Selasa, 15 Mac 2011

Bersama Hans Di Restoran Gold Chilli SS15

Yeahhhhhhhhhh! Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Hans Punya Blog. Sudah lama nampaknya anda tidak melihat saya menerjah mana - mana kedai makan atau restoran untuk dijadikan sebagai salah satu pilihan kepada anda yang sudah pening memikirkan tempat manakah yang sesuai untuk dijadikan sebagai tempat yang menarik dan bagus untuk anda menikmati makanan bersama keluarga mahu pun insan yang tercinta. 

Jadi, pada episod ke-4 kali ini, anda sekali lagi akan bersama saya, Hans dalam rancangan Jalan - Jalan Mari Mengketedarah(JJMM). Kali ini saya akan membawa anda semua ke Restoran Gold Chilli SS15 untuk menikmati menu istimewa kita pada hari ini iaitu Butter Chicken Boneless dan Kangkung Belacan.


Chicken Boneless(Small) = RM8


Kangkung Belacan = RM6


Sumber Gambar : Disini


Restoran Gold Chilli ini terletak di SS15, Subang Jaya dan saya hanya berpeluang untuk merasai 2 menu di atas beserta 2 pinggan nasi putih yer bersama 4 orang 'artis' jemputan saya iaitu Ezzy, Nad, Fizi serta Firuz yang merupakan rakan - rakan kelas saya sendiri. Hari nih saya 'termakan' banyak sikit. Maklumlah hari ini saya rasa lapar saya lain dari biasa. Hahahaha! Pada pandangan peribadi Hans sendiri, kedua - dua menu ini boleh tahan sedapnya dan harganya pun berbaloi dengan kesedapan setiap menu tersebut.

Jadi, apa yang anda semua tunggu lagi? Cepat - cepat lah pergi terjah dan rasai sendiri kesedapan menu - menu ini yer. Baiklah! Sampai disini sahaja rancangan JJMM kita pada episod kali ini. Moga berjumpa lagi di lain waktu bersama saya Hans, pengacara alam maya anda. Byeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!

P/S : Seronok Saya Jika Diberi Peluang Menjadi Pengacara JJCM Di TV3.

12 Orang Yang Rajin Komen:

CintaZulaikha berkata...

makan jek, makin bulat la nti badan tuh...jangan mare..

Jeely jelly berkata...

amboii.. nk mengalahkan maria tunku sabri ke ? huhu..

wa khairul onggon berkata...

Belah2 Subang, Shah Alam dan Pj memang byk tempat JJMM ni hehehe.. Laparrrr!

Tanpa Nama berkata...

Hello. And Bye.

Ayu Zan berkata...

Chicken Boneless(Small)nampak sedap...

Azueriena Norash berkata...

singgah sini...salam kenal2 tuan rumahh....sedappnyaaa...makan2 tuuu...jomm jjcm kat blog akakkk plakkk...

Mohamadazhan hjDesa berkata...

dah tengah lapar ni.hee

chentaNUYU berkata...

telan air liur huhu

Alexandriana Alia berkata...

selalu ke g makan area ss15?

ïêmå å¢klê§ berkata...

chicken2 2 xpernah makan n nampak sedap...

alongxp berkata...

umak aih..kangkung blacan 6 henget? huh..anyway...aku tag kamu kat sini... http://kakicandid.com/blog/2011/03/15/entri-kongsi-idea/ join ye...

Tanpa Nama berkata...

mmg sedaaaaaaaaaap..tp skang dh mhl..when it was not this famous 1set cuma rm6 jer butterchix tu..huhu..tp mmg sedap..berbaloi dgn harga..yuna pun salu mkn kt sini..:)