Khamis, 28 Julai 2011

Tiket Perlawanan Bola Sepak Malaysia VS Singapura Habis Dijual

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Esok bersamaan hari Khamis, 28 Julai 2011 adalah merupakan hari penentuan antara Malaysia dan Singapura pada perlawanan kedua untuk pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 yang sebelum ini menyaksikan pasukan Harimau Malaya tewas kepada pasukan Singa dengan 5-3.


 Harimau Malaya Yang Gagah


Apa yang menariknya kali ini ialah 85,000 tiket yang diperuntukkan kepada penyokong tempatan sudah habis dijual pada pagi tadi. Ramai penyokong tempatan merungut dan ada yang mempersoalkan kelogikan tiket habis dengan begitu cepat sekali dan ada juga yang menuduh ada ulat - ulat tiket yang memborong tiket perlawanan dengan jumlah yang banyak dan menjualnya kepada penyokong Singapura dengan harga yang berlipat kali ganda. Aku tak pasti adakah benar atau tidak tetapi esok kita lihat sendiri adakah jumlah penyokong Singapura yang diperuntukkan tiket sebanyak 2000 keping itu akan berjumlah 2000 orang atau lebih.


 Pertarungan Sengit Antara Harimau Dan Singa


Kadang - kadang aku kecewa juga dengan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang rambang mata kerana wang sehingga sanggup membuang semangat kebangsaan dalam diri. Semuanya kerana wang!! Apa - apapun aku mendoakan agar pasukan Malaysia memperoleh kemenangan pada perlawanan genting ini. Semoga berjaya pasukan Harimau Malaya. Kami semua mendoakan kejayaan anda semua!

P/S : Sentiasa Menyokong Pasukan Bola Sepak Negara Walau Apa Pun Keputusannya Esok! (^_^)Y


38 Orang Yang Rajin Komen:

AmirFX berkata...

Wahhh.. Nak jugak pergi lihat.. Tapi jauh sangat lah...

^baju kurung^ berkata...

go msia go!

eLLa berkata...

malaysia boleh...hehe

faiz berkata...

ramai semakin minat tgk Malaysia main...pasal ulat tu mmg ada..pekerja aku selalu tgk bola dkt stadium kata ulat ni benda biasa..dieorng borong byk tiket..

saya_arief berkata...

sekrang mood bola.
sudah tukar semua profile pic yang berkaitan kepada harimau malaya.
haha..sokong dari jauh.
:D

yazidy berkata...

aku tak minat bola.. :P tapi aku tetap sokong Harimau!!! :)

EG berkata...

tak sabar esok!

Mr feckry berkata...

cilakak..mana lu dapat poster lawa ni..

Syarafina Zaini berkata...

harimau o harimau.. :D

Asrul "iLham" Sany berkata...

seb baek aku minat red warriors je

;D

muhamad hanif berkata...

aku tengok kat tivi sudah.

HAHAHAHAH

iPai berkata...

kalau malaysia menang esok, best gila !!!!

laskar pelangi berkata...

tengok harimau dapat kalahkan singa ke tak..heee

[sutera kasih] berkata...

ada masuk berita tadi huhu

salemaziz berkata...

ambil kesempatan. tipikal la. haha :D
semoga malaysia menang. :D

Ezay Hadry berkata...

betul2..sokong walaupun cmne keputusan..jangan mase menang je sokong

shera haifa berkata...

buat penyokong yang tak dapat ticket tu tengok kat rumah pun dikira menyokong juga.. jadi laa macam aku

adan berkata...

semoga malaysia menang...! semangat malaya...

|arieza| berkata...

auwmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm~

GaRy™ berkata...

gomo Malaysia gomo!!!! XD

afiqazizan berkata...

bagi yang tak dapat beli tiket tu..tengok kat tv pun ok ape..ape-ape pun malaysia boleh!!!

iKhRam berkata...

dengan wang
semua benda boleh terjadi..

FaizalSulaiman berkata...

sokong skuad negara!!!!

wida berkata...

semoga berjaya skuad harimau!

FasiHaH SupiaN berkata...

biarkan harimau itu mengaum!!

merahitujambu berkata...

pergghhh..poster terbaik kot..moga ada rezeki malaysia kan..amin..amin

SyazwanSarawak berkata...

poster cun gila :)

Aina berkata...

perghh terbaik punyer poster.moga kemenangan milik el tigre

nazira berkata...

Ye.. Semoga malaysia menang malam ni..

http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

apik pehe berkata...

itu la..kat mudah.my tu banyak giler tiket..

QueeN TerataI berkata...

ye.. betul tue.. tetap sokong Pasukan Malaysia walau keputusan tidak memihak kpd kita mlm nie. Ape2 pun Queen doakan semoga kita menang besar mlm..

Bersama duduk dibangku stadium menyaksikan perlawanan pd mlm nie.. TAk sabar!! hehehehehe

d_tieah berkata...

85k tiket habis woo.. Cayalah rakyat Malaysia.. Yang ulat2 tu aku no komen lah.. Tengoklah malam ni..

BRO_MONDAY berkata...

miss hans hanis : haii!!!! ai datam dari blog miss tieah...adess...betul, semangat patriotik bermacam-macam haluan ada...ada kiri ada kanan...apa pun harapan rakyat MALAYSIA, harimau malaya pasti bangkit!!!

yatie Awang berkata...

InsyaAllah, malaysia boleh,

kakak tengok kat rumah je

C.M.A @ CikMoonAdnan berkata...

hmmm tengok kat umah lagi best... leh golek2..leh mkn2.. leh minum2..

apa2 pown... tetap sokong malaysia wlpun apa jua yg berlaku mlm ni... kalah atau menang..

FARAH IZWANI RAMLI berkata...

harimau mengaum!
singa meng ape ek. haha

Amna.Qadeeja berkata...

gua rse menonton di rumah beralaskan kerusi empuk lg seronok drp berpusu2 ke stadium kehkehkeh..

gd luck harimau malaya ! :)

Amna.Qadeeja berkata...

gua rse menonton di rumah beralaskan kerusi empuk lg seronok drp berpusu2 ke stadium kehkehkeh..

gd luck harimau malaya ! :)