Isnin, 1 Ogos 2011

Dah Mula Berpuasa

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Nampaknya pada 1 Ogos 2011 ini kita kembali menemui bulan penuh keberkatan untuk umat Islam iaitu bulan Ramadhan. Jadi, saya dengan ini mahu mengucapkan selamat berpuasa lah kepada semua umat Islam khususnya pembaca blog saya ini.




Jadi, apabila kita dah mula berpuasa nih memang seronok bila melihat gelagat pelbagai manusia daripada berlainan peringkat umur terutamanya kanak - kanak yang baru belajar berpuasa. Macam - macam kerenah dan taktik digunakan untuk berbuka puasa sebelum tiba waktunya! Kanak - kanak masih lagi boleh dimaafkan tetapi adalah amat menyedihkan jika kita yang sudah besar, yang sudah akil baligh, yang sudah berkahwin, yang sudah punya anak mahu pun cucu tetapi masih lagi liat untuk menunaikan puasa. Kadang - kadang manusia nih pelik! Malu apabila ditangkap dan dibawa keliling bandar dengan van jenazah tetapi tidak pula mereka malu pada Allah. Semoga dengan meningkatnya denda pada umat Islam yang ditangkap kerana tidak berpuasa iaitu sebanyak RM3000 dapat lah mengurangkan gejala tidak sihat ini.




Berpuasa bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga sahaja tetapi juga percakapan, pendengaran, perbuatan, nafsu dan macam - macam lagi. Definisi puasa itu sebenarnya luas! Kawal nafsu sewaktu membeli juadah di bazaar Ramadhan! Kawal nafsu sewaktu berbuka! Kawal nafsu dari mendengar perkara - perkara yang laqha! Kawal nafsu daripada menyebarkan berita - berita tak baik atau mengumpat! Gunakan lah kesempatan di bulan Ramadhan ini untuk kita sama - sama mengejar keberkatannya seperti :-


1) Membaca Al-Quran
2) Bertarawih
3) Berzikir
4) Menderma
5) Membantu ibu bapa
6) Berniaga dengan jujur dan amanah
7) Buat lah amalan yang baik, berfaedah dan memberi sumbangan pada masyarakat sekeliling.


Insyaallah! Bulan Ramadhan kali ini pasti akan memberi satu memori indah pada kita semua jika kita menghargai dan menggunakan sepenuhnya kesempatan yang kita peroleh pada tahun ini. Jadi, saya selaku pemilik blog kecil ini ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki...dari hati hingga setiap titik darah jika ada mengecilkan hati pembaca - pembaca selama ini antara sedar atau tidak dan saya juga ingin mengucapkan Selamat Bersahur dan Selamat Berpuasa kepada semua yang beragama Islam. Moga kita semua berkesempatan untuk berpuasa penuh tahun ini. Assalammualaikum!

38 Orang Yang Rajin Komen:

Faraa Eiman's berkata...

yeahhh , slamat bpuase hans ! ;D

J.Syazwana berkata...

selamat menyambut Ramadhan Hans :)

Tukang Karut berkata...

selamat berpuasa...

Hariz berkata...

Salam Ramadhan Bro. Jangan lupa niat puasa naaa.

.:|kamaryeah|:. berkata...

salam ramadhan hans~
jgn x bgn sahur udah la ye~

QaRr JaliL berkata...

berpuasa selamat ramadan bulan!

Afiqa Dayana berkata...

selamat berpuasaa, hans ;)

^^nu[dd]yra^^ berkata...

selamat berpuasa hans ;)

IMANSHAH berkata...

selamat berpuasa tuan!!

IMANSHAH berkata...

selamat berpuasa tuan!!

iPai berkata...

pesanan yang bagus bro ..

selamat menyambut ramadhan ye bro hans ..

fathiahRAIHANA berkata...

inchek Hans selamat berpuasa! :)

kisah cik paro berkata...

salam ramadhan..
puasa penuh ok!

miss Fyqa berkata...

Selamat Berpuasa.. ^____^

FasiHaH SupiaN berkata...

selamat berpuasa Hans...

feza berkata...

salam ramadhan.

muhamad hanif berkata...

selamat berpuasa HANS =)

AmirFX berkata...

Salam Ramadhan bro..

anish berkata...

slmt bepuasa hans! diet jgn lupa. ;p

syahiraaghani berkata...

yeah! selamat berpuasa :)

hanjila berkata...

selamat berpuasa (:

Etong berkata...

salam ramadhan :)

Azura Mendezz berkata...

Selamat menyambut Ramadhan, Hans.. =)

faiz berkata...

selamat berpuasa dan lebih sempurna..

aiEz berkata...

hans,salam ramadhan...puasa jgn xpuasa...sama2 kita cari pahala lebih bulan puasa ni...;)

unknown girlz berkata...

Alhamdulilah, dah mula dah :)

selamat berpuasa juga.

e k i n . berkata...

Selamat berpuasa :)

Ezay Hadry berkata...

selamat berpuasa Hans

puanbee berkata...

selamat berpuasa hans hanis .. mana satu nama owner ni ? jwb di blog akk ye..

zEri sAfEerA berkata...

sekejap je rs dah puasa balik dah. apepun, selamat berpuasa :)

PenuliS berkata...

selamat berpuasa!=)

QueeN TerataI berkata...

Salam ramadhan... selamat berpuasa..

C.M.A @ CikMoonAdnan berkata...

selamat berpuasa dik...

roti_tisu berkata...

salam ramadhan~

afiqazizan berkata...

Salam ramadhan dan selamat berpuasa hans..(:

sergeant keroro berkata...

selamat berpuasa :)

laskar pelangi berkata...

selamat berpuasa hans:)

Mya berkata...

salam ramadhan =)