Khamis, 28 Julai 2011

Malaysia VS Singapura 28 Julai 2011 : Siapa Menang?

Aku rasa perasaan aku sekarang ibarat aku sedang menanti perlawanan akhir Piala Malaysia yang melibatkan Kedah dengan mana - mana pasukan sebab rasa teruja, gementar dan bersemangat tu sedang bersarang hebat dalam jiwa aku nih. Perang psikologi antara akhbar kedua - dua negara memang cukup hebat. Akhbar Malaysia merendah - rendahkan pasukan Singapura dan begitu juga dengan akhbar negara terbabit. Kadang - kadang nak tergelak pun ada dibuatnya sebab masing - masing tak nak kalah.




Perang penyokong pula nampaknya memang dimenangi oleh penyokong Malaysia lah jika diukur dari segi jumlah penonton yang berpuluh ribu itu tetapi tidak pasti jika tiba - tiba penyokong Singapura melebihi dari kadar yang ditetapkan gara - gara si Ulat Tiket yang lebih mementingkan wang. Apa - apapun, jangan lupa  saksikan Siaran Langsung Perlawanan Antara Malaysia Dan Singapura ini di RTM dan Astro Arena pada pukul 8.30 malam ini. Hanya yang terbaik dan kurang melakukan kesilapan akan menang dan aku berharap jika Malaysia menang perlawanan ini biarlah kemenangan itu berjaya membawa Malaysia ke pusingan berikutnya.


P/S : Semoga Berjaya Harimau Malaya! (^_^)Y



Keputusan Perlawanan

Malaysia 1 - 1 Singapura

(Singapura layak ke pusingan seterusnya dengan agregat 6 - 4)



12 Orang Yang Rajin Komen:

AfiekJibril berkata...

perghhh tak sabar!!!...cantik oh poster..

Ezay Hadry berkata...

gugur jantung dah ni nak tengok..
jangan sampai takde sore dah la semua esok..ekeke

visitme@FaTiN cOrNeR berkata...

abisla misai Singa Jadian kena cabut ngn Harimau..

PenuliS berkata...

im not a big fan of bolasepak tp tetap sokong msia dr jarak jauh.heeeeee!!Msia pasti boleh.

shera haifa berkata...

xsbr nk tngk

Azura Mendezz berkata...

Cik Mendezz pon teruja otw blk td tgk kete dh parking kiri kanan jalan kt area bukit jalil tu..
mcm2 jersi diaorg pakai..harap2 Malaysia menang..perfomance diaorg pon sgt2 membanggakan sejak akhir2 ni.. =)

http://azuramendezz.blogspot.com/2011/07/macam-xpecaye.html

iPai berkata...

kasi malaysia r menang !! heheh ..

yg itu eh .. utk banner free tuh cuba bro search abcdead.com ...

.:|kamaryeah|:. berkata...

semangat berkobar nie nk tgk~
semoga kejayaan berpihak pada #HarimauMalaya~

saiazuan berkata...

harimau lg kuat dr singa..yeahh!!!

Hanie_Dew berkata...

alamak..harimau kalah la wei.benci tgk singa tu.belakon je lebey.asyik asyik jatuh injured la konon.kuar padang terus leh bediri.penipu! benci benci benci...

Nurnajwa berkata...

Kalah dahhhh T.T

zEri sAfEerA berkata...

kalah tp xpe lah. diorang dah buat yg terbaek :)