Khamis, 28 Julai 2011

Berfikir Sebelum Bertindak

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans sekalian. Pada zaman sekarang perbuatan meluahkan perasaan atau masalah di facebook merupakan satu trend yang mula menjadi ikutan ramai. Perkara positifnya ialah mungkin tekanan yang ditanggung semakin berkurang atau mungkin ada rakan - rakan atau ahli keluarga yang sudi membantu jika mereka berkemampuan.




Namun, apa yang negatifnya disini ialah masalah tersebut mungkin akan bertambah besar jika ramai yang lebih sudu dari kuah dengan lebih mengapi - apikan masalah tersebut atau sebagainya. Gua lebih suka jika kita semua bersifat lebih matang di dalam menyelesaikan masalah sendiri. Jika masalah itu melibatkan suami anda curang, isteri anda main kayu tiga, tunang anda ada skandal lain, kekasih anda kaki betina atau kaki jantan atau pun keluarga anda porak peranda maka gua sarankan jangan lah diheboh untuk satu dunia tahu masalah kita.




Bukannya gua berkata masalah sebegitu harus dipendam seorang diri. Itu namanya merosakkan jiwa dan boleh bikin gila pada tubuh sendiri tetapi luahkannya pada individu - individu terpilih yang rapat atau boleh anda percayai sahaja kerana gua percaya diri kita ini bukannya sempurna. Kadang - kadang kita rasa kita lah manusia yang berada di pihak yang benar sedangkan masalah sebenarnya berpunca daripada diri kita sendiri tanpa kita sedari.




Kadang - kadang masalah yang berlaku nih kecil sahaja tetapi dijadikan terlalu hiperbola untuk meraih simpati. Seperti contoh kawan anda mengambil sebungkus maggi dan tidak menggantikannya kembali seperti yang dijanjikan lalu anda yang bengang pula terus memberitahu rakan anda yang lain bahawa kawan anda mencuri maggi anda dan tidak mahu menggantikannya semula. Walaupun bukan semua bersikap sebegini tetapi memang wujud insan - insan sebegini.




Pada pandangan gua, kita ini sebenarnya sudah dewasa dan gua akui walaupun kita masih belum matang dalam beberapa perkara kerana ada perkara yang kita masih baru belajar sementelah kehidupan ini telah mengajar kita supaya tidak berhenti belajar dan sentiasa belajar namun kita sudah berakal untuk membezakan yang mana baik dan yang mana tidak dalam bertindak. Jangan ikutkan emosi dalam melakukan sesuatu dan jangan buka aib orang lain kerana kelak aib kita pula yang akan dijaja oleh manusia sekeliling.

P/S : Selesaikan Masalah Kita Dengan Akal Dan Bukannya Dengan Hati Yang Marah! (^_^)Y


34 Orang Yang Rajin Komen:

✿ cikcimi berkata...

betol! berfikir secare matang. :)

zety berkata...

betul!

tapi manusia akan buat sesuatu yang diluar jangkaan semasa sedang marah dan sedih.

fb ibarat dinding jamban utk melepaskan marah.

akoo pae berkata...

em..luahkan kat kawan lg bgos kan..
buat ape bgtau satu dunie..
huhu

Faten Rosli berkata...

Jaga aib org,, Insyaallah aib kita juga akn terjaga.. :))

mr.syazwan berkata...

itulah antara nasihat2 cikgu saya

di waktu sekolah dahulu

=_=

eiela berkata...

a'a selalu jugak tuh perhatikan je, aib sendiri dibuka. masalah keluarga, macam-macam jugak.

Mila Ahmad berkata...

positif thinking yawww~~~
setiap masalah ade jln penyelesaiannya cuma lmbt dgn cepat je

ken berkata...

normal affected by emotions :P

merahitujambu berkata...

betul2..pkr positif je..tpi x semua leh positif..=/

faiz berkata...

btol tu...rasenya masalah family ni buat nak bagitahu..tu dah mengaibkan family sendiri namanye..

sakura_sue berkata...

betol betol. yg kecik pon boleh jadi besar..

yatie Awang berkata...

itulah, nak kata tak matang, dah besar panjang, belajar tinggi2, tapi bila buat sesuatu, ikut nafsu, akal fikiran dah tolak tepi

Mra Mastura berkata...

aku termarah2 then aku delete balek. ahaha. xfikir sgt kan. skang ati2 aje lah XD

saiazuan berkata...

entry yg menarik.. ;)

msalah mematangkn kita

AdiaLuze berkata...

Itu bahayanya FB, Blog dan twitter ni kalau tak pandai nak manage penggunaannya .. Haaaiiissshh .. Mcam2 ...

P/S : Lawa header ^^v

FARAH IZWANI RAMLI berkata...

meluahkan kepada yang dipercayai.
kadang2 kawan baik pon tikam belakang wo.
entry ni baik punye. suke. :)

AmirFX berkata...

Yeppp.. Kematangan fikiran nie kadang2 tengok sapa yang bersuara dulu.. Kadang2 budak2 pun lebih matang dari orang dewasa..

Hanie_Dew berkata...

tu la kadang kadang ada orang yang macam ketagih update status sampai masalah peribadi satu dunia tau. weh ingat ko tu barack obama ke. ada jugak yang nak kejar populariti murahan. dari nak lepas beban masalah kang tak pasal pasal diketawakn orang.

adrinaqamarina berkata...

tak berapa suka tengok org buat status marah3 kat fb atau kat mana3 pon.


nanti ada lah yang menanya kenapa kenapa. mungkin la orang tu nak perhatian kan? hehe.


selesai masalah dengan kemarahan bukan selesai masalah tapi menambah masalah pula~

teha berkata...

fikir b4 buat sumting.. :)

Papa Mifz berkata...

meluat bila tgk post2 yg over2 or gedik2..

Siti Arfah berkata...

Salam ziarah follow ke 2951^^, . Luahkan masalah pada Allah, itulah yg terbaik .:)

Acik berkata...

bila terlalu banyak campur tangan berlaku, biasanya salah faham pun akan timbul ...

iPai berkata...

facebook ni memang platform yang salah juga laa kalau nak buat luahan hati .. kalau ala kadar ok la .. kalau over2 tuh, bahaya juga ..


pasal banner flash tuh kenapa ye, tak berapa nak paham ..

eddy syrol berkata...

FB wouldn't influence me... (~_~)

jom terjah

BACA DAN CLICK TAU



CERITA SARANG JERUNG

cucu umie berkata...

betol2..setiap maslh kdng2 bukan untuk dikongsi kepada orng ramai..kalo boleh membantu tidak mgapa..bukan semkin mengeruhkan keadaan..

mamaNoriz sini.. berkata...

bagus Hans...nampak kematangan awak...

tpi kadang2 bile marah tu, susah kontrol... abiss...

eh, serius nye hari ni?

Amna.Qadeeja berkata...

pembawakan dr mulut ke mulut ni lah yg jdikan kisah itu jd kucar kacir dan melibatkan campur tgn byk pihak. tokok tambah org kata.

membuka aib orang dosa besar. jaga rahsia orang sprtimana kt mahu org jaga kisah kita. :)

senydream berkata...

yup btoi to berfikir sebelom bertindak!...jangan ikutkn hti y mrh tu..last2 dpt malu jek ha

Chempaka Sari berkata...

saye sokong pendapat hans...tu kire oke lagi..meluah dgn cara menaip...ade yg lg hebat, terus je maki2 kat phone..

syahiraaghani berkata...

yeah ! setuju. and lastly bende toh jadi semakin teruk.

Opah Kentang berkata...

opah akan post status kalau betul2 rasa perlu.takde la 3 min sekali nak post bagitau ape nak buat.

Opah setuju sangat ape y hans cakp tu.opah nk tulis entry begini.takut ade yang terasa..

Nurnajwa berkata...

Mcm boleh agak je entry ni utk sape, hehehehe ;D

zEri sAfEerA berkata...

haa tau xpe. kite yg bace status die pon nak emo same. hakhak :D