Wednesday, November 11, 2009

Teruk Sangat Ker Iklan P1WIMAX Tu??


Dengar khabarnya sekarang, berikutan aduan yang diterima daripada beberapa orang rakyat yang kononnya prihatin membuatkan kerajaan terpaksa masuk campur dalam hal ini berikutan penggunaan perkataan POTONG berulang kali yang khabarnya seperti mempersendakan istilah BERKHATAN.

Penulis mengakui penggunaan perkataan POTONG yang terlalu banyak dalam iklan nih membuatkan penulis berasa sangat 'ANNOYING' juga dengan iklan nih. Tetapi, rasa - rasanya masing - masing tahu tujuan asal pengiklan nih bukannya untuk mempersendakan perkataan BERKHATAN itu tetapi terang - terangan mengajak pengguna internet agar beralih selera daripada Streamyx kepada P1WIMAX.

Penulis berpandangan lebih wajar rasanya jika pengadu yang kononnya prihatin ini agar mengadu atau mempersoalkan tentang iklan yang wajib diadu seperti iklan MINUMAN KUAT TENAGA, PRODUK MENGURUSKAN BADAN, TUALA WANITA atau sebagainya yang lebih berbaur kelucahan dan lebih merosakkan pemikiran kanak - kanak.

Sebagai contoh : -

Iklan Pertama

Iklan yang menunjukkan seorang lelaki yang baru bangun pagi dengan wajah yang murung dan menuju kebilik air. Tiba - tiba dia terpandangan seorang lelaki di luar yang sedang menggerudi tar jalan. Lelaki itu menunjukkan lengan yang kononnya kuat sambil menunjukkan tin minuman itu.

Iklan Kedua

Seorang lelaki asyik terpandangkan gambar - gambar mudanya bersama isteri di dalam album. Tiba - tiba datang seorang anaknya dari belakang dan berkata JANGAN LUPA BERUS GIGI SEBELUM TIDUR. Ayahnya pun memandangan jam di dinding yang baru menunjukkan pukul 10 malam beserta hari Khamis.

Iklan Ketiga

Seorang lelaki baru pulang dari kerja dan isterinya berkata SAYA DI ATAS BANG. Kemudian lampu rumah terus terpadam.

Iklan Keempat

Iklan memejalkan payudara bagi wanita siap dengan nama yang pelik - pelik seperti MONTOX dan siap dengan imej dari kecil kepada besar. Kadang - kadang penulis terfikir teruk sangat ker wanita dekat Malaysia nih sampai perlu iklan - iklan sebegini bersepah di televisyen ataupun surat khabar.

Iklan Kelima

Peraduan Kira Bilangan Panties anjuran sebuah produk tuala wanita. Dah macam tak ada benda lain lagi ker yang boleh dikira?

Kesimpulannya, pengadu - pengadu ini mungkin terlepas pandang tentang iklan - iklan ini atau mungkin saja - saja buat tidak tahu kerana kononnya iklan ini tidak ada apa - apa kesan atau hanya sebagai bahan lucu masing - masing. Rasa - rasanya iklan P1WIMAX taklah seteruk mana.

P/S : Iklan Sekarang Lebih Kepada Daya Tarikan Seksual Daripada Kreativiti

Tuesday, November 10, 2009

Kasih Sayang Terhadap Kawan - Kawan Melalui Perkataan

Ada orang menunjukkan kasih sayang mereka kepada kawan baik mereka dengan memanggil kawan mereka sendiri "Babi" , "Puki" , "Setan" , "Sial", "Najis". Aku bukan tak faham golongan macam ni, tapi aku tak boleh get along dengan orang macam ni. Aku bahagia sebab kau orang bukan kawan aku.(khakihaku.blogspot.com , 2009)

Penulis sangat tertarik pada entry blogger di atas. Maaf jika penulis terus menyalin semula semua ayat - ayatnya tanpa ada sedikit pun suntingan. Kadang - kadang penulis terfikir ada betulnya juga kata - kata di atas. Perlukah rakan sendiri disamakan dengan perkataan - perkataan seperti itu?

Mungkin kadang - kadang kita semua sudah terbiasa dengan budaya panggilan seperti ini(penulis juga tidak terkecuali). Mungkin juga kadang - kadang kita tidak sedar kerana hal ini bagaikan normal kerana masing - masing melakukan perkara yang yang sama. Mungkin juga masing - masing tidak menegur menjadikan perkara yang salah pun dianggap betul.

Rakan - rakan penulis(termasuk juga penulis) rasa - rasanya sentiasa melakukan perkara ini dan rasa - rasanya kita semua mungkin boleh berubah paling tidak sedikit demi sedikit. Insyaallah kita semua boleh!

P/S : Sama - Sama Berusaha!

Monday, November 9, 2009

Review Film = Pisau Cukur....Memang Cukur Habis...Best!!


Owh My Gucci!Owh My Prada! Itulah antara ungkapan yang cukup menghiburkan dari filem Pisau Cukur(Siapa Tak Nak Hidup Senang?) yang dibintangi oleh pelakon yang cukup hebat dan berbakat besar Nur Fazura, Maya Karin, Aaron Aziz, Shahredza Minhat, Eizlan Yusof, Liyana Jasmay..(sekadar menyebut beberapa nama).

Filem Arahan Bernard Chauly ini mengisahkan tentang Bella(Maya Karin) dan Intan(Fazura) yang pergi bercuti di atas kapal mewah Putri Duyung dengan harapan untuk mendampingi lelaki – lelaki kaya selepas Bella tewas dalam pertandingan Siapa Mahu Kahwin Jutawan. Di atas kapal itu, Bella telah berjumpa dengan Datuk Hisham(Eizlan Yusof) dan cuba mendampinginya dengan mempergunakan seorang jejaka kacak, Faqir(Shahredza Minhat) untuk mencapai impian itu. Faqir sebenarnya sukakan Bella dan cuba memikat Bella walaupun dia sedar Bella hanya mahukan lelaki kaya sahaja.

Intan pula yang bertugas sebagai pengacara sebuah rancangan jenayah pula mempunyai seorang sugar daddy iaitu Datuk Salleh(Radhi Khalid) yang sudah berkahwin tetapi tidak ikut serta bersama mereka belayar di atas kapal mewah itu kerana terpaksa menjaga isterinya yang koma selepas membuat sedutan lemak untuk kelihatan lebih cantik.

Kebetulan ketika pelayaran, mereka bertemu dengan Datuk Zakaria yang datang belayar bersama tiga isterinya(Khatijah Tan, Umie Aida dan Shafirah Sofia) serta dua anaknya Suri(Liyana Jasmay) dan Johan(Nas-T). Dalam percutian ini, Datuk Zakaria ditemui mati disyaki termakan jeruk yang mempunyai racun tikus. Jadi, seorang detektif, Ari(Aaron Aziz) yang menyiasat misteri pembunuhan Datuk Zakaria ini mencabar Intan(Fazura) agar membuktikan bahawa beliau boleh membantunya mencari siapakah pembunuh Datuk Zakaria dan bukannya hanya bersandarkan pada wajah yang cantik sahaja.

Bagi penulis, filem ini sangat – sangat menghiburkan dari mula hingga akhirnya. Lakonan dan keletah yang gedik dari Fazura terutamanya sangat menjadi dan langsung tidak nampak di buat – buat. Serta ayat – ayat yang diungkapkan seperti “Oh, My Dior”, “Owh My LV” dan lain – lain lagi tidak mustahil akan menjadi ikutan selepas ini. Lakonan dari pelakon baru iaitu Shahredza Minhat juga sangat bagus dan meyakinkan penulis. Pelakon – pelakon lain juga sangat bagus dalam setiap watak dan situasi yang mereka lakonkan.

Sinematografi filem ini yang boleh dikatakan keseluruhannya berlandaskan 'Green Screen' agak bagus dan tidak mengecewakan. Setiap plot cerita di susun dengan kemas dan penulis tidaklah pening kepala untuk memahami cerita ini. Dan teka teki tentang siapakah yang membunuh Datuk Zakaria membuatkan filem ini sangat menarik. Tahniah untuk pengarah filem ini iaitu Bernard Chauly.

Penulis beri 4 Setengah Bintang Dari Skala 5.

P/S : Tunggu Filem 2012...

Friday, November 6, 2009

Berehat Seketika

Mungkin Mengambil Masa Untuk Menulis Entry Baru Kerana Penulis Betul - Betul Mahu Berehat....
Selamat Bercuti Kepada Semua Rakan - Rakan Penulis....
P/S : Akan Datang Dengan Entry Yang Mungkin Melankolik Atau Lucu Selepas Ini...

Sunday, November 1, 2009

(^_^)Y

SAYA SUDAH BERJAYA MENGHARUNGI SEGALA SUKA DUKA, JERIT PERIH & DUGAAN SEPANJANG 3 TAHUN INI.........SANGAT GEMBIRA SEKARANG.......SAYA SUDAH GRAD....

Friday, October 23, 2009

Bersalah & Bersuka Ria

Penulis merasa sangat bersalah pada seorang rakan penulis iaitu si Deja Rozalez dan perasaan ini turut dikongsi oleh seorang lagi rakan penulis iaitu si Geena Moralez pada PGL(Pra Graduan Lunch) minggu lepas. Kami berdua sangat terkejut dan agak kesal tetapi kami berdua juga tidak menyalahkan diri masing – masing seratus peratus kerana kami juga beranggapan ini semua kerana faktor keadaan dan masalah komunikasi masing – masing.

Kami berdua sangat – sangat teruja untuk bertemu dan bergambar sesama sendiri pada hari itu dan juga telah menyimpan satu tempat duduk khas untuk si Deja Moralez tetapi kami terkejut apabila beliau memberitahu kami yang beliau berada di tempat lain. Pada permulaannya, PGL ini dilaporkan akan diadakan di sebuah hotel dan kemudian dilaporkan diubah kepada Hotel Seri Malaysia dan akhirnya lokasi sebenar ialah Dewan Seri Negeri Melaka(info diperoleh melalui cakap – cakap mulut sahaja). Penulis dan rakan penulis si Geena Moralez pula sangat – sangat terlupa untuk memaklumkan perubahan lokasi itu kepada teman kami ini kerana masing – masing mendapat info yang agak lewat.

Jadi, teman penulis si Deja Rozalez yang dihantar oleh bapanya ke lokasi yang salah ini dengan bergaya sekali dengan potongan rambut baru dan baju yang cantik terpaksa pulang menaiki bas dengan perasaan yang kecewa bercampur sedih dan marah kerana situasi ini. Kami berdua pun tidak mampu berkata apa – apa lagi selain meminta maaf walaupun kami tahu benda ini memang agak menyakitkan hati dan kami juga sedar jika kami berdua berada di tempat beliau pun mungkin perkara yang sama juga kami akan lakukan.

Bertuahnya kami kerana si Deja Roralez ini akhirnya memahami perkara ini dan kami sangat – sangat bersyukur dan berterima kasih kepada beliau kerana mengerti situasi yang kami sedang hadapi. Alhamdulillah.

Penulis juga mengucapkan ribuan maaf kepada teman penulis juga iaitu Ali Jowo kerana memberitahu di saat – saat akhir tentang pemergian penulis ke Majlis PGL itu dengan sahabat lain iaitu Jue Marcela dan bukan bersama beliau dan si Joel Shendi. Jangan berkecil hati yer korang.

Pada pertengahan minggu ini, selepas dikejutkan dengan insiden yang memeningkan kepala dan banyak membazirkan masa penulis akhirnya dapat juga penulis menyiapkan assignment bersama Mun Carla dan melepaskan lelah di badan dengan berlibur di luar sana bersama teman – teman penulis iaitu si Joel Shendi dan si Ali Jowo.

Menjamu selera di Pit Stop pada waktu malam adalah pengalaman pertama penulis kerana sebelum ini selalunya di waktu petang saja. Berjumpa pula dengan jiran sebelah di sana. Makan dengan lahapnya. Nikmatnya cheese dan chocolate shake. Nikmat!! Tetapi, lebih nikmat jika keluar bersama orang tersayang dengan suasana sebegitu rupa. Bila agaknya?

Kemudian menikmati pemandangan bandaraya Melaka dengan Eyes On Malaysia. Apa yang penulis mahu katakana melainkan kebosanan kerana kurangnya pemandangan menarik di sini. Penulis cuma nak merasai pengalaman sahaja sementelah masih belajar di Melaka ini. Kemudian, penulis menjadi orang gila hingga sanggup berbaring di bahagian rumput untuk mengambil gambar – gambar rakan penulis ini. Coolllll!!!Penulis suka buat benda yang kadang – kadang gila tetapi yang penting penulis memang suka buat tanpa perlu dipaksa. Sebagai kenangan, penulis yang memang pengumpul key-chain ini membeli sebuah key-chain sebagai tanda kenangan.

Sekali lagi cita – cita penulis untuk bermain bowling di MITC berjaya dikabulkan pada malam itu. Tempatnya sangat mengujakan dan meriah cuma bola bowling sedikit berminyak. Tetapi, itu tidak mematahkan semangat penulis untuk memberikan tentangan sengit kepada mereka dan akhirnya penulis Berjaya mendapat tempat ke-2 dari 3 peserta. Hahahaha. Ali! Kau bukan tandinganku. Kahkahkahkah(gelak riak).

Kemudian, kami yang sudah kepenatan pergi menjamu selera di kedai berdekatan Alor Gajah. Pengalaman hari ini bermula dengan insiden yang memeningkan kepala hingga kepada aksi menghiburkan diri sangat mengujakan dan penuh bermakna. Moga kegembiraan pada malam hari seperti ini akan datang lagi menjengah kehidupan penulis di masa akan datang.

P/S : Seronok Jadi Student. Semua Benda Yang Berbayar Mesti Ada Diskaun Dengan Adanya Kad Pelajar.

P/S Khas : Wahai Joel & Jowo…..Bila Nak Masak Ayam Pansuh Nih…Tolong Tunjukkan Demo Dengan Segera Sebab Kehidupan Di Melaka Bakal Berakhir Dalam Beberapa Hari Sahaja Lagi. Mari Pergi Cari Buluh Cepat!!!!


Monday, October 19, 2009

Papadom Memang Macam Papadom...Sedap!

Yeah, Penulis sangat sibuk dengan jamuan makan , makan dan makan pada minggu ini selepas dua hari penat di booth Buletin Utama sempena Ekspo Media di Dataran Keris Alor Gajah minggu lepas sehingga kulit penulis yang memang sedia 'cerah' ini menjadi lebih 'cerah' daripada biasa.

Alhamdulillah, berkat broadband salah seorang sahabat baik saya iaitu Yatie Luciana @ Daydek maka dapatlah saya mengepost entry baru kali ini. Penulis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat penulis iaitu Erna Teteye dan Anis kerana sudi mengambil penulis untuk mengketedarah segala jenis makanan sempena Open House Uitm Khas Untuk Budak - Budak NR.

Disini juga penulis sangat - sangat mengucapkan jutaan terima kasih kepada salah seorang lagi sahabat baik penulis iaitu Jue Marcela kerana sudi menggerakkan tisu - tisu badan anda untuk sama - sama menyertai penulis dan rakan - rakan lain seperti Yatie Luciana, Atul Lucas dan Khaider Vendura untuk menonton filem hebat Malaysia tahun ini iaitu Papadom. Sebelum tu Trimas pada Dato Khaider Vendura kerana membelanja kami semua A&W. Trimas!!



Filem ini mengisahkan mengenai Saadom yang mempunyai seorang anak perempuan, Mia dan kematian seorang isteri(Khiriah). Beliau bermula dari bawah dalam perniagaan Nasi Kandar Saadom bersama isterinya hinggalah akhirnya restoran beliau dikenali ramai dan berpuluh - puluh cawangan dibuka sehingga menyebabkan beliau terlalu sibuk dan seolah - olah tidak mempedulikan anak perempuanya.

Kematian isterinya akibat kemalangan juga menyebabkan beliau berasa bersalah dan sejak dari itu beliau sangat - sangat mengambil berat tentang anak perempuan Mia lakonan Liyana Jasmay. Walaupun anaknya sudah meningkat remaja tetapi beliau masih melayan Mia seakan - akan Mia masih lagi kanak - kanak. Disini pelbagai konflik serta adegan lucu sentiasa berselang - seli hingga membuatkan penulis langsung tidak mengantuk serta sentiasa bergelak ketawa.

Filem ini juga tidak memaksa penulis untuk ketawa kerana dengan sendirinya kita akan ketawa kerana kelucuannya dan mesej juga sangat hebat. Kepada bapa - bapa diluar sana, diharap lihatlah filem ini dan bukannya penulis mahu anda membiarkan anak anda bebas tetapi dalam waktu yang sama biarlah anak anda belajar membuat keputusan sendiri kerana apabila anak - anak anda mengalami kesedihan atau kegagalan, itu adalah salah satu pengalaman yang mereka perlu rasa kerana pengalaman itu tidak boleh dibeli melainkan dirasai.

Dan kepada anak - anak yang sedang membaca blog penulis ini, apabila anda sudah diberikan kebebasan maka hargailah perkara ini dan pandai - pandailah memilih kawan dan mengatur kehidupan anda. Jangan lalai dengan kegembiraan duniawi saja.

Apa - apapun tahniah kepada Afdlin Shauki kerana filem ini sangat hebat bagi penulis dari segi isi, jalan cerita dan segala - galanya dan tahniah juga kepada pelakon - pelakon yang terlibat dalam cerita ini terutama Que Haidar, Khiriah, Liyana Jasmay, Farid Kamil dan juga Afdlin sendiri kerana lakonan anda sangat - sangat hidup. Penulis berharap Afdlin kembali dengan filem yang lebih hebat selepas ini ataupun tidak setaraf dengan filem Papadom.

Papadom sangat best. 5 bintang!!

P/S : Tunggu Film Pisau Cukur Lakonan Fazura.