Isnin, 16 Mei 2011

SEGMEN : Kalaulah Aku Seorang Guru

Ini ialah salah satu segmen yang dianjurkan oleh rakan blog saya yang merupakan seorang guru iaitu Cikgu Zikery Hassan. Jadi, dibawah ini adalah karangan 150 patah perkataan saya.





Kalaulah Aku Seorang Guru


Kalaulah aku seorang guru maka apabila aku menjanjikan kepada pelajar - pelajar aku bahawa mereka akan mendapat hadiah seperti pen dan sebagainya jika mereka mendapat A dalam matapelajaran yang aku ajarkan maka pasti akan kuberikan. Aku tidak mahu pelajar - pelajar aku meninggalkan sekolah sambil menggelarkan aku penipu selama - lamanya kerana tidak menunaikan janji.

Janji Dengan Cikgu Potong Kuku Tau!


Terdapat pelajar yang suka membodek atau berbuat baik dihadapan guru mereka sedangkan di belakang mereka lah sebenarnya hantu. Jadi, aku tidak akan bersikap bias dengan memberi markah yang lebih kepada mereka yang membodek. Aku akan bersikap penyayang terhadap pelajar - pelajar aku dan jika mereka merayu di dalam kertas peperiksaan agar aku menambah markah mereka supaya lulus maka aku akan cuba mempertimbangkannya.


Cilok Dari Blog Fitrihadi


Jika mereka lemah dalam subjek yang aku ajar maka aku akan bantu sehingga berjaya dan jika mereka sudah hebat akan aku bimbing menjadi lebih hebat daripada aku. Cuma sayangnya itu semua hanyalah jika aku seorang pendidik. Kalaulah aku seorang guru alangkah indahnya.

(147 Patah Perkataan)


P/S : Kalau Aku Jadi Guru Mesti Aku Jadi Cikgu Paling Disayangikan. Hahahaha!

20 Orang Yang Rajin Komen:

zikeryhassan berkata...

thanks hans sudi join segmen aku ;)


kalaulah aku guru besar sekolah yang kau ajar, aku bagi kau anugerah setiap kali hari guru :P

Hans berkata...

zikery : aku rasa apa kata kau serahkan jawatan guru besar tu dekat aku..lagi okay kut...sekolah lebih maju dan berjaya dibawah bimbingan aku....hahahahaha

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

woo hoo!

Hans nak jadi cikgu ke?

XD

omarkhayam berkata...

kalaulah aku seorang guru, akan ku bagi karangan ni 9/10. gune perkataan "bias", tolak satu markah

Hans berkata...

syuk : slmt ari guru

zara : KALAU kannnn...hahahaha

omar : erkkk...bias tak ada dalam BM ke?

faiz berkata...

perghh..bestla cikgu mcm ko..kalo aku jadi murid ko aku akan merayu gila2 kat peper aku..bley dpt A..heheh

misz myza berkata...

ye ke guru disayangi??? ke guru paling dibenci?? hehehehhee...

Hans berkata...

misz myza : setakat teman menjadi cikgu selama nih budak2 yang teman ajar semua suka teman :-)

ASaDa RyutaRo berkata...

baiknya ko.. semoga dapat la ko jadi cikgu. err.. ko nak jadi cikgu sungguh ke? :P

Chempaka Sari berkata...

macam-macam janji yg diberikan oleh kalaulah aku seorang guru..hahaha

Hans berkata...

Asada : erk....nama pun kalau...xnak lah...aku nak jadi orang yang boleh travel satu dunia :-)

Joe_Hans berkata...

aku nak jadik guru!! haha

izzad b* berkata...

ade gaya2 jdi cikgu nie!ahahaha

Puteri Iqa Izyan berkata...

eh eh. slmt jd cikgu. wpun mgkn x. haha

gmbr last tuh menarik giler. haha ^_^

merahitujambu berkata...

rindu pulak nk sambut hari guru..dh lama x menyambutnyaa

ayisy berkata...

Aku bukan lagi "kalau aku jadi guru" tetapi aku "aku bakal guru"...

Apa yang aku fikir bila aku menjadi guru nanti, aku boleh memberikan kegembiraan kepada murid. Walaupun murid itu mungkin tidak cemerlang dalam akdemik, aku nak dia berjaya dalam hidup selepas sekolah dan merasakan yang kehidupan sekolah dia adalah suatu saat yang sangat manis sepanjang hidup dia....

Hans berkata...

ayish : hah...ingat tu..janji ko pada bakal murid2 ko tu

Shaiful Zaidi berkata...

menjadi guru tidak semudah yang disangka..

Hans berkata...

Shaiful Zaidi : tak ada sapa kata mudah haihhhh...memang susah pun...

missamy berkata...

boley amik janji janji ni tuk kegunaan mse dpn ;)