Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hari ini gua ingin berkongsi petua mengurangkan berat badan cara gua kepada pembaca - pembaca sekalian yang mengalami masalah berat badan yang semakin meningkat dari sehari ke sehari. Selepas gua amalkan petua ini dalam masa lebih kurang 10 hari nampaknya alhamdulillah ia menunjukkan kesan yang bagus dimana gua kehilangan berat badan di antara 2.5 kilogram hingga 3 kilogram.
Lihat Dari Kiri Ke Kanan Yer!
Jangan risau! Petua yang gua amalkan ini tidak pun melibatkan pemakanan sebarang pil mahu pun mengamalkan cara manusia yang mengalami masalah Bulimia iaitu selepas makan terus memuntahkan kembali makanan yang dimakan itu. Apa yang gua amalkan ialah :-
1. Kurangkan pengambilan nasi dalam makanan harian. Maksud gua disini bukannya terus tinggalkan nasi tetapi kurangkan kuantiti nasi tersebut. Mungkin dalam satu senduk sudah mencukupi.
2. Banyakkan memakan sayur - sayuran dan lauk - pauk.
3. Minum air suam 8 gelas sehari.
3. Makan mengikut waktu iaitu waktu pagi, tengahari, petang dan malam. Senang cakap kerap makan tetapi dalam kuantiti yang sedikit agar meningkatkan metabolisme. Elakkan makan malam selepas pukul 8 malam.
4. Kunyah makanan berkali - kali. Jangan sekali suap terus telan!
5. Elakkan minum air sewaktu makan. Minum air selepas makan. Tetapi, jika boleh biarkan di antara 5 minit hingga 10 minit selepas makan dan baru lah minum air.
6. Selepas makan jangan terus duduk atau pun baring tetapi berjalan - jalanlah dulu dalam 2-3 minit.
7. Bersenam walaupun sekejap.
8. Tidur yang cukup.
8. Tidur yang cukup.
Insyaallah! Dengan amalan - amalan sihat sebegini pastinya berat badan anda akan turun dengan cara yang sihat! Gua ada misi menurunkan lagi berat badan gua ke tahap yang sedap mata memandang. Kuikuikui! Doakan hasil diet gua adalah positif. Assalammualaikum dan salam sejahtera.
P/S : Bentuk Muka Dah Tak Membulat Sangat Dah! Yehaaaaa!
Tweet



33 Orang Yang Rajin Komen:
wahaha trimas... info yang aku perlukan saat kini lol... suda buncit skit.. OMG! plus duduk berlebihan akan menyumbang kepada kegemukkan. thx
shukri : sama2 berusaha :-)
i like...huhu..nak ikot lah..hehe
bgs..
leh kurus masa cuti ni..
=D
susahkan nk beri commitment nak berdiet ni kan..
cayalah Hans! all the best k.
info yang sangat menarik.
errr sebagai tambahan, yang no. 5 tu kalau boleh biar dalam 30 minit hingga 1 jam baru minum, lebih elok.
lagi satu, lebihkan minum air sebelum tengah hari. lagi banyak lagi bagus, dan kurangkan minum air pada waktu malam.
selamat berdiet dengan sihat ^_^
slalu buat mkan nsi 2x shari pastu mnum air bnyak2.. tu je.. hik3
nmpk mcm senag,tp susah gak kot!!haha..tahniah lah :)
Kentang pun boleh mengemukkan...
Aku kena pergi klinik gigi dulu sebab gigi aku nie kurang dah.. Perlu tambah lagi untuk kunyahan makanan yang lebih bagus...
ikut petua jgk kan ko ni, ak klau stress dgn xmkn nasi mmg turun berat
hihi...tips yg bgus,,,tQ
tips anda amat berguna untuk saya sekarang kerna lemak sy semakin bertambah tp takut terlupa pulak.haha..biasa ler.. nafsu makan nie besar sangat... huhu.. terima kasih! .. hehe
xmnjadi ciap!!
bagus cara2 ni. nak tambahkan berat badan pun boleh guna cara ni. tambahkan kuantiti nasi/lauk dan makan ikut waktu yang betul.
aku tengah nak naikkan sikit lagi berat badan. ngeee :D
atieabie : kalau xmenjadi salahkan diri sendiri yang tak berdisiplin
asada : owh...ar ar..kalau nak gemukkan badan pun leh guna petua nih tapi jadikan dia bertentangan...hehehe
wah wahhh... diet... chaiyo! =)
klu salah amal
leh jadi dari kanan ke kiri
haha
aku kurang mkn pun gemuk jugak.... emmm....
wuwuuuu program diet asyik je gagal.
Y_____Y
zahar : senaman xbuat nak kurus camner?
praktikan kat diri sendiri x moyang?? hahaha
Joe_Hans : komen tu untuk diri ko sendiri ke? hahahaha
me kasih utk tips hans...
wahhh tips yg menarik!!sy pun nk kurgkan brt bdn huhu
thanx tips berguna nie..
mmg susah nk buat,tp kena jugak demi hasil yg mantop.. hehe.
Gud Luck..
*nak diet gaklah..
xde petua nak tambah berat badan??
hehehe..ader apik dah wat..tapi ader gak yg tak wat lagi..hehe
slmt berdiet yerr..
thx for the tips hans :)
wah... tips berguna ni. boleh buat kalo brat bdn naik nanti. kalo la kan. hehe :D
terima kasih info yang sihat dan beguna
alamak sis smakin kembang..alahai..
Catat Ulasan