Ahad, 3 Julai 2011

We Care : Mai Pakat Bantu



Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Hari ini gua terdetik hati nak buat entry ini khas pada sesiapa yang berkemampuan untuk membantu Puan Norma dan keluarganya yang memerlukan bantuan untuk membiayai perbelanjaan perubatan Puan Norma yang menghidap penyakit kanser. Untuk maklumat lanjut boleh KLIK SINI. Gua mendapat info ini pun daripada Entry Gadis Kampung Separa Bandar dan korang boleh lah klik untuk mengetahui lebih lanjut tentang masalah yang melanda pihak terlibat.

Gua bersetuju bahawa blogger mempunyai pengaruh yang sangat besar kepada masyarakat dan apalah salahnya kita sama-sama sebarkan tentang hal ini dan mana lah tahu jika ada manusia yang berkemampuan untuk membantu akan terbaca dan secara tidak langsung akan tergerak hati untuk menolong Puan Norma dan keluarga yang memerlukannya. Jadi, gua pun dengan sukacitanya ingin mengajak korang semua jika sudi buat lah entry tentang ini dan insyaallah mungkin ia akan membantu meringankan beban Puan Norma dan keluarganya jika diizinkan Allah.

P/S : Harap - Harap Ada Dermawan Yang Sudi Membantu Puan Norma Sekeluarga! Amin!

27 Orang Yang Rajin Komen:

wida berkata...

kesiannya..
moga dengan cara ni, ada org yg membantu

Ronaldmohoni berkata...

jom pakat derma. sikit-sikit pun takpeh.

Aisyah Aina berkata...

kesiannya...
tu la...harap2 ramai yang sudi bantu :)

Lelaki Ini berkata...

kesinnya!
adeyh2!

Papa Mifz berkata...

murni sungguh usaha bro menyebar kan berita ini untuk membantu insan yg memerlukan...keep it up bro..

J.Syazwana berkata...

insyaallah ada yang sudi bantu. aminnnn.

Suhami Ahmad berkata...

Izinkan atok share kisah ni =)

Bui Idzra Ryn berkata...

insyallah,ramai yg akan membantu..

Merliza berkata...

semoga ini (walau hanya komentar) bisa turut meringankan beban berat tersebut :(

Bella Bell berkata...

ada gak baca kisah ni kat beberapa blog.. sama2 la kita menghulurkan bantuan dan juga doa :)

apik pehe berkata...

ehmmm..amalan yg sangat mulia..kiter manusia ni kena saling membantu

Asrul "iLham" Sany berkata...

semoga keluarga ni cepat sembuh...

thanks for the info, ngah cari orang yg selayaknya menerima bantuan ni

;D

Aemy Shamy berkata...

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..hrp ada org dpt bantu, klu sy mampu insyaAllah sy akan bantu jg. Hope she'll be fine...
You're doing a good job here..

yatie Awang berkata...

InsyaAllah...harap ada yg tampil membantu

FasiHaH SupiaN berkata...

betul tu hans, suara blogger ni kalau bersatu, besar impaknya. hans pun kau jangan lupa derma sekali.hehehe

NuSaNa NoSa 91 berkata...

sedih gak baca cite dia kat blog encik ben smlm.. semoga dia cepat sembuh.. T_T

sLpmEpLz™ berkata...

doakan yg terbaik utk beliau :0

sLpmEpLz™ berkata...

owh ye, pinjam nama hans utk entri http://slpmeplz.blogspot.com/2011/07/contest-seo-aku-seorang-blogger.html

visitme@FaTiN cOrNeR berkata...

kesian..

insyallah ada yg membantu..semoga dipermudahkan jalan..

iKhRam berkata...

semoga naseb cik Normah dpt diringankan dgn pengaruh blog ini, insyaallah..

thanx Tun Hans..

Darkbatman berkata...

dh bce td kat blog nisa kay.. hopefully ramai yg ringankan tangan. :D

Cik Domo berkata...

amin..

[sutera kasih] berkata...

semoga beliau sekeluarga tabah menghadapi dugaan itu..dan dipermudahkan segala urusan..amin

bunga berkata...

semoga ramai yang membantu..:)

RedVixen berkata...

jom tolong! share2!

Nurnajwa berkata...

Kesian dia T^T

Hope sgt rmai yg tlg & dia dpt sembuh.

blog-tips-kurus berkata...

semoga usaha murni ini diberkati..