komen:

kaizen shinobi berkata...

insyaAllah kau akan berjumpanya... amin....

Suara Kalbu berkata...

Aneh,
Itu juga yang berlaku pada SK ketika ini. Semangat nak fokus dah kelaut kerana tekanan kerja

garfield88_aini berkata...

chayokkk!!! Tingkatkan semangat diri....don't give up k...

izzad b* berkata...

semoga kau berjaya kawanku!!!!!
aku pon dekat nak patah semangat. tapi bile teringgt keluarga, xnak hampakan mereka!!!!!! :)

~AmyLiana8886~ berkata...

gud luck..hehe

echah mashuri berkata...

hans!cepat cari smgt tuh!bukan lame lagipun.setahun je lagi,u can do itt!go go.:)

rossoneri berkata...

masa sem akhir rasa macam tu gak, asyik2 ponteng kelas je,nasib baik result xlingkup

$hakirShafiee™ berkata...

semoga allah permudahkan urusan hans

bukankosong berkata...

sikit je lagi tu...caiyokkk!!!

Shukri Mohd Ali berkata...

risau tentang hari esok adalah tanda-tanda kematangan =)

ishiko berkata...

Go hans!! go hans!!! banyak2 doa moga sentiasa diberi ketenangan dan keberanian tiada tandingan,amin. ceewahh....

amry berkata...

rileks bro. tenangkan diri. cari masa yang sesuai tuk mencari kembai semangat tu :)

NICK IRFAN berkata...

kenapa bosan plak ni? assigment byk ke hans?

sarah mohamad berkata...

chaiyoook3 ! hans boleh ! ingat tuu :)

Ili Naquiah berkata...

be strong.. :)





PrettySugar

MY SouL My HeArt berkata...

don't give up.. chaiyok chaiyok.. :)

gincu berkata...

aku dulu pun sem akhir mcm malas2 je..nak g class pun terkulat2...tp xper la..akhirnya grad jugak dgn cgpa yang agak membanggakan...yang penting hans....rest je...pegi spa ke...pg berkelah ke sekejap...untuk fresh kan semula otak...

izzah berkata...

entah..tibe2 mls belajar sbb bnyk tak faham..
T__T

naz berkata...

semangat tercicir lah tu. caiyokk hanss

AmirFX berkata...

Yakin boleh!

kella berkata...

oh! jgn begitu!
mari!
pejam mata .. tarik nafas panjang panjang.. bila hembus tu buang semua segala kekusutan dan kegelapan yang ada!
dan bila buka mata kembali.. tarik nafas balik.. sekali dengan semangat yang baru!
ayuh! :D

Daniela berkata...

jgn begitu..terus tabah hans!

Dearie Pearls berkata...

semangat yang hilang hans boleh cari.
semuanya ada dalam diri hans.

selalulah berbicara dengan diri hans. berilah semangat selalu. pastinya hans boleh.

*jangan lakukan sesuatu hari ini yang boleh membuatmu menangis pada masa akan datang.

lalink7 berkata...

jangan cepat berputus asa hanss...kuatkan semangat jangan sesekali berfikir untuk mengalah!! selagi mampu yang ada teruskan usaha shingga ke titisan yg terakhir!

[s][u][e][h][a][n][n] berkata...

insyaallah semangat tu akan kamu jumpa...

yang pasti JANGAN PUTUS ASA...berusaha + Banyak2 berdoa n tawakal..mudah2an Allah akan permudahkan semuanya..Amin

phreak-id berkata...

Dekatkan diri pada yang maha esa. Renung-renungkan dan selamat beramal

:p haha


Terbaru > Drama Bersiri TV3 - Gemilang > Sahabat Blogger Dah Macam Twitter? >Contest Review Blog Kak Ina Kl Dot Com

Muhammad Burn berkata...

kalo smgt ko ilang, smgt aku dah lesap pun.