Keputusan Final Pertama Piala Suzuki di antara pasukan Malaysia dan Indonesia baru sahaja berakhir tadi dengan keputusan memihak kepada Malaysia dengan 3 gol berbalas 0. Walaupun terdapat kekecohan selepas beberapa minit perlawanan di mulakan pada separuh masa kedua gara - gara tuduhan daripada penjaga gol pasukan Indonesia bahawa terdapat cahaya laser yang dipancarkan kematanya namun alhamdulillah selepas permainan kembali dimulakan Malaysia bermula sangat garang hingga mampu menyumbat 3 gol iaitu 2 gol daripada Safee Sali serta 1 gol lagi daripada Ashari.
Bagi aku permainan di separuh masa pertama agak membosankan tetapi di separuh masa kedua mungkin kerana gol pertama telah menjadikan permainan sangat rancak dan penuh dengan debaran. Shahrul Idlan Talaha, Safee Sali serta penjaga gol Malaysia iaitu Khairul Fahmi Che Mat telah menunjukkan prestasi yang sangat bagus. Tetapi, bagi aku sepatutnya Malaysia boleh menang dengan jaringan yang lebih besar tetapi tidak mengapalah kerana bekalan 3 gol itu adalah cukup baik.
Namun, Malaysia tidak boleh terlalu cepat berpuas hati kerana perjuangan sebenar mereka akan bermula sewaktu di Stadium Gelora Bung Karno nanti. Mungkin nanti kita akan melihat penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih senang dipanggil Apek memakai cermin mata penangkis laser sewaktu beraksi di Indonesia. Siapa tahu kan? Hehehehe! Moga berjaya Malaysia! Tahniah untuk perlawanan pertama ini!
Gol Pertama : Safee Sali(minit ke-60)
Gol Kedua: Ashari(minit ke-67)
Gol Ketiga : Safee Sali(minit ke-72)
Nak Laptop Percuma?
Click Gambar Dibawah Untuk Ke Link Contest!




48 Orang Yang Rajin Komen:
kenapa penyokong malaysia guna laser?? xelok taw!!
like ini entry ! haha . betol tuh lps nie kfahmi kene pkai spek haha . tapi dea kan apek mata tarak banyak besar juga . hehehe .
yes ! suke malaysia mng :)
hope , malaysia mng lagi tuk second leg .
markus tuh gedik.
menyampah.
huhuhu
tahniah.. klu x 4-0 penalti tp pengadil mcm xpe g.. huhu
tahniah malaysia...
aku sokong pakai spek anti laser tu.. ahahha..
takde semangat kesukanan betul supporters tu!!ingat team Malaysia bergantung pade laser ke nak menang?sorry sikit..huhu
yana : itu tak tahu la betul ker tak..hohoho
sabrina : hehehehe...
missamy : hopefully
syazwana : hhahahha...tu la pasal
shakir : itulah..semangat tunggu penalti tapi tak ada....hahaha
syah : kehkehkeh....tapi mata Apek dah sepek dah...xpayah pakai la..hohohoh
hadi : siapalah supporters tu kan?
memang tension juga penyokong guna laser, siapalah manusia tu, apa2 pun menang selesa
sharinginfoz : nasib game diteruskan..kalau dihentikan memang sakitlah Malaysia
haha..hailo..knapa la gatai pi suluh laser..ape2 pon malaysia kna bersdia untuk plawanan strusnya..chaiyok!
Malaysia boleh \o/
Tak boleh juga kata malaysia guna laser , mungkin indon pun guna...
kita tak tau sapa yg buat
AKU XPUEH HATI AWAT MALAYSIA XDAPAT PENALTI???
KALAU TAK MAYBE LEH SCORE LAGI
naim : tu la pasal...main la buih sabun ker...meriah sikit kan..
relevan : boleh2
tanpa nama : erk?bila plak ku kata Malaysia guna laser?adess
perlukah pasukan Malaysia bertahan di final ke dua nanti di Indonesia? komen di http://blogsyarih.com
gadis kampung yang bandar : itula..aku punya menanti..aku target malaysia 5 gol tadi...hahahaha
aku panggil si apek tu ;saito', sbb macam org jepun ja aku tgk..haha
pe2 pun tahniah msia..support msia..
syarih : silap besar la kalau bertahan...sebab 3 gol bukan banyak...kena main macam tadi..sentiasa menyerang mencari gol...malaysia xhebat main bertahan...
cik ciput : hahha...macam jepun ker sebab rambut dia stylo kut
shera : always
huu..sekarang tengah ada perang Malaysia - Indo kat twitter =.="
kazisha : ar ar..ku tgh menyaksikan peperangan itu...hehehehe
saya lagi silau tengok kepala si markus tuh..hahaha...
apapun...Malaysia boleh...:)
laser punya pasal, kna tangguh bberapa minit. tpi awat la c markus semangat betul ajak kawan2 dia suh kuar, pdahal pengadil pun tak kata apa2 pun lagi.. geram btul dgn dia! byk alasan btul!
kalau kelantan bertanding, sokong kelantan lg dr msia..hehe
golkeeper dr kelantan tu...=)
adoi macam2 hal la....
Tahniah Malaysia.. :)
stuju dgn mala_yusof, kepala si markus tu silau lagi menyilaukan...hua hua...ape2 pun, tahun ni Malaysia sure champ!!!
hahaha :)) cayalah. hooray \(^^)/
ekeke..nti apex jd pjaga gol plg glemer dan bgayela kalo pkai spek cenggitu.yg pncrkan laser tu blum tntu btol ke idak..blum tntu pnyokong kite yg buat.huhu
tahniah Malaysia,
td cik tgk kt tv1,
bangga jap, hehe
aku tengok time 2nd half..terlambat.. tapi selang beberapa minit je tengok terus gol..lepas tu terus blackout kedai makan tempat aku tengok tu. LOL.. :D
Pendapat anda?
Final piala suzuki-Semoga malaysia menang dan jangan ada ribut-ribut
haha adoii tntg bola lagi haha
dah 3 entry berturt2 bola hehe
apa2 pun..
fatin ucp taniah kat malaysia :D
best lar..MALAYSIA punya team bagus lar sekarang..alhamdulillah..arap kita berjaya kat INDONESIA nanti..jom sam-sama berdoa,amen..
smoga malaysia menang lagi lps ni! amin...
mintak2 team malaysia boleh balik dgn selamat dari Indon nanti....tgk dalam twitter,macam dah nak berperang amlaysia n indon...
bola tempat bersatu bukan tempat baling batu
ada kawan pujangga g stadium..dye kata penyokong indon pun main laser,then nak buruk2kan penyokong malaysia...sebab kalau perasan, dua2 pihak kena laser
kat indon nanti diorg xguna laser..diorg guna spotlight..haha
mungkin dorg gune lampu disko.haha
semat depa men smlm.
>_<
apek main mantop r semalam..tangkp tu mmg lekat kat tangan..mcm cicak pun ade gak..hehe.tahniah malaysia..kita dah semakin hampir mencipta sejarah^_^
memang patut pun kena pakai kaca mata sebab di GBK lah tempat kelahiran laser di AFF :)
betul ke ade main laser?
Siap duk gaduh agi malaysia dengan indonesia kat page fb piala suzuki ni.
bangga 3X...moga Msia terus mara ke dpt....jgn cpt brpuas hati.....
hahahaha..pakai mcm cyclop smart jugak weh.
terbaik bukan Malaysia ^_^
MAlaysia BOLEH!
Catat Ulasan