Rabu, 24 Ogos 2011

Biskut Arab

Gambar Hiasan - Wajah Biskut Arab


Bahan - Bahannya :-

500 gram tepung gandum
250 gram minyak sapi
250 gram gula kastor


Cara - Caranya :-

1) Campurkan tepung gandum dengan minyak sapi.
2) Kemudian gaul kedua - dua bahan itu sehingga sebati.
3) Apabila sudah sebati ambil sedikit adunan tersebut dan bentukkan menjadi bulat seperti guli.
4) Kemudian, golekkan di atas gula kastor dan masukkan di dalam paper cup berwarna hitam supaya gula yang melekat tadi tidak berselerak sewaktu dibakar.

P/S : Saya menyarankan anda menggunakan paper cup berwarna hitam adalah bertujuan untuk menyerlahkan warna biskut arab tersebut yang berwarna putih kekuningan.


Inilah Paper Cup Yang Saya Maksudkan Tadi!


5) Selepas itu bakar di dalam ketuhar diantara 12 minit hingga 15 minit.
6) Bakar dengan suhu di antara 150 darjah celcius hingga 180 darjah celcius bergantung kepada kuantiti biskut arab yang anda bakar.
7) Selepas biskut sudah masak maka anda boleh sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam balang.


Maklumat Tambahan :-

1) Biskut ini sangat mudah dan bahan - bahannya pun tak banyak! Ada 3 jenis bahan jer pun! Kadang - kadang ada orang hiaskan biskut ini dengan ceri merah atau hijau untuk naikkan seri biskut nih!

2) Berkenaan menggolekkan biskut ini dengan gula pula saya tidak pasti kerana ada yang menggunakan gula halus dan ada yang menggunakan gula kastor. Macam saya buat tadi saya golekkan biskut tu dengan gula kastor sebelum dibakar. Hasilnya bagus! Alhamdulillah!

3) Berkenaan waktu dan suhu bakar tu anda kena pandai kawal dan agak! Macam saya buat tadi tu di dalam lingkungan seperti cara - cara di atas. Saya bakar biskut arab nih menggunakan api atas dan bawah.

Jadi, selamat mencuba! Senang jer nak buat! Tak susah pun dan yang paling penting sangat jimat daripada membeli! Hehehehe! Assalammualaikum!

34 Orang Yang Rajin Komen:

cik dila berkata...

Tu dia chef hans dah turun dapuuuqqq...hehe

Ezay Hadry berkata...

camne rupe bile siap tu..tak pernah makan biskut arab ni, atau ada name lainkah :P

Hans berkata...

cik dila : chef apanya? hahaha...buat biskut pun terkial - kial lagi den nih hah... :-)

Ezay : Ya Allah..rupa biskut tu aku letak gambar besar gedabak tu apa? aiya...macam itu la rupanya..cuma gambar tu dia tak masukkan dalam paper cup :-)

ezzaty berkata...

fuyooo..nak ckit :D

Hans berkata...

ezzaty : mai rumah :-)

^^nu[dd]yra^^ berkata...

itu dier....ketuk2 aidilfitri bsama chef hans ;)

ayu jazari berkata...

yeay nk bwat esok..kite tgh kumpul resepi yg simple2 nih..

KhAiReDzAiMy berkata...

Perh.. Chef hans buat kueh raya.. Sedap ke???
kalo sedap leh jual.. Hu.. Hu...

Hans berkata...

nuddyra : ketuk2 ramadhan ekk? kehkehkeh

ayu : selamat mencuba :-)

khaire : xmampu lagi nak buat jual2 nih... :-)

www.dunialandax.com berkata...

ni biskut feberet mak aku ni..huhu..aku tak minat..
reti kau turun dapur ye hans?HAHA..

hidayahjamal berkata...

fuhh, nmpak sedap.

cornflakes buatx?

Cik NurulZaty berkata...

saya panggil kuih ni..kuih crystall ball..cuma beza tmbah hazel nut je kat dalam....hehe

syahiraaghani berkata...

ohh ingatkan roti arab. muahahhaa

Shamsuddin Amin berkata...

thanks chef hans... ^^

CintaZulaikha berkata...

manis tak raanya..mksd akak, manis sgt tak??

FaizalSulaiman berkata...

hidangan yang akan aku buru di rumah kawan2 kalau datang beraya.hehehe

AfiekJibril berkata...

wah chef Hans..

yatie Awang berkata...

wahhh!!!! Hans bagi resepi pulak

iKhRam berkata...

memnag sgt ringkas, ringkas dan sgt ringkas.. tp saya tak minat!! jeng jeng jeng...

wida berkata...

laa hans tunjuklah gmbr kuih tu yg dah siap masak

QueeN TerataI berkata...

senang dan sedap! tiap2 tahun mesti buat kuih ni punya

Odah + One = OdahOne berkata...

biskut arab pun ada ek...ada tak biskut melayu???

akoo pae berkata...

macam pau dah akoo tgk.keh3

faiz berkata...

letakla gmbr yg dah siap baru terliur tgk...

C.M.A @ CikMoonAdnan berkata...

huh... ni biskut fetver akak nie.. kalo dah jumpa kuih ni...sebalang pon akak bleh habiskan sorg2... hehe

Anif Abdullah| AA berkata...

xde inti eh..hehe..

yangbaik berkata...

weh... rajin nye...buat biskut arab tak yah pi arab ker...

visitme@FaTiN cOrNeR berkata...

first time ak tgk kuih nie..

tudia bila chef berbicara..

myra yusreena berkata...

huehuehue..pndainyee dye wt kuehh..da x backout eh inick hans?? haha

cart kartika berkata...

eh biskut ni kte panggil biskut telur unta taw ^^best sgt.

Hanie_Dew berkata...

ni la biskut paling senang nak buat kan.

shera haifa berkata...

sedap biskut nie,, tp tahun nie xbuat laa.. nk p makan umh kau laa.. makan bnyk2 nti nk mintak wak balik skali..

afiqazizan berkata...

dah lama tak makan biskut arab..bile dah taw senang nak buat..rasa macam nak buat la pasni.

maisarah sarah berkata...

mmg kna pda masanya hans.tgh menggodek2 dashboard nmpk lak resepi ni.mmg tgh mncri.huhuhu