Sabtu, 5 Disember 2009

Ambil RM50 Nih Nak!!!


Gambar Diperoleh Dari Kosmo Ini Hanyalah Hiasan Semata - Mata

Kisah kanak - kanak kini kembali lagi. Bersempena cuti - cuti sekolah nih maka aku pun sangat suka bernostalgia. Kisah bermula sewaktu aku bersekolah di darjah 6. Lepas habis sekolah, aku pergi kedai makan menaiki basikal untuk membeli nasi sebelum aku pergi mengaji Al - Quran. Waktu tengah menunggu makanan aku siap, tiba - tiba datang seorang pakcik nih mendekati aku. Dengan jubah putih, berkopiah putih dan berjanggut putih(cuma kulit dia jer tak berapa nak putih) jadi aku rasa dia nih macam tok imam tok bilal tok siak la. Senang cakap macam orang masjidlah.

Dia meminta kebenaran untuk duduk di meja itu. Aku mengiyakan sahajalah. Lepas tu, dia mula bertanya tentang diriku. Sekolah mana? Darjah berapa? Tinggal mana? Adik beradik berapa orang? Macam - macamlah. Aku pula apa aku rasa aku nak jawab aku jawab jer lah. Risau juga dengan orang tua nih. Buatnya dia nih ada penyakit apa yang suka kanak - kanak tu? Fidofilia? Apa - apalah. Aku mula rimas bila tiba - tiba dia berceramah pasal Nasrani lah Yahudi lah. Aku dah lah lapar dia bercerita pula dekat aku macam - macam. Aku mengiyakan jer hanya untuk menjaga hati dia.

Tiba - tiba dia mengeluarkan not RM50 dan menyuruh aku mengambil sebagai hadiah. Waktu tu dunia kanak - kanak agak famous dengan Digimon Battle lah kereta lumba yang pasang siap tu lah...kiranya aku rasa sedikit terpengaruhlah mahu ambil duit itu. Tiba - tiba wajah mak muncul seperti dalam filem Dunia Baru The Movie apabila Khatijah Tan muncul sewaktu anaknya di dalam jel. Mak aku pesan jangan ambil barang dari orang yang kita tak kenal. Jadi, aku pun menolak secara baik walaupun dipaksa berkali - kali oleh pakcik tua tu.

Lepas tu, dia memasukkan kembali not RM50 tu dalam poket dan mengeluarkan RM5 sekeping pula. Sekali lagi dia mendesak aku agar terima dan aku sudah malas mahu tolak menolak lalu aku ambil jer lah dan mengucapkan terima kasih. Lepas tu aku pun pulang ke rumah dengan basikal. Aku yang dari sihat nih tiba - tiba rasa letih gila - gila. Basikal yang aku kayuh tu seolah - olah seperti aku sedang menekan brek sewaktu mengayuh. Lepas tu tiba - tiba aku terasa seolah - olah pakcik tua tadi sedang ketawa berdekah - dekah. Aku rasa sedikit takut. Selalunya sekejap jer sampai rumah tetapi hari itu sampai berpeluh - peluh aku. Makanan yang aku beli pun aku tak selera nak makan.

Aku rasa sangat tak sedap hati. Takut dengan tidak semena - mena. Susah nak gambarkan perasaan tu. Aku pergi ke kelas agama dekat sekolah. Sampai dekat sana, aku mengadu dekat Ustazah aku yang aku rasa seolah - olah kurang sihat. Tiba - tiba aku rasa pening, badan aku panas dan nak duduk pun rasa macam tak selesa. Senang cakap apa yang aku buat aku tak rasa selesa atau suka. Sampai satu tahap tiba - tiba aku menangis kesakitan dan ketakutan kerana aku ternampak bayang pakcik itu dekat pintu kelas dengan ketawa seperti jin sambil mengancam mahu membunuhku.

Akhirnya, aku menceritakan segala - galanya pada Ustazah dan menyerahkan duit RM5 itu kepadanya. Sewaktu Ustazah memegang duit itu dan tiba - tiba dia terlepas. Dia beristifar beberapa kali dan menyuruh rakan - rakanku mengambilkan air kosong. Dibacanya doa - doa tertentu dan disuruh aku minum. Aku tiba - tiba kembali segar dan ceria seolah - olah tidak ada apa yang berlaku. Ustazah berkata aku mungkin dipukau kerana dia pun rasa aneh dan letih selepas menyentuh duit RM5 itu. Hari itu, aku sedikit terkenal di kalangan budak - budak kelas agama akibat kes yang penuh misteri itu.

Persoalan pertama, kenapakah si tua berjanggut itu mahu memukau aku? Adakah kerana kecomelan aku sewaktu kecil membuatkan beliau mahu memukau aku dan menjual aku sebagai buruh kanak - kanak?

Persoalan kedua, kenapa si tua tidak memaksa aku mengambil RM50? Kalau tidak aku dah boleh beli mainan selepas itu. Hahaha.

Persoalan ketiga, rakan - rakan aku juga ada berjumpa si tua itu di masjid dan dia suka memberi gula - gula tetapi mereka tidak mahu ambil. Adakah mereka juga takut menjadi seperti aku?

Apa - apapun nasib ada Ustazah. Kalau tidak tak tahulah apa jadi.

P/S : Aku Rasa Mahu Pukau Balik Si Tua Itu. Haha.

P/S Lagi : Sorry Tak Sempat Singgah Blog Korang. Aku Tengah Siapkan Contest Lord Zara Nih. 1st Time Aku Join Contest Dekat Blog. Haha

28 Orang Yang Rajin Komen:

7 taman langit berkata...

salam sejahtera..makcih yach..dach komen di blogku...^^V

7 taman langit berkata...

salam sejahtera...minnasan ogenki desuka??watashi wa 7 taman langit desu...douishimashite V0o comen in my blog

[z@ck] berkata...

gila la..
santau guna duit..
sapa yg x suka duit kn..
=)

YobSumo berkata...

betul, aku rasa kecomelan kau membatasi segala norma norma kehidupan.


p/s: Zara ada buat contest ye. hehe tak tgk lagi.

iyllienaz berkata...

fuh..mesti masa tu ko comel gile sbb dye nk santau ko..pastu culik..jual kat oversea..ke nk amek ogan dalaman ke..pastu cacatkan ko, soh ko mintak sedekah..Alhamdulillah ada ustazah tu n xjadi apa2 kat ko..klo x, mesti blog ni xwujud kan..

penaberkala berkata...

haha,ala2 cite nenek kebayan
main pukau2 plak ue pak cik tua tuh
nasib baik ko ok kn?
seb baik ak tak pernah kena lagi,
mintak2 jauh la

eKyN berkata...

ush..lempang je org tue tu haaha
bio tcabut gigi
err aah la ek..comel sgt ke ko smpai die nk pukau ko tu??


haha[still thinking nih!]

aku nk belaju gak ah santau menyantau ni..

seroja jingga berkata...

itu bukan pukau..mungkin jugak mandrem..ehhe..cam same je kan..!

memang season bebudak blogger masuk contest ni..agak agaklah kan..kalu aku buat contest..ade ke orang nak masuk nih??

Mr.Clive berkata...

duit duit sapa nak duit??? :P

Brahim Nyior berkata...

Salam Hans,

Kisah ni saling tak ubah drama 'scene' Shamsiah, Nenek Kebaya dalam TV3 yang dimasuki kuasa jahat Antan Sari. Dia cuba gula-gulakan cucu tirinya dengan makanan, tapi gagal kerana cucu tirinya dapat melihat secara telus hidangan tersebut; berulat dan kotor.

Saya yakin unsur-unsur sebegini memang wujud dalam kalangan mereka yang mengamalkan sihir.

P/s: Isnin ni, drama Nenek Kebaya episod akhir, cubalah tonton. Menarik apabila drama terbitan Suhan Movies ini memaparkan pertentangan antara kuasa jahat dan baik.

Banyak juga mesej keagamaan yang boleh dikutip..

hans berkata...

7 Taman Langit : uish..ekau orang jepun ker indonesia ker malaysia nih?

Zack : adess..aku suka tapi aku xnak amik pun..terpaksa jer tu

Yobsumo : haha..comel kut aku..haha..yups...zara ada buat..aku dah join dah

Iylienaz : kalau tak sah korang semua rindu aku kan?haha

Ekyn : hahaha..tak payah thinking..iakan jer..uish..syirik2..jgn belajar

Penaberkala : itu pukau teruk punya..aku lain sikit..sebab aku baik kut masa tu..haha

Mr Clive : Saya...Saya...Saya..haha

Seroja Jingga : kalau buat den nak masuk la kak..sila2..haha

Brahim Nyior : hahaha..saya selalu kut tgok crita tu..isnin ni last episode..xsabar nak tgok apa Inang Sari buat dekat Intan Sari

chokio_nia berkata...

aku bace pon rase plek..apsal ko dipilih ntok dipukau??die salah trime info kot..lam kate len salah budak..haha

nabilah berkata...

bnyk tengOk cite ngarut ar ko nie..

hans berkata...

chokio_nia : kan aku dah gtau sebab2 dia..aku kan comel..haha

nabilah : dah memang skrg banyak crita mengarut..aku tgok jer lah..haha

LORD ZARA 札拉 berkata...

Nak duit!!

nak!!

hahaha~

Anak Rashid Kacak berkata...

aku igtkan dia jelmaan jin nak sesatkan ank. hahaha.

pakcik kordi berkata...

uiks...pakcik tu pehal ek?klu nk pukau,pukau la artis ke,ape ke...pukau bdk kevik apa barang k waks?

rugi tk amik rm50!kah kah kha!!!

hans berkata...

zara : sila biarkan diri anda dipukau oleh pakcik tu..haha

piqah : hahaha...gila cuak kalau dia jin

pakcik kordi : hahaa..itula pasal..

GhOsToNe berkata...

adoyai!

biar betoi???

diew idup lagi ke ewei???

hehehe...

yela..

mane la tau diew nk bg duit kat ak jugak kew...

ak amik jewk!

cik haA ™ berkata...

ish3..
ebat pakcik 2...
tlon usha pakcik 2 tuk ak..
hahahaha~!

Kuwe berkata...

byk pula persoalan engkau.

persoalan aku saja.

kemudian mana pergi duit itu?ko taruk frame kah.

aminah berkata...

sebb tu kn dgr pesan mak..jgn mek gula3 or ape je dr org xknl..nsb xkn liwat..ahaha..apekah?/

hans berkata...

Ghostone : kau memang..kena sekali baru ko tau..haha

Cik Haa : hahaha..xnak2

Kuwe : owh,lupa lak nak gtau..duit tu ustazah aku bagi dkt sorang budak dalam kelas aku...dia beli burger ker sedekah dkt masjid ntah

Aminah : ish,aku masih selamat dari perkara2 laknatullah tu

omarkhayam berkata...

scary k...psaiko giler pak cik putih tu

Dak Wan berkata...

Errr..... ni citer sedey ke citer seram?

hans berkata...

Omar Khayam : tahu xper...risau kut aku time tu

Dak Wan : Nih Citer Psycho..haha

Lina berkata...

tapi apa motif dia yer... selalunya klu orang nak pukau sebab nak culik ke atau nak merompak ke kan tapi ini tak buat apa2 pun... alhamdulillah tak ada apa2 yg buruk terjadi kat hans dulu

hans berkata...

Lina : itulah..motif dia den tak tahu