Mari Memasak Laksa Sarawak Bersama Chef Hans

Aku mendapat perkhabaran baik daripada rakan baik aku semenjak diploma menginjak ke ijazah ini iaitu  Mrs. Nurhayati Suki yang menghubungi aku di facebook semalam. Hohoho! Pes laksa Sarawak telah pun di pos ke rumah aku pada hari ini daripada Sibu, Sarawak dan kemungkinan besar sampai pada hari Isnin memandangan Hari Sabtu ada hari cuti kan.

Aku dah pernah makan dah laksa sarawak hasil air tangan beliau waktu hari pertama bulan puasa tak silap. Lupa pula tapi kira minggu pertama berpuasa lah pada tahun nih. Aku ingatkan laksa sarawak tu guna laksa macam yang dekat semenanjung nih tapi kawan aku tu guna bihun jer. Jadi, tak tahu kenapa dipanggil laksa sedangkan yang digunakan ialah bihun. Atau mungkin guna mee ker spaghetti ker apa ker! Salahkan kawan aku tu jika dia yang salah menggunakan bihun. Hohoho! Apa - apapun, setakat aku makan hari tu memang sedap lah sebab rasa rempah - rempah dan pedas - pedas sikit. Aku pula memang suka makan pedas jadi kenalah dengan selera.

Apa - apapun, nanti bila dah sampai pes laksa sarawak tu dan telah siap dimasak maka aku akan berkongsi pula pengalamannya di entry akan datang. Jadi, Chef Hans disini berasa berbesar hati nak kongsi resipi bagaimana mahu memasak laksa sarawak yang dikirimkan oleh member chef Hans tadi tu. Jom kita memasak!


Dari Google Tapi Macam Nih Lah Rupa Dia Yer Puan - Puan!



BAHAN - BAHANNYA(untuk 10 orang)

400gram pes laksa Sarawak Hj Manan (2 bungkus)
2 bungkus Bihun
500gram udang basah
3 ketul dada ayam
500ml santan pekat (1 tin santan cream)
8 biji telur ayam
1 kiub pati ayam maggi
2 sudu besar sos tiram
Garam, gula & msg secukup rasa

BAHAN TAMBAHAN

500gram tauge
Daun ketumbar @ daun pudina (ikut suka hangpa nak letak berapa pun)
Limau kasturi @ lemon

SAMBAL BELACAN

15 biji cili padi/cabai burung (kalau nak pedas lagi boleh tambah ikut suka hangpa juga)
Belacan Sarawak (lain - lain  negeri pun boleh...Aku pakai belacan Perlis)
Sedikit air perahan limau@lemon
Garam & gula

CARA - CARANYA

1. Rebus dada ayam dalam periuk sehingga masak dan empuk. Angkat dan carik - carikkan ayam itu.
2. Dalam air rebusan yang sama masukkan udang. Jangan biar lama sangat yer. Angkat dan toskan.
3. Air rebusan jangan pula dibuang dan terus masukkan pes laksa sarawak ke dalamnya tanpa was - was lagi.
4. Tunggu sehingga mendidih kemudian hang masuk kan santan pekat.
5. Masuk kan pula bahan - bahan perasa yang chef Hans cakap tadi seperti kiub pati ayam, sos tiram, garam, gula dan msg. Biar mendidih seketika noh.
6. Sementara hangpa semua dok tunggu benda tu mendidih baik hangpa semua celurkan bihun dengan taugeh dulu.
7. Goreng telur dadar. Kemudian gulung dan hiris nipis - nipis. (Nak bubuh mayonis macam iklan Sheila Rusly tu pun boleh kalau hangpa nak teloq hangpa rasa sedap..hehe)
8. Untuk sambal belacan pula. Tumbuk cili dan belacan. Tambahkan garam, gula dan perahan limau@lemon.

CARA - CARA MENGHIDANGKAN LAKSA SARAWAK

1. Ambil sedkikit bihun. Letak tauge, ayam yang telah dicarik, telur dadar yang telah dipotong, udang, daun ketumbar/pudina dan sambal belacan.
2. Sendukkan kuah laksa sarawak yang masih panas tadi. Perah limau/lemon. Sedia untuk dimakan ketika panas - panas.
3. Inilah dia set lengkap hidangan laksa sarawak Chef Hans.

Hah! Daripada ramuan, cara - cara membuat sampai pada cara - cara menghidang dah Chef Hans dah ajar hangpa semua! Jadi, jangan tak cuba noh! Pasal pes laksa Sarawak Hj Manan tu pula, chef Hans tak tau lah kalau pes yang Haji lain punya boleh pakai ker tak! Hehehehe! Apa - apapun, tak sabar nak membantu mak chef Hans untuk menyiapkan Laksa Sarawak nih. Yang pasti chef Hans akan membantu untuk menjadi pemakan utama laksa sarawak nih nanti. Hehehehe!


Okay! Moga bertemu lagi di hari dan waktu yang sama bersama Chef Hans yer. Tata!


37 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. aaaaa..gilee kentang teliurrrr!!aaa..
    mne nak carik pes die nih...adeeyyy~

    BalasPadam
  2. takmo wat sendiri...tak reti...huhuhu...

    jalan2 ke blog bakal jutawan ni... :p

    BalasPadam
  3. Laksa Sarawak guna mee siam ye? Kini baru aku tahu. Teringin pulak nak rasa laksa Sarawak tu, tengok gambar macam sedap jer.

    BalasPadam
  4. wah! sedap! haha..aritu mak aku ada buat..kalau duk sarawak nie..ari2 boleh makan tapi aku baru 2 kali makan laksa sarawak...tapi sedap! sedap bila lapar...hehehe..


    p/s: wah bro..jadi chef lak ye?hehe

    BalasPadam
  5. Pinqib : den suka laksa kedah...lagi sedap...hohoho...

    Nama Aku Lynn : pes dia dekat sarawak jer(rasa2 lah)..nih pun member den tu yg pos kan..hohoho

    cik mot : erk?bakal jutawan?sapa?saya ka?amin! haahaha!

    ardzham : memang sedap kalau kena cara buat dia

    gadis gula2 : itu bihun meh..adess...tapi dipanggil laksa

    amir : hahaha...baru jadi jer nih...ekekek...chef hans chef tak bertauliah

    BalasPadam
  6. mmg penggemar laksa...pernah rasa laksa sarawak sekali jer..

    apa2 pun laksa masak sendiri lagi syokkkk :p

    BalasPadam
  7. tak pernah rasa laksa serawak ..
    nak cuba la..
    tak sedap akak katok kepala hang..
    ahahahah

    BalasPadam
  8. hehe, jadi chef plak

    BalasPadam
  9. laksa..bstnye..
    Mama esok nak makan laksa..belikan..hehe

    BalasPadam
  10. kalau nak pes laksa sarawak boleh tak??

    BalasPadam
  11. dlm byk2 laksa, laksa sarawak tak pernah try lagi. nanti chef ff try esok. haha

    BalasPadam
  12. fuiyo hebatnya kau hans..jadi chef sudah ni..nak 1!!haha

    BalasPadam
  13. wah2..
    nk try lh..
    tq chef x bertauliah..
    hikhikhik.. ;)

    BalasPadam
  14. sy paling suka laksa penang...
    laksa sarawak x prnh cuba lg

    BalasPadam
  15. anip : suka makan laksa? bagus

    pemilik 3women : laksa masak sendiri memang sedap n puas hati

    diana : xsedap katok la kepala orang yang buat tu..katok kepala den buek apo

    teruna suci : hahaha..chef tak bertauliah

    shera : buat sendiri lah...

    mier : hang tau tak pa...hahaha

    ummiarrisa : gi lah order...hohoho

    fana : ko nak try dkt mana?sarawak?

    sufian : hahaha..meh sini...

    nana : welcome..hik hik hik

    yott : xsuka laksa penang..ada nenas dengan pudina..hoho

    missamu : memang sedap

    BalasPadam
  16. waaa pandai dia masak laksa yum2.. nmpak mcm sodap.. laksa kedah pon sodap juga :)

    BalasPadam
  17. waaa pandai dia masak laksa yum2.. nmpak mcm sodap.. laksa kedah pon sodap juga :)

    BalasPadam
  18. waaa pandai dia masak laksa yum2.. nmpak mcm sodap.. laksa kedah pon sodap juga :)

    BalasPadam
  19. amboi abg hans...dah jadi chef hans no skrg...bgus2...ada kemajuan dlm hdup...tapa,,nnti saya cuba resipi nih

    BalasPadam
  20. haha, sejak bila tukar proffesion plak ni
    ingt ke kerja ko makan je, baguslah dh berusaha nk buat sendiri
    siap ngan resipi, terbaiklah

    weh, tiba2 ak rasa lapar tgk gambor ni
    pos kat ak sikit nnt,hak3

    BalasPadam
  21. kenapa kena pes laksa haji manan??? adeh.. tersengih aku baca..

    laksa, kalau banyak udang, baru sedap :D

    BalasPadam
  22. ada bakat jadi chef ni hehe.
    tak pernah rasa lagi laksa sarawak. sedap ek? suka makan laksam

    BalasPadam
  23. nampak sedap, tapi mana nak cari pes laksa sarawak haji manan eh? sori tanya, memang agak jahil bab memasak ni :P

    BalasPadam
  24. fullamak Hans memasak dehhh...tahniah2 berjaya masak...sis xpenah makan laksa srwk lagi..walopun namanya laksa tp dia pakai bihun ek?

    haha...kartun itu ialah Linguini dari filem animasi Ratatouille,ank2 sis tgh giler layan citer tu berulang2 kali skrg ni ;)

    BalasPadam
  25. aku dak made in swak! :D mmg pkai bihun la bro..laksa swk lau ko pkai mee len da bkn laksa swk dh nm nya..huhu..lapa lak aku..

    BalasPadam
  26. sedap gile laksa sarawak ni. nanti nak belajar la buat. kat adelaide, kawan aku dari sarawak tu yg selalu buat..

    BalasPadam
  27. Hans berkata : selamat mencuba yer semua...hehehe

    BalasPadam
  28. seronokkkkk! lepas da kena tu, korang hafal dalam hati ape yang kawan3 korang buat. pastuh bile tepat pade mase nye korang balas la balik :D
    petue eratkan pesahabatan. thehe~

    BalasPadam
  29. Kalau dimasak sendiri, pasti sedap karena ikan dimasukkan banyak dan segar. Begitu juga bahan bahan lain.

    BalasPadam
  30. hahahahaah.... simple dan mudah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama