Sabtu, 20 November 2010

Pandangan Peribadi Aku Berkenaan Filem 2 Alam Yang Aku Belum Tonton


Baiklah! Aku dah baca banyak review berkenaan filem 2 Alam nih dari blogger - blogger tak kira terkenal atau tidak dan paling seronok bila baca komen - komen untuk entry mereka. Komen tu ada yang mencemuh, ada yang menyokong dan ada yang neutral. Jadi, aku nak taipkan pandangan peribadi aku disini dan awal - awal lagi aku dah bagitahu pada tajuk yang aku masih belum tonton dan tak akan tonton filem ini sebab duit perlu dijimatkan untuk menonton filem - filem yang dapat memuaskan hati aku.

Semua review yang aku baca memberi pandangan yang pelbagai sama ada berunsur sinis, terlalu jujur atau lebih kepada mengkritik secara selamat dan membina tetapi semuanya lebih ke arah yang mengatakan filem ini adalah sesuai untuk drama di televisyen sahaja. Secara peribadi, aku kagum dengan mereka semua yang menonton kerana walaupun ada diantara mereka sebelum ini mencemuh namun mereka masih tetap pergi menonton. Kita tolak ketepi la apa pun niat mereka tetapi mereka telah membelanjakan RM9 atau lebih untuk sekeping tiket bagi menyaksikan filem yang dilaung - laungkan sebagai bakal filem paling hebat di Malaysia.

Tidak seperti sesetengah orang yang beriya - iya memuji penerbit filem ini tetapi hakikatnya tidak pula pergi menonton tetapi marah apabila membaca entry - entry yang mengutuk filem ini. Paling aku tak suka apabila sentimen kaum dimainkan. Maksudnya disini pengomen Melayu akan mengutuk si Melayu juga dengan menyatakan,"Macam mana filem Melayu nak maju kalau korang asyik nak kutuk jer nak condemn jer memanjang!" Aku dah selalu dengar benda nih dan adakala memang sesuai untuk diluahkan tetapi tengok pada tempatnya.

Bagi aku sebenarnya aku tak kisah jika nak puji atau nak kutuk pun sebab Malaysia nih negara yang ada demokrasi dari segi kritik filem nih. Bagi aku mereka yang buat entry nih berhak untuk utarakan apa sahaja pandangan mereka sebab mereka dah menonton dan melabur duit untuk filem yang mereka tonton dengan membeli tiket. Jika kau rasa tak puas hati kau pergi tonton filem ini sendiri dan jika kau rasa bagus kau buatlah entry atau bagitahulah kawan - kawan kau bahawa cerita ini bagus. Senang jer pun sebenarnya dan tak perlu bergaduh - gaduh!

Bagi aku kadang - kadang kutukan itu perlu sebab salah si penerbit filem 2 Alam nih juga yang kelihatan terlalu bongkak. Memanglah ada yang berkata itu duit dia dan sukahati dia lah nak buat apa pun dengan filem dia cuma korang kena ingat dia buat filem bukan untuk amal jariah. Dia suruh kita penonton di Malaysia pergi menonton dan ini bermaksud kita kena keluarkan duit untuk menyokong filem dia. Jadi, dia perlu beri sebuah naskhah yang berkualiti sebab orang bukan tengok filem dia percuma. Bayar beb!

Berbalik kepada kutuk hasil kerja orang Melayu kembali. Secara peribadi, bagi aku lah jika aku menonton tak kira filem itu filem Melayu, Cina, Tamil, Hollywood atau mana - mana pun jika tak seronok mesti kita akan kritik dan jika seronok kita akan puji. Jadi, bila yang menontonnya tak seronok maka mestilah mereka akan kritik. Macam mana kita nak puji benda yang kita tak suka? Aku tertarik dengan ayat pengomen - pengomen disitu,"Bila kau makan nasi dekat sebuah kedai dan nasi yang kau makan tak sedap.Takkan kau nak puji sedap dan esok lusa kau datang lagi makan dekat situ sedangkan kau tahu nasi dia tak sedap!"

Hakikatnya, memanglah aku kesian juga bila lihat si penerbit filem nih kena kutuk kaw - kaw punya tetapi kesilapan besarnya kerana terlalu bongkak tetapi naskhah tidak seberapa(mengikut pandangan ramai orang setakat nih). Aku rasa beliau kena belajar terima pandangan. Aku sangat tak bersetuju dengan kenyataan 'suka kutuk hasil kerja orang Melayu' sebab bagi aku banyak jer pengarah filem Melayu aku suka dan kagum. Kutukan ini bagus untuk penerbit 2 Alam nih supaya selepas nih jika dia masih ada hati mahu buat filem maka filem - filem dia akan lebih bermutu dan berkualiti. Ini kalau filem tak bagus lepas tu atas nama dia orang Melayu maka korang nak bermanis mulut dan nak cakap filem dia bagus walaupun hakikatnya tak bagus maka tak kemana lah industri kita. Kan?

Aku tak boleh komen banyak sebab aku tak menonton tetapi hanya baca melalui review filem - filem ini. Jangan terlalu taksub hinggakan tidak boleh dikritik langsung kerana kelak bila orang luar menonton dan dapat tahu itu filem dari Malaysia dan mereka mengkritik lebih teruk dari orang Malaysia sendiri maka apa kamu nak kata? Nak pertahankan lagi ker sedangkan apa yang mereka cakap itu betul?

Ada juga yang marah kepada orang yang mengkritik filem ini. Kata mereka paling tidak dia sudah ada hasilnya iaitu sebuah filem dan korang? Apa yang ada? Hanya tahu mengkritik sahaja? Bagi aku ini semua kata - kata orang yang karut dan tak boleh terima kritikan. Sebagai contoh lagi, kita ambil sekali lagi contoh di kedai makan. Kau makan nasi goreng dan nasi itu tak sedap. Kau komen nasi tu kurang dari segi rasa dan bahan - bahan seperti daging dan sayur. Hakikatnya kau yang komen itu tak tahu masak hatta menjerang air pun tetapi kau masih ada hak untuk komen sebab kau telah merasa nasi goreng tersebut. Senang cakap kebanyakkan pengkritik filem sama ada di Malaysia mahu pun di negara Barat sekalipun bukannya seorang penerbit atau pengarah filem tetapi mereka tahu apa yang mereka tulis kerana mereka ada ilmu mengenai filem.

Apa - apapun, jika penerbit filem ini belajar dari kesilapan filem pertama dan memperbaikinya insyaallah beliau akan menjadi lebih hebat dari David Teo sebab filem pertama David Teo dulu pun gagal juga dari segi kutipan walaupun kosnya tinggi tetapi sekarang David Teo telah menjadi antara penerbit filem yang berjaya. Renung - renungkanlah!


P/S : Mak Saya Kata Hidup Ini Jangan Bongkak, Angkuh Dan Takbur Sebab Nanti Bila Ramai Orang Menyumpah Kita Maka Hidup Ini Tak Aman Dan Tenteram.


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

25 Orang Yang Rajin Komen:

mier@merr berkata...

aku tak rasa nak tonton pun..tunggu je la kuar citer ni raya tahun depan,.,haha

Lelaki Ini berkata...

hahahha
abg..
aku x ko tgk jgk cite nieyh!
ahaks!

hans berkata...

mier : eh,aku bukan promote suruh tgok...maksud aku tu..ku tuju pada yang marah2 bila orang kutuk filem nih..kalau rasa tak setuju pergi tgok n kalau rsa best maka promote la kata best..itu jer lorr.haha

lelaki ini : mana ada ku tgok..ku simpan duit nak tgok harry potter dengan merong mahawangsa jer nih

FaizalSulaiman berkata...

agak tak berminat nak tgk citer ni based on review dan trailer.lebih rela tgk 'dalam botol'.hak hak hak

merong mahawangsa!
must watch next year!

misteri jalan lama, hantu kak limah balik ke rumah.hahaha

hans berkata...

faizal : hahaha...misteri jalan lama aku takut tak tayang dkt big cinemas tapi aku memang nak tgok... hantu kak limah balik rumah tu sumpah lawak aku tgok trailer dia...hahaha

Faarihin berkata...

tunggu cite ni kuar kat tv aje.. hakhakhak..

Sharinginfoz berkata...

kita tengok le nanti macam mana

..hizamirahim.. berkata...

hurm.
tak tahu nak cakap apa.
XD

Lady Waleane berkata...

suka ayat kau.
=sesetengah orang yang beriya - iya memuji penerbit filem ini tetapi hakikatnya tidak pula pergi menonton=

ade sorang org ni hari2 aku jumpa. marah bukan main orang kritik filem nih. tapi die sendiri taknak g tgk. tunggu klua kat tv katanye. cess...

- abdul hadi abdul muti - berkata...

kalau citer ni kuar tv pon belum tentu nak tengok.haha

mR.sYaH berkata...

hahahah.. xtgk dah citer ni..

alinac lover berkata...

MALAS LA NAK P TGK

izulman berkata...

Suke pesan mak ko hahaha

IHSAN KHAIRIR berkata...

hmm camana agaknya kutipan so far utk filem ni ya

hans berkata...

faarihin : hahaha..lambat jer kuar

sharingfoz : memang sedang memerhati..

hizami : terkelu bak kata2 penerbit dia...haha

lady : hahaha...sapa tu?

hadi : haha..aku takut ko orang pertama duduk depan tv kalau citer nih kuar tv..hehe

syah : xbaik weih..ko harapan dia kut..hehe

alinac : kehkehkeh

izulman : bagus...

ihsan : penerbit dia cakap dapat 2 juta dah tapi ada aku baca diorang cakap baru berapa puluh ribu jer..entah

kaizen shinobi berkata...

pendapat aq same ngan pendapat ko~

penerbit filem bongkak (aq tau dia buat untuk gimmick filem)

tapi cara dia promote filem tuh macam filem tuh paling terbaik~ tapi kalau dilihat review dari orang2 lain yang dah tengok~

aq memang takkan kuar duit untuk tengok filem nih. Well, two thumbs down untuk filem nih~ hahaha

<b>IRAH HAJERAH AZMAN</b> berkata...

tanak tgk movie ni.seriyes.donlod free pun tanak. Bukan pasal dengki ke tak support melayu ke,tp gaya cakap besar die buat org meluat ~..~"

Yatre Hayati berkata...

aku rasa nak pergi tengok la...nak kasi dia kaya..

penaberkala berkata...

haha, nice la weh analogi makan nasi kat kedai tuh
logik akal kot, hidup pelku dikritik
tak kan nk trima pujian memanjang
hidup biarlah tak hidup dek puji, tak mati dek keji

ak dlm dilemma nk tgk ke tak,haha
smakin rmai yg kritik, smakin ak rasa nk gi tgk

http://penaberkala.blogspot.com/2010/11/megamind-harry-potter-and-deathly.html

starsyeea berkata...

ermmm...kritik salah tak kritik pun salah...taper, 1st attemp...besela kena kutuk kaw2...aku rs DR pun tabah je hadap sume kritikan tu...para penonton jgn lebey2 suda la...

syarifah radiah ibrahim berkata...

err tak terasa nak tengok cerita ni
haha

tapi betul la kan, takkan nak puji cerita-cerita tempatan semata2 sebab nak sokong walaupun cerita tu tak bagus

dan penerbit filem ni, memang target besar punya, dapat ke tak tu taktau la~

::FAIZ FARISH:: berkata...

aku bukan peminat crita melayu... ops

EmanCloud berkata...

urm tu lah die..
BONGKAK
RIAK
ANGKUH
TAKBUR
EGO

cendawan2.. haishh.

Amir Izzat berkata...

hurm....aku rasa serba salah je nak keluarkan rm11...malas la layan cerita ini... (wah..pengaruh kata-kata orang nie...)

haha..entah la..tak tahu nak kata apa..bukan rezeki dia kot..wallahualam.

takky berkata...

x berminat coz ulasan dlm paper 2 mcm dye dh berpengalaman wat berpuluh2 filem...
terbatal niat nk p tgk...
huhuhuhhu