1) Jika tidak mampu membeli tepung gandum janganlah berani menjanjikan sebuku roti pada seseorang.
2) Jangan sesekali berkata sesuatu perkara itu mudah jika anda tidak pernah melakukannya.
3) Segagah mana pun lelaki itu pastinya wajah mereka cuak apabila berhadapan dengan serangga bernama Charlie.
4) Jangan salahkan longkang yang tersumbat jika diri sendiri tidak memahami apa fungsi tong sampah yang ada di depan mata.
5) Jangan mengulangi kesilapan lampau anda semasa zaman kanak - kanak yang percaya pada iklan permainan di televisyen dimana setiap permainannya boleh bergerak, berlari, terbang dan menghias diri sedang kan hakikatnya tidak.
6) Makanan yang diminati dan menjadi sebutan ramai peminatnya selalunya tidak sihat untuk badan dan kesihatan kita.
7) Apalah yang nak dibanggakan dengan kamera mahal dan canggih jika hasil gambar yang diambil sama sahaja dengan kamera murah.
8) Jangan mengeluh rumah bersepah jika diri hanya sekadar menjadi pemerhati.
9) Hentikan niat anda untuk kurus atau langsing jika setiap masa mulut anda sentiasa mengunyah makanan tanpa henti.
10) Selesaikan masalah seperti cara CSI dan bukannya seperti cara sinetron Indonesia jika anda tidak mahu dibebani tekanan melampau pada masa akan datang.

P/S : Nantikan Edisi Seterusnya! (^_^)Y

20 Orang Yang Rajin Komen:
hahaha baca part atas bunyi mcm real,masuk bawah terus lain hahaaha
Wan : hehehe...lain ke? tapi setiap ayat ada maksudnya walau nampak cam merepek sikit..ekekekeke :-)
wah sentap habis baca ni.haha
paling suka nombor 3 dan 10.mmg musuk qolbu.
Fatin : hahaha...den pun sentap baca entri sendiri..camner tu? hahaha
ha,a memang ada maksud yg mendalam cuma dengan gaya yg kelakar haha
Wan : hehehe...kalau kelakar kira okay la tu..dah tgok part 1 n 2? hehehe
Already Vote 4 ur blog (http://socialmediaweek)..Vote mind back..
http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=1
Wanhazel.blogspt.com.
Tengs.
haha.. hans da jd pakar bahasa ke??
terbaek!
da ley ganti pka HAMKA ni hans...=D
wan hazel : thanks
cinta siswi : haha..mana ada pakar bahasa :-)
eyqa : HAMKA tu hebat..saya nih manusia kerdil :-)
pergh.. terasa.. okbai
yang nombor sepuluh tu saya ketawa. kalau macam sinteron, asyik zoom in muka jela...pastu bersambung. tak selesai. kehkehkeh.
alamak!! no 9 tu aku selalu buat..muahahaha..
no 3 tu lawak!hehe..
terbaiklahhhh! confirm BM A1 ni zaman SPM dulu.hikhikhik :)

best2 la...nanti boleh pinjam tak..heee.. :)
.:: Bersyukurlah Manusia..! ::.
mmg berhikmah :O hikhik
haha,, no 9.. hati kata xnak mulut kata nak.. jadi mengunyah laa apa lg
charlie..apertu?
suke2..hehe
Catat Ulasan