Review Film : Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1 Menarik Walaupun Agak Berat


Filem:
Harry Potter and the Deathly Hallows - Part 1

Pengarah:
David Yates

Klasifikasi:
PG13

Pelakon Utama:
Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson,
Ralph Fiennes, Alan Rickman, Tom Felton & etc.

Sinopsis

Pakatan Voldemort semakin kuat dan berjaya mengawal Hogwarts. Manakala Harry Potter, Ron Weasley dan Hermione Grange memutuskan akan bergabung sekali lagi bersama - sama dalam usaha membantu Harry Potter mencari saki baki The Horcrux dan dalam masa yang sama memusnahkan setiap horcrux yang dijumpai untuk melemahkan kuasa Voldemort.

Jadi, di dalam episod kali ini mereka berdepan pelbagai cabaran kerana setiap orang yang dijumpai mereka langsung tidak boleh dipercayai kerana setiap dari mereka pasti mempunyai hubungan dengan Voldemort sama ada secara sukarela mahupun terpaksa. Pertengkaran berlaku di antara Harry Potter dan Ron menyebabkan Ron akhirnya menarik diri untuk membantu Harry dan Hermione namun akhirnya beliau kembali juga untuk membantu mereka. 

Pakatan Voldemort yang kuat telah bertempur dengan ahli - ahli sihir yang menyokong dan membantu Harry Potter. Ramai ahli sihir yang pro Harry Potter telah mati dibunuh. Siapakah mereka? Siapa pula pakatan Voldemort? Apa yang membuatkan Ron datan kembali dan apakah Horcrux serta rahsia - rahsia baru yang dijumpai dan diketahui mereka berkenaan Voldemort? Adakah Voldemort berjaya mencari Horcrux terbaru? Saksikan filem ini di pawagam berhampiran anda.



Ulasan:


Filem Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1 ini dibuat dalam dua bahagian dan bahagian akhir akan mula ditayangkan tahun hadapan. Jadi, untuk bahagian pertama ini tiada lagi babak - babak yang kita boleh lihat tentang sihir baru yang dipelajari di Hogwarts kerana Harry Potter dan rakan - rakan terpaksa melarikan diri daripada Voldemort dan pakatan jahatnya sambil mencari dan memusnahkan Horcrux.

Filem kali ini agak berat dan bermain dengan emosi serta air mata. Kebanyakan elemen humor dapat dilihat melalui watak Ron yang sangat lucu dan selamba. Namun, filem ini juga nampaknya tidak dapat lari daripada dikuasai oleh elemen cinta yang agak banyak juga yang kadangkala membosankan sedikit tetapi nasib babak - babak itu tidak lama dan dipenuhi dengan aksi mencemaskan serta mengejutkan dan agak beremosi berbanding filem - filem sebelum ini. Sangat menarik filem bahagian pertama ini!

Apa - apapun, aku sangat suka filem ini kerana walaupun ada juga yang mengatakan filem kali ini agak berat tetapi ia sebenarnya menunjukkan sisi kematangan setiap watak, pengembaraan yang mencabar, magis yang menarik, pengkhianatan dan komedi yang bagus. Langsung tidak rasa masa sudah lama berjalan kerana asyik menonton filem ini dan semestinya terasa sangat - sangat berbaloi membeli tiket untuk sebuah filem yang memuaskan.

Sebagai peminat filem - filem Harry Potter yang tidak pernah membaca bukunya, aku beri 4.5 dari 5 bintang. Memang best! Layan! Selamat menonton!


P/S : Internet Buat Hal! Patut Dah Update Benda Nih Petang Tadi! Haih!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

38 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. aku setuju dgn kau hans.. filem ni mmg memuaskan.. xrugi tgk..

    BalasPadam
  2. halamakkk, tapi aku tak minat harry poter dari dulu... hohhh!

    2 alam tak tgok? bahahaha.

    BalasPadam
  3. zara : malas..nanti aku kecewa macam filem LBS plak

    syah : yups...best weih...

    Aisha : xminat pun leh jadi minat. 2 Alam? xnak lah! Aku taknak jadi penyumbang 40juta tu...haha

    BalasPadam
  4. Tu pasal, rasa kejap gila je tgk cite ni
    tp siyes byk unsur2 mengejutkan,haha
    byk kali gak terkejut beruk

    tp agak spoil la, cite bersambung
    tak sabar nk tunggu finale episod
    the battle will begin

    BalasPadam
  5. ishhh kene tgk ni! yg dulu2 tak pernah miss. kalau miss pon, cathup balik. ;D

    BalasPadam
  6. thumbsup fer HP 7 Part 1 :)
    berat ?
    but lassie rase HP 7 Part 1 lagi ringan dari before ni aww ? ^-^

    BalasPadam
  7. yupp.. sokong sgt2.. rasanya part 1 & 2 ni meruntun kepada penonton utk flashback kembali ke setiap sequel yg sebelumnya kerana ada jawapan bagi setiap perkara baru yang diteroka oleh Harry & kawan2nya.. contohnya perihal berkaitan Dobby (House elf yang bebas), pedang griffindor, wand milik harry potter (yang patah), gigi taring Basilisk (ular besar dalam chamber of secret) namun yang bestnya semua peperangan bermula kerana ada ahli sihir tak suka mudblood.. isk2!

    BalasPadam
  8. filem wajib tonton. aku baru nk pergi tengok hujung minggu ni..

    BalasPadam
  9. pena : tahu xper...waktu Voldemort angkat tongkat tu memang aku excited sudah...hahah

    dayah : sila terjun bangunan lepas nih..hahaha

    ayeem : u must watch this film

    lassie : berat disini means penuh dengan emosi

    adam : hah..lengkap penerangan ko bro..bagus

    eazy : wow..fanatik...ava kadabra..hahaha..apa aku merepek entah

    BalasPadam
  10. huu..tudia review panas dari hans..aq tringin nk tgok jgak...

    BalasPadam
  11. diorang cakap kali ni tak best..
    sebab banyak bercakap..
    ye ke? aku tak tengok lagi..huhu

    BalasPadam
  12. wah! mmg teruja nak tgk cite nih..kalo saya trus bg 5star je..hihi

    BalasPadam
  13. nak bace review pasal heri poter dgn 2 alam? boleh ke blog daku,
    http://shukjessa.blogspot.com/

    ulasan panjang lebar diulas dari segi kekuatan dan kelemahan, bukan emosi kerana menyampah tengok dr. rozmey tu hehe

    BalasPadam
  14. Best! Superb! Wajib tonton!
    I miss d' old days...zaman depa skolah2 dulu...
    Nak pi tengok lagi skali & cant wait for d' final episode ..

    K.guys...jemput ke my blog .. something about FB TQ!
    http://lugieamir.blogspot.com/2010/11/facebook-apa-sebab-anda-buka-akaun-fb.html

    BalasPadam
  15. teringin nak beli buku cerita ni.. tapi mahal plaks..

    bilalah dpt tgk citer ni..
    alahai..

    BalasPadam
  16. hasrol : kata nak tgok 2 Alam? ekekek

    kak long : best kan?yehaa

    cik gallus : sila2

    anwar : gi lah tgok

    syahril : everyone have their own taste..hehe

    yaty : xleh 5 sebab ada part bosan..hehe

    shuk : ondaway..xsabar nak baca 2 alam..

    amir : haha..tahu xper

    faarihin : ada masa lagi

    BalasPadam
  17. Tak minat harry potter. hahahaha *mengilai

    BalasPadam
  18. seriously i'm a big fan of harry potter's book book..so expectation for this film mmg tggi kalau based on book..uwaaa nk tgk!!tp blom berkesempatan!

    BalasPadam
  19. ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
    buat pembaca blog kami
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★

    Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. TENGOK CITER dvd CETAK ROMPAK AJE.... BEST SESANGAT

    BalasPadam
  20. bacalah bukunya juga... pasti akan lebih faham! saya dah baca semua buku2nya sebelum menonton filem2 harry potter ;)

    BalasPadam
  21. Harry potter vs 2Alam..haha
    JOM BACE ENTRY BARU
    "Kelebihan Ayat Ruqyah"

    BalasPadam
  22. lisa da tgok da...best...hehe..
    x sabar nak tengok yang part 2 plak....hehe=)

    BalasPadam
  23. copp:

    zara tak pena baca bukunya?hehehe..seyesh ke ni?hehehe

    zara=hermione

    back to ulasan.yuppe memang HP kali ni sangat memuaskan compare dengan yg lain2:)

    BalasPadam
  24. x sabar giler nak tengok filem ni.. nak tgk kat malaysia la. murah sikit tiket. hehe.

    BalasPadam
  25. oooooo mmg xsabar nak tau sape yg mati..ohhhhhh...

    BalasPadam
  26. memang best gak citer ni, by the way ron memang kelakar betul

    BalasPadam
  27. wahh.
    nk tgk jugak!
    sape ade rip? hehe :P

    BalasPadam
  28. oh..sis bukan big fan og HP...ada beli dvd pirate punye..pdn muke gelap ! tp bukan movie terbaru ni la..yg lama dulu...

    BalasPadam
  29. tak sabo mau tunggu ini jumaat waktu rehat.. mau tgk ini cerita ... sabar sabar... :D

    BalasPadam
  30. cepat dan tangkas ye buat rivew..bagus2..=)

    BalasPadam
  31. baru jer smlm tgk HR7...
    igt nak buat review jugak...
    hahaha...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama