Rabu, 22 Februari 2012

Mulut Lahar

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Tengok tajuk nampak macam kontroversi jer kan? Hahaha! Sebenarnya gua tertarik untak berkongsi pandangan gua tentang perihal mulut lahar atau boleh juga disama ertikan dengan beberapa perkataan lain seperti 'Mulut Tak Ada Insurans' atau pun 'Mulut Puaka' atau pun 'Mulut Hazabedah' selepas gua terbaca beberapa artikel yang menempelak tentang gaya dan sikap dua pengacara kanak - kanak di dalam sebuah rancangan televisyen yang tidak membenarkan penontonnya tidur lagi sebelum menonton rancangan tersebut. Kehkehkehkeh!


Tengok Muka Pun Rasa Macam Nak Bagi Penampar Kan? Hahaha! - Sumber Gambar


Gua sebenarnya sudah lama tidak berminat untuk menonton rancangan tersebut kerana menonton iklan promosi di televisyen sahaja sudah membuatkan gua terasa jelak dan gua sangat bersetuju apabila ramai penonton dan masyarakat di luar sana yang menyarankan agar isi kandungan dan pengacaranya supaya dirombak dan diubah serta merta dan biarkan sahaja orang dewasa yang mengacarakan rancangan berkonsep sebegitu. Memang benar dunia sekarang ini lebih terbuka berbanding dahulu tetapi adalah salah jika anda berfikir bahawa terlalu terbuka itu adalah amat bagus kerana bukan semua perkara yang boleh disesuaikan dengan teori tersebut. Jika konsep tersebut diletakkan pada perkara yang salah maka padah lah jadinya dan buktinya telah pun terbentang di hadapan mata selepas menonton rancangan tersebut.


Mulut Laser - Sumber Gambar Disini


Berkenaan isu ini pula apabila kelihatan rancangan ini seolah - olah mengeksploitasikan kanak - kanak tersebut untuk bertanyakan tentang perihal hidup orang dewasa yang sangat sensitif dan langsung tidak sesuai pada peringkat usia mereka dan ini sememangnya langkah - langkah yang bakal menghancurkan hidup kanak - kanak tersebut dan sangat memberi kesan negatif pada kanak - kanak lain yang menonton. Memang gua percaya semua itu adalah berdasarkan skrip yang telah pun disediakan dan cuma dibacakan kembali sahaja oleh kanak - kanak tersebut namun bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika dari kecil lagi sudah dididik dengan gaya yang langsung tidak berbudi bahasa atau lebih tepat lagi ialah biadap maka tidak mustahil jika sikap tersebut akan terbawa - bawa sehingga ke dewasa dan kemungkinan besar akan menjadi lebih teruk daripada apa yang kita boleh bayangkan jika kanak - kanak itu sendiri tidak pandai untuk mengawal perkara yang sebelum ini baginya tiada apa - apa dan sekadar usikan biasa.




Bagi gua memang tak salah untuk kanak - kanak menjadi pengacara tetapi biar lah untuk rancangan yang berfaedah serta sesuai dengan peringkat usia dan secara tidak langsung membantu proses pembesaran mereka ke arah yang lebih positif dan bukannya dengan rancangan - rancangan yang lebih menjurus kepada dunia gosip artis yang tiada apa - apa manfaat langsung pun untuk diri mereka. Hal ini juga memberi kesan negatif pada kanak - kanak lain yang mungkin secara tidak langsung menjadikan kanak - kanak itu sebagai salah satu rujukan mereka untuk berjaya. Jadi, apa gunanya kempen - kempen sebelum ini yang menggalakkan rakyat Malaysia supaya berbudi bahasa(walaupun gua rasa kempen tersebut langsung tak berjaya) jika sudah terang dan nyata bahawa rancangan tersebut langsung tidak mengaplikasikan apa yang dipanggil sebagai Budi Bahasa Budaya Kita. Sekian!


Zaman Dahulu :-

Makcik Kiah : Kau tahu Senah! Anak Pak Mat si Jenab tu!

Makcik Senah : Kenapa dengan Jenab tu si Kiah woi?

Makcik Kiah : Semalam kena tangkap basah!

Budak Kecil : Hah? Kak Jenab tu kena tangkap basah ker makcik Kiah?

Makcik Kiah : Yang kau nih jangan menyampuk! Pergi balik! Aku cili mulut kau karang!

Makcik Senah : Entah! Kecik - kecik dah pandai nak sibuk hal orang tua! Nanti aku tampar mulut tu baru tahu!


Zaman Sekarang :-

Makcik Kiah : Kau tahu Senah! Anak Pak Mat si Jenab tu!

Makcik Senah : Kenapa dengan Jenab tu si Kiah woi?

Makcik Kiah : Semalam kena tangkap basah!

Budak Kecil : Hah? Kak Jenab tu kena tangkap basah ker makcik Kiah?

Makcik Kiah : Iyerr! Kak Jenab tu kena tangkap basah! Nanti kau bagitahu mak kau!

Makcik Senah : Ish ish ish! Apa kau nih Kiah mengajar bebudak tu benda - benda macam nih! Hah! Kau pergi balik! Jangan menyibuk orang tua bersembang!



Zaman Akan Datang :-

Budak Kecil : Makcik Kiah! Makcik Senah! Nak tau tak! Saya ada kisah panas nih!

Makcik Senah : Kisah panas? Kisah apa?

Makcik Kiah : Ialah! Kisah apa? Kongsi dengan kami!

Budak Kecil : Semalam nih! Kak Jenab anak Pak Mat tu kena tangkap basah!

Makcik Kiah : Ish ish ish! Tak sangka makcik teruk perangai anak Pak Mat tu!

Makcik Senah : Kau tahu berita apa lagi? Kongsi dengan kami dua!


P/S : Nampak Tak Apa Perbezaan Antara Ketiga - Tiga Dialog Di Atas? (^_^)Y 


35 Orang Yang Rajin Komen:

Nazri Hanafiah berkata...

Memang advance betul budak kecik tu..hahahaha...

siti murni berkata...

hahaha...zaman dah berubah...

Hans berkata...

Nazri : Terlebih Advance :-)

Siti Murni : Zaman memang sentiasa berubah tetapi jangan lah diubah nilai - nilai yang baik hanya kononnya atas nama kemodenan :-)

ArulchelseA berkata...

kih kih kih..mcm2 hal..

Qarr Jalil berkata...

aku takut la..lagi2 ttg rancangan jgn tidur lagi 2...tak ssuai utk bdk2 tnye soalan cmtu.

Seteguk Ayor berkata...

ntah~ bahaye kot..tak baguih n xpatut la dorang masukkan bdk2 n suruh tny soaln cmtu~ish ish~ sedih dengan dunie hiburan nih~

ishiko berkata...

kesian budak zaman akan dtg ..
x gosip psl upin ipin dah

Brown girl berkata...

memang ada orang tua yang ajak budak budak mengumpat -__-

Izzat Aziz berkata...

aku jarang tengok tv sekarang, tak tahu plak ada camni..haha

laskar pelangi berkata...

tersangatlah setuju!bebudak tak wajar nak mengacarakan program tu.kalau diajar dari kecik bersikap camtu.dah besar nanti,lg teruk la industri tu nanti.kena bg pengajaran yg elok utk anak2..bukannya bercerita tentang perkara yang tak patut mereka persoalkan ^__^


anyway,header dan background blog hans dah berubah lah!transformasi yea.dah lama tak singgah sini.tersangatlahhhhhh kepelangian..cantik cantik!ceria gitu :))

burnkelana berkata...

budak2 belajar dari pengalaman mereka.. jika persekitaran mereka adalah dgn org2 yg negetif.. pasti itulah yg berlaku..

Cik Nur berkata...

memang ramai yg jelak dgn rncagan tu..elok nya di hentikan je...

Edy Fee berkata...

bila bace terus terbyang gaye 'KAK ROCK' mgacra.gaahahah

anamizu kaito berkata...

aku pon meluat nengok budak2 tu dieksploitasi cam gitu.. harap tua saja si pengacara yg tua tu..ciskekkk betol =P






luv,
cik ana

beckhrooy berkata...

budaya berubah mengikut masa, haha

Muhammad Saiazuan Norhalik berkata...

ok bru aku tau mulut lahar tu apa..haha

wanie_mn berkata...

pnh tgk satu iklan rncgn tu, gaya budak2 tu tny artis yg lbh tua pun mcm poyo semacam. adoi, tak sesuai leer..

pajong pemalas!!! berkata...

setuju sgt...zaman mmbawa revolusi yg brbeza dan kdang skar dterima mnda tp knyataan adalah sgalanya..haha..
segalanya boleh bibendung dengan AGAMA..agama apa? AGAMA ISLAM..

Daddylicious berkata...

haha...mulut lahar mmg kiut bunyinya...

Aina berkata...

sekali tengok, tercuit juga dengan keletah anak kecil berdua tu.bila berkali2 tengok, banyak negatifnya:(

.........cP~ berkata...

Memang pun. Saya pun rasa semua ni ekploitasi kanak-kanak. Diorang merosakkan budak-budak yang sepatutnya suci dan bersih. Kalau tulis surat kepada pihak penerbitan, agak-agak dia nak dengar ke? Tapi, yang sekarang ni macam ulang tayangan je.

Hans berkata...

Arul : memang macam - macam hal :-)

Qarr : tu la pasal..memang tak sesuai langsung

Seteguk Ayor : Memang sangat menyedihkan

Ishiko : sekarang era Boboiboy plak la :-)

Brown Girl : yups..sebab itu tercipta 3 dialog mengikut era tu..haha

Izzat : tengok youtube pun boleh :-)

Laskar Pelangi : betul tu..hehe..memang niat nak bagi blog nampak ceria

Burn Kelana : sebab itu hal macam nih tak patutnya berlaku

Cik Nur : ramai juga suruh dihentikan tapi kalau nak kekalkan baik rombak semua sekali :-)

Edy Fee : kak rock tu dah tua...hahaha

Anamizu : hahaha..tahu xper

Beckhrooy : harap budaya yang baik tu haruslah dikekalkan selagi boleh

Saiazuan : ko baru tahu ke? adess

Wanie : haha..tengok promo iklan pun dah rasa tak gemar dah

Pajong : betul tu

Daddylicious : bunyi kiut tapi sinis tu...hehe

Aina : memang negatif lagi banyak dari positif

cP : tak lah..yang baru - baru tayang nih semua musim baru punya

faridah nazurah berkata...

kadang2 aku rasa macam nak bagi pelempang kiri kanan je kat budak2 tu.. hampeh! yg dok kat studio tu pun kemain lagi tergelak terbahak masa budak tu cot cett..

X Lupa Dot Com berkata...

haha..x bleh blah...

C.M.A @ CikMoonAdnan berkata...

rasa mcm tau je program rancangan apa tu.. haha...

sebab xbape berkenan gak.. xsesuai laa bebudak jd pengacara rcgn tu.. huhu

Sarah Jafar berkata...

nice name Hans.. bdw, cute belog

::FAIZ:: berkata...

Doakan dia dpt hidayah. so InsyaAllah kita dpt pahala. Dan dia Beroleh kebaikan dgn Izin Allah.

ANISA berkata...

mendalam cara penyampaian tapi berkesan bg pendapat saya la..

best entry ni...pedoman utk semua

cinta siswi berkata...

haha.. kenyataan.. dunia da maju.. ^^

Eera Shera berkata...

best la dialog tu..betul sgt..budak2 menyampuk pun rasa nk lempang, ni kn pulak yg jd radio gosip..tu la yg akn jd masa akan dtg

Miss Purple Ungu berkata...

budak kecik yg terlampau advance :)

sha my heart berkata...

dulu tengok jugak cerita tu tapi sekarang ni sejak budak2 tu ada, malas nak layan. kurang ajar je rasa budak2 tu wpn baca skrip tapi tak sesuai la..

suzie rahman berkata...

perkongsian yg bermanfaat :)

Marina berkata...

sekarang budak kecik pon dah pandai me'report' ...

Kasih Andaman berkata...

macam-macam dah sekarang. kesian budak-budak tu, nak sekolah tu dik, tidurlah awal