Followers Blog Tu Banyak! Komen Beratus - Ratus! Tapi Apa Yang Hebatnya Blog Tu?

Tajuk macam biasalah! Kalau tak panjang sedepa mesti panjang sehasta. HAHAHAHA! Aku mendapat idea apabila tadi ada seseorang yang juga blogger bertanyakan beberapa soalan kepadaku. Soalan dia agak menarik dan sebenarnya selalu juga ditanya oleh blogger - blogger yang lain kepada blogger lain juga. Jadi, aku reka dialog - dialog berdasarkan situasi - situasi sebenar :-




Blogger XY : Eh, kau kenal tak blog (Y^_^Y = Rahsia) nih?

Aku : Owh! Kenal! Kenapa?

Blogger XY : Aku lihat blog dia banyak gila followers. Komen pun beribu - riban! Tapi...

Aku : Tapi...?

Blogger XY : Aku rasa blog dia macam biasa - biasa jer! Aku rasa blog (Y#_#Y = Rahsia Juga) lagi bagus! Pandangan aku jer lah!

Aku : Entah! Aku jarang sangat ke blog mereka! Jadi, aku tak boleh nak komen lebih - lebih.

Blogger XY : Bukan apa! Aku rasa kalau nak bandingkan antara dua - dua blog tu memang blog (Y#_#Y = Rahsia Juga) lagi bagus dari blog (Y^_^Y = Rahsia) nih!

Aku : Entah! Mungkin apa kau kata tu betul! Mungkin juga salah! Ialah! Lain orang lain citarasanya! Mungkin juga beliau pandai promosi blog dia. Atau rajin blogwalking! Atau memang entry dia bagus!

Blogger XY : Aku tak rasa begitu. Kau pun boleh tengok sendiri!

Aku : Entahlah! Bagi aku senang jer! Sebagai contoh, katakanlah satu blog nih asyik bercerita pasal zapin jer. Jadi, jika kau tidak meminati zapin tetapi meminati perkara lain maka kau selalunya akan berkata blog itu tidak best atau kau tidak berminat untuk pergi ke blog itu. Tapi...

Blogger XY : Tapi?

Aku : Tapi, lain pula pada peminat zapin. Mereka akan berkata itu adalah blog yang amat menyeronokkan sebab mereka meminati zapin. Jadi, kau nampak tak apa aku cuba maksudkan disini?

Blogger XY : Maksudnya?

Aku : Jadi, mungkin kau tak meminati blog dia tetapi masih ramai lagi orang di luar sana yang meminat blog dia. Lagipun, biarlah! Rezeki dia macam tu kan? Lagipun, ramai jer lagi blog - blog yang famous selain dia. Bukan dia seorang jer famous! Aku rasa tak ada apa - apa masalah pasal benda nih.

Blogger XY : Owh! Okay!


Jadi, bagi aku setiap blog tu ada keistimewaan masing - masing tak kisah lah dia baru sehari berblog, seminggu berblog, sebulan berblog atau bertahun - tahun berblog. Ada yang hebat dengan entry kartun! Ada yang hebat dengan entry tutorial! Ada yang hebat dengan entry lucu! Ada yang hebat dengan entry bergambar! Ada yang hebat dengan entry sukan dan isu semasa! Semuanya ada kelebihan dan kekurangan! Jadi, buang jer lah perasaan dengki ker apa! 

Tapi, kalau ada perasaan dengki yang bukannya berbuat khianat okay! Maksud aku disini, dengki apabila melihat seseorang berjaya dan kemudian menanam keyakinan di dalam diri untuk mencabar diri agar menjadi lebih hebat dari orang itu tanpa menjatuhkan dia. Itulah yang terbaik! Jadi, inilah entry repekan aku yang terbaru. Moga ada lah sikit - sikit manfaat kan! Dah nama pun merepek! Hahaha! Chow Chin Chau dulu! Tata! Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum tu gua nak ucap terima kasih pada yang sudi vote gua untuk kategori Blog Personal Lelaki Pilihan. Kepada sesiapa yang belum vote dan rasa nak vote blog Hans untuk kategori Blog Personal Lelaki Pilihan nih bolehlah vote di sini --> Blogger Pilihan Malaysia 2010

Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

70 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. setiap blog ade aura masing2. so, mesti nye orang suke. hehe

    BalasPadam
  2. yeay..setuju!
    tengok sy, follower ada ke xde ke, klu nk update, update je.
    klu xde org baca lagi best!hahaha

    BalasPadam
  3. mai nak jawab sikit soklan tuh
    follower ramai, komen beratus, apa yg hebat?
    blogger tu lah yg hebat, mungkin ada auranya yg tersendiri

    sbenarnya, ak kagum dgn blogger2 mcm ni
    sbb bkn mudah nk raih rmai follower/pengunjung setia
    ko pun bro, apa kurangnya
    makin lama, makin hebat, tahniah
    byk gak ak termotivasi dgn entri2 ko kat sini
    thanks for that

    BalasPadam
  4. huh..zapin..dulu masa form 1 aku menari zapin johan daerah woo! kah3 btw..i agree with ur opinion..lain rmbut lain taste..

    BalasPadam
  5. bila timbul persoalan macam tu. itu la yang kita kena kaji. apa yang telah dia buat sebelum ini. apa yang selalu dia buat.

    apa-apa pun fikir positif. jadikan idola =D

    BalasPadam
  6. kadang-kadang paras rupa tuan blog juga penyebab kepada ramainya follower dan komen. selain dari isi kandungan sesebuah blog tu.

    BalasPadam
  7. saidatul syamin : yups...

    enul : samalah kita

    pena : sama2...aku taip lepas dapat idea..hehehe

    anwar : yups...xada yg sama kan

    fatin : sometimes

    adam : idola tu xkut..tapi jadikan sebagai rujukan..hehe

    zikery : yups..that why la..macam aku fikir..okay..kalau mereka ada rupa..aku tak ada rupa..jadi apa aku boleh buat untuk menggantikan rupa aku bagi menjadi seperti mereka..jadi..kita carilah keistimewaan kita..semua ada kelebihan

    BalasPadam
  8. Jom target follower 40 juta heheh.. Aku setuju dengan pendapat ko

    BalasPadam
  9. setiap org taste dia berbeza-beza..

    BalasPadam
  10. setuju ngn komen yg 1st
    hehe
    x kesah lah bape byk follower ke
    ape ke
    yg penting kite happy berblog..
    ;)

    BalasPadam
  11. persaingan yang sihat
    itu baru betul
    takyah nak dengki2 ni kan

    BalasPadam
  12. sometimes.. quantity tak bermaksud quality :)

    BalasPadam
  13. yeah! lagi bagus kalau ramai2 minat zapin...hehe
    tu la setiap blog ada kelainan, kalau aku tak kisah sgt noob2 mana nak cari tutor..tp itu la kita kena ikut gak kehendak pembaca..
    kebelakangan ni entri aku banyak kepada blogger bukan pembaca kat luar..kena suaikan lah..

    BalasPadam
  14. betul betul...yang penting bahagia dengan blog masing2..jangan lupa batas..hehe

    pstttt blog sis ke yg dingumpat tu??

    BalasPadam
  15. bila berblog untuk kepuasan diri barulah bersemangat nak update hari-hari...

    BalasPadam
  16. well..
    aku suka baca blog pmpuan yg cantik2..
    dorang xyah tulis panjang2 pon xpe..
    coz aku g blog dia nak tngok gmbr dia je..hahaha

    so..kalau pmpuan pon suka g blog pmpuan cantik..
    lelaki apa ntah lagi kan?
    sbb tu blog dia ramai follower & banyak comment kot :D

    BalasPadam
  17. Tak kisah top ke tak untuk sesebuah blog tu.. Janji anda ada blog, ada sesuatu nak diketengahkan dan yang pasti ianya tidak berbaur kurang menyenangkan... Daripada isap dadah dan lain2 yang sewaktu dengannye kan.
    Kerana bangsa membaca bangsa berjaya.. 1Malaysia. Peace yaww!!!

    BalasPadam
  18. follower tak banyak..komen pun tak sampai seratus..huhu

    BalasPadam
  19. sy stju stp blog ade keistimewaan..kena buat survey umur pmbaca plak kot.tgk peringkt2 umo yg mcmmane minat bc blog ktgori ape..hehe

    BalasPadam
  20. betul tu bro...setiap blog adalah keistimewaan dia...btw...tahniah masuk senarai...

    BalasPadam
  21. Bak kata Amir Oh Malaysia!:

    Ada dua cara nak jadi blogger glamer:-
    1. Jadi glamer dan buat blog
    2. Buat blog dan glamerkan blog tue dengan BW< komen org etc.. hehe

    Tapi kalau isi macam apa tak guna jugak... haha

    BalasPadam
  22. disini, aku ingin mencatat ulasan.

    mmg btul stiap blog ada keistimewaan
    kita bukan mendengki tetapi menjadikan nya sbg satu anjakan paradigma ( ayat pemenang karangan terbaik SPM ) untuk kita maju kehadapan.

    paragrph last : tahniah :D

    BalasPadam
  23. harap2 blog aku xde org kutuk... hehe

    BalasPadam
  24. aku sokong sgt2...

    setiap blog ada kelebihan dan kelemahan.. ikut kepada pembaca itu sendiri blog mana yg mereka berminat nk baca...

    BalasPadam
  25. hAHAH best entri ni. asik men dialog je skung eh? ahha weyh hans bile nak tukar domain sendiri bro?

    BalasPadam
  26. berblog just for fun..xde keje nak buat or ada perkara yg xterluah...

    BalasPadam
  27. kalau blog xbanyak follower..
    xbanyak komen? (tiba2) haha

    BalasPadam
  28. pendekatan yg bloggers gunakan mungkin menyenangkan hati

    BalasPadam
  29. Hee hee... blog Vee aje yg biasa2...
    :)

    Hans, Vee dah tukar link blog...
    http://www.julianaviolet.blogspot.com/

    BalasPadam
  30. kadang2 update blog macam update Fb pun ramai peminat

    BalasPadam
  31. yang penting kualiti, bukan kuantiti...

    wallahualam

    BalasPadam
  32. blog sapa tu? hehehe...alala yg dia nak jeles sanga wat pa? biar je la.... kan? betul ckp u, rezeki org kan? biar jelah...

    Nak follow Bleh?

    P/s: thanks for reading my blog... (org bru dalam nuffnung!)

    BalasPadam
  33. aku dengki ar dgn kau, follower bnyk.. takpe2 nnti aku try pecut kau :P ghahaha! boleh ke? tercapai ka hasrat aku ni?

    BalasPadam
  34. betul jugak apa kata ken.. kuantiti xbermaksud kualiti.. ada blog yang zairei suka... folowers dia sikit je.. tapi kualiti dai.. perghh. superb.. hehe..nak tahu blog mana kah???? hehehe

    BalasPadam
  35. huahuahua...

    ada je pasal blog begitu begini. kalau berblog degan hati terbuka kan bagus. rezeki masing2 what. :p

    BalasPadam
  36. blog yang hebat tu mesti ada kelebihan dan peminat

    saya tak kisah tak da peminat pun..blog saya santai ja, ada ada takda takpa la hehehe chau cinchauuu

    BalasPadam
  37. dah vote..jgn lupa blacan eskrim..haha

    BalasPadam
  38. maybe ada kelebihan len yg kitxnmpak kat blog tu kot.. pe yg kite xsuke, xsemestinya org len pn xske.. kn kn kn..

    BalasPadam
  39. cam kenal jek tuan belog tersebutt..huhu..
    jom gedik santai kt blog aku wei..nk gakk riban2..=)

    BalasPadam
  40. SOKONG!!!
    sorng x suke x bermakna sume x suke kan..so renung2 kan dan selamat beramal..

    BalasPadam
  41. iyer la.. citarasa tiap orang berbeza-beza.

    BalasPadam
  42. tu namanya rezeki sorang-sorang lain kan, tak sekarang, mungkin nanti-nanti.. heheheh.. nice entry btw! =D

    BalasPadam
  43. Apakah kelebihan blog saya abang hans?

    http://profhariz.com

    BalasPadam
  44. erm, benda ni terlalu subjektif...
    macam aku, Alhamdulillah byk komen, tapi aku rasa blog aku biasa je.

    Mungkin jugak benda ni ada berkaitan niche blog.
    Contoh, ada org suka baca pasal Linux, komputer, hiburan. Kalau aku, blog hiburan aku jarang lah pergi.

    *blog aku pada pendapat ko macam mana? hmm

    BalasPadam
  45. setiap blog ade keistimewaan masing2 kann ? ;)

    BalasPadam
  46. benda tu sangat subjective yang penting bila ada orang baca ianya baik dari kacamata pembaca tersebut maybe pembaca lain rasa biasalah.. masing2 punya citarasa kan

    BalasPadam
  47. Asalkan kita sendiri tak rasa terpaksa atau dipaksa tiap kali nak update blog.. follower atau commenter ramai ke sikit ke tak penting.. yang penting kita sendiri puas hati.

    BalasPadam
  48. Ouch!... Bro mengumpat blog sape tu?.. ahhaha... Btw, ada betulnya gak...

    BalasPadam
  49. wow! banyaknya komen...
    x terbaca den...

    apapun, kembali kepada niat kita, mengapa kita tulis blog...

    hakhak.

    BalasPadam
  50. salam kenal,
    suke dgn entry ni.... blog ni pun best, sbb ada gambo shahrukh... :D

    BalasPadam
  51. salam tuan, bila la blog sy ni nak sampai beratus2.hehe.jauh lg perjalanan ni..

    BalasPadam
  52. honestly...
    I don't care much about followers...
    what's the use of having many followers but nobody reads your blog...
    having comments means that someone read your blog...
    that's the most important thing...
    huhu...

    BalasPadam
  53. Blog bro best ^_^
    dan famous lak tu.hehehe

    BalasPadam
  54. tapi mesti ada yg dengki n komen bukan2 kan...slalu dgr blog femes2 mesti kena mcm ni

    BalasPadam
  55. setiap orang lain citarasa.. yang penting dlm blog jangan jatuhkan orang lain sudah...

    BalasPadam
  56. u have lots of followers and loyal commentars too hans!!! keep blogging ya:D the other bloggers mungkin punya keistimewaan mereka tersendiri walaupun cerita mereka biasa, namun, peminat suka mereka...!!

    p/s: i'm just a normal blogger/newbie who love to write out experiences and expressions on my blog who have little followers but still i'm so satisfied with all my writing:D

    BalasPadam
  57. Ape ramuan ntah dorang gune untuk tarik follower.. pape pun seronok berblog ni bila entri kita orang suka...so keep blogging

    BalasPadam
  58. sangat bernas jawapan ko tu.. ;) boleh mendidik blogger2 yg ada fikiran seperti tu..

    BalasPadam
  59. follow memolow balik..tu ramuan nyer

    BalasPadam
  60. aku rasa dia bukan dengki..tp just wondering, perasaan ingin tahu nape ni yg lebih, bukan itu..aku pon kdg2 ada prasaan yg sama..critical thinking..=p

    BalasPadam
  61. woo ini pun sikit punya ramai komen apa...

    BalasPadam
  62. yang penting kita happy =) buat apa nak happy kan orang lain tapi hati sendiri tak happy, ya tak? Tapi, kalau kita happy berblog, secara tak langsung, reader pun akan berasa happy juga. Adalah lagi best kalau kedua-duanya happy.

    BalasPadam
  63. O MAK AIIIII>>>> banyak gila komen N3 u HANS... Huhu.. Jeles juga la tengok. penak buat. Blog n Entry sy pula bertuah kalau dapt 5 komen 1 entry.. :(

    Btw: i change my blog adress.. its now is ;

    http://winkwinkwithwen.blogspot.com/

    happy reading u all.. happy menomen juga.. :P

    BalasPadam
  64. camner ngan http://www.sisiberbeza.com/? ehehehe

    BalasPadam
  65. Salam ziarah..
    teringat suatu pesanan shbt.
    "jgn hirau apa kata org..
    yg penting.. TULIS!!!"
    =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama