Jumaat, 15 Julai 2011

Pengalaman Menonton Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang ceria - ceria selalu. Hah! Hari nih gua nak kongsi sikt lah pengalaman gua sebelum dan selepas menonton filem Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2 semalam. Hahhhhh! Kalau sesiapa yang tahu gua dari hari Selasa dah serang Big Cinemas sebab nak tempah tiket tapi sayangnya tak boleh. Gua pun tak faham sangat apa akak dekat kaunter tu cakap(padahal malas nak menaip). Hahahaha!


Klik Gambar Untuk Baca Review Filem Ini


Jadi, petang semalam tengah seronok gua berfacebook tiba - tiba member gua si Luqman yang sebelum nih pemurah sangat derma tiket Transformer 3D dia pada member gua tu sms gua tanya pasal gua dah tempah ker belum tiket Harry Potter. Gua usha surat khabar tak ada pula tayangan lewat malam atau lebih suka gua sebut sebagai midnight movie. Lepas tu saja gua usha - usha laman web Big Cinemas. Aik! Adalah pula tayangan pukul 12.15 tengah malam hari Khamis. Patutlah! Dalam surat khabar tu tunjuk tayangan untuk hari Rabu jer. Kehkehkehkeh!




Jadi, gua dengan member gua nih pun cuba lah tempah tiket secara online. Keyakinan dia sangat tinggi budget dia ada kad kredit. Alih - alih gua dengan dia serbu terus pergi Big Cinemas petang tu juga. Waktu tu tengok dekat senarai seat wayang tak ada lah ramai sangat. Tak payah beratur pun! Senang jer gua beli tiket! Hahahaha! Memandangkan member gua nih puasa dan dia teringin sangat nak belanja gua yang tak puasa nih maka gua redha dan tawakal jer lah. Hahahaha! Kami berdua makan dekat Restoran Kopi O Kampung kut tak silap gua. Biasa - biasa jer lah makanan dia. Boleh lah setakat nak makan kasi kenyang tu. Hehehe!




Lepas tu buat pertama kali gua singgah Masjid Al- Bukhari dekat Alor Setar nih. Selalu asyik melintas jer dekat depannya! Kena lah bahan kejap dengan member gua si Luqman tu tapi gua relaks jer. Gua cakap gua solat dekat masjid rumah gua jer lah sebab dekat dan memudahkan. Jadi dia diam! Hahahahaha! Boleh pula tersesat masuk dalam Universiti Antarabangsa Bukhari nasib jumpa juga jalan ke masjid. Wah! Cantik betul masjid tu! Rasa tenang jer gua bila menjejak kaki dekat situ(ayat diungkapkan seperti rumah gua di Kuala Lumpur). Hahaha!




Kemudian, balik lah rumah dulu dalam pukul 8 malam sementara nak tunggu pukul 12.15 tengah malam kan. Boleh pula malam tu hujan! Mak datoooo! Kalau bantai tidoq pun sedap juga nih! Hahahaha! Tetapi, demi Harry Potter punya pasal gua relaks jer. Gua tak makan nasi alang - alang dah makan char kuew teow tadi. Gua budget gua tengah berdiet lah kan! Alhamdulillah! Hebat lah gua tak makan nasi! Lepas tu gua bantai pergi kencing setiap 5 minit sebab gua tahu filem Harry Potter kali nih dalam 2 jam 5 minit waktu dia jadi gua tak mahu lah nak kencing dekat tandas panggung wayang. Tambah - tambah tengah malam buta pula. Serammm!! Hahahaha!




Member gua belanja pula gua minum air mineral dengan sandwich. Kongsi! Asal kau tak belanja jer aku tiket wayang! Dah alang - alangkan! Hahahaha! Penonton dalam panggung wayang malam tadi semua baik - baik dan cool! Tak ada pula yang jenis tak bertamadun! Alhamdulillah! Habis jer menonton tu member gua tanya nak makan tak? Memandangkan dia nak puasa esok takkan gua nak terus suruh dia hantar gua balik. Macam kejam pula kan! Jadi, gua teman lah dia pergi melantak roti dekat Kedai Nasi Kandar Nashmir. Yang lawaknya tu dia nak makan capati tapi dia boleh order Tosai. Gila! Hahaha!


 Gambar Hiasan


Memandangkan gua berdiet jadi gua hanya memesan roti nan cheese dekat mamak tu! Ambik kau! Diet jadah lah kan makan cheese pagi - pagi buta. Hahahahahaha! Minum pula nescafe ais waktu tengah sejuk sebab hujan! Aneh betul gua! Hahahaha! Selepas itu kami berdua pun pulang ke rumah. Member gua hantar ke rumah dan waktu gua keseorangan membuka pintu pagar tu tiba - tiba gua teringat satu karakter dalam filem Harry Potter yang macam hantu balan - balan yang terbang dekat angkasa tu. Jebon betul gua menakutkan diri sendiri. Hahahah!




Apa - apapun, tercapai juga niat member gua si Luqman nak tengok Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2. Terima kasih lah bermurah hati belanja gua. Lepas nih belanja lah lagi! Hahahaha! Okaylah! Setakat ini sahaja coretan gua yang ringkas lagi padat nih. Hahaha! Assalammualaikum dan salam sejahtera.

P/S : Ada Entry Review Harry Potter Yang Buat Gua Ketawa Besar Tadi! Sudah - Sudahlah Tu! Jangan Taksub Sangat Dengan Lambang - Lambang Tu! (^_^)Y

34 Orang Yang Rajin Komen:

ayie berkata...

eh dah kluar ek harry potter.. sabar.. isnin ni pergi tgok.. sbb isnin je cuti

QaRr JaliL berkata...

NAK TENGOK HARRRYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY!!

Far8 budak baik berkata...

hahahahaha hampeh ar...
tgk tak ajakkk..
baik gile kawan kau bagi tiket..
nak jugakkkkk..
kelaka je ayat kauu..
kecing pun nk cite =p
tapi mmg pun..
minum air byk sgt dlm wyg tu..
mmg kdg2 raca mcm ar ketandas..
mmg mengigil lah thn dalm tu..
hihi...pehhh lu solat kat masjid..hihi =)

Hans berkata...

ayie : dah kuar dah :-)

adik aku : Ahad nih kan..3 hari lagi..wekkkk :-P

Far8 : apa ko ingat muka aku nih malas ke masjid ker? aku calon menantu pilihan ko tau.. :-)

izzad b* berkata...

dietkatanyer....

Judiene berkata...

Cukup cukup la tu citer pasal Harry Potter.
Citer la pasal kucing ko ke, jiran sebelah umah ko ke, ape daa.
Tapi serius aku tergelak giler baca kisah diet ko.
Diet tapi melantak nan cheese tengah tengah malam.
Hahahaha!
Memang superb ah!

Hans berkata...

izzad : HAHAHAHAHAHA

judiene : hahahaha..jeles ler tewww...ekekkekke

QaRr JaliL berkata...

HAHAH...NAK TENGOK EN HARRY GAKKKK!!!

Hans berkata...

Adik Aku : hahahaha..tgok la puas2 Ahad nanti

saiazuan berkata...

yeah HP!!! :D

hanjila berkata...

bestnya en. hans tiap mggu pi tngok wyg, sy pun mau jg pi tp mmg tiada cinema di pulau ni. ok jg la ada review film tu...

Latifah berkata...

kamu ni memang rajin sungguh buat review filem kan.

jemput datang blog, urgent. hehe...

thanks ^_~

A'IM berkata...

pergh..ni betul2 tulis pengalaman ni..huhu

SyazwanSarawak berkata...

harap sempat booking nak tengok petang ni ><

faiz berkata...

yaa..cheese ialah salah satu makanan diet plg mantap..hehe

iKhRam berkata...

inilah kali pertama kau melihat alor star mall tu.. huhuhu

ღ p!nk veLvet ღ berkata...

kesimpulannyer best ke idak harry potter? hehe~~

Noriz berkata...

cepat aje Hans ni...
takde cite yg dia tak tengok ek...bagus betul la...
tpi masa akak 1st time tgok HP masa mula kuar dulu, terus tido dlm panggung...hahaha

pilotHans berkata...

so HP fans, but aku rase HP overated ...LOL...tak ngk lagi yg latest nie..tp yg b4 this ade ngk ade yg x ...hmm...fountain kt masjid tue mmg cantik..rasa nak terjun swim ajer..huhu

::FAIZ FARISH:: berkata...

tak minat tgk wayang... minat krete je

merahitujambu berkata...

tak tengok lagi....xmoh miss dr tgok..huk

norshila ibrahim berkata...

sat2..alor star mall tu bru lg ka?
awat x pnh p pun..hehe..
best x?ada pa lg kt situ erk?

nas berkata...

alor star mall
ko dok kedah kew?
hahha
ko ni sumer movie ko tengok eh?
hehhehehe
menarik2
aku nk tngok..tp kat laptop.. hahaa

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

apsal luqman tu baik sangat eyh??

dia single lagi tak??

hahaha

Hans berkata...

nas : tak lah...aku duduk dekat Belanda

GKSB : ar ar...dia pemurah dengan aku jer..dengan hang tak..kahakhkha..single lagi? awat? laki hang nak campak mana?

Aisyah Aina berkata...

bestnya asyik tengok wayang je...jeles :D

QaRr JaliL berkata...

NAK TGK HARRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRYYYYYY

Puteri Iqa Izyan berkata...

ohhh.. dah keluar cite ni ghupenye..

x penah lak tgk HP ni. haha

Hanie_Dew berkata...

weh hans, ko tau sebut balan-balan. tu name penanggal kalau kat Sabah..

nabilah_2908 berkata...

hahahha...gigih pergi toilet 5 minit sekali.... :P

plan nk tgk esk cite ni..tak sabo...dah la last... ;)

dieorg kecoh2 pasal simbol segi tiga tu eh....alahai..... ;)

Fadzmie Mohamad berkata...

Member perempuan aku nangis time tengok Harry Potter. Tak tahu apsal. Haha.

iPai berkata...

owh ini rupanya nasi kandar nasmir .. kawan aku kate dia selalu on9 kat sini .. uhuhuh

Dearie Pearls berkata...

kalau gua nengok midnight movie ni mau tertidur gua.

visitme@FaTiN cOrNeR berkata...

wehh..jelez kot dh tgk harry potter..

tiket free plak tu..