Ahad, 6 Disember 2009

Review Film : My Spy Karya Paling Lucu Afdlin Shauki


Filem genre komedi arahan Afdlin Shauki ini menampilkan dua pelakon yang memang terkenal dengan aksi lucu mereka iaitu AC Mizal dan Harun Salim Bachik. Pelakon – pelakon lain yang turut membintangi filem yang di klasifikasikan PG13 ialah Adlin Aman Ramlie, Redzuan Hashim, Carmen Soo, Daphne Iking, Maria Farida dan ramai lagi.

Filem My Spy ini menceritakan kisah dua penyiasat peribadi iaitu AJ(lakonan AC Mizal) serta Salleh(lakonan Harun Salim Bachik) yang saling benci membenci dalam menyelesaikan sesuatu kes yang besar. AJ seorang muda yang aktif dan kuat tetapi buta warna manakala Salleh pula merupakan bekas polis yang telah bersara dan cuba menjual produk ciptaannya kepada polis. Mereka selalu di beri amaran oleh Supt. Adnan(lakonan Adlin Aman Ramlie) supaya tidak mencampuri urusan polis dan meminta mereka pergi bercuti di Pulau Langkawi.

Walaupun mereka berdua(AJ dan Salleh) saling benci membenci tetapi sebagai penyiasat peribadi akhirnya mereka terpaksa bekerjasama untuk menyelesaikan satu kes besar yang membabitkan hal rumah tangga antara Datin(Maria Farida) dengan Datuk O(Redzuan Hashim). Datin mahukan mereka mencari bukti yang menunjukkan Datuk O curang bagi mendapat harta yang lebih dalam proses menuntut harta Datuk O. Tanpa disedari mereka, Datuk O telah terbabit dalam satu kes besar yang membabitkan sindiket pencurian koleksi seni yang bernilai RM40 juta pada pamerannya di Galeria Seni di Pulau Langkawi dan mereka telah terbabit dalam hal yang tidak disangka mereka ini. Pelbagai situasi yang lucu berlaku sewaktu proses mencari bukti – bukti kecurangan Dato O ini dan anda semua haruslah menontonnya di pawagam berdekatan anda.

Filem yang berdurasi sekitar 90 minit ini sangat menggeletek hati penulis dari permulaan cerita sehingga akhir cerita. Betul seperti mana kata pengarah filem ini, Afdlin Shauki,”Papadom adalah Papadom. My Spy adalah My Spy”. Afdlin berkata, beliau membuat filem ini mengikut otaknya yang gila – gila. Bagi penulis, filem ini memang menggilakan penulis sebab tahap lucunya adalah sangat tinggi.

Filem ini sangat lucu dengan dialog – dialog yang kelihatan spontan dan kelakar yang dilontarkan oleh AC dan Harun Salim Bachik serta pelakon – pelakon lain seperti Adlin dan Mamat Khalid yang bercakap loghat Perak dalam satu adegan yang seolah – olah memerli Sharifah Amani yang pernah berkata “Saya Kelihatan Bodoh Jika Bercakap Bahasa Melayu”(penulis telah menterjemah percakapan beliau kepada bahasa melayu). Cubaan menggunakan komedi yang bersifatkan homosexual juga sangat menarik seperti adegan di dalam bilik freezer. Sumpah sangat lucu.

Gambar lukisan di dalam filem ini juga membuatkan penulis ketawa besar. Gambar terung sahaja tetapi nilainya RM40 juta dan menjadi impian ramai hartawan untuk memilikinya. Hahaha!

Hasil kerja pihak KRU yang memasukkan kesan khas kepada barang – barang penyiasat seperti beg dan kereta yang digunakan oleh Harun Salleh Bachik juga menimbulkan unsur humor yang sangat bagus. Bayangkan suara kereta dan beg itu seakan – akan suara lelaki yang lembut dan sopan yang sangat mengambil berat tentang Harun Salleh Bachik. Sangat menghiburkan dan setiap penonton ketawa terbahak – bahak di dalam wayang.

Penulis rasa promosi dari filem ini seakan – akan suam – suam kuku dan seharusnya pihak Celcom lebih giat lagi mempromosikan filem My Spy kepada penonton. Jadi, penulis beranggapan filem My Spy adalah karya Afdlin yang paling lucu setakat ini dan penulis menyeru semua rakyat Malaysia agar pergilah menonton filem My Spy di pawagam – pawagam berhampiran dengan anda. Penulis pasti anda tidak akan kecewa dan keluar dengan senyum yang melebar selepas menonton filem ini.

Tahniah kepada semua tenaga kerja filem ini dan pujian seharusnya diberi kepada Ac Mizal dan Harun Salim Bachik kerana mereka menghidupkan hampir keseluruhan filem ini dengan kelucuan mereka.

Jika skalanya 5 bintang, penulis memberi filem ini 5 bintang.

Jika skalanya 10 bintang, penulis memberi file mini 9.5 bintang.

P/S : Berbaloi – Baloi Dengan My Spy.

Peringatan : Aku Dah Tengok Lah Film Nih. Kalau Tak Macam Mana Nak Buat Review. Korang Nih....Haha!

Peringatan Lagi : Korang Kena Tengok Sendiri Nak Tahu Lucu Ker Tak. Apa Aku Boleh Cakap, Buat Pertama Kali Aku Gelak Kuat Gila Dalam Wayang. Jadi, Bagi Aku Film Ini Memang Luculah....

Lagi - Lagi Pesanan : ......................(tinggal kosong nanti senang nak isi lagi...haha)

80 Orang Yang Rajin Komen:

Boneka tak sakit berkata...

adik aku tgk dia kata pown lawak gila!! tu arrr aku tunggu raya je lah hahaha tu pown kalau ada nafas

~** PROFFY **~ berkata...

tak sabar nak tgk crita nih la..

afiqnhashim. berkata...

aku tengok eklan macam tak best.
tapi hang kata bes, aku mcm nak p tgk gak la! haha

h.a.n berkata...

perlu tgk perlu tgk
karya dr afdlin shauki

mier@merr berkata...

erk...macam best...harus tonton inih :)

belanja aku!! ekeke

hans berkata...

Boneka : serius memang lawak weih..wajib tayang dan tgok

Proffy : sila pergi lihat skrg

Afiq : best weh...serius..cikdo menari dangdut pun xselucu filem nih

H.A.N : yups..perlu tgok sendiri baru leh buat penilaian

Mier@Meer : haha..duit simpan nak tgok movie lain plak

Cik Cookie berkata...

memang kn laa ngn tagline Celcome

Arief Arf berkata...

cite ni dah kuar kat wayang ke belum?

Budak Kuning berkata...

Filem afdlin shauki mmg best.. bagus cite lawak2 sempoi camni sbb boleh mereleasekan tekanan keje..esok confirm aku monteng keje utk 2 jam hahaha

FaizalSulaiman berkata...

arghhhh...siuttt aku nak pi tgk citer ni bro.ahahaha.Afdlin mang best.

p/s--)Tunggu citer thriller dia tahun depan. "Jalan Lama" ataupun bak kata afdlin "lord-of-the-ring-with-tight-budget".

hehehe

hans berkata...

Cik Cookie : ar ar..kena dgn tagline dia

Arief Arf : hang mamai ka apa?dah keluar lah tu..dari khamis ari tu lagi..kalau tak macam mana aku buat review..aiyak..arief2...

Budak Kuning : haha..hati2..jgn kantoi sudah

Faizal Sulaiman : xsilap movie tu dia dgn hans isacc ke?ada2 dia cakap macam lotr tapi budget rendah..haha

[z@ck] berkata...

ang da p tgok ka..
ish..x aci toi..

FaizalSulaiman berkata...

http://seindahduniakita.blogspot.com/2009/10/ku-tunggu.html

aku de wat cover story sket pasal citer tu.do enjoy reading bro:-)

ChePah berkata...

oh harus ajak adik2 p tgk nih!
review mcm menarik minat hoho :)

chah~ berkata...

aku nk tgk. AKU NAK TENGOK!! (sepanduk besar punye..) tp negeri ak tinggal skang ni xde cinema beb... haishhh.. hahha

meo spy berkata...

wah... arap2 die tk mcm cite cicakman2 yg lawa gile... tp pelakon gediks2 mcm ayam kentaki

pakcik kordi berkata...

nk tgk!hans tgk tk ajk!

hans berkata...

Zack : hahaha..tadi petang aku pi tgok

Faizal Sulaiman : ok..if I have more time..I'll comment this entry

Che Pah : dah memang best citer nih..sila bawa satu keluarga..haha

Chah : xder wayang?kelantan ke terengganu?

Meo Spy : haha..jgn risau..filem nih tak ada Fasha Sandha

Pakcik Kordi : ajak pun bukan pakcik nak ikut..pakcik asyik lebihkan gabriel je..haha

alvin takda rumah harga 8juta story.... berkata...

betul kah lawak??aku harap sgt perut aku pecah tgk filem ni nanti..

Iszaham berkata...

@hans kaki wayang gan movie blogger bai. cam2 la. Gila, GI joe nmpk poor sgt effect dia despite the high budget. cam time mula nk gi markas Joes, Baroness fly sequences gan storm shadow, scarlet motor sequences, etc.

tg0k special effect smallville/heroes/lost, nmpk smart lagi.

hans berkata...

Alvin : aku rasa kalau ko makan banyak2 mesti perut ko pecah waktu tgok film nih..best2...aku gelak kuat kut dalam wayang..takpernah2 aku gelak macam tu..haha

Iszaham : haha..tahu xper...ada juga la effect dia yg sempoi tapi ada yg nampak macam animation sangat

e-zul Iswhat berkata...

aku tgk wayang ikut gerak hati.

dan hati aku kata

"apakata kita tunggu vcd"

huhu

Farhana berkata...

Erk.. Cara pmberian bintang tu agak pelik tapi mmg mnarik hatiku utk nengok.. Huhu.. ;p

~dasat gak wat review filem kamu ni.. trtariksss.. haha..

hans berkata...

Farhana : hahaha...ialah..kalau 10 tu banyak..5 sikit..so kena lebih cerewet..haha..sila menonton..sokonglah karya tempatan

Ezul Iswhat : adess...tunggu vcd tak bestlah...

Redz da Tsar berkata...

Terbaik.. Boleh la aku layan pasni.. Duk India nie sepatah citer Malysia pun tak tau...

eLLa berkata...

huhu..
nak tengok gak..
cm bezz jer..

Iszaham berkata...

@hans kedah gak laa.. area bndr baharu.

dua2 guna.. satu tuk movie blogger.. yg 1 lg gn bila2 tag aku laa..

with mean, dua2 active. cuma yg K.A.M.I blogger masa2 moment jer.
hahaha

b'balik pada GI Joe, byk sgt CGI jadi cam Cicak-man 2. Tu yg nmpk x m'narik sgt tu..

hans berkata...

Redz Da Tsar : eh, ko dkt india ke?study?medic?

Ella : memang best....

Iszaham : owh,aku penah duduk sana 2 bulan..dekat dgn kulim and bagai serai kan?haha..waktu aku duduk apa2pun takdak..

ar ar...nampak benda tu memang computer punya kerja...itula pasal...tapi okay jugalah crita tu..macam crita Final Destination 4..lagilah..effect terlebih sudah

Hanida Lavida berkata...

aku tak baca sebab panjang sangat.
hehe.. tapi mesti kau copy dari mana mana review kan? macam 2012 tu? :P

anyway, aku rasa nak tengok cerita ni :)

LORD ZARA 札拉 berkata...

hehehe~
memang best woo~
tapi aku tak nak kata berbaloi2~
sebab aku pengguna Maxis~
hehehe~

Rara berkata...

ehh,dh kuar wayang ke? haha..giler mg ak xtau pkmbgan smase.. :D

el berkata...

kalo dah harunsalim bachik yg lakon of kos lah sure gempak babun pya lawak..kahhhhh
den nk tgk beach boy pun x pi lg ni..huhuhu

tengku_fir21 berkata...

kelihatan amat seronok

Solehah berkata...

wah han..ko menggoda aku untuk pi tengok la..aku suka la filem yg ada kaitan ngan aflin ni.

Anak Rashid Kacak berkata...

td aku p giant kulim.
tadak cta my spy. (T-T)
yg ada santau, avatar n lagi 2 filem (x igt). haish.

hans berkata...

Hanida Lavida : eh, apa plak..semua review film aku buat sendiri..yg 2012 punya review pun aku wat sendiri..cuma sinopsis film 2012 jer aku ambil dari sumber2 sebab masa tu aku belum tgok..wah,tuduhan berat nih...mencemar imej aku

Lord Zara : owh,aku guna dua2..haha

Rara : hahaha..dah lama kut...dari khamis ari tu

El : pi lah tgok..lawak giler

Tengku_Fir21 : memang seronok

Solehah : haha..sila2 lihat...

Piqah : ang merepek apa oit..santau khamis ni baru start..avatar tu dua minggu lagi kut

Hanida Lavida berkata...

alamak..
hans marah ke pasal comment tu?
hee!
oke i know u suka buat review filem.
aku je pemalas..

hans berkata...

Hanida Lavida : xmarah tapi kecil hati...itu jer

Hanida Lavida berkata...

alamak..
sorry! mintak ampun..
oke, tak comment dah awal awal bulan sebab emosi upside down.
sorry!

joegrimjow berkata...

ehrmm
papadom xtgok lagi ni!

hans berkata...

Hanida Lavida : hahaha..relax2..gua ok jer lah..aiyak

Joe Grimjow : Papadom best...tema kekeluargaan..sangat menusuk kalbu..harap tonton dengan segera

Hanida Lavida berkata...

aku dah post special entry utk kau.
haha.

syaf berkata...

aku nk g terjah nanti citew nie....

hans berkata...

Hanida Lavida : adoi...malu I You..haha..adoi..aku takder apa2 lah..sampai ada entry2 nih..segan aku weih..haih

Syaf : sila menonton bersama rakan2 ko weih

Hanida Lavida berkata...

hahahahahaha..
jangan la sogan sogan jang.
rileks je..
takde ape pun kan.
mintak maaf kan amalan terpuji.
hehe :D

GhOsToNe berkata...

huhuh...

tinggi kebabom ko bg ek....

besh sgt lew tue...

huhuh...

x pe lew...

nnti ak tgk yg cetak rmpak kew...

♥chentatiku♥ berkata...

hans..kalau memuaskan, aku pancung kepala kau.haha~

miss lolly berkata...

emh.

nak tengokkk jugak rr. tungguuuuuu my spy.

lagu tema die dah meletop :P

Arief Arf berkata...

kejam doh hanida..
kesian hans..
penat2 die buat review panjang2..
kate die copy..
hahahaha

X)

hans berkata...

Hanida Lavida : haha..adoi..len kali jgn lah buat entry2 tu..segan den..

Ghostone : cetak rompak?cess...sokonglah industri tempatan..nanti aku buat filem ko beli cetak rompak juga ke?

Chentatiku : kalau memuaskan ker tak memuaskan? kalau tak memuaskan aku pancung kepala ko yer...

Miss Lolly : lagu tema dia ezlyn ke nyanyi?ker KRU?

Arief Arf : kesian ke apa?pelik jer bunyi tulisan yg tak berbunyi nih?haha

GhOsToNe berkata...

hahaha...

ak gurau je la dowh!!!

hahhahahaa...

weh...

ak td download ym...

tp dah nk siap dah tetibe fail laks!!!

ko rase adakah ak patot hempas laptop ak nieyh???

.millalara. berkata...

afdlin dihati ohh :)
review kamu mmbuatkan indeks kemahuan menonton mysepai itu melonjak2 ohh..

Lilianna Mardiana berkata...

owh cite ni! haha, masa tunggu nak tgk 2012 tu, ada nampak poster ni, sekali imbas je pandang, dan terus I cakap
"Eleh, nak buat cerita pasal Myspace la pulak!"

Dan bf I terus pndang I dan ckp, I dah mengntok la ape la, then after 2012 habis, dia nak hantar i balik, i mcm pelik jugaklah, bila masa i ngntok.

Then bukak blog u, hahaha, nmpak entry filem Myspy ni baru la I sedor! I ckp Myspace, sbb sekali pandang poster tu, I nmpak mcm 'myspace', rupanya 'myspy', patut la bf i sangkakan I dh ngntok sgt smpai rabun jdnye, hahaha.

Huish, pnjng lebar la plak komen, mcm nak buat entry kt blog org, hahaha :D

i'msosupernotcool berkata...

aku da tengok gak..
but i dun think dis is the bes one from afdlin la..
papadom is far better..
dis one is KRU movie..
skrip story n etc is alredi prepared..
afdlin just direct it..
so kurang raung untuk afdlin berkarya..
kurang humor..
plus the story was a bit basic..
setem pon lg ok kot..

Wan SheVa berkata...

ouh bes ea cite..
rugi ak xtgk smlm..
aiyak..

Hisham berkata...

salam bro..siyes ke best citer ni...ok2...tq coz bgtau...

naz ilyn berkata...

salam...anak-anak akak kat rumah ni merengek jer nak tengok filem ni...kalau hans kata kelakar mesti best cite ni.

teruterubuzu berkata...

sy pun suka adflin..
ermm sete,,.laus n faun..pun kelakar..
my spy pun kelakar..
nak kena tonton ni..

♠♥♠ayudeadwish♠♥♠ berkata...

ngape ko citer dulu?
aku geget ko kang

farenova berkata...

nak tgk lah cite ni..mcm best je dgr..

~@k1 is @utuMn!~ berkata...

wahh hans~
da tgk ea... aki x tgk g..

[s][u][e][h][a][n][n] berkata...

karya afdlin ni mmg cukup untuk membuatkan kita semua ketawa dan terus ketawa...x sabar nak tgk..huhuhu

Ms.Independant berkata...

Aku dah tgk gak semalam.
Lawak giler!
Memang besttt!!!!

:)

iyllienaz berkata...

ohh..bile ko kate cite ni best, tros mcm aku nk tgok sekarang..

datulkisya berkata...

alamak tk tgk lagi ni.dgr cam best je.tgk gambo cam biase je

hans berkata...

Ghostone : lambat?selalu sekejap jer

Milialara : hahaha..sila lihat dgn segera sebelum tamat tarikh tayangan

Liliana Mardiana : hahaha...suka panjang2..taker..memang mamai betul..myspy dgn myspace..haha

I'msosupernotcool : ko kena faham plak...papadom more to family story...myspy nih untuk idea yg gila2...setem pun best tapi aku tetap anggap myspy film paling lucu yg afdlin pernah buat

Wan Sheva : hahaha...rugi2

Naz Ilyn : yups..tunaikan hajat anak2 akak..haha

Hisham : serius...sila tgok...tak rugi punya...baikkk punyaaa

Teruterubuzu : wajib tonton...

Ayudeathwish : haha..aku bukan cerita habis pun..aku cerita suku pun xsampai...

Farenova : memang best pun

Aki : pegilah lihat Aki..bawa kad matrik

Suehann : hahaha..otak afdlin tu lawak kan?

Iylienaz : hahaha..pi la tgok

Ms Independent : haha..betul kan?lawak gila punya

Datulkisya : dont judge the film by the poster..betul ke aku tulis ni?haha

blueCITY berkata...

salam hans,
huwaaaaaaaaaaa
akak ni tak minat sgt nga geng2 afdlin, ac , nih
tak tahu ngaper yer
muahahhahah

kalo hans tuh , minat la jugak
wakakkakakk

tapi harun salim bachik, akak minat
heeeeeeeeeee

last 2 week, akak nak g tengok 2012 tapi tertengok senario laks
ishhhhhhhhhh
ekekkekek

cam tgk tv3 jerk la
heeeeeeeeee

missnina berkata...

hans, memanglah cerita ni lawak yang amat. sakit perut gelak..hehehe

pemandangan cantik kat langkawi. nostalgia betul.

rugi tak tengok

Framestone berkata...

he..23x not bad la citenye... insya'lah bro akan g tgk huhuhu

www.broframestone.com

xiiinam berkata...

Tengok muka Harun Salim Bachik pun dah nak gelak...


Ini memang satu group pelakon yang sesueeeiii angat...menjadi-jadi!



;)

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ berkata...

sampai hati hans..
tgk wayang tak ajak kak yanie

huhuhuhu

hans berkata...

Blue City : best kak..xminat pun leh jadi minat

Miss Nina : ahaha..betul2..langkawi cantik

Frame Stome : jgn lupa tgok tau bro

Xiinam : betul..menjadi gile gandingan nih

Yanie : hahaa..jom tgok jom

chokio_nia berkata...

aku nak tgk!!!tapi mane wayang cni tayah cte neh..pos cd bole??hehe

hans berkata...

chokio_nia : bak duit RM40...nak beli cd ori n nak pos lagi..haha

Iszaham berkata...

@hans laa.. hg duduk ner nk nampak aper2.. cuba jalan2 kluar tg0k ader la ckit2 yg leh dibangga kaa.. huhuh.. :D :D

hans berkata...

Iszaham : haha...masa aku kecik2..xleh kuar..ekekeke

afiqnhashim. berkata...

dah tengok.
best giler babas!

Tanpa Nama berkata...

kpale otak ko best.. macam taik

Tanpa Nama berkata...

It is very valuable answer

Bukan Gadis Comel berkata...

boleh saya tahu tak sapa penulis skrip dia?